Saturday, 30 August 2014

Home: Loan..

Assalammualaikum..

Continue cerita pasal rumah..
Tersadai lama dah cerita ni..

Untuk jumpa orang bank ni tak semestinya pegi dekat bank..
Masa en.bf beli rumah ni ada jugak la orang bank yang call tanya kalau nak apply loan..
Bole je kalau nak jumpa dekat mana-mana..
Macam en.bf die banyak submit dekat kawan-kawan die je..

Untuk rumah subsale tak silap process die tak lama sangat..
Dari developer macam lama sikit rasanya process die..
Lepas korang dah submit tu kadang-kadang pihak bank akan call office korang nak pastikan maklumat yang korang bagi..

Untuk apply loan pun biasanya ada dalam range 70% dari jumlah income..
70% ni termasuk lah loan kereta, kad credit segala ye..
Tak silap aku dari gaji bersih lepas tolak EPF segala..
Kalau ada allowance die akan kira average dari 6 bulan contohnya dan tambah basic..

Kalau yang dah berkahwin bole je nak combine loan..
Mana la tau kalau tak cukup untuk seorang..
Tak pun sebab memang nak share-share ke..
Atau kalau tak cukup boleh jugak apply sekali dengan guarantor..
Guarantor tu biasanya family member la macam mak, ayah, adik beradik ke..

So bole la sentiasa contact pegawai bank yang korang berurusan tu untuk sentiasa update status loan korang..
Kadang-kadang loan korang bukan la tak lulus..
Tapi berapa percent yang lulus nya..
Mungkin korang apply untuk 90%..
Yang lulusnya mengikut income korang mungkin 85% tak pun 80% ke..
Dah la nak beli rumah..
Kene prepare 10% discount untuk deposit..
Dengan income yang tak seberapa ni lulus 85% ke 80%..
Mana la nak cekau deposit sampai 15% ke 20%..
Tu bukan sikit wang..
Mau kene ada sampai 70k atau lebih..
Tak ke naya..huhuhu..
Tu tak masuk lagi bayar lain..
Bayar stamp duty, lawyer fee ke..

Macam kitaorang yang beli dengan developer..
Masa beli tu dieorang bagi tau apa bank panel..
Ada 5 bank panel..
So kitaorang pegi dekat panel bank ni la..
Bila pegi dekat bank tu memang dieorang dah ada pekej yang developer offer dalam system..
BLR brapa, dengan beberapa detail..

Masa aku pegi Maybank (ni je the only bank yang aku involve)..
Bagi tau nama developer..
Lepas tu under developer tu projek yang mana..
Dekat bank pun dieorang ada tiers untuk developer..
Mungkin developer yang well known pakej lagi ok..

Ni antara doc yang diperlukan untuk apply loan..

Documents needed for loan processing

a. For salary earners

  1. IC
  2. 6 month payslip
  3. Latest EPF statement
  4. Account statement (CIMB 6 month)
  5. Employee confirmation letter
  6. Title
  7. Booking form
  8. Other saving
Doc ni sebenarnya depend dekat bank tu..
Ada yang nak 3 bulan, ada yang nak 6 bulan..
 Masa nak beli tu submit je la banyak-banyak..
Lepas tu kalau ada pilihan pilih la yang paling baik..


Dah confirm bole la sign loan offer letter dengan banker..
Pasal dengan bank semua ni en.bf je yang settle kan..
Die just inform aku je..
Masing-masing keje tak de nyer nak pegi sama-sama.. 

Ni Financial Adviser kalau korang ada nak apply loan..
Nama: Asyraf Luqman b. Zakaria
Scope: Pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan
 Bank: Hong Leong, Rasah
Contact No: 017-9024097
Nanti aku share step seterusnya..
Karang tulis banyak-banyak bosan baca kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...