Saturday, 25 October 2014

It's Saturday - Oct 2014..

Assalammualaikum..

Salam Maal Hijrah dan selamat berhujung minggu..
Apa aktiviti korang weekend ni?..

Aku memang berehat je la weekend ni..
Masa untuk diri sendiri kekdahnya..

Macam biasa weekend akan bangun lambat..
Bangun tadi aku terus mendobi..
Hari khamis haritu dah mendobi baju..
Hari ni basuh selimut, sarung bantal, sarung bantal peluk segala..
Masa bangun tu aku teringin giler nak beraktiviti fizikal macam dulu..
Rindu nak ber skipping, aerobik ke..
Insyaallah kalau kewangan dah stabil nanti nak beraktiviti fizikal balik..
Dah lama pending plan tu..

Pernah jugak dapat pamplet ada Zumba class dekat area rumah aku ni..
Kene plan betul-betul dulu..

Sambil basuh baju aku mop dapur dan kemas bilik..
Sapu bilik, bawah katil semua..
Bawah katil habuk die tebal giler..
Lagi rumah perempuan banyak rambut..
Malam tadi aku ada mop lantai sikit..
So hari ni malas nak mop..hehe..

Dah settle aku kemas toilet pulak..
Sental dinding dengan lantai..
Basuh sinki dan toilet..
Tu pun dah berpeluh-peluh..
Tu yang lagi rindu nak beraktiviti fizikal..
Untuk fitness, kesihatan dan isi masa dengan benda berfaedah..
Lagi pun semua aktiviti tu aku bole buat sendiri..

Sebenarnya masa bangun Apis ada ajak pegi Ikea hari ni..
Tapi macam malas pulak..
Aku plan nak pegi Nu Sentral..
Ada beberapa barang nak beli..
Lagi pun nak pegi makan..
Lepas mandi dah siap-siap rasa malas pulak..
Pegi makan dekat rumah ni je lah sambil online..
Bole download movie, buat keje sikit..

So ini la lunch dan dinner kot untuk hari ni..:)
Treat untuk diri sendiri..
Lagi-lagi enjoy weekend sorang-sorang....


Kualiti kali ni memang teruk..
Tapi aku malas nak komplen..
Ayam tu macam hangus kot..


White coffea..
Mintak less ice banyak ni dapat nye..
Sabar je la..
Ni sebab teringin nak minum kopi sedap la ni..

So selamat berhujung minggu..
En.bf entah bila nak balik nya..
Pegi site dari hari Khamis..
Nasib baik khamis malam sebelum die pegi sempat jumpa..

Rindu betul la nak beraktiviti fizikal balik..
Lagi bila officemate ramai yang kaki aktiviti fizikal..
Macam boss aku setiap hari sebelum masuk ofis pegi gym..
Selasa dengan Khamis time lunch hour die pegi Yoga lagi..
Manager aku pun setiap hari masa lunch hour pegi gym..
Ada manager yang masa lunch hour pegi jog sekitar ofis..
Dalam seminggu dalam 2 3 kali die akan jog as physical activity..
 Membakar aku betul..

Gigih betul boss aku yang pegi gym setiap pagi sebelum masuk ofis dan pegi yoga masa lunch hour..
Jangan tanya kenapa masa vendor meeting, vendor tu tanya die intern ke..
Lepas tu bole pulak tanya die dah ada boifren ke?
She'm mom for 4 kids ok..hahaha..
Terkejut and kagum giler dioerang..hehe..

Aku ni kasut sukan pun dah rosak masa team building hari tu tak beli-beli lagi..
Tali skipping yang beli last dulu tak berapa best..
Lagi pun entah kemana dah tak jumpa..
Tu la kene plan balik..
Termasuk plan masa..
Lagi bila weekend yang tak de buat pape..
Rindu giler la..
 
Apa pulak aktiviti esok?..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...