Saturday, 5 July 2014

Kisah Buka Puasa Minggu Pertama 2014..

Assalammualaikum..

Hari ni dah seminggu berpuasa..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
 Ni tahun 1st pengalaman buka puasa dekat tempat aku duduk ni dan dekat company baru..

Bila bercakap pasal puasa ni tak lari dari cerita pasal makanan..
Lebih spesifik lagi pasal juadah untuk berbuka puasa..

Dah seminggu puasa ni pada aku makanan yang dijual dekat area rumah aku ni tak berapa kick la..
Ok bila cakap pasal ni terfikir makanan paling best ialah dari rumah..huhu..
Tak kisah la dari rumah aku, rumah M.Long ke..
Tu tetap yang terbaik..

Sekarang ni bila beli makanan dekat area rumah aku ni memang syarat untuk berbuka je la..
Tak de lagi la yang bila beli dan makan aku rasa nak beli lagi..
So korang boleh agak la kualiti makanan die macam mana kan..
Tak teruja lansung kan..
Harga untuk lauk ok jugak la lagi..
Tapi untuk kueh pn sampai 50 sen seketul..
Semua benda mahal kan sekarang..
Kalau hari biasa kueh baru 40sen sebiji..
Sama la dengan nasi minyak yang aku selalu beli..
Orang, nasi dan lauk yang sama tapi beli bulan puasa ni tetibe rm6..
Memang dah naik ke harga bulan puasa macam tu..
Entah la..

Hari tu pun ada pegi buka puasa dekat Old Town White Coffea..
 Sebab dah last minit tu je yang paling dekat..
Balik keje aku terus pegi nak booking kononnya..
Takut ramai orang tak de tempat pulak nanti..
Tak payah booking pun tak pe kata staff situ sebab tak ramai orang sangat pun..
Ada promosi Ramadhan untuk buka puasa..
Set tu ada nasi goreng, ayam masak merah, sambal sotong, kangkung sambal, keropok lekor dengan keropok pepedem tak silap, sirap bandung dan puding kurma..
Pada aku rasa makanan die dan dessert memang agak mengecewakan la kan..
Harga memang standard la kalau dekat situ, rasa pulak mengecewakan..
Jadi rasa tak berbaloi pun..

Semalam en.bf ajak buka sekali..
Ada la beberapa tempat aku survey..
Tempat-tempat yang aku pernah pegi sebelum ni, lepas tu tanya housemate dengan budak office..
Budak office siap reserve nak pegi buka dekat Istana Bambu..
Kitaorang pegi Bagan Lalang makan ikan bakar je finally..

Satu masa tu sebab aku kalau pegi buka dekat tempat special ni harga memang agak tinggi..
Lepas tu kalau rasa, portion dan keadaan sekeliling kurang berbaloi aku memang malas sikit..
Semalam pun aku dari office..
Masa dekat office tu malas aku nak google sangat..
Nak kene call nak reserve la..

Aku sampai Subang Jaya lepas tu en.bf ada nak pegi bank uruskan benda..
So memang agak lambat..
Lepas pegi bank terus beli air, roti dengan coklat dekat KK mart..
Buka dalam perjaanan dulu sampai Bagan Lalang baru la makan puas-puas..
Dekat sini rasanya tu memang dah tau..

Walaupun semalam hari Jumaat tapi tak ramai orang sangat pun..
Makanan pun cepat je sampai..
Masa nak balik tu bole pulak angin kuat giler..
Siap ada pokok tumbang on the way nak balik tu..

Cerita pasal dekat office pulak..
Keje memang banyak sekarang..
Cuba sedaya upaya nak bagi hasil terbaik..
8 jam tu rasa macam agak cepat je berlalu..
Banyak benda nak kene belajar dan buat..
Tapi bila dah petang-petang tu lesu jugak la..
Sebelum raya ni boss nak hard copy draft report atas meja die..huhuhu..
Kene lagi gigih la lepas ni..
Ada 3 minggu lagi sebelum raya..

Cuti raya pun dah settle..
Raya ni cuti 9 hari..
Bole la lepak lama dekat rumah raya ni..

Setakat ni belum ada lagi keluar jalan-jalan tengok barang ke..
Selalunya memang tak rushing pun..
Tahun sebelum ni pernah je tak beli baju baru untuk raya..
Kalau tak beli pakai je la apa yang ada..
Memang tak de hal..

Selamat berbuka puasa..
Tak tau lagi nak buka apa hari ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...