Thursday, 31 July 2014

Selamat Hari Raya 2014..

Assalammualaikum..

Dah hari raya ke empat baru nak wish raya kan..
Sabar je la..
Tapi tak pe lah nak wish jugak la..

Selamat Hari Raya kepada semua yang singgah dekat blog aku ni..
Mohon maaf kalau ada salah silap sepanjang aku menulis ni..

Dah balik rumah faham-faham je la..
Banyak masa spend dengan family..
Di samping berehat sepuas-puas nya cuti panjang ni..hehe..

Lagi pun line pun tak berapa ok..
So aku memang malas giler nak on line..
Karang buat rugi je tunggu loading lama giler..

Raya tahun ni sangat biasa..
 Malam raya tu lepas takbur raya dah siap salam raya semua..
So 1st Syawal tu lepas semayang raya memang dah gerak pegi jalan raya..
Pegi rumah atok sedara aku dekat Jelebu..

Balik tu semua bantai tido dekat rumah..hehe..
Sedar pun sebab dengar bising-bising orang datang raya..
Mak cik pak cik aku datang..
Macam tu jugak la 2nd day raya..

Semalam la aku baru keluar tu pun pegi rumah P.Long dengan Hafeez je..
Gerak pun dah petang sebab apis pun dah start keje..
Sampai Seremban awal jugak..
Masa sampai tu apis dekat ofis lagi..
Pegi area Jusco Seremban 2..
Nak masuk Jusco malas..
So jalan-jalan dekat kedai dekat-dekat dengan Jusco tu je..
Sempat la pegi kedai langsir survey langsir dengan wall paper bagai..haha..

Sampai rumah apis lama jugak la melepak..
Die pun sorang je dekat rumah..
Beria menghadap kueh raya sambil tengok sukan komenwel..haha..
Lepas maghrib baru gerak pegi rumah P.Long..

Selain berkumpul ramai-ramai yang best nyer pasal raya ni haruslah pasal makan kan..
Menu dekat rumah masing-masing mantap-mantap pulak tu..
Menu yang sangat sukar untuk dilepaskan..
Rasa rugi sangat kalau tak makan puas-puas..hehe..
Macam masa singgah buka puasa dekat rumah P.Long..
Dengan bihun gorang, ayam masak merah, ondeh-ondeh..
En.bf makan bihun 2 round, makan nasi dengan ayam masak merah pun 2 round..hohoho..

Untuk hari raya ni pun ada makanan berat jugak lagi..
Dengan mee sup yang sedap masing-masing makan 2 round..
Lepas tu ada kek lagi..
Entah berapa slice aku makan..huhu..
Tapi sedap kan..
Nak buat macam mana..
Tak dapat beli dekat mana-mana kot..

Lagi best pulak dekat rumah ni rambutan dengan manggis tengah berbuah..
Syok je la makan buah fresh dari pokok..hehe..



Haziq masa datang beraya dekat rumah aku pun siap bawak durian dengan manggis..
Terbaik sangat kan..

Pape pun raya ni memang banyak lepak dekat rumah je la..
Tak de da keluar dengan kawan-kawan ke..
Ramai dah ada family so sibuk dengan family masing-masing la kan..
Aku pun duduk rumah jumpa sedara yang datang..
Enjoy makanan, sibuk main candy crush, baca novel dan melepet depan tv..haha..

As long as dah jumpa dengan kawan-kawan baik tu dah rasa lengkap dah raya..
Terima masih jugak sebab raya-raya ni ada jugak orang singgah blog aku ni..hehe..


Gambar wish dekat raya ni mengimbau kenangan kad raya kan..
Ehsan dari SINI..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...