Saturday, 15 November 2014

Jemputan Mengemas Kini Status Pekerjaan..

Assalammualaikum..

Rasanya ramai yang bergelar graduan dekat sini..
Korang ada dapat email mengenai kajian suuslan ni tak?..
Aku pun tak ingat bila aku buat ni dulu..
Ye lah grad pun tahun 2010..
Dah lama dah..

So ni email yang aku dapat..

Salam Sejahtera,

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas penyertaan anda dalam Kajian Pengesanan Graduan KPM yang lalu.Maklumat yang diterima telah banyak membantu pihak KPM dan IPT anda memahami dunia pekerjaan graduan yang sentiasa berubah. Ini telah membolehkan KPM dan IPT anda menggerakkan beberapa inisiatif bagi meningkatkan lagi kebolehdapatan kerja dalam kalangan graduan. Usaha ini diharapkan dapat membantu ekonomi negara kita terus berkembang maju.

Pihak KPM dengan kerjasama IPT anda sedang menjalankan satu lagi kaji selidik bagi meninjau perkembangan kerjaya para graduan yang telah sekian lama berada dalam pasaran kerja. Oleh itu, pihak kami sangat berharap kepada kerjasama anda dalam menjawab soal selidik yang ringkas ini. Kaji selidik ini mengambil masa kurang daripada lima (5) minit. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Nota: Bagi menghargai kerjasama anda, beberapa penganjur telah sudi menyediakan hadiah menarik kepada peserta bertuah. Untuk layak mendapat hadiah bertuah, anda diminta untuk memberi respons dalam tempoh 14 hari dari tarikh emel ini. Bagi melihat hadiah dan syarat-syarat penyertaan, sila klik pada paparan di bawah ini.


Sila layari graduan.moe.gov.my/update untuk mengemas kini status anda atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kaji selidik.

Bagi melihat hasil kaji selidik yang lalu, sila layari  http://graduan.moe.gov.my/skpg-report

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Telefon        : 03-8870 5111/5115
E-mail          : kajiansusulan@moe.gov.my
Facebook     :https://www.facebook.com/pages/Kajiansusulan/229266860466771

Sila la klik link dekat atas..
Akan keluar page ni nanti..


 So klik la dekat Kemas Kini Status Anda Di sini tu..
Lepas tu ada page die akan suruh masukkan no.IC..
So memang ada makumat profil dengan education background kita dalam system..
Kalau betul tu maklumat kita klik pulak dekat link dekat bawah dalam page tu..

Klik DI SINI untuk sambung dan lengkapkan status pekerjaan anda.

  So ada maklumat yang kita perlu update..
Sikit je soalan die.
Soalan pun tak banyak..
Kira macam kita update status terkini perkerjaan kita..

So boleh la masing-masing update ye..
Ada jugak hadiah menarik..
Mana tau rezeki korang nak dapat hadiah dekat atas tu..

4 comments:

  1. wah.. siap ade hadiah untuk kemaskini status pekerjaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dpt invitation jgak ke?..kalau ada bole la try..hehe..

      Delete
  2. hadiah tu... syoknyer kalo dapat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...