Sunday, 22 June 2014

Reward untuk Diri Sendiri..

Assalammualaikum..

Semalam dan hari ni memang hari aku bermalas-malasan je dekat rumah..
Balik semalam memang tido je lepas tu online sambil tengok TV..
Sembang-sembang, chit-chat online dengan kawan-kawan sampai pagi..
Bangun pun lambat..
Memang tak de plan nak buat pape pun hari ni..
Nak rehat-rehat recover balik badan..
Sakit-sakit badan dengan aktiviti masa team building..
Dah lama tak guna tenaga sebanyak tu..

Alhamdulillah pagi tadi pun en.bf dah selamat sampai sini..
Dari Jumaat haritu tak dapat contact die..
Pagi tadi dapat call die dah dekat KLIA..
Die pun penat sangat dan jetleg..
Tak sempat pun lagi nak jumpa die..
Kalau ada masa nanti nak ajak die pegi massage la..

Bangun tadi alas perut kejap dengan 2 biji kurma..
Semalam housemate aku bagi tau kettle tak bole guna..
Dah la tu je satu-satu nya kettle yang ada dekat rumah..
Macam mana pulak nak masak air nak buat nestum lepas ni..huhu..
Sambil makan kurma aku bawak tapak kettle tu pegi depan TV..
Aku bukak tapak die ok je..
Mana tau ada wyre dah tercabut ke..
Lepas tu aku bukak pulak kepala plug..
Sama la mana tau ada wyre yang longgar atau fuse dah malfunction ke..
Semua ok je..
Pasang semua balik aku try balik..
Alhamdulillah ok dah..

Nasib baik tak give up terus..
Masa tu dah bagi tau en.bf yang kettle aku dah rosak..
Nak ajak beli baru la sebab nanti susah nak masak air nak buat breakfast..
Aku pakai memang dah lama..
Dari aku matrik lagi..
Dalam 7 ke 8 tahun macam tu la..
Masa problem tu fikir mungkin memang dah tak ok kot sebab dah lama sangat guna..


Lepas tu aku sambung tido lagi sampai la ke petang..
Penat tido tu yang keluar ni nak makan dan lepak-lepak..
Manjang tido dan melepet je lesu jugak kan..

So reward diri sendiri dengan makanan sedap..


Teringat nak makan ni tadi..
Dah 2 hari aku tak makan nasi..
Semalam pun makan fries dengan sandwich je lunch dengan dinner..


Dessert..

Perfect weekend for me..
Tak sabar jugak nak jumpa en.bf..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...