Tuesday, 17 June 2014

Dinner - Epal, Asam & Jagung..

Assalammualaikum..

Sekarang ni kan tengah usaha nak kawal makan..
Maklumlah aktiviti fizikal tak start lagi..
Tak sabar nak mula..
Sambil-sambil tu kene la kawal makan dulu..

Macam biasa nak kawal makan bukan la senang..
Lagi dekat rumah ni banyak jugak la makanan sedap dan murah..
Tiap pagi dan petang ramai jual makanan..
Kalau pagi ada kueh, mee, bihun, nasi lemak dan lauk-lauk..
Petang pun ada macam-macam..
Paling mantap ada nasi kukus dan nasi minyak..
Bayangkan nasi minyak dengan ayam masak merah yang sedap dan arca sayur rm5 je..
Nasi kukus pun..
Tu yang hari tu badan aku naik beria..
Tiap petang aku makan nasi minyak atau nasi kukus die kot..
Dah kenyang tak tau buat apa tido..
Kalau tak tido pun melepet tengok TV..

Tu tak termasuk lagi kalau Isnin dengan Jumaat ada pasar malam..
Wajib beli keropok lekor, pedal ayam..
Lepas tu nasi minyak atau nasi kukus..
Kadang-kadang beli kueh bagai la..

Kalau balik kampung pun lagi la..
Semua makanan macam tak bole miss..
Bukan setakat tak miss..
Siap makan dua tiga kali lagi..hohoho..

Kalau keluar pun sama jugak..
Agenda utama haruslah pegi makan kan..
Nampak kan kecintaan aku terhadap makanan..

Sedar je diri..
Cuma susah betul nak tahan..

So sekarang start kurangkan sikit makan..
Kalau makan pun berpada..

Balik tadi sempat beli dua-dua ni..


Dah lama nak beli buah sejak stok habis..
Biasa ada epal Fuji je..
Tadi nampak ada epal ni terus beli..
Ada jual asam pulak lagi..
Memang pembuka selera la..

Dekat Groceries ada nampak epal yang sedap..
Tapi harga macam mahal je..
RM2 sebiji..

Ni jelah dinner untuk makan ni..
Dua biji epal makan dengan asam..


Epal ni sangat rangup walaupun kecik-kecik je..
Siapa tengok gambar ni tak payah telan air liur sangat ye tengok gambar ni..
Makan epal sekali dengan asam ni memang terbaik..
Kalau tak betul-betul bukan setakat dua biji..
Entah berapa biji pun bole habis..

Sambil tu beli jagung sekali..
Tu je la dinner untuk malam ni..
Apa dinner korang malam ni?
Mesti sedap-sedap kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...