Thursday, 16 October 2014

Cuaca Tak Menentu..

Assalammualaikum..

Lepas balik keje tadi aku pegi Subang Jaya..
Pegi makan nasi arab..
Dah lama teringin nak makan..
Tapi malam ni la baru dapat..

Macam biasa lepas habis keje aku terus naik komuter ke sana..
Sekarang ni aku selalu kuar dari ofis pukul 6..
Keje pun banyak gak..
Ke makin banyak dari dari hari ke hari..huhu..
Dapat pulak budak baru macam aku yang tengah merangkak ni..
Memang mencakar-cakar la..
Nak belajar pun ye..
Kene buat keje pun ye..
Nak BW pun kadang-kadang tak selincah dulu..
Ada yang tak berapa sempat nak catch up..

Ok berbalik pasal cuaca ni..
Aku nak relatekan dengan kesihatan la..
Hari ni dah start rasa hidung macam pedih je..
Jangan la selsema atau demam..

Tapi cuaca pun tak menentu kan sekarang..
Lagi la menambah faktor..
Sebelum tu pulak masalah jerebu..

Semalam aku nak pegi keje masa tengah siap-siap tetibe hujan turun dengan lebatnya..
Mula-mula turun tak bawak payung pun..
Sekali dah sampai dekat bawah tengok hujan bole tahan lebat..
Dari rumah nak ke susur tu bole tahan jauh..
Fikir-fikir kalau redah mau basah ni..
Dah la baru nak pegi ofis..
Kalau nak balik tak pe gak..
So naik atas balik amik payung..

Tadi pulak dari stesyen komuter jalan kaki je pegi kedai tu..
Masa keluar dari stesyen rasa rintik-rintik..
En.bf kata nak amik..
Tapi rasa bole redah je..
Aku call la die balik bagi tau aku jalan je..
Masa makan memang hujan turun dengan lebatnya..hoho..

Awal-awal sampai aku terus pegi farmasi sebelah kedai tu..
Mencegah awal-awal..
Nak beli ubat selesema tapi aku tak selesema lagi..
Orang yang jaga farmasi tu pun macam pelik je..
Lepas explain dan discuss..
Die suggest amik vitamin C untuk kuatkan imunisasi badan..
Die serbuk dan kene larutkan dalam air..
Aku beli 2 paket..
Sorang sepeket dengan en.bf..
Die lagi la suara dah semacam..
Siap terbatuk-batuk lagi..
Dah la esok hari Jumaat baru..
Kalau dah tak sihat..
Keje bole tahan banyak..
Air-cond dekat ofis pun sejuk nya bole tahan gak..
Memang menyumbang betul kan..
Dekat ofis pun dah ramai yang selsema, bersin-bersin..
Harap weekend ni ok la..
Harap badan pun mampu menahan segala rintangan ni..haha..

Next week Insyaallah pegi Terengganu..
Pegi 2 hari je..
Mula-mula ingatkan nak cuti direct je dari Deepavali..
Jumaat ada meeting pulak dekat office..
So kene la masuk sehari tu..

Hujung minggu depan lagi tu boss aku tau macam nak pegi Johor..
Tak tau la jadi ke tak..
Workload dan nak travel ni harap badan ni cukup kuat la..
Tambah dengan faktor cuaca ni..
Harap semua baik-baik la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...