Wednesday, 21 May 2014

Stesyen Komuter Setia Jaya & Masalah LRT..

Assalammualaikum..
Alang-alang cerita pasal train entri sebelum ni....
Semalam dengan hari ni aku ada experience pasal train ni..
So nak share la pengalaman aku..

1st sekali semalam aku baru tau yang Stesyen Komuter Setia Jaya tu lagi dekat kalau nak pegi ofis en.bf atau pegi Sunway Pyramid..
Selama ni kalau nak suruh en.bf amik aku turun dekat Stesyen Komuter Subang Jaya..
Kadang-kadang die lambat sampai sebab jalan depan Sunway Pyramid tu selalu jam kalau en.bf amik aku lepas office hour..
Tapi memang stesyen Setia Jaya ni lagi dekat rupanya dengan ofis en.bf dan rumah Hadi..
Hadi pun kalau amik aku dekat Stesyen Subang Jaya..
Padahal rumah die sederet dengan Sunway Medical Centre tu je..

Ni Rajah Laluan KTM Komuter sebagai rujukan..

Stesyen ni dekat Sunway Mentari je..
Aku sebelum ni macam perasan je apartment ni bila lalu..
Tapi kadang-kadang bila rushing ikut je la apa yang kita memang tau..
Malas pulak masa tu nak ber experiment..
Tapi sebab semalam aku nak pegi jumpa hubby Ikin discuss pasal keje aku dekat Restoran Jejantas Sg.Buloh..
En.bf pulak ada keje sikit..
So aku datang area ofis die naik train je..
Kalau nak tunggu die amik aku takut lambat pulak..
Maklumlah kalau lepas office hour Federal Highway tu jam macam mana kan..

So aku kuar awal sikit semalam lepas tu balik kejap mandi amik laptop semua..
Lepas tu aku naik train..
Sebab tak de la rushing sangat aku pun tergerak la nak turun dekat Setia Jaya..
Kalau salah naik je la train balik pegi Stesyen Subang Jaya kan..
Turun tu aku terus tanya orang..
Sekali betul pulak..
Lepas tu aku jalan kaki je la pegi Mc.D dekat Dataran Sunway..
Tak de lah jauh sangat jalan kaki..
Lagi aku memang dah biasa kan..
Aku enjoy je la jalan kaki..
Cuma kene hati-hati sikit la..
Kawasan Sunway Mentari tu kan agak bahaya sebab ramai foreigner..
Macam aku semalam agak berani sebab terang lagi..
Tu pun macam nak gelap da..
Kalau malam memang tak di galakkan la..
 Masa jalan ni memang teringat kenangan selalu jalan kaki dekat Terengganu dulu..
Sekarang ni memang aktiviti kurang betul..
Lepas tu pagi tadi aku ada satu lagi pengalaman naik train..
Biasa nya aku kalau lambat pun akan sampai ofis sebelum pukul 9..
Tapi tadi 1st time aku berhadapan masalah dengan LRT..
Biasa nya LRT ni efisyen je berbanding komuter kan..
Tapi bila aku sampai dekat platform tadi train dah padat giler..
Yang tengah tunggu pun ramai giler..
Tak muat nak masuk..
Train lepas tu pulak lambat la dari yang sepatutnya..
Biasanya kalau kita terlepas train pun train lepas tu cepat je kan..
Tapi ni dah la lambat..
Lepas tu sampai-sampai je pun memang dah padat..
So pagi tadi memang masalah la..
Ada masalah dari stesyen Klana Jaya ke Taman Paramount tak silap..
Tu yang effect semua perjalanan tu..
 
Sebab biasa kalau lambat pun dah agak sempat je sampai sebab banyak train kan..
Tapi tadi bila tau macam nak lambat aku SMS la leader aku inform dekat die..
Dan die reply dengan sangat nice..
Hari ni memang ramai la sampai ofis lambat..
Nasib baik la memang agak ramai yang guna pengangkutan awam..
So tak de la obvious sangat..
Lagi lambat dari aku pun ramai..hehe..
So far aku agak puas hati je dengan perkhidmatan LRT..
Tapi sangat banyak ruang untuk improve lagi pada aku untuk LRT, lebih lagi komuter..
Dan paling utama untuk perkhidmatan awam dekat Malaysia ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...