Monday, 5 May 2014

Semangat yang hilang..

Assalammualaikum..

Weekend lepas aku bercuti panjang..
Naik je dari cuti panjang terus supervisor aku bagi projek..
Tak tau la nak happy ke nak nervous lebih..
Aku ni memang kurang keyakinan..
Aku memang kurang pandai bercakap..
So bagus jugak la..
Evaluate la aku dari hasil kerja aku..
Gunakan la peluang yang ada ni dengan sebaik-baik nya..
Tu jugak la pesan leader aku tu..
Dan ini jugak la peluang untuk aku belajar lebih lagi..
 Projek ni projek individu..
Kalau projek ini agak bagus peluang untuk company aku ni hire aku lebih tinggi..
Doa kan yang baik-baik untuk aku ye..

Dan masa discuss pasal projek ni tadi terus cerita pasal site visit..
Sebab leader aku ni memang dari awal aku masuk bercadang nak hantar aku pegi site visit..
Sebab lagi senang kalau aku pegi tengok benda sebenar banding tengok gambar dan baca teori je..
Bila die bagi projek ni lagi la die excited nak hantar aku pegi site visit..
Alasan kukuh sangat..hehe..

Sebenarnya aku memang agak takut-takut lagi kalau dekat ofis..
Sekarang ni mugkin makin selesa la..
Atau senang kata aku macam kurang keyakinan la..
Kadang-kadang rasa macam kurang motivasi pun ada..haha..
Bila bangun pagi rasa malas pun ada jugak..
Lepas tu rasa lost pun ada jugak mula-mula..
Tapi masuk bulan ke-3 ni aku rasa makin ok la..

Nasib baik la di saat-saat macam ni kesedaran tu agak tinggi..
Syukur sangat Tuhan tu bagi aku rasa tu..
Even masa hari Sabtu hari tu aku teman en.bf pegi servis kereta..
Aku sembang-sembang dengan die masa orang tu tengah check dan repair kereta..
Sebab kitaorang ada sembang pasal kerja ni jugak la..
Aku bagi tau en.bf..
Aku rindu perasaan masa aku mula-mula pegi Terengganu 2 tahun lepas..
Masa aku memang perlu sangat kuat..
 Tak de duit, ayah tak berapa happy dengan apa aku buat, aku buat benda yang bukan kebiasaan orang buat..
 Dan alhamdulillah aku berpegang pada tempat yang betul..

Masa ni memang aku sangat kuat rasanya untuk survive..
Fight semuanya sendiri untuk diri aku..
Banyak cuba benda baru dan sebagainya..
Setiap kali ada apa-apa memang aku akan cuba seboleh mungkin..
Lebih lagi masa ni aku amik course yang tak de perempuan..
Memang dieorag je yang aku ada..
Ketakutan tu sangat kurang..
Dieorang ajak panjat rumah api pun ok je..
Pernah duduk sorang-sorang dan pegi kelas pun jalan kaki je..
Aku pun banyak buktikan apa yang en.bf risaukan tapi aku ok je..
Memang apa orang cakap aku abaikan je..
Aku cuma buat apa aku suka asalkan benda tu tak salah..

Tapi bagus jugak la..
Memang pengalaman tu semua sangat banyak mengajar aku dan menguatkan aku..
Cuma sekarang ni aku agak selesa dan semangat tu macam makin kurang..
Semangat dan perasaan tu la yang aku rindukan..huhu..

Dan aku mula tercari-cari rasa tu..
Kadang-kadang memang elok bila kita tak de apa-apa dan berada dalam kesusahan..
Semangat juang memang tinggi masa ni..

Nasib baik la di saat aku kene assign dengan task ni aku dah agak bersedia..
Dan mula fikir balik..
Pada aku lebih mencabar lebih menarik..

Apa yang aku rasa pun aku tak banyak bercerita dengan orang..
Biar la aku je yang tau..
Kalau orang cakap apa-apa pun aku diamkan je..
Aku akan buat apa aku rasa betul..
Tak salah ak mencuba..
Kalau salah pun tak pe..
Belajar dan betulkan balik..

Semalam pun masa sebelum balik aku salam ayah..
Die tanya aku ada duit belanja ke tak..
Aku kata je lah ada..
Berminat pulak die nak tau..
Macam aku cakap..
Aku suka dicabar..
Buat aku rasa lebih bersemangat untuk buktikan apa yang aku buat..

Apa tindakan die sebelum ni pun memang buat aku rasa lagi kuat..
Lebih gigih nak berusaha untuk lebih baik..

Kadang-kadang apa yang aku suka bila aku menulis ni adalah ia buat aku berfikir..
Fikir apa yang aku pernah buat..
Apa yang aku sedang hadapi dan macam mana nak merancang untuk masa hadapan..

Jadi aku akan usaha untuk buat yang terbaik..
 Sebab aku rasa banyak benda baru yang aku perlu catch up dan belajar lagi..


Moral of the story..
Kene la berani dan jangan mudah berputus asa..
Gunakan jugak peluang yang ada dengan sebaik-baik ya..:)
Usaha, berdoa da bertawakal..
Walaupun kita tinggal seorang saja manusia tapi Dia tetap sentiasa ada bersama kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...