Monday, 9 June 2014

Snek Kegemaran..

Assalammualaikum..

Konon purchase data ni sebab nak update resume..
Macam biasa la kan..
Kalau untuk benda-benda serius macam tu mesti terabai bila dah online..
Lepas download resume dari email terbiar je..
Alasan sangat beli lepas tu bila dah online lebih nya dekat benda bukan-bukan je kan..huhu..

 Online pukul 8 tadi sambil tengok ulangan Projek Memikat Suami depan TV..
Continue lepas tengok cerita Kerana Terpaksa Aku Relakan..
Aku sebenarnya saje je lepak depan tv sebab baru lepas makan..
Kalau masuk bilik sebab tak de benda nak buat mau tido..
Online pun tapi line macam apa je..
Lepas tu bawak laptop masuk dalam bilik..
Kot-kot la line ok ke lepas tu kan..
Dah beli haruslah digunakan kan..
Kalau tak rugi..

Bawak masuk dalam bilik pun sama jugak..
Bosan dah aku..
Sambil-sambil tu aku baring-baring baca novel..
Nak update blog pun nak cerita pasal rumah yang dah tertangguh lama giler..haha..
Ala korang bukan nye perasan sangat pun kan..:)
Dah bosan sangat tetibe ternampak pulak ni dalam almari aku..


Snek Ku..Snek Kegemaran..hehe..
Lepas tu teringat nak beli kurma..
Sekarang pun dah nak Ramadhan..
Orang dah start jual kurma..

Snek murah ni la yang aku suka..
Dari dekat Terengganu dulu lagi..

Kurma pun aku jugak..
Beli ni sebab aku suka mengunyah dekat ofis bila bosan..
Dari kunyah benda bukan-bukan baik lah aku kunyah kurma..hehe..

Sebenarnya aku nak bawak benda ni pegi ofis..
Konon nya aku nak puasa hari ni..
Sekali sampai ofis check calender aku dekat email ada lunch appoiment pulak dekat budak-budak ni..
Ada lunch appointment for Egyptian Food..
Budak-budak dari Egypt masakkan masakan dari negara dieorang untuk kitaorang..
Dah la aku dah confirmkan invitation dieorang..
Dieorang pun dah budjet makan untuk berapa orang..
So kalau tak pegi macam tak best la pulak..
Yang masak nye lelaki..
Tapi serious sedap giler..huhu..
Lepas tu makan macam banyak giler je..hahaha..

Baru ingat nak puasa sebab aku ada nazar nak puasa kalau achieve sesuatu..
Lagi pun nak rehatkan perut sebab makan banyak giler semalam..
Tapi tak kesampaian la pulak..
 Insyaallah nak settlekan minggu ni jugak..

Lepas tu baru teringat yang kalau aku online lambat sikit..
Maksudnya malam sikit baru la line macam ok sikit..
Sekali betul..
Dari nak cerita pasal rumah terus cerita pasal makanan ringan..hehe..
Bukan apa sebab cerita pasal rumah tu aku kene korek maklumat lama-lama..
Maklumlah cerita tahun lepas..:)
Ingat tak ingat je dah..haha..

Aku sekarang ni macam malas sikit nak makan makanan ringan ni..
Masa pegi Giant semalam pun tak pun pegi pasar raya..
Tengok makanan ringan tu memang sedap je..
Segala keropok, coklat bagai..
Tapi aku memang nak kurangkan la makan benda macam tu..
Dah makin tua kan..
Untuk kesihatan dan mengelakkan berat badan bertambah-tambah dan tambah naik..hehe..
Kalau makan dekat luar pun aku selalu order air suam je..
Tak pun kalau nak beli air ke bila dahaga aku beli air mineral je..
Ni semua depend dekat diri kita sendiri kita je kan..
Macam mana pun aku sendiri akui memang susah nak kawal makan..
Lagi orang yang sentiasa berselera je nak makan macam-macam macam aku..
Nak kawal dari makan nasi dan lauk pun susah..

Lagi bila balik rumah..
Dapat pulak lauk sedap..
Jangan kan kata nak amik sikit rasa je..
Makan siap bertambah-tambah..huhu..
Selama ni aku memang harapkan aktiviti fizikal je la untuk bakar lemak..

Tak lama lagi nak aktif beraktiviti fizikal balik..
Tengok berat turun ke tak..hehe..
Pape pun usaha la yang terbaik..
Selamat mengamalkan cara hidup sihat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...