Thursday, 24 July 2014

Sehari Sebelum Balik Kampung Ramadhan 2014..

Assalammualaikum..

Purchased broadband ni sebenarnya untuk cari maklumat pasal keje..
Nak cuti ni macam banyak pulak keje..huhu..
Tapi tak pe la cuba siapkan keje sebanyak yang bole..
Nak cuti raya lama kan..
Dah la minggu lepas cuti ada discussion dengan manager pasal report aku..

So sekarang ni memang banyak sikit la keje..
Nak finalize dah tambah maklumat yang tak cukup..

Tadi pun ada macam big boss untuk electrical untuk company tu datang ofis KL..
Die dari HQ, dari Monaco..
Jumpa dengan SV aku..
Lama jugak la dieorang discuss dalam meeting room..
Lepas discuss SV aku terus masuk bilik manager aku..
Then die keluar dari bilik tu dengan muka yang ceria cakap head of electrical tu interested dengan projek ni dan akan baca report yang aku buat tu..
Oh no..huhu..
Of course la 1st place aku buat..
Tapi lepas tu dengan semua penambah baikan adalah usaha bersama..
Tapi aku dengar memang excited dan bertambah cuak..hahaha..

Hari ni Alhamdulillah mark up drawing dah siap..
Reference list puh dah settle..
MTBF dan expected equipment life from one vendor pun dah dapat..
Siap ada additional maklumat lagi..hehe..
Bila ada additional maklumat kene la study lagi..
Tapi tak sempat nak tunjuk dekat SV aku lagi..
Lepas tu confirmkan beberapa maklumat dengan vendor..
Study pasal power device component between those two used by different manufacturer..
For outcome will be write in report..
Fuh memang banyak keje nak buat..
Discuss dengan SV aku of course untuk beberapa benda..
Tadi pun sampai 2 kali call vendor aku nak clarify maklumat..

Honestly SV aku memang sangat memberikan inspirasi aku dekat aku..
As career woman tapi isteri yang ibu yang berjaya pada aku..
Even masa die share parenting tips die dekat aku yang tak kawen ni pun memang aku kagum dengar..
Jumpa en.bf pun aku siap cerita lagi..
Berminat ke nak tau?..heheh..
Ye la aku ni kawen pun tak lagi kan..
Anak jauh sekali..
Karang tetiba post entri pasal parenting tips tak pasal je kene maki..hahaha..

Doakan la aku dapat siapkan report ni dengan sangat baik ye..
Aku ni sangat la kurang experience dan knowledge..
Tapi aku suka dengan kepercayaan yang dieorang bagi..

Esok ada 8 jam lagi untuk berusaha bersungguh-sungguh..
Hopefully dapat write explanation pasal different physical Implementation of the system between two product..
Then clarify pasal Peak Inverse Voltage (PIV)..
Sape-sape yang ada knowledge pasal power electronic dan power semiconductor device almost welcome untuk share knowledge korang dengan aku..:)

Ok selit cerita pasal buka..
Ni je menu buka aku untuk hari ni..


Lamb chop..
Rm 10 je..


Ni pulak hasil jumpa Ikin dengan Man semalam..
Siap bawakkan makanan lagi jumpa aku..
Bawak mee kari dengan kueh raya.

Esok rasa nak balik awal..
Takut stuck dengan jam..
Tak sempat nak buka..
Pape pun tak sabar nak balik..
Tadi pun adik ta dah call..
Dia dah sampai..
Ada few thing nak discuss dengan die..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...