Monday, 22 September 2014

#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!..

Assalammualaikum..

Please check this..
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin bole la buat ni..
Sekurang nya saluran yang betul dan kita dah tunaikan tanggungjawab kita..
Pihak yang sepatutnya nak tunaikan atau tidak tu terpulang..

Salam 1Malaysia!

Kempen #Bajet2015 yang berlangsung dari 11 hingga 25 Ogos telah menarik ribuan penyertaan di laman khas 1Malaysia.com.my. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyumbang idea- idea dan cadangan samada di laman khas #Bajet2015 atau melalui media sosial.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menerima rumusan laporan cadangan #Bajet2015 dan beliau turut teruja dengan kualiti dan kepelbagaian idea yang disumbangkan. Kesemuanya telah disimpulkan dan sekarang dalam proses penilaian sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Kini, tinggal kurang daripada sebulan sahaja sebelum pembentangan #Bajet2015 di Parlimen dan sekali lagi Kerajaan ingin memastikan agar suara dan pendapat rakyat dapat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan #Bajet2015.

Selain itu, anda turut boleh mengundi 5 kategori cadangan #Bajet2015 yang anda paling setujui. Ini dapat membantu kita memantau dan memahami dari segi keutamaan antara cadangan-cadangan dan isu Isu yang diutarakan dalam kempen #Bajet2015. Sila kunjungi www.najibrazak.com/bajet2015/poll untuk berbuat demikian.

Akhirnya, jangan lupa untuk menonton pembentangan penuh #Bajet2015 secara "LIVE" atau "Langsung" melalui laman NajibRazak.com pada 10 Oktober di Parlimen Kelak. Anda juga boleh melayari laman NajibRazak.com untuk perkembangan lanjut tentang #Bajet2015.

Admin


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...