Thursday, 4 September 2014

Happiness - Career, Nuffnang & Blogging..

Assalammualaikum..

Semalam aku tido lambat..
Yelah melepet sepanjang hari dekat rumah semalam..
Malam tu pulak keluar dengan en.bf makan nasi arab..
Balik tu online..
Lepas tu menonton pulak The Other Woman pulak..
Haritu tengok tak habis kan..
Best cerita ni..
Lagi pun aku memang suka cerita genre macam ni..
Pelakon pun semua best best je..

Baring-baring entah pukul brapa aku tido..
For sure lebih pukul 5..
Last aku tengok jam tu pukul 5 macam tu..
Bangun lambat pun tak de hal la..
Sebab siang tak de nak buat apa pun..
Plus room mate aku balik kampung..
Esok baru balik sini..
So nak menonton ke apa tak de hal la kan..
Entah pukul berapa aku tertido sedar-sedar dah terang..
Lampu tido pun tak tutup..
Laptop pun terbiar je..
Laptop adalah di atas katil, sebelah aku je..
Feeling menonton kan..hehe..

 Sedar-sedar ada SMS..
Ingatkan SMS morning en.bf je..
Sekali bila bukak baca..
Rupanya SMS dari SV aku..
Die tanya aku interested nak join dieorang tak as employee..
Wah wah wah..
Baru sehari aku tak datang ofis dah rindu ke..haha..

Fuh haruslah excited..
Tapi dalam masa yang sama tersangat la confuse..
Aku tak terus reply pun..
Aku look forward sangat untuk satu company ni..
Company dan position agak menarik..

Terus forward SMS tu dekat en.bf..
Tak payah tunggu lama die dah call balik..
Discuss dengan die..
Call Hendry, mak, Sen dan lecturer aku..
Discuss dengan dieorang..
Rezeki sangat sebab Hendry memang tengah cuti, Sen pulak half day sebab nak settle kan pasal rumah die..
Kalau Hendry dekat laut, Sen dekat plant selalunya..
Memang tak dapat la..
Lecturer aku pulak return call sebab die busy sebelum tu..
Mak pulak tengah appointment dekat hospital.. 
Alhamdulillah sangat membantu..
Semua nya adalah part of career dan life aku..
Tulang belakang aku selama ni..

Lepas tu aku terus call company yang aku interested tu..
Punya la sebelum ni berkali-kali call tak pernah pun dapat cakap dengan person in charge..
Semalam aku baru dapat personal email person in charge tu..
Banyak jugak la usaha..
Finally hari ni aku dapat cakap dengan person in charge tu..
Die pun kata baru nak reply email aku atau baru nak contact aku ke..
Lebih kurang macam tu la..
Tak tau la betul ke tak..

Dieorang nak discuss few things dan nak dapatkan info dari aku..
Tapi sempat la aku bincang beberapa benda..
Salah satu main concern dieorang ialah sebab aku perempuan..
Untuk post tu nanti most of time adalah on site..
Environment faham-faham je la..
Dieorang pun dah mention la yang dieorang tak de diskriminasi pun pasal gender ni..
Good point..
Happy sangat dengar..:)
Challenging tapi sangat interesting..
Sangat bagus untuk beginner macam aku ni..
 Die tanya kenapa aku tak continue dekat company sekarang..
 Insyaallah proper interview lagi 2 minggu sebab next week dieorang nak travel..

 So kene fikir baik-baik la untuk semua ni..
Dah settle semua baru la reply SMS SV aku..

Dua-dua ni sangat menarik..
Ada pro and con..
Memang kene fikir baik-baik..

Tapi Alhamdulillah sebab SV aku interested untuk panggil aku balik..
Sekurang-kurang nya aku tau dieorang happy dengan keje aku..
Walaupun sebelum ni aku memang ada dengar SV aku bagi komen yang positif pasal keje aku..
Komen yang positif jugak dari manager dan director aku..
Sebelum ni komen verbal je..
At least kalau betul-betul panggil balik memang double positif la kan..hehe..

Motivasi sangat untuk career aku..
Macam aku cakap..
At least aku dapat la rehat kejap..
Sebab kalau aku dapat salah satu dari dua ni..
Memang agak tough la..
Of course sangat teruja jugak..

Lecturer aku pun dah remind untuk presentation next month..
Report dengan preparation memang tak start lansung..
Cuma body report memang aku guna report yang aku buat untuk department aku la..
So ada advantage la dekat situ..

Kalau dah confirm interview untuk the other company tu pun aku perlukan masa jugak untuk prepare..
Nak kene polish knowledge offshore aku seharusnya..
Nak prepare pasal company tu lagi..
Harap cepat dapat tarikh..
Senang nak buat preparation..

Sesungguhnya Tuhan tu memang sebaik-baik perancang..
Selagi belum betul-betul pasti aku memang tak letakkan harapan yang tinggi pun..
Aku tetap terus usaha dengan peluang-peluang lain dan teruskan berdoa..

Dah settle semua tadi aku pun online la..
Email person-in charge yang aku discuss tadi..
Check email segala..
Aku submit banyak tempat jugak..
Even vendor aku pun agak interested untuk aku join dieorang..hehe..

Banyak sebab untuk aku sangat berusaha ke tahap sekarang..
Pengalaman susah senang memang sangat membantu..
 Terima kasih banyak jugak dekat orang yang sentiasa ada dengan aku di saat susah dan senang aku..
 
 Check gmail tengok ada ni pulak..


Cek dari Nuffnang..
Aku ni memang kalau dah bole cash out aku cash out kan je..
Tak de la tunggu kumpul banyak ke..
Setiap sen tu bernilai..
Ni la antara pengalaman paling berharga yang mendidik aku..

Then ada jugak email discussion invitation untuk aku review facilities dieorang..
Insyaallah semoga semua Tuhan permudahkan..

Aku memang selemah-lemah manusia..
Semua Tuhan permudahkan semua nya..
Terima kasih untuk semua rezeki yang di kurniakan..
Pengalaman, career, orang sekeliling aku dan mungkin apa yang aku tak sedar sebelum ni..
Semoga aku hargai setiap apa yang aku ada tak kira la susah atau senang..
Semoga semua baik-baik je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...