Thursday, 11 September 2014

Happy Thursday..

Assalammualaikum..

Hari ni aku bangun lambat..
Tido lepas subuh..

Kisahnya semalam lepas Maghrib aku bole pulak tertido..
Tido beria pulak tu..
Dekat pukul 12tengah malam baru bangun..
Padahal bukan main berpeluh tido masa ni..
Rasa dah puas tido baru bangun..

Bangun terus pegi mandi dan makan..
Makan lagi ek..hehe..
Tapi masa ni dah decide nak puasa hari ni..
Lagi pun makan petang tu aku masak peria goreng dengan telur..
Bangun tu teringat-ingat tu yang makan tu..hehe..

Dah mandi tepek muka dengan mask..
Aku bancuh tepung beras pulut dengan air je..
Lepas tu tepek dekat muka..
Nak kurangkan minyak dekat muka..
Kecik kan liang roma..
Pakai pun bukan lama sangat..
Sejam dua je..
Lagi cuti ni aku pakai sehari dua kali..
Pagi dan malam..

Aku pernah baca petua ni Siti Nurhaliza guna untuk haluskan kulit..hehe..
Dah lama dah..
Tapi biasa la..
Kalau keje tak de masa sangat nak buat benda-benda ni..
Masa cuti ni la menikmati..hehe..

Cari balik petua tu dekat internet..
Tapi jumpa ni..
Useful jugak..

Shiseido black mask pun aku still guna lagi..
Untuk buang black head dan white head dekat muka..

Dah makan lepak dekat depan jap..
Tapi tak de rancangan menarik pulak..
Elok jugak la..
Kalau tak meleka depan TV..

So duduk dekat bilik..
Sambil online, sambil dengar lagu.
Sambil tu study..
Sekali quota internet habis..
Nampak sangat nak suruh aku study la..haha..

Nasib baik la banyak note dah save..
So bole la study..
Tengok jam pun dah dekat pukul 5..
Wan pun puasa hari ni..
So die dah siap prepare la makanan untuk die sahur..
Aku pun bersahur lagi..hehe..
 Makan biskut Hup Seng 5 6 keping dengan susu segar..
Senang je kan..

Dah settle semua baru la tido..
Banyak jugak la yang aku dapat study malam semalam..
Banyak benda menarik..
Nasib baik la senang jugak aku nak faham..

 Bangun aku buat rutin biasa je..
Basuh muka dengan ais, pakai mask lagi..
Wah tengok menu hari ni best nyer..
 Daging masak lemak campur kentang..:)
So tu la menu untuk berbuka nanti..

Hari ni pun sempat guna dermaroller jugak..
Aku memang suka guna benda ni..:)
Sebab sendiri buat..
So guna ikut sesuka sendiri..hehe..
Hasil memang agak memeberansangkan..

Hari ni pun adik Ta akan balik..
Siap dah call tadi..
Tanya aku balik kampung ke tak minggu ni..
Kakak ko ni memang dekat kampung pun..
Die balik ni meriah la sikit..

 So ni la yang aku suka duduk melepak dekat rumah..
Boleh amalkan bahan-bahan semulajadi..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...