Saturday, 2 August 2014

Marathon Raya Aidilfitri 2014..

Assalammualaikum..

Saje nak abadikan kisah ni dekat blog..
Kisah marathon raya dengan kawan-kawan semalam..

Kisah nya bermula hari Jumaat petang..
Masa kitaorang keluar pegi massage tu aku ada plan nak pegi rumah kawan aku dekat area situ..
Tapi die tak de pulak balik rumah mertua die..
Lepas tu die ajak datang semalam..
 Masa pegi mamak makan maggi goreng pulak dapat SMS dari Apis ajak jalan raya semalam..

Memang tak de plan nak pegi jalan mana pun selain yang ada..
Yang pastinya die akan datang rumah aku lepas tu pegi rumah Hawa..
Masa dekat rumah aku pun plan samar-samar je lagi..hahaha..
Kucai pun dah hujung-hujung join datang rumah aku..
Pukul 11 lebih apis dengan Hawa datang..
Dekat pukul 1 lebih  macam tu Kucai datang..
En.bf pulak tak dapat dihubungi walaupun aku dah bagi tau masa keluar tu..
Sabar je la kan..

By end of the day pukul 11 lebih malam sampai rumah..
Macam 1 hari betul berjalan..
Unexpected betul..
Total rumah yang kitaorang pegi ialah 11 rumah..hohoho..
Satu hari dari tengah hari sampai tengah malam berjalan..

Memang best jalan ramai-ramai pegi jalan-jalan jumpa dengan orang yang dah lama tak jumpa..
Yang berjalan ni haruslah geng yang bujang ramai..
Kalau ada yang dah kawen pun sorang je..

Bila dah jalan raya ni bukan setakat jumpa kawan tapi makan beria giler..
Setiap rumah sibuk nak masak kan menu..
Sampai tak larat la nak makan..huhu..
Tapi jamah la jugak nak jaga hati tuan rumah..

Menu pun bole tahan sedap..
Lagi bila jumpa benda-benda rare..
Bole pulak ada rumah hidang kan tapai dengan ketupat palas goreng..
Memang tak mampu nak tolak la..
Bukan kata tak mampu nak tolak..
Tak mampu nak makan sikit je..
Lebih 5 tapai aku makan dengan lebih 1 ketupat palas..
Nampak tak sampai sendiri pun tak tau dah berapa aku makan..haha..

Antara paling best lagi selain jumpa kawan-kawan..
Kitaorang dapat pegi jumpa cikgu yang mengajar kitaorang masa sekolah menengah dulu..
Lagi best sebab walaupun dah lebih 10 tahun tak jumpa die ingat kitaorang lagi..
Tak perlu perkenalkan diri pun memang die kenal..

Balik tu memang penat la..
Tapi memang best la jalan-jalan, makan-makan, kumpul ramai-ramai tanpa dirancang ni..

Next upcoming event ialah house warming rumah Hafeez tak lama lagi..
Aku siap request nak menu kambing lagi..hehe..
 Ada banyak gambar..
Almost setiap rumah yang kitaorang pegi bergambar dengan tuan rumah..
Post dekat media sosial sebagai kenangan..
Tapi tak mampu la pulak aku nak upload dekat sini..

Tu la penutup cerita jalan raya..
Malam tadi atok dah sampai..
Hari ni pun P.Long se family datang..
Ada family mak cik aku datang menjemput sepupu nak datang..
So hari ni berehat-rehat melepak dekat rumah dengan family je la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...