Saturday, 21 June 2014

Team Building 2014 - Eagle Ranch Resort..- Day 1

Assalammualaikum..

Hari ni aku baru balik dari Team Building..
Team Building ni buat on 20-21 June..
Dua hari je dekat Eagle Ranch Resort..
Mungkin sebab minggu depan dah puasa..
So rushing sikit la..
Kitaorang ni follow je la plan dieorang..

Dua hari sama ni memang sangat berharga..
Banyak habiskan masa sama-sama dengan dieorang..
Harap nye lepas ni makin akrab la..
Dan banyak jugak yang aku belajar pasal dieorang dari team building ni..

Semalam memang bangun awal la..
Malam sebelum tu dah siap packing-packing..
Sampai ofis naik atas dulu..
Dieorang ada sediakan breakfast McD..
Sharp pukul 8 memang nak gerak la..
Tu pun lambat sikit sebab ada yang terlewat dan die call suruh tunggu kejap sebab dah dekat..
Kalau tak memang kene tinggal la..

Sampai sana dalam pukul 10 pagi..
Sampai-sampai je ada minum dengan makan sikit..
Lepas tu divide kepada 3 group..
Create nama group dan sorakkan..

Lepas tu dah start aktiviti obstacles nama nya..hehe..
Ada 5 halangan..
Team mate sangat membantu..
Semua pun semangat dan sangat fit..
Sebab company engineering ke apa..haha..
Team kitaorang 1st team dan dapat no.2 masa ni..

Lepas tu ada sea rafting pulak..
Ada 3 stage untuk aktiviti ni..
1st stage kene build sea rafting pakai buluh, tali dan barrel..
2nd stage kene mendayung ke tengah laut amik bendera..
Last sekali kene bukak balik semua susun elok-elok dan bagi bendera..
Dan kitaorang dapat no 1 masa ni..:)

Lepas tu kitaorang check in, lunch dan rehat-rehat jap..
Nak tido kejap pun tak berapa sempat..

Pukul 3 pulak ada Eagle Extreme..
Ha yang ni memang extreme..huhu..

1st sekali ktaorang kene ikat barrel dekat buluh..
 Lepas tu kene bawak barrel ni kemana-mana..
Dah la berat giler..
Dalam barrel ni ada air ye..
Lebih 50kg kot..
Ada yang kata almost 100kg..huhu..
Nasib baik la team mate aku ni bole tahan gagah jugak..
Mula-mula sekali kene tracking dalam hutan..
Lepas dah keluar dari hutan pegi pulak dekat tempat obstacle tadi..
Kene buat beberapa course..
Ada kene panjat tembok, lalu bawah kawad la..

Seterusnya kene bawak barrel ni dalam laut at certain kedalaman dan across beberapa distance..
Keluar dari laut kene pegi tempat archery pulak..
Dari laut tu selain kene bawak barrel kene bawak tayar lori jugak sampai dekat tempat archery..huhu..
Tayar lori tu pun dah ckup mencabar..
Lagi kene bawak barrel yang berat giler tu..huhu..
Nasib baik la masing-masing gagah..

Sampai tempat archery kene shoot 5 kali baru boleh contine..
Dah settle ke pokok durian pulak..
Ada kene panjat tali dan kene touch botol dekat atas tu..
Last sekali sampai dekat padang tempat mula tadi kene angkat kayu berat alihkan kayu tu dari satu hujung ke satu hujung lagi..
 Bersama lelaki-lelaki gagah ni team aku dapat 1st place..:D

Sebenarnya lepas dah habis aktiviti Eagle Extreme ni free and easy..
Nak balik bilik pun ok je..
Tapi dieorang nak beraktiviti lagi..
Betul-betul spend masa bersama nampaknya..hehe..
So lepas tu semua pegi main Go Kart..
Lepas habis Go Kart kitaorang pegi main Volley Ball pantai pulak..
Akhir sekali untuk petang tu ialah aktiviti di swimming pool..

Punya la bertenaga masing-masing..
Guna kan masa sebaik-baik nya..


Dah pukul 7 macam tu masing-masing balik bilik prepare untuk dinner pulak..
Malam tu kitaorang ada BBQ..
 So masa dinner kitaorang sembang-sembang..
Share pengalaman keje, hidup masing-masing..
Kebanyakkan dieorang memang dah ada experience keje lama..
Kitaorang pun dari umur, negara dan budaya yang berbeza..
So sangat nice la..
Satu meja aku tu je ada dari Filipina, Egypt, France dan of course Malaysia..
Even Malaysian pun dan merantau dekat banyak negara..

Lepas dinner kitaorang ke Bar dekat tempat tu..
Ada yang nak minum dan sambung chit chat lagi sambil tengok TV..
Tak semua la join masa ni..
Ada yang dah masuk tido awal..
Ada tu memang plan nak tengok World Cup..
Aku pun masuk bilik awal..
Tak larat la nak lama-lama..

So ni la total aktiviti hari pertama..
 Banyak kan aktiviti 1 hari je..
Aku pun excited jugak la sebab bole bakar lemak..
Dah lama tak beraktiviti fizikal..
So layan kan je la..

Nanti aku sambung aktiviti kedua dan review pasal tempat ni ye..


Gambar dari bilik aku..:)

Sambil-sambil tu bole usha link ni pasal tempat ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...