Tuesday, 7 October 2014

Oh My Loves..

Assalammualaikum..

Apa ceter weekend korang?..
Rasanya semua busy balik kampung untuk Hari Raya Aidil Adha kan..
Tapi cuti hari ni memang antara moment yang best jugak untuk aku..

Ahad tak pegi mana-mana pun..
Lepak dekat rumah je..
Rumah atok sedara yang regular pegi pun mak, ayah, dengan wan je pegi..
Masing-masing tunggu lambat sangat terbungkang dah..huhu..
P.Long sefamily memang tido dekat rumah la..
Petang sikit M.Lang sefamily datang..

Ahad malam plan nak jumpa rakan-rakan..
Tapi cancel sebab Hendry pegi Melaka..
Konon pukul 8 call dah nak gerak dari Melaka..
Sekali pukul 10 lebih Hendry call die baru sampai rumah sepupu member die..
Dah la baru sampai, dekat Alor Gajah lagi pulak tu..
Confirm lambat sampai kan..
So cancel je la plan malam tu..
Time cuti-cuti macam ni la senang nak jumpa..
Semua balik kampung..

Siang nye pulak hari Isnin Zack dengan Adik Ta dah balik Johor..
Pagi-pagi lagi macam biasa ayah dengan mak dah gerak hantar balik Johor..
Rasanya aku pernah cerita yang Adik Ta aku ni sepanjang sekolah dekat Johor dari Form 1 memang tak pernah balik Johor sendiri..
Memang tak pernah miss kene hantar..
Dapat pulak pakej dekat Johor tu dua orang..
So lagi la bole dimaafkan..

Bukan setakat ke Johor je..
Ke Perlis pun rajin..
Dieorang memang rajin berjalan..

Wan tak join pegi Johor..
Tengah hari masa aku siap-siap dengan Luqman, die pun dengan Jie tengah siap-siap nak pegi amik atok..
So aku pegi makan dekat KFC dengan Luqman..
Dah pegi KFC haruslah bawak laptop sebab internet dekat sana laju..
Mendonlod la kekedahnya..
Sambil makan tu online tengok Hendry dah mesej lama tanya nak ajak lepak..
Terus la call die balik..
Terus deal dengan Apis dan Hendry..
Masa ni baru dalam pukul 3..
Aku tengok jalan dah start jem..

Terus on plan dan aku terus gerak balik..
On the way nak balik Hendry dah call die dah sampai dekat rumah aku..
On the way nak ke Bahau call Kucai..
Die dekat bengkel motor..
Terus pegi amik die dekat bengkel motor je..hehe..
Destinasi seterusnya ialah rumah en.bf..
Call punya la payah nak ajak keluar..
Datang amik dekat rumah je..

Tengah busy repair kete en.bf masa ni..
Tu die malas nak keluar..
Tapi disebabkan kitaorang dah sampai..
Ikut jugak la die..
So kete dah full..

Finally jumpa Apis dekat kopitiam je..
Melepak sampai 6 lebih..
Hawa dah hujung-hujung sebelum balik KL sempat jugak join..
Bila dah ramai-ramai ni salah satu agenda utama ialah merancang aktivit-aktiviti bersama..
Boleh pulak la ajak pegi Krabi dan dan je minggu depan..
Hendry memang tak bole ikut la..
Die setiap kali turun kapal pun pegi Krabi..

Balik petang tu atok dah sampai..
Sementara nak balik malam tu sempat la borak-borak dengan die..
Balik malam tu memang kene ikut jalan short cut la nak pegi Seremban..
Dah pukul 11 lebih pun jem lagi dari Kuala Pilah ke Seremban..
Sabar je la..
Dah masuk LEKAS pun kete banyak lagi..
Walaupun dah pukul 12 lebih..
Kalau ikut PLUS entah macam mana la..
Sampai rumah pukul 1..
Lepas mandi, kemas barang terus tido la..
Bangun pagi macam biasa la..
Punya la payah..huhu..
Awal-awal dah plan nak tido time lunch hour..
Tapi tak berjaya jugak..
Lagi pun dah start busy dekat ofis..huhu..

Petang dah janji nak jumpa en.bf..
Ajak die makan sama..
Die ada pegi interview hari ni..
Kalau ada rezeki Insyaallah la..
Tapi macam biasa la..
Pengorbanan agak tinggi..huhu..

7 lebih dia sampai..
Dah la motor buat hal..
En.bf sampai tadi Farez memang dah sampai..
Farez dengan Jie pun jooin makan malam ni..
Dah lama tak jumpa dieorang ni..
So macam biasa la makan-makan sambil sembang-sembang..
Punya la panas sembang pasal minyak naik masing-masing..
Poyo je..haha..

So dari Jumaat malam jumpa Sen sampai la ke hari ni..
Dapat la jumpa ramai kawan-kawan..
Nasib baik la semalam dapat jumpa ramai-ramai..
On the way balik keje tadi Hendry call yang die dah kene naik kapal lusa..
So semua plan semalam adalah cancel..
Tunggu die balik dulu la..

Kesimpulannya cuti ni adalah best..
Dapat jumpa family dan kawan-kawan..
Bukan senangn nak jumpa adik-beradik yang duduk jauh-jauh dan kawan-kawan ramai-ramai sekali..
Plan last minit memang selalu berhasil..:)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...