Saturday, 21 June 2014

Team Building 2014 - Eagle Ranch Resort..- The Resort..

Assalammualaikum..

Ni review aku untuk resort ni..
Sorry la tak banyak gambar..
Disebabkan aktiviti fizikal banyak..
So tak bawak kamera pegi mana-mana pun..

Pada aku resort ni agak nice..
Untuk team building la maksudnya..
So company kalau nak buat team building agak di galakkan la..
 Kalau nak buat family day pun ok rasanya..
Kawasan resort ni pun agak bersih..

Aku recommend ok untuk aktiviti fizikal sebab dekat resort ni memang banyak kemudahan untuk aktiviti yang berkaitan..
 Crew dieorang yang handle aktiviti ni pun terbaik..
Untuk company local yang ramai local pun ok..
Even company ramai expatriate pun ok sebab dieorang mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris..

View pun sangat cantik..
Masa malam tu memang ada company kitaorang je di samping yang datang individually..
Tapi hari Sabtu ada dua company lain lagi..
Ramai sikit la..
Cuma sebab banyak aktiviti kitaorang tak explore sangat la..

Kitaorang stay dalam Bandwagon..
Sebenarnya bilik ni untuk 2 orang je..
Ada 2 kati single dalam ni..
Cuma untuk bilik aku kitaorang duduk 3 orang..
Ada resort ni sediakan 1 extra bed..
Tak guna pun extra bed tu..
Kitaorang alihkan meja antara katil tu lepas tu rapatkan je katil..
Boleh la tido ber 3..

Kalau tengok gambar dekat web tu dalam bilik ni ada tangga naik ke atas..
Macam ada loteng dekat atas..
Aku tak naik pun..

Ada jugak bilik lain sebagai option lain untuk yang nak duudk dekat sini..
Cuma pada kitaorang makanan dekat sini tak berapa best sangat la..
Nasib la aku macam tak selera sangat nak makan banyak-banyak..
Amik banyak jenis dengan small portion je buat rasa..

Keseluruhannya aku agak berpuas hati la dengan tempat ni..
 Dan aku recommend korang yang suka aktivit lasak untuk pegi..
Kalau small group pun ok jugak rasanya nak pegi..
View cantik, kemudahan pun bagus..


Aku amik gambar ni dari dalam bas sebelum balik..

Again..
Link untuk resort ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...