Saturday, 30 August 2014

Weekend Merdeka..

Assalammualaikum..

Weekend ni cuti 3 hari kan..
Extra cuti sehari sebab Merdeka..
Haruslah balik kampung..
3 hari cuti duduk KL nak buat apa.

Lagi pun en.bf pun memang nak balik kampung..
Die ke Kedah Sabtu ni..
Ahad abang die nak bertunang..

Balik ni pun ramai jugak dekat kampung..
P.Long dengan M.Long pun ada balik..
Adik Ta dekat Johor pun ada balik..
Lepas tu nak belikan daging salai untuk office mate..:)

Petang tadi pun ada buat makan-makan sikit beli kek celebrate birthday Adik Ta..
Padahal tarikh die 25hb hari tu..
Tapi sebab ramai ada hari ni so buat hari je la..
Buat masa minum petang..
Selain kek ada air kelapa, rojak, mee rojak dengan sandwich..

Disebabkan adik Ta ada..
Macam biasa la buat keje die dekat rumah..
Satu meja dekat dapur tu penuh dengan barang-barang die je..
Kalau tak siap lagi tak kemas pun..
Ada mood nak buat balik die datang la sambung keje die balik..


Belum siap lagi..

Ni pulak detail untuk setiap lukisan..


Burung Raja Udang..
 


 Air terjun..



Bunga..

Ni pulak bila dah siap..


Tapi belum jugak la siap betul..

Aku pun tak ingat die buat ni untuk apa..
Die ada bagi tau semalam..
Lupa dah..haha..

Lukisan ni guna cat minyak tak silap..
Lukis atas canvas..
Die ada ajak pegi beli frame tadi..
Tapi dah petang baru beria ajak..
Memang tak sempat dah la..

Esok die dah nak balik..
So lukisan ni die bawak la balik sana..
Saje aku upload dekat sini..
Sebab die lukis bukan untuk letak dekat rumah..
Sekurang nya bila baca balik nanti ni salah satu karya die la..

Aku rasa hasil lukisan die banyak jugak la improvement die..
So kalau ada family member yang berbakat seni tu bole la hantar pegi sekolah seni..
Hari tu pun ada orang tanya aku macam mana nak apply dekat sana..

Kalau berminat nak tau lebih lanjut pasal sekolah seni.
Boleh la check dekat sini..

Dan ni pulak untuk sekolah seni Johor..

Kalau sebut pasal seni bukan la hiburan semata-mata..
Memang la macam muzik, tari dan teater tu kearah hiburan sikit..
Tapi kalau seni visual ke skop tu mungkin lebih dekat art..
Lebih pada lukisan, interior, kreativiti macam tu..

So terpulang la..
Dengan kemudahan yang ada pun agak menarik aku rasa..
Kalau nak hantar anak ke pegi kelas muzik, main alat muzik, tari, lukisan ke memang mahal kan..
So kalau dekat sekolah ni dengan budak yang memang sukakan seni, berminat dengan seni..
Memang sesuai la..
Dieorang bole belajar akademik dan buat apa yang dieorang minat pada masa yang sama..

Kalau yang malas nak baca dekat web tu..
Ni mungkin apa yang menarik..

PENGAMBILAN MURID

Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara.  Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan Mei hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di  http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan.

Walau bagaimanapun, murid-murid yang terlepas memohon secara atas talian atau murid-murid yang tiada kemudahan internet, bolehlah memohon sebagai calon walk-in dengan mengisi borang permohonan secara manual sewaktu Sesi Serlahan Seni (SSS).

Sesi Serlahan Seni adalah proses uji bakat pemilihan murid ke SSeM yang dilaksanakan di seluruh negara. Sesi ini biasanya dilaksanakan dalam bulan Oktober setiap tahun sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Calon yang memohon akan diuji bakat mereka berdasarkan bidang kesenian yang dipohon; Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual. Panel Sesi Serlahan Seni adalah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam salah satu daripada empat bidang kesenian yang dinyatakan di atas.

Syarat Kemasukan
i.
Warganegara Malaysia
ii.
Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian  yang dipohon
(Muzik ,Tari, Teater  atau Seni Visual)
iii.
Tiada kecacatan
iv.
Lulus Sesi Serlahan Seni
v.
Mendapat keputusan minima 3B Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Ni dah hujung September kan..
So bulan depan ialah Oktober..
Sapa-sapa yang berminat bole la take note..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...