Wednesday, 13 August 2014

Serabut - PTD's Report..

Assalammualaikum..

Rasanya dah lama aku tak tulis entri macam ni sekarang berbanding masa dekat Terengganu dulu..
Dekat sana dulu aku banyak menulis dekat sini sebagai motivasi untuk diri..
Boleh kata kalau ada masalah atau aku tengah berusaha aku selalu kongsi dekat sini..
Dan bila masalah dah usaha aku tu tercapai jadi kenang-kenangan dekat aku..
Mungkin jugak berguna untuk orang lain atau jadi motivasi dekat orang lain..
Dari kisah kewangan aku dekat sana, rumah sewa, masalah belajar, kehidupan dan lain-lain..
Walaupun tak semua la yang aku share dekat sini..
Yelah tak ramai orang yang aku bole share masa tu so dekat sini la menulis kan..hehe..

Sekarang ni mungkin aku lagi dekat dengan keluarga, en.bf, kawan-kawan rapat aku..
Dengan banyak masa habis dekat ofis kalau weekdays..
Malam kadang-kadang keluar dengan orang yang rapat dengan aku..
Weekend balik kampung, keluar dengan orang, dan agak banyak aktiviti..
Nak settlekan pasal rumah, barang rumah dan lain-lain..
Kalau dulu dekat sana aku memang agak banyak sendiri dan berdikari..
Lebih lagi masa lama duduk sorang je dulu..

Sekarang pukul 1 lebih dan aku masih tak tido lagi..
Tengah menaip-naip depan TV bertemankan milo panas dan asam beli untuk makan dengan epal..

Alkisahnya tadi aku dah tido lepas menonton Rindu 200%..
Minggu ni 3 days in row memang lepas cerita tu aku masuk bilik baring-baring atas katil baca novel ke kadang-kadang terus terlelap..
Selalu terjaga dan bangun dalam pukul 12 buat apa yang patut lepas tu tido balik..
Tapi hari ni terjaga dalam pukul 9 ke 9 lebih lepas tu tak bole tido..

So bangun je la..
Tak berapa lena tido sebab fikir macam-macam..huhu..
Bila terjaga fikir pasal report la..
Macam mana nak siapkan report tu cepat la..
Macam mana the best way nak siapkan report tu la..
Macam mana nak present data dengan maklumat paling baik la..

Punya la passion nak siap kan report tu kan..
Sebenarnya yang merunsing kan tu sebab nak siapkan report tu cepat-cepat..
Aku rasa aku tak mampu nak siapkan report tu sebelum aku habis..
 Ada tinggal 2 minggu je lagi sebelum aku habis..
Report tu masih dekat stage review by technical writer..
Ada banyk stage lagi sebelum bole publish..
Lepas technical writer, SV aku nak comment lagi..
Masa SV aku review nanti pun mesti ada banyak benda kene betulkan..
Lepas tu manager aku lagi..
Pun aku rasa ada banyak comment jugak..
Sekarang ni pun dah sampai rev 3..
Lepas berapa rev la agaknya baru lepas dekat SV aku..

Lepas tu masa makin suntuk..
Ni pun aku memang fokus untuk siapkan report tu..
Kalau spend masa untuk study pun sebab nak siapkan report tu..
Report untuk kolej semua memang aku tak buat apa lansung pun..

Haaaa minggu ni pun ada engineer baru masuk..
Experienced engineer dari commissioning team local company join kitaorang..
Orang die memang best..
Layan je dengan kitaorang even dah 30..

Kalau bole aku nak je spend masa dengan die belajar dengan die..
Ye lah die experienced on design dan on site..
Terutamanya berkaitan switchgear..
 Tapi tu la..
Rushing nak siapkan report aku..

Tadi pun HR aku ada email nak testimoni la..
Tapi disebabkan report aku ni semua aku tolak tepi..huhu..

Dah la minggu depan ada nak pegi site visit 2 hari..
So dah burn 2 hari..
Kebarangkalian untuk tidak sempat siap sebelum aku habis tu sangat tinggi..
Dah la aku ada beberapa plan dan option bila dah habis intern ni..

Kalau bole aku memang nak siapkan report ni sendiri..
Sebab aku yang buat dari awal sendiri..
Of course la SV aku supervise dan guide aku..
Masa awal-awal memang progress memang slow la..
Aku ni banyak kali jugak la lost dan tersesat dalam perjalanan nak siapkan projek ni..hihi..

 Lagi yang buatkan aku semangat nak siapkan report ni sebab aku dapat respond yang positive dari technical writer tu..
Kalau bole aku nak siap kan sampai habis dan dapat feedback dari SV, manager aku dan electrical engineer lain..

Haaa ni la yang merunsingkan aku sekarang..
So mengadu la dekat tempat sepatut Nya..
Doa banyak-banyak sambil usaha yang terbaik..
Kadang-kadang tu tetiba dapat ilham dalam train, masa mandi la..
Syukur sangat..

Sambil tu tadi sempat la buat luahan hati dekat en.bf..
Die pun pukul 10 lebih baru balik dari ofis..
Banyak keje katanya..
Nasib baik la kitaorang ni field yang sama..
Tak pun aku selalu call Sen atau Hendry ke..

Sebut pasal Hendry haritu die ada la call..
Dah 2 bulan lebih die sign on tak dapat balik lagi sebab tak de pengganti..
Macam biasa la kalau bercakap dengan die selalu menghiburkan..hehe..
Lagi-lagi kalau pasal ride dengan vacation..
Ni la benda-benda untuk release tension..

Sambil ni merepek dengan Jie dengan Farez..
Kalau dengan Haziq pun bole merepek-repek jugak..
Mungkin Tuhan tu hantar orang-orang macam ni untuk bantu aku..
Kadang-kadang orang-orang ni tak de la bole tolong aku siap kan report pun..
Tapi mampu la menghiburkan hati..
Tak de la fikir pasal masalah tu je..
Lari la dari fikir benda merunsingkan..
Tak pun dieorang kadang-kadang bagi idea yang bernas..
So memang membantu..


Harap ada la penyelesaikan terbaik untuk semua ni..
AMIN..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...