Wednesday, 29 October 2014

Maybank Pre-Auth Debit..

Assalammualaikum..

Saje aku nak share pasal benda ni..
Mungkin ramai dah tau..
Mungkin jugak ada lagi yang tak tau..
Apa aku nak share ni kalau kita bayar minyak dekat petrol pump juga kad debit..

Aku pernah je experience benda ni sebelum ni..
Dah lama jugak la..
2 3 tahun lepas kot..
So aku memang tau yang kalau kita bayar minyak guna debit card die akan deduct satu amount..
Macam Maybank die akan deduct rm200..
Lepas tu tak de dah..
Biasa bayar tunai je..

Tapi hari tu pegi Terengganu masa nak balik..
Isi minyak siap-siap dekat Shell Chendor..
Malas nak berenti dekat Hiway..
Tapi berenti jugak sebab Jie dengan Farez isi minyak..
Lepas tu dieorang gilir-gilir drive..

So masa isi minyak dekat Shell Chendor..
Sebab nak isi banyak..
Aku dengan en.bf pulak dah tak de cash..
Aku ni memang jarang sikit la pegang duit banyak-banyak ni..
Selalu paling banyak pun ada rm50 je dekat tangan..
So nak guna card debit je la..
Sebab kalau nak withdraw pun kene charge sebab dekat situ aku tau ada ATM CIMB je..
 
Dah masukkan kad tetibe salah ape entah bangla tu buat..
Kene re do balik..
So aku malas, karang salah isi ke apa..
Masa ni keluar jugak resit tapi amount die 0.00 la..
 Aku masuk je dekat dalam..
Tengok ATM pun memang out of service..
Aku bayar pakai kad je la dekat counter rm50 untuk isi minyak..

Sekali dah sampai KL pegi la cari ATM dulu sebab nak keluarkan duit untuk makan..
Sekali masa tengok balance aku macam pelik je..
Aku dah bole agak yang duit kene deduct dekat petrol pump..
Balik tu aku terus check dekat Maybank2u..
Sekal betul aku tengok ada deduction rm200..


So rm50 tu untuk transaction dekat kaunter..
Dan yang rm200 tu untuk dekat pump guna kad..

Masa mula-mula nak guna card bangla tu dah bagi tau yang kalau deduct die akan refund baki die next month..
So nak confirm aku pun call la Maybank..
Call hotline dekat belakang kad..

So dieorang inform yang kalau guna kad dekat kaunter die akan deduct exactly amount yang kita bayar untuk minyak tu..
Kalau dekat pump pulak memang once kita masukkan card die akan automatik deduct rm200..
Tak kisah la kita isi atau tak memang die akan deduct..
Dan die akan refund balik baki lepas 3 hari..
3 hari bekerja rasanya..

Macam kes aku aku guna kad tu 22hb petang..
Dah senja masa tu..
Semalam aku check baru die refund balik duit..


Aku boleh kata 3 hari berkerja la kan..
Sebab dapat lambat sikit disebabkan sabtu dan ahad..

Ni je la yang aku nak share..
Mungkin ada sape-sape yang tak tau lagi..

6 comments:

  1. Thank you sharing. Tadi baru guna debit card untuk isi minyak selalu guna credit card. First time guna debit card. Harap-harap semuanya okay. nanti dpt refund banyak sangat dia hold sampai RM200... padahal isi Rm50 je pun.

    ReplyDelete
  2. tekan preset dahulu.. (perkhidmatan ini tak da kat petronas) masukkan jumlah dahulu, lepastu, baru masukkan kad bila skrin mtk kita masukkan kad debit & loyalti kad

    ReplyDelete
  3. Oh thank you so .. Saya pun pelik juga nasib baik check kat Google

    ReplyDelete
  4. Hahahha... Smalah dengan aku. Baru jer tadi.sy pegi isi minyak kat petron. Xda cash. Maybank pula jauh. Tpaksalah guna debit card. Masa kat skrin 69.++ isi minyak. Bila dapat bill pun sama 69.++ tetiba dpt text dri bank ada deduction 200.aku check lah transaction history. Bila cek 200 kne hold.apa lagi aku patah balik g stesen petrol tu g tanya uncle jaga counter. Minta di print balik receipt. Dia ada cakap nti kne refund dlm 2 atau 3 hri. Tapi x sedap hati gak. Soal jawab dgn uncle tu.. Takut kne tipu. 1st time buat. Maklum lah darah muda cepat mendidih. Nak jer aku mngamuk kat uncle tu. Hahahah.. Bila baca dlm google pasal pre auth. Bru paham sikit... Tapi sy rasa bnyk yg tak tau benda ni. Mcm saya. So advise sy lepas ni rasa takut kne hold.. Gunalah cash klau nak pam minyak.. Hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq singgah sini n tq sharing experience..

      Delete
  5. fuhh..nasib baik terbaca ni..ptot mcm pelik jek..bile masa aku isi mnyak smpai rm200..time kasih ye share bnde ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...