Monday, 20 October 2014

Hari Ini Dalam Sejarah..

Assalammualaikum..

Hari ni antara dalam sejarah aku datang ofis..
Sebabnya aku datang ofis awal hari ni..
Tak de la awal mana pun..

Kisahnya hari ni aku kene buat presentation pukul 9 pagi..
Dah la dengan tak de suaranya..
Hidung sumbat lagi, batuk teruk..
Office tu bunyi macam dekat hospital dah..
Masing-masing barlawan-lawan batuk dan bunyi bersin..

Malam semalam aku sampai rumah awal jugak la..
Awal tak awal sangat dalam 11 lebih la..
Sampai-sampai terus siapkan slide untuk present hari ni dan report untuk present nanti sebab nak print dekat office dan hantar pegi bind..
Masa tunggu en.bf amik aku dekat rumah sambil tengok AF aku memang dah start buat sikit-sikit..
Cerita pasal bind ni ada yang menyakitkan hati sikit..
Sama la pasal yuran aku..
Kadang-kadang aku pun tak faham..
Abaikan je la cerita tu..

So dah settle dah email aku pun tido..
Tapi mata ni sampai pukul 3 pun tak bole tido..
Dah la pukul 7 paling lambat nak kene bangun..
Sudahnya tido jugak..
Dah nasib baik aku tersedar pukul 6 lebih..
Lepas tu tak tido lena balik..
Sebabnya semalam en.bf masa ON kan balik hp aku boleh pulak die set kan jam aku tu pukul 9 lebih..
Padahal jam hp aku aku ikut 24 hour..
So memang tak kan berbunyi la jam tu kalau aku tunggu..
Aku nasib baik la perasan lepas tu terus tukar..
Naya betul la..

Bangun tu tak de la ngantuk sangat..
Cukup tido lagi rasa ngantuk..

Dah siap, pegi belikan sarapan untuk office mate aku..
Sampai ofis tak ramai pun ada lagi..
Sampai-sampai tu office mate aku bole pulak tengok jam tangan die..
Menganjing aku la tu..haha..
Duduk terus buat keje la..
Aku pulak konon nya nak puasa..
Boss aku pun masa nampak aku, masa aku wish morning bole pulak tegur baru pukul 820,aku dah buah tebiat ke?..haha..
Sabar je la..
Nasib baik la masa tu punya la nervous nak present dan siapkan report..

Dah present aku print report, then pegi KL Sentral carik tempat nak bind..
Punya la jalan tapi tak jumpa..
Sudahnya aku beli betik..
Sebabnya aku tak jadi puasa sebab ada lunch untuk Deepavali masa lunch hour..
So join je la pegi makan capati ramai-ramai..

Balik tu sambil borak dengan office mate ada die bagi tau kedai printing..
Aku pun pegi la..

Hari ni entah kenapa mood nak keje memang teruk..
Bukan aku sorang je..
Macam semua teruk..
Mungkin sebab tengah minggu ni ada cuti..
Ramai yang kurang fokus kot..

Aku pun masa dah petang bole pulak sakit kepala..
Nak settlekan pasal yuran aku lagi..
Tak settle pun lagi padahal..

Balik-balik beli kueh dekat pasar malam aku pun naik terus cari doc yang sepatutnya..
Nasib baik jumpa..
Lepas tu terus on laptop buat slide untuk present rabu ni..
 Tengah best-best tengok Maaf Jika Aku Tak Sempurna boleh pulak kilat beria..
So tutup la TV..

So slide dah siap..
Lepak-lepak la online dekat atas katil dalam bilik..
Boleh la update blog sambil BW..
Punya la semak dekat ofis tadi sampai nak BW pun tak sempat..

Esok pun macam semak lagi je..
Tapi aku rasa masing-masing pun tak berapa rajin je sebab Rabu dah nak cuti kan..
Mesti ramai tak sabar nak cuti..
Aku pulak rasa minggu ni memang semak..
Cepat la semua ni berlalu..

Semak keje, orang tak semak..
Aku ok lagi..
Tapi kalau keje nya tak seberapa, tapi orang yang semak..
Memang bagi orang kurang sabar macam aku ni cepat menyirap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...