Saturday, 29 November 2014

Apple Cider Vinegar (ACV)..

Assalammualaikum..

Ada beberapa post sebelum ni yang aku share aku beli ACV ni kan..
So ni aku nak share apa yang aku buat dengan benda ni..
ACV ni dalam bahasa mudah nya cuka epal..

Aku kalau membeli memang sekali banyak.
Kejap je dah habis..
Tu yang masa promo 2 botol besar dapat 1 botol kecik memang aku grab je..:)

Kenapa aku suka beli ACV ni?..
ACV ni sebenarnya nya banyak kegunaan dan benefit..
Kalau google memang banyak info..
ACV ni salah satu kegunaan die ialah as health drink drink aku..

Antara kelebihan ACV  ialah:
Sumber dari SINI..


DETOX & KURUSKAN BADAN 
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.

GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

TEKANAN DARAH
Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal. 

DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis. 

JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...
BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.

KERACUNAN MAKANAN

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)
KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 

Menarik tak pasal ACV ni?..
Mesti ramai yang pegi beli dan consume ACV lepas ni..
Tak perlu pun makanan tambahan lain yang di proses tu..


Dan dekat gambar atas ni cara-cara yang dicadangkan untuk consume ACV..
Aku akan minum benda ni pagi-pagi..
Bangun je lepas minum air kosong aku akan minum segelas..
Bukan minum segelas benda ni ye..
Aku letak dua sudu benda ni dalam segelas air dan minum..

Dan biasanya aku akan minum malam..
Lepas makan malam..
 Sama jugak la letak dua sudu ACV ni..

Bila consume aku rasa cepat dahaga..
Mungkin sebab metabolism jadi tinggi dan badan banyak bekerja..
Tu yang selalu rasa macam dehydration..
So sila la minum air banyak-banyak..

Benda ni pun ada yang memang loose..
Plain je..
Ada tu yang pekat, unpasteurized..
Kalau ikut apa yang aku baca, yang unpasteurized ni lagi elok..
Dekat bawah tu nanti ada mendapan die..
So sila la goncang sebelum guna..

Bercakap soal rasa pulak..
Jangan la tertipu dengan delicious dekat atas tu ye..hehe..
Dah nama pun cuka..
Die punya bau dengan rasa boleh tahan..haha..
Tapi dah lama aku ok je minum die..

So sape-sape yang berminat bole la try..
Aku selalu beli benda ni dekat Cold Storage, atau dekat farmasi..
Harga pun ok je..
 Untuk 475 ml atau 16FL OZ dalam rm10..
Kalau yang botol besar tu aku tak ingat pulak berapa OZ (tak silap 32 OZ) dalam rm2+ tak silap..
Macam biasa harga berbeza mengikut brand dan tempat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...