Friday, 10 October 2014

Weekdays & Weekend..

Assalammualaikum..

Happy nye hari ni dah hari Jumaat..
Macam aku cakap sebelum ni..
Kalau dah keje ni memang payah sikit la nak update selalu..

Ni pun tak de apa nak cerita sangat pun..
Walaupun tak bukak aku tetap la blog..
Saje nak check status blog macam mana, ada komen ke..
Lagi satu senang nak BW blog-blog yang aku follow..
Nasib baik la sekarang ni senang sikit nak online..
Kalau sebelum ni aku boleh bukak FB, blog ke masa break 12-2 dan lepas pukul 5 je..
Sekarang ni aku boleh bukak sepanjang masa..
Cuma kalau yang memang die dah blog tu tak bole bukak lansung sepanjang masa la..
Macam NN, blog-blog hiburan tak bole bukak la..
Dulu walaupun ada masa-masa tertentu je bole bukak tapi bila masa bole je bukak NN dengan blog-blog hiburan tu..

Cuma walaupun bole bukak FB dengan blog sekarang..
Tapi disebabkan work load..
Tak berkesempatan pulak nak online sangat..huhu..
 Besanya nya aku akan jenguk FB dan BW kalau nak release tension..
Nak break kejap..
So BW la kejap..
Tak de la menghadap keje je kan..

2 minggu masuk ni memang sibuk la..
Aku memang dah agak dari awal..huhu..
Sibuk dengan keje lama..
Lepas tu keje baru pun bertimpa-timpa dapatnya..huhu..
Dah masuk 2 minggu ni hari ni rasanya baru settle pasal access..
Minggu lepas aku banyak review balik keje sebelum ni..
Maklumlah dah cuti 3 minggu, ada benda aku pun dah blur-blur je..
Lepas tu mendapat pulak benda-benda baru..
Masa ni nak study, masa ni jugak la nak apply..

Dari sebelum ni more on kepada benda-benda teknikal VFD..
Komponen-komponen die..
Sekarang ni banyak macam application dan impact VFD..
Kiranya advantages of VFD..
So projek nya ialah Non-VFD to VFD to Transformer-less VFD..

Kalau sebelum ni banyak jugak application electronics yang aku belajar..
Sekarang ni banyak kepada benda baru..
So kene study lebih sikit la..
Antaranya impact VFD dekat driven equipment macam compressors, fans dan pumps..
So kene la study pasal compressors, fans dan pumps..
Yang mana bukan bidang aku..
Pasal CO2 emission yang related kepada carbon tax..
So selain deal dengan vendor VFD kene jugak la deal dengan vendor driven equipment tu lepas ni..

Tu baru pasal projek aku..
Boleh kata setiap hari discuss dengan SV aku yang mana duduk dekat depan aku apa yang kita achieve, apa yang sedang kita work on dan apa yang akan kita buat lepas ni..
Lepas tu ada jugak benda-benda lain lagi..
Macam SV aku ajar kitaorang guna ETAP..
So baru introduction..
Of course banyak knowledge electrical yang aku kene study dan polish..
Antara die macam knowledge power triangle, short circuit, impedance, bila masa nak guna square root of 3 dalam calculation dan macam mana nak kira full load current..
Die just ajar, mention dan share notes..
So atas inisiatif sendiri la nak study dan guna benda tu..

Kadang-kadang tetibe ada jugak addition
al benda yang kene involve..
Amik masa lagi..
Ada meeting department yang mungkin setengah jam ke sejam..
Ada workshop macam TRIZ yang akan amik masa 2 jam..
Nasib baik cancel untuk minggu ni..:)
Tetibe ada intern baru masuk aku kene in charge mini induction untuk die lebih kurang setengah hari..
Unexpected pulak tu..
 Lepas meeting department hari Selasa, introduce format progress report, kene submit sebelum lunch ni, petang sebelum balik SV dah bawak benda tu discuss dengan director department..
Tetiba ada internal email untuk internal technical workshop bulan depan..
Go through mana 1 tecnical workshop yang kita berminat nak pegi dan request untuk nak join..

Tu la sedikit sebanyak untuk dua minggu ni..
Dari intern, masa dieorang offer dan sampai sekarang kadang-kadang aku selalu risau..
Aku takut aku tak fit enough untuk ada dengan dieorang..
Tapi fikir positif la..
Lagi challenging lagi interesting..
Lagi banyak benda kene buat, lagi banyak boleh belajar, lagi cepat pandai..huhu..

Masa discussion dengan SV aku tadi pun die dah remind..
Dulu aku intern..
Sekarang aku dah lain..
Kene one step further..
Bagus sangat reminder tu..
Selain keje-keje dekat atas kene jugak improve English aku..

Dan ada jugak benda yang menarik..
Sebelum ni aku ada consider nak pegi satu company lagi kan..
Yang aku ada study dulu..
Benda tu ada VFD system jugak..
So aku pun try email contact person..
Memang die layan aku baik la..
So alang-alang aku dah pernah study sebelum ni..
Bagus la dimanfaatkan walau dekat company mana pun aku ada..hehe..

Dengan projek sendiri..
Improve Electrical punya knowledge..
Dan sampingan-sampingan tu..
Pandai-pandai la bahagi masa..

Tu la kadang-kadang aku selalu ber FB atau BW untuk take a break..
Sekarang pun balik lambat gak kadang-kadang..
Dah petang boss-boss dah balik aman sikit..
Baru la bole tenang sikit nak buat keje..
Kalau pegi solat pun as a break jugak la..
Doa banyak-banyak supaya cukup kuat untuk semua ni..
Lepas tu selalu la buat luahan hati dekat Sen dengan en.bf..

Semalam masing-masing buat luahan hati dengan Sen..
Orang duduk Bintulu yang tak sabar nak balik semenanjung tu..hehe..
Petang tadi pulak pegi pasar malam dan makan dengan en.bf..
Haruslah buat luahan hati pasal keje masing-masing..
Aku kalau tak tau pasal keje pun tanya en.bf la..
Kalau aku, aku rasa best la keje sama bidang ni..
Lagi senang nak faham dan study sama-sama..
 Dieorang yang handle project aku rasa lagi semak pun ye jugak..
Weekend ni Sabtu dan Ahad memang en.bf keje..
Tadi keluar pun nak balik awal..
Nak bungkus roti malam ni..
Tu pun die mintak kurangkan order..
Tak larat nak buat sebanyak yang orang tu nak order mula-mula..

Dah lama tak jalan-jalan..
Sepanjang minggu ni tido pun awal..
Weekend ni rasa nak lepak dan tido puas-puas dekat rumah..
Malam ni pun perasan ada ulser dalam mulut..
Mungkin jugak sebab tekanan, kurang rehat atau tidur..
Banyak jugak sebab lain..
Boleh baca dekat SINI..

So Selamat Berhujung Minggu..

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...