Monday, 18 August 2014

Restock Barang Penjagaan Diri - Kordel's Horsetail, Nivea Fresh Natural & Sulcura..

Assalammualaikum..

Tajuk barang penjagaan diri tu macam skema je kan..
Tak pela layan kan je la..
Kira tajuk tu macam spesifik sikit..
Kalau tajuk restock barang je terlampaun umum pulak..

Ok salah satu motif weekend ni ialah nak restock barang-barang yang dah habis dan dah nak habis..
Disebabkan aku sampai kampung pun dah Sabtu malam..
Hari Ahad siang tu aku la aku kuar pegi carik barang dengan Luqman..

On the way nak beli barang baru teringat pasal daging salai..
Aku balik ni plan last minit..
Jumaat malam baru decide..
So tak de la amik order..
Kalau nak suruh dieorang SMS pun modal tak de pulak..
Kalau ada rezeki sebelum habis bole la beli..

Barang aku ni tak de lah pelik sangat..
Tapi kadang-kadang payah nak jumpa..
 Lagi pun nak compare harga pun ye jugak..
Yang aku nak beli Shampoo BaWang warna hijau, deodarant Nivea fresh, Kordel's Horsetail dengan ubat gatal..

Mula-mula pegi Farmasi Alpro..
 Shampoo BaWang ada saiz kecik je..
Aku malas nak beli kalau saiz kecik ni..
Rugi satu hal..
Lagi satu kejap lagi habis kene beli lagi..
Dah la kadang-kadang payah nak jumpa..
Kordel's Horsetail tu ada dekat sini..
Tapi ada twin pack je..
Memang la lagi jimat kalau beli..
Tapi budjet nak beli 4 barang..

So pegi Giant pulak..
Nasib baik dekat Giant ni ada Kordel's Horsetail yang single pack..
Ada diskaun 20% tak silap..
Shampoo BaWang tak de..
Nampak pulak deodarant lepas tu amik..
 Tak silap ada diskaun jugak..
Tapi dah lupa la..
Lepas tu pegi la bayar 2 barang ni..
Masa bayar ada voucher rm5 pulak..
So jimat la rm5..
Tak silap dieorang ada promo sempena merdeka..
So kalau ada nak beli barang tu bole la pegi..
 Settle la 2 barang ni..


 Aku suka deodarant ni..
Sebelum ni aku pernah try happy shave dengan fresh natural..
Tapi aku memang lagi prefer yang ni..
Lagi lasting..
Even jalan beraya 11 rumah 1 hari dari pagi sampai malam hari tu pun aku ok je..
Kalau yang whitening untuk happy shave tu aku tak berapa suka sebab macam alergik..
Nanti naik macam jerawat-jerawat dekat kulit bawah lengan..

Aku mula-mula pakai yang fresh ni..
Saje try yang happy shave lepas tu..
So nampak nya yang ni lagi sesuai dengan aku..
Sebab tu maintain guna ni je..

Lepas tu memang beria la carik shampoo BaWang..
Aku masuk dekat Giant..
Memang ada..
Tapi saiz kecik je..
Even promoter tu baru tau ada shampoo tu..
Die yang keje situ pun tak perasan dan tau pasal shampoo tu..huhu..
Sebab market kurang tu pasal la ada saiz kecik je kot..

Lepas tu pegi Watson dekat tempat lain pulak..
2 Watson pegi pun tak de..
Dekat Watson ke dua tu sebab dah give up carik shampoo ni aku tanya la pasal ubat gatal..

SA tu kata dekat Watson cuma ada ubat gatal biasa je..
Die suggest aku pegi farmasi..
Ada Farmasi Alpro jugak dekat sini..
So aku pun pegi la..

Aku sebenarnya dah ada beli ubat gatal ni..
Tapi macam tak berkesan je..


Dah guna separuh aku rasa..
Tapi macam tak de perubahan pun..
Tu yang carik lain..

Dekat Alpro aku bagi tau ubat yang aku dah guna dan tak berkesan..
So aku mintak ubat lain..
Aku tunjuk jugak la dekat SA tu kulit aku..

So die suggest kan ubat ni..
Derma Spray Intensive..



Harga die untuk 15ml ni ialah rm21.90..


Aku tak pernah tau pun pasal ubat ni..
Tapi bila SA tu introduce macam best je..hehe..
Just spray dekat tempat gatal..
Fungsi die untuk matikan kuman..

Apa yang elok nye die ni matikan kuman..
Berbanding cream yang kuat bila guna..
Kalau tak berfungsi dengan baik gatal tak hilang tapi nanti akan rosakkan kulit..

Balik tu lepas mandi aku terus guna..
Yang best nye just spray-spray je berbanding cream..
Lepas spray pun sejuk je..
Kalau cream tu macam melekit-lekit sikit..
Kene cotton bud segala kan..
Ni lagi mudah la pada aku..

Keberkesanan die nanti aku share..
Produk ni pun ada range..
Macam dekat farmasi tu ada untuk acne la..
Dan untuk eczema..
Besa susah nak cari ubat eczema yang sesuai untuk baby kan..
Mana tau range dari produk ni sesuai pulak..
Lepas tu ubat ni pun sesuai untuk umur 12bulan ke atas..
Fungsi die ada dekat label ubat tu ye..

Ni link untuk ubat ni kalau nak tau lebih banyak maklumat..
https://www.salcuraskincare.com/

Kisah shampoo la yang paling mencabar..
Lepas misi semalam gagal..
Hari ni misi di teruskan lagi..
Balik keje tadi pegi carik dekat Guardian KL Sentral..
Lepas tu ke Nu Sentral..
Tengok dekat directory board Nu Sentral tak de farmasi aku pegi KLCC..
Pegi Watson dengan Guardian KLCC pun tak de..
Sabar je la..
Sudahnya aku beli durian crepe 2 pcs dengan roti boy je dekat KLCC..

Rasanya senang carik dekat Giant dengan Tesco je..
Tempat lain tu bukan tak de..
Tapi botol kecik je.
Nasib baik dekat rumah ada botol kecik..
Aku amik la..
So sementara ni sempat la nak guna lagi..
Kalau nak beli shampoo lain dulu malas giler aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...