Wednesday, 20 August 2014

Finally-Shampoo BaWang..

Assalammualaikum..

Hari Isnin haritu aku dah cerita kan..
Macam mana susahnya nak carik shampoo bawang ni..
So sebab tak jumpa dan nak beli seluar pakai keje..
Plan la dengan nak pegi dengan en.bf semalam..

So lepas maghrib en.bf amik aku..
Ke Sunway Pyramid la sebab seluar aku nak tu memang aku jumpa dekat Sunway..
Dah siap try segala sebelum ni..
Tapi sebab masa aku pegi tu dah lambat sangat..
Kedai dah nak tutup..
Walaupun dah try tapi sebab rushing aku malas la nak beli..

So semalam sampai tu lincah-lincah la pegi carik barang..
Aim nak beli seluar dengan shampoo la..
Seluar ni ada dari sebelum puasa lagi..
Mana la tau dah habis..
Nak beli sangat tu sebab murah..
Alhamdulillah dapat la beli seluar dan shampoo ni..

Simple je seluar ni..
Selesa dan harga pun ok..
Sekarang ni aku suka pulak seluar skinny..
Motivasi nak kurus sangat kan..hehe..


Walaupun masa mula-mula memang try n error je..
Harapan tu tak berapa tinggi pun..
Sebab susah sangat nak carik dekat farmasi..
Mula-mula pegi dekat Guardian tak de..
Then pegi dekat Watson nasib baik la ada..
Apa lagi terus grab dan bayar..

Kebetulan sangat pulak farmasi-farmasi ni dekat dengan dengan tempat jual kelengkapan rumah..
Dekat dengan area situ ada AKEMI, Aino Living dll..
Aku pun tak perasan sangat..
Tapi kedai die memang dekat LG2 tu satu kawasan je la..

AKEMI tu sebelah Watson je..
Tak de yang aku berminat sangat..
Sebab aku masuk tengok kejap-kejap je kot..
Ada langsir, cadar, towel tak silap..
More on fabric stuff..
 Masa ni tak beli shampoo lagi..
So kejap je la..
Shampoo adalah keutamaan masa ni..

Lepas beli shampoo depan tu aku nampak ada Getha..
Macam best je..
So ajak la en.bf masuk..
Saje tengok-tengok..
Aku kan suka survey-survey ni..

Nanti aku share pasal Getha ni..

Dah settle semua benda baru la pegi makan..
Pegi makan dekat luar Sunway..
Aku memang lagi suka makan benda biasa-biasa dari fast food ke apa..

Disebabkan makan malam agak lewat..
Makan pun bole tahan lewat..
So aku decide untuk puasa hari ni..
Settle dah puasa ganti untuk tahun ni..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...