Sunday, 31 August 2014

Selamat Hari Merdeka ke-57 Malaysia..

Assalammualaikum..

Lambat betul keluar entri ni..
Dah nak masuk 1 hb pun kan..
Sibuk dengan entri lain..
Free ni boleh la taip panjang-panjang sikit..
Cerita apa yang patut..
Kalau dah keje, kadang-kadang keluar dengan rakan-rakan, tak pun dengan family..
Memang malas la..

Tapi lepas ni aku agak free la..
Naik cuti ni hari last day aku internship..
Insyaallah aku tak sambung dekat situ..
Nak cuba dekat tempat lain..
Company sekarang sangat best tapi aku rasa aku kene keluar dan pegi tempat lain untuk belajar lebih lagi umur sekarang ni..

Ok cerita pasal merdeka balik..
Sepanjang hari ni aku duduk dekat rumah je..
 Tak kemana pun..
Dekat rumah pun tak ramai..
Mak ayah hantar Hakim balik Johor..
Dekat rumah ada Luqman, Wafi dengan wan je..
So duduk rumah makan, tengok Astro free, online, baca novel dan tido je..hehe..

Besar erti kemerdekaan ni pada aku..
Walaupun aku melepet macam ni dekat rumah..
Paling besar impak die dekat hidup aku..
Memang membakar semangat untuk keje dengan baik, baik dan lebih baik lagi..
Dan untuk berusaha untuk hidup yang baik-baik dan lebih baik lagi..

Bila tengok perjuangan orang dulu memang memebakar semangat..
Semalam pun aku ada tengok dokumentari pasal pembinaan MRT, teknologi dan kemajuan yang Malaysia dah kecapi..
Haruslah jadi pembakar semangat untuk aku menyumbang sesuatu kepada kemajuan negara..
Benda nampak kecik tapi kalau kita tengok betul-betul besar makna nya..
 


Terima kasih Malaysia untuk selama ni..
Terima kasih jugak kepada semua yang berusaha membangun kan Malaysia sampai ke tahap sekarang..
Memang sangat banyak yang perlu di perbaiki dan di pertingkatkan lagi..
Bukan dari segi physical sahaja..
Tapi mentaliti rakyat Malaysia yang penting sekali..

Walaupun ramai rakyat Malaysia sendiri yang selalu merendah-rendahkan Malaysia..
Where ever, when ever, what ever it is..
I'm always proud to be Malaysian..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...