Thursday, 18 September 2014

Bahan Pameran & Pest Control..

Assalammualaikum..

Hari ni aku bangun awal..
Nasib baik la malam semalam tak tido lambat sangat..
Lambat tak lambat pukul 3 lebih jugak la aku tidur..

Tu pun sebab banyak makan malam tu..
Lepas tu tengah lepak-lepak bergayut ayah panggil..
Mintak tolong aku ada buat keje sikit..
Untuk pameran..

Sebenarnya die suruh aku buat hari ni..
Tapi sebab baru lepas makan..
Makan sambal ikan bilis campur petai dengan kari kambing..
Lepas tu sebelum makan tu aku dah teringin nak minum milo panas dan makan nasi..
Walaupun dah kenyang makan..
Tapi keinginan tu tetap tinggi..
Sambil makan masak air..
Habis je makan terus kacau milo panas..
Nampak tak betapa kenyang nye malam-malam tu..
Ke pagi-pagi buta tu..huhu..
Terus la aku buat keje yang die suruh buat tu..
Sebelum tido dah siap..

Pagi tadi semua dah bangun awal..
Yelah ayah, mak dengan wan je ada dekat rumah..
Orang tua-tua haruslah bangun awal kan..
Ayah dah tanya pasal keje semalam tu..
Nasib baik dah siap kan..
Lepas tu bole pulak die suruh buat satu lagi..
Sabar je la..
Semalam aku dah tanya..
Nak buat satu je ke?
Yakin je jawab ye..
Ni pagi-pagi dah bising suruh buat satu lagi..
Orang tua always right kan..

Dengan mamai-mamai ngantuk-ngantuk tu..
Aku buat je la..
Kejap je dah settle..
Masa aku bagi tu konon nak suprise kenapa aku siap cepat giler..
Propa sangat..haha..
Dah bangun tu aku terus bangun..

On laptop..
Email-email pasal keje..
Lepas tu call ada beberapa pest control yang aku ada cari semalam..
Dekat rumah ni ada anai-anai, banyak jugak semut dan binatang-binatang lain (lipas, tikus, etc)..
Semut la yang masalah nyer..
Kejap dah masuk dalam air, dekat makanan..
Dah membazir..
Aku kalau jumpa walau seekor semut dalam bekas air tu..
Semua nya aku tuang dekat dalam kolah mandi..
Tak nak minum dah..
Maklumlah kawasan kampung kan..
So ada 2 contact number yang aku jumpa..
Sekali call la..
Pergh suprise aku dengan harga die..

Untuk rumah kampung dua-dua quote harga dalam 2k..
Harga main riban-riban je ek..
Tak de puluh-puluh atau ratus-ratus..
Satu warranty 2 tahun, satu lagi 3 tahun..
Yang 3 tahun tu die akan inspect 6 bulan sekali..
Warranty ni maksud die sepanjang tempoh tu kalau ada serangga ni datang balik dieorang akan bagi service percuma..

Yelah mungkin rumah kampung besar kan..
Guna inject la katanya..
Lepas tu die cover halaman dan dalam rumah sekali..
Hapuskan kalau ada busut dekat sekitar rumah..
Lepas tu akan macam pagar rumah..
So anai-anai dekat dalam tak keluar dan dihapuskan..
Yang dari luar tak bole masuk ke dalam rumah..
Dekat atap die akan spray dan lain-lain method la nak control serangga ni..

So dah propose dekat wan aku..
Bergantung la die nak buat ke tak..
Kalau buat nanti aku share ye..
Kalau dekat sekitar Negeri Sembilan ni yang tau service dan best price..
Bole recommend kan dekat aku ye..

Lepas tu call tu aku call Yun Nam pulak..
Teringat masa dekat Penang dulu aku pernah beli pakej dieorang..
RM 700 untuk 10 kali treatment..
Murah la kan..
Masa keje dulu tak teringat pun nak guna..
So tadi aku call balik untuk tanya pakej tu masih available lagi ke tak..

Mula-mula sebab aku beli dulu tu dekat Butterworth..
Die sebut deposit aku berapa..
So die suruh aku call dekat sana..
Bila bagi tau nak buat dekat dieorang terus boleh call kan untuk aku..
Lepas tu suruh buat appointment sehari sebelum datang..
Dan kata nak diagnose lepas tu tengok pakej lama sesuai ke tak dengan keadaan sekarang..
Mungkin kene tambah duit sebab sekarang dah naik harga kononnya..
Padahal awal-awal dah tau pakej aku..
Tapi tak nak cakap pun kan..
Sibuk pasal duit, harga dah naik, tambah duit lagi je..
Tengok la macam mana ending die nanti..:)

 Tengah menaip-naip ni tetiba ada orang insurans call aku..
Sekali lagi kesabaran aku diuji time puasa-puasa ni..
Selalu orang insurans call explain panjang lebar kan..
Hari ni die pulak give up sebab aku yang explain panjang lebar..
Aku tak marah pun orang keje insurans..
Tu keje korang kan..
Rezeki masing-masing..
Tapi bila orang dah tolak cara baik cuba la faham ye..

Pape pun display sikit bahan-bahan pameran yang ayah sediakan..



Bahan-bahan pameran bertemakan sejarah untuk dipamerkan..
Macam mana rupe display nanti tak tau la aku..

Tak sabar nak makan kueh badak berendam mak buat hari ni untuk majlis esok..
Beria beli gula anau pagi tadi..
Inti pun dah siap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...