Sunday, 10 August 2014

#Bajet 2015..

Assalammualaikum..

Selain boleh dikatakan sebagai diari..
Untuk simpan kenangan kenangan..
Aku suka share benda yang bermanfaat untuk sama-sama dapat benefit..
Again, aku pun suka google dan cari info sana sini kalau nak cari info pasal sesuatu..

Aku dapat email ni dah lama jugak..
Tapi tu la..
Kadang-kadang rasa macam banyak benda nak share..
Tapi bila dah sibuk buat benda lain terus lupa..
Sementara ingat ni aku terus la tulis..

Malas nak sembang dan bebel banyak..
Aku tepek je la email tu dekat sini..

Salam 1Malaysia!

Setiap tahun, saya menjemput anda semua untuk berkongsi idea dan cadangan mengenai apa yang ingin dilihat dalam Belanjawan Negara. Bermula 11 Ogos ini, peluang anda untuk menyumbang kepada #Bajet2015 akan tiba.

Tahun lalu, beribu cadangan dan idea dikemukakan, terutamanya membabitkan kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan kemudahan awam. Sumbangan daripada anda semua menjadi sebahagian penting perbincangan yang membentuk Belanjawan Negara 2014. Anda boleh mengunjungi cadangan-cadangan tersebut di sini:
 

Idea apa yang akan anda kongsi kali ini?

Jangan lupa tarikh 11 Ogos dan kunjungi laman web 1malaysia.com.my untuk berkongsi idea bagi #Bajet2015. Khabarkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda untuk turut sama berkongsi idea.

Saya mengalu-alukan idea anda!

Klik link ini untuk lihat idea-idea bajet lalu http://www.1malaysia.com.my/bajet2014/sub_topic.php?cat=all&filter=recent&lang=bm#view
 
Najib Razak
 
Dan ini..
Salam 1Malaysia!

Saat ini, YAB Perdana Menteri sedang mempersiapkan Belanjawan Negara 2015, dan langkah penting telah diambil bagi memastikan kepentingan rakyat Malaysia seperti anda akan terjaga.

Sepertimana tahun lalu, sebuah platform khas disediakan untuk anda berkongsi pendapat dan pandangan bermula 11 Ogos ini. Sila kunjungi laman 1Malaysia.com.my agar anda dapat membantu pembentukan Bajet 2015.

Berita baik bagi mereka yang telah mendaftar di laman Bajet 2014 tahun lalu; anda masih boleh gunakan kata nama dan kata laluan sama untuk perbincangan Bajet 2015. Sekiranya anda terlupa kata nama dan kata laluan, anda hanya perlu klik pada pautan "Lupa Kata Laluan" dan kata laluan baru akan dihantar ke emel anda.

Ikutilah laman Facebook rasmi Najib Razak di https://www.facebook.com/najibrazak?fref=ts untuk perkembangan terkini Bajet 2015.

Admin
 
Rasanya 2 email ni dah explain semua.
Kalau ada info lagi aku akan share..
 
Sebagai rakyat Malaysia tunaikan la tanggungjawab ni..
Jangan bukan main pung pang pung pang complain macam-macam tak puas hati..
Ni ada saluran gunakan la sebaik-baik nya..
Kalau dieorang tak laksanakan tu masalah dieorang..
At least kita dah laksanakan part kita..
Dari tak buat apa lansung tapi cakap banyak..
Benda modal dengan air liur dan jari je memang senang..
Tapi kalau dengan usaha dan masa memang tinggi modal nya kan..
 
So selamat menunaikan tanggungjawab..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...