Friday, 19 September 2014

Oh my Career..

Assalammualaikum..

Tadi dah post entry untuk Birthday en.bf kan..
Post pun lambat..
 Bangun pun bole tahan lambat..
Tapi semalam tak de la tido lambat sangat..
Cuma orang dekat rumah ni (mak dengan ayah) sibuk untuk event dieorang hari ni..

Bangun tadi sebab tak de orang dekat rumah..
So basuh pinggan-mangkuk dulu..
Mak ada buat makanan untuk event tu..
Majlis tu pun awal..
So barang-barang yang guna tak sempat basuh..
Tak de hal la..

Sambil basuh pinggan tu aku masak air..
Macam biasa la nak buat breakfast..
Sebab rasa macam lambat..
Aku letak air banyak kot..
Tutup dulu then pegi kedai kejap..
Balik tu sambung masak air tu..
Elok air dah masak nak buat nestum..
Sekali tengok nestum dah habis pulak..hukhuk..
Pegi mop segala dan ampai baju kejap..
Tapi sebab rasa macam tak best je nak makan pape so buat la susu suam je sebagai breakfast..

Tak lama lepas tu mak balik..
Sekali suruh masak sebab dekat rumah tak de makanan..
Dieorang kan pegi majlis..
Kot-kot ayah aku nak makan nasi tengah hari tu pulak..
Mak suruh goreng telur je..
Disebabkan mood macam best dan rasa kerajinan tu macam tinggi sikit..
Bukak freeze tengok apa yang ada..
Buat la telur mata masak kicap..

Nak amik bawang nampak pulak ada terung..
Terung yang wan aku tanam dekat belakang rumah..
So buat la goreng terung dan sambal terung..
Wan tak bole makan cili dah..
So goreng terung tu adalah untuk die..
Aku suka terung sambal..
Saje try buat..
Sorang-sorang dekat dapur..
Ok la bole buat benda-benda simple macam ni..

Nak masak ni pun aku rasa macam engineering jugak..
Maafkan saya dengan perkaitan tersebut..hehe..
I budak engineering, so tu je yang aku bole kaitkan..
Karang nak kaitkan dengan akaun, admin, ke takut salah pulak..
Kenapa aku kaitkan tu?..

Engineering ni basic die ialah math dan physic..
Dengan basic ni macam mana kita nak apply kan dan grow die untuk sesuatu yang baik..
Dengan basic knowledge tu la kita apply dekat electrical, mechanical atau mana-mana disiplin la..

Aku rasa sama la macam masak..
Kalau kita ada knowledge untuk each component tu..
Senang la kita nak harmonikan untuk jadikan makanan tu sedap..
Ni aku perasan dari yang dah expert-expert masak la..
Macam mak, M.Long ke..
Kalau rasa sesuatu makanan tu die dah tau nak tambah apa atau kurang kan apa..
Atau dalam erti kata lain nak modify untuk jadi kan benda tu sedap di tekak kita..hehe..

Aku kalau masak pun macam ni jugak la..
Tau basic..
Based on experience dan knowledge cuba hasilkan sesuatu yang kene di tekak sendiri..
Feedback dari orang yang makan pun ok..
Jadi walau jarang-jarang masak tapi ok jugak la..
Bole la masak untuk hidup..hehe..

Bole diterima ke teori engineering dan masakkan tu?..
Aku pakai sebat je..hehe..
Kalau tak abaikan je la..

Dah makan semua aku pun online la..
Tulis post untuk en.bf dan rutin-rutin lain kalau online..
Hari ni pun banyak post-post menarik dari blog-blog lain..
Enjoy je baca bila BW..
Biasanya kalau Jumaat ni kadang-kadang slow sikit..hehe..

Petang sikit aku call company yang satu lagi tu..
Another option..
Nak puas kan hati sendiri kan..
At least tak de la terkilan ke apa..
Punya la panjang intro kan..
Betabah je la baca ye..

Mula-mula call (person-in-charge) PIC tu tengah tak available..
Tengah ada interview session..
Then operator tu suruh aku call balik pukul 5..

Pukul 5 aku call balik..
Dapat cakap dengan PIC tu..
Die bagi tau yang die tak prefer perempuan..
Untuk post ni memang bukan office basis..
Memang fully dekat laut..
Memang agak tough la untuk perempuan..
Process die pun dari mula sampai habis memang mencabar jugak..
Kemampuan fizikal lelaki diperlukan..
Environment pun lelaki je..
Walaupun die tak diskriminasi tapi dieorang agak risau la..
Lebih lagi untuk long term..

Aku pun masa tu ok je..
At least aku happy dengan explanation tu..
Berbanding kalau aku tak fight for kan..
Dan aku lega dengan apa yang Tuhan aturkan untuk aku..

Walaupun dah discuss dengan company A sebelum ni ..
Tinggal nak sign contract je..
Tapi aku tetap usaha untuk tau status company B yang aku call tadi..
Masing-masing memang ada pro and con..
Jadi senang sangat untuk buat keputusan kan..
Boleh sign contract dengan hati yang senang..
Kalau tak terfikir-fikir je..

So sekarang ni memang buat preparation untuk kembali la..
Walaupun aku dah pernah ada dekat sana..
Ak sendiri sedar beberapa kesilapan aku sebelum ni..
So sekarang usaha nak perbetulkan dan tingkatkan performance aku..
Lagi pun bole la plan pengurusan wang yang lagi baik..

 Mula-mula PIC tu mintak aku datang ofis untuk sign contract hari ni..
Tapi disebabkan aku malas nak pegi KL..
Dan nak call company B..
So aku mintak untuk datang hari Isnin..
Mula-mula PIC ok je..
Cuma die tak de hari Isnin dan inform staff lain yang akan bantu aku..
Kejap lagi aku dapat email yang die mintak datang hari Selasa..
Die sendiri nak handle..

Bila macam ni memang aku lega la..
Apa yang berlaku ni mudah je..
Mungkin aku je tak berapa nampak sebelum ni..
Sebab tu la aku call jugak company B..
Company A ni pun memang agak pro..
Process pape cepat..

Bila aku issue kan sesuatu tu die layan je..
Boleh kata apa aku nak die cuba bagi sebaik yang boleh..
Aku banyak tanya benefit untuk aku la..
Dari tak de annual leave dan sick leave dekat contract die bagi 15 hari annual leave dan 14 hari sick leave (dengan surat dokter)..
Pakej medical dan insurans yang menarik jugak..
Tak payah nego pun.
Bila tanya je die bagi..

So memang all the best la untuk career aku lepas ni..
Susah payah tu biasa la..
Harus la ada keluh kesah tu lepas ni..hehe..
Insyaallah semua nya baik-baik untuk aku develop..
AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...