Saturday, 27 September 2014

Hari-hari Terakhir di Rumah..

Assalammualaikum..

Esok adalah hari last day dekat rumah..
Isnin dah start keje balik..huhu..
Berdebar pulak nak keje balik..
Padahal dekat tempat yang sama je dengan 6 bulan sebelum ni..

Disebabkan dah pernah sama-sama 6 bulan tu la memang dah boleh agak lepas ni macam mana..
Momentum kene sama tak pun lebih baik lagi..
Lagi pun sebelum ni trainee je..
Lepas ni dah executive..huhu..
Aku pun 1st fresh grad yang dept ni akan recruit..
Harap semua elok-elok la..
Besiap sedia la masing-masing nak kene dengar keluh kesah aku nanti..
Macam aku kene dengar keluh kesah Sen..haha..

Kesian die dekat Bintulu sorang-sorang..
Kadang-kadang setiap malam call aku..
Dah tu call aku kadang-kadang aku tengah berpoya sana sini dengan budak-budak ni..
Sabar je la die dengar..
Call aku bole memotivasikan die katanya..
Tak bole blah betul..
Padahal merepek je banyak..
Kalau aku pun bila budak-budak ni mengarut la lega sikit dengar..
Kalau serius sangat tu aku makin stress kot..haha..

Lagi pun tak senang nak bercerita dengan semua orang..
Orang tak ada, atau tak pernah ada susah nak faham..
Macam aku dulu pun kalau cerita dekat Sen die selalu je pangkah aku..
Sekarang die mengakui sikit sebanyak cakap-cakap aku dulu.

Cuti ni memang aku gunakan masa melepet dekat rumah..
Nak keluar pun aku malas..
Makan dan tido je la..
Boleh makan dan tido sesuka hati..
At least dapat la habiskan masa dengan mak, ayah dan wan..
Kalau ada yang balik tu meriah la sikit rumah..
So dapat la makan yang sedap-sedap dan tengok dieorang buat pameran la..

Dapat jugak melepak dengan BFF..
Melepak dengan en.bf bila die balik kampung..
Melepak dengan Hendry sekali..
Melepak buat keje gila menonton tak ingat dunia sepanjang malam, pegi sign contract, dan window shopping dengan Haziq..
Tak dapat jumpa Sen dengan Apis je..
Sen ajak jumpa cuti hari Malaysia sebelum balik Bintulu..
Tapi aku malas balik KL..
Apis pun ada ajak pegi aktiviti..
Weekend ni pun die dengan Hendry ajak pegi main ATV..
Tapi sebab kaki tak berapa ok tak dapat la join..
Tadi pagi pun die SMS ajak lepak hari ni dengan Hendry..
Tapi malas pulak nak pegi sebab jauh..
Next time la ye..
2 orang ni punya plan memang selalu mengarut je..

Cuti ni pun di uji dengan digigit lebah..
Alhamdulillah sekarang dah ok dah..
Dah bole pakai kasut rasanya..
Lebam dah surut..
Cuma warna kulit belum kembali sepenuhnya ke warna asal..hehe..
Lepas ni kalau sape-sape kene sengat lebah sila la pegi hospital dapat kan injection cepat-cepat ye..
Kalau tak bengkak macam aku hari tu..

Awal-awal balik haritu beria study kan..
Dah decide nak pegi mana tak study dah..
Nanti start keje balik study la balik..
Untuk present next month pun tak prepare apa pun lagi..
Report tak siap lagi, slide tak siap lagi, evaluation form pun supervisor aku tak isi lagi..
 Evaluation form tu patutnya aku nak email je..
Tapi sebab aku akan balik semula dekat company tu..
Jumpa nanti terus bagi la..

Bulan depan pun aku rasa banyak cuti..
Tak lama lagi nak Raya Haji kan..
Lepas tu aku nak pegi Terengganu pun cuti lagi..

Hari tu tak sempat jumpa budak-budak ni sebab sakit kaki (alasan) masa dieorang datang KLCC ada MOGSEC..
Masa OTC hari tu aku dekat KL..
So rajin la nak pegi..
Yang ni sebab aku malas, sakit kaki dan aku pun tak pasti aku authorized ke tak untuk pegi..
Masa pegi company tu pun aku malas nak tanya..
Ada rezeki nanti kita jumpa..

Esok dah balik KL..
Habis dah bulan madu yang indah sebulan ni..
Selamat berkerja balik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...