Tuesday, 10 June 2014

Home: Balloting..

Assalammualaikum..

Ni cerita pasal rumah..
Aku share untuk panduan bersama..
Mungkin ada yang cari maklumat dekat internet ke..
Sekurang nya ada benda berguna yang aku share dengan orang yang baca blog aku ni..
Korang pernah dengar tak apa-apa berkaitan ballot, ballotting day ke..
Masa ni kitaorang ada received email dari developer information untuk beli card ballot..
What is that?..
Tak pernah dengar pun..
So apa lagi..
Menggoogle la aku baca sana sini untuk tau dah faham pasal benda ni..
Sebelum ni kalau nak beli just pegi launching yang developer anjurkan..
Tak pun pegi dekat booth yang ada dekat pameran hartanah, shopping complex, rumah contoh ke..
Tak pun pernah je cari rumah subsale dekat mudah..
So ni memang pengalaman pertama kitaorang..
En.bf pulak banyak depend dekat aku punya study je la..
So apa-apa aku info akan inform dekat die..
 Dia akan bertindak mengikut arahan je..hehe..
Gandingan mantap kan..
Tu pasal la aku keje pun aku dekat bahagian researh (new technology development) dan die bahagian projek..haha..

Ballot ni kalau kita mengikut kamus ialah pengundian..
Atau berkaitan dengan undi, pengundian, undian..

Bila dapat email dari developer ni die inform hari untuk beli card ballot..
Untuk beli card ballot ni kene prepare cheque rm 3k untuk satu unit rumah..
Kalau nak beli 2 unit rumah kene la prepare 2 cheque tak silap..
Masa untuk prepare cheque ni ialah seminggu..
Cuma tak silap aku en.bf tak sempat pun nak prepare cheque ni..
Die call developer dan dieorang bagi tau bole jugak bawak cash je..
 Dan card ni terhad kepada 3000 keping je tak silap..
Masa ni 1st come 1st serve..
Tak semestinya dapat dah buat cheque 3k ni dapat beli ye..
Nasib baik la rumah en.bf macam agak dekat je dengan tempat nak beli card ni..

Memang aku suruh die pegi awal pagi la..
Seawal 8 ke 9 pagi tak silap..
Gigih kan on weekend bangun awal..
Karang card dah habis tak pasal pulak..
Aku ni pun selain keje aku menggoogle pasal ballot ni..
Aku pun google la pasal projek yang en.bf nak beli ni..
Kitaorang ni bukan banyak duit..huhu..
Lagi masa tu memang struggle..
Rm 3k tu pun rasa besar sangat..
Tapi berusaha je la apa yang termampu..huhu..
Berusaha dan bertawakal..

Dan agak awal jugak la en.bf dapat beli..
Sambil-sambil tunggu turn tu die ada la borak-borak dengan yang lain..
Ada tu yang die jumpa nak beli rumah ke-11..
Amboi tak menahan betul..
Kerdil nye rasa..huhu..
Aku ingat lagi masa en.bf call dapat beli card ni aku dengan Hendry masa tu..
Hendry shore leave tak silap..

So simpan la no ballot yang dah beli tu ye..
Balloting Day die pulak minggu depan tu..
So dalam masa seminggu ni aku study lagi dengan en.bf unit mana yang ok..
Ada 3 option dengan square feet yang berbeza, nak level mana, view mana yang ok..
Dekat dengan lif, pump room, matahari naik segala la..
Study je mana yang mampu..
Kitaorang pun pengalaman pertama kali, knowledge pun setakat yang kitaorang stduy dan baca je la..

Balloting Day pulak ialah hari undian..
Datang la ikut masa yang dah di tetapkan..
Lepas tu dieorang akan cabut satu-satu nombor..
Siapa nombor nya yang kene panggil die akan bawak dekat tempat lain tak silap untuk pilih unit yang die nak..

Ada 4 unit blok total semua..
Tapi 1 blok tu die dah jual dekat VVIP, developer member dan staff..
Best giler kan..
Dah la VVIP segala..
Dapat pulak beli awal dengan harga yang murah..
Sabar je la..
Sape yang kene panggil awal nombor die memang untung la..
Dapat pilih unit yang die suka..
Of course la akan pilih yang murah kan..
Beza setiap floor 5k tak silap..
So harga akan increase bila level makin tinggi..
Dan dari 1 blok ke 1 blok..
Contohnya blok pertama paling tinggi 400k..
Blok kedua level paling rendah start dengan 405k..

En.bf pulak nama die kene panggil lambat sikit..
Masa tu die dah meracau-racau dekat sana..haha..
Aku dekat Terengganu masa ni..
Dah la malam tu tidur lambat ber SMS, ke call dengan die..
Gigih je die bangun awal nak pegi beli rumah..
Aku ingat die tak kacau aku tidur pun..
Sekali memang die call dengan SMS aku update apa yang terjadi..
Tanya pendapat aku bila die nak pilih unit..
 Alhamdulillah dapat jugak la die unit yang kitaorang prefer..
Cuma harga la agak tinggi sebab die dapat blok yang ke 3 da masa tu..
Cuba je la..
Tak cuba tak tau..

Masa ni pun dengan tak de henfon ada camera atau camera..
So kene tengok harga satu-satu dan tulis atas kertas je la..
Manual sangat kan..

Lepas pilih unit akan jumpa lawyer..
Masa ni ada dua lawyer developer..
So dieorang akan bagi tau detail harga dan pakej..
Harga dengan pakej ni berbeza mengikut masa kita beli..
Tengok apa yang dieorang offer masa kita nak beli tu la..
Bila dah dapat harga bole la bawak doc tu untuk apply loan..
Harga unit yang kita beli akan tolak la 3k masa kita beli cheque tu..

Pada aku sangat banyak yang kitaorang belajar masa ni..
Memang struggle la orang baru macam kita orang ni nak beli..
Lagi nak compete dengan orang yang dah keje lama..
Kitaorang ni baru la berapa tahun keje..
Saving pun berapa la sangat..
Ni datang beli rumah ke-11 segala..
Bertabah je la..
Setakat ni, ni je lah yang aku nak share..
Kalau ada salah silap sorry la sangat..
Benda ni pun dah lama..
Tahun lepas punya cerita..
Lagi pun yang pegi beli card, pegi balloting day ni en.bf..
Apa yang aku share ni dari pengalaman dan perkongsian en.bf dekat aku..
Semoga apa yang aku share ni boleh membantu korang yang nak beli rumah..
All the best..

2 comments:

  1. nory takde pengalaman n taktaw langsung pasal imu beli rumah ni..tapi entry ni sangat berguna. kotlah satu hari nanti ade rezeki nory nak beli rumah plak kan.tapi setakat ni mampu sewa je.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la byk jugak belajar pasal process ni..ni pun share setakat ilmu yg sikit n based on pengalaman je..rmi lg expert..pasal beli rmh tu slow2 la..kitaorang ni mmg struggle la..huhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...