Friday, 21 February 2014

Sehari Selepas Balik..

Assalammualaikum..

Hari ni tak de buat apa pun dekat rumah..
Duduk rumah makan dan tido je..huhu..
Masa baru sampai semalam beria semangat nak buat beberapa perkara masa cuti..
Salah satu nya ialah berazam nak turunkan berat badan..huhu..

Serius berat badan aku pada tahap yang membimbangkan sekarang rasanya..
Bila pakai baju lepas tu tengok dekat cermin aduhai fail nya..
Lagi tang perut..huhu..
Ah pendek cerita bukan tang perut je..
Lemak berlebihan di mana-mana..huhu..
Rasanya sebelum makin teruk baik la aku amik tindakan segera..huhu..
Tak nak aku bila dah parah baru nak meyesal..
Semalam masa sampai-sampai je nampak tali skipping atas meja semangat tu memang membuak-buak sangat je..
Tapi hari ni tak de tindakan pun..huhu..

Esok Zack dah nak balik Batu Pahat..
Mak ajak pegi tapi dah tido lambat..
Rasa macam malas je nak pegi..
Walau pun ada jugak rasa nak pegi..
Boleh jugak jalan-jalan dari tido dan makan je dekat rumah ni kan..
Terisi jugak la cuti aku..
Bole jugak spend masa lebih dengan mak, ayah dan Zack..
Tapi sebab dah tido lambat bangun pun lambat..
Tak kan la dieorang nak tunggu aku bangun pulak kan..huhu..

Lepas tu aku nak rilek-rilek nak cari semangat yang hilag untuk praktikal..
Rindu sangat dengan semangat masa mula-mula masuk belajar dekat Terengganu dulu..
Tapi tadi tetiba tengah malam ada orang call pulak..
Ingat kan siapa je..
Rupenya Sen yang call..
Pukul 12 lbh malam ke pagi die baru balik dari keje..
Esok keje lagi..huhu..
Dah la passport die kene tahan sebab ada isu pasal permit keje dekat sana..
 Lama jugak nak settle kan..
Selagi tak settle die tak bole keluar dari Bintulu..
Sabar je la..
Sembang dengan die pasal keje terutamanya kerisauan aku nak praktikal nanti memang agak membantu..
Macam biasa die akan bagi semangat..
Siap plan nak pegi bercuti sama-sama dekat Kuching la..
Sweet sangat kan..hehe..

Malam tadi pun tengok dekat twitter Jie dah sampai KL..
Farez pun dah dekat Melaka..
Baru semalam balik hari ni dah rindu dengan dieorang..
Macam Farez kata..
Walaupun kitaorang tak de lama sangat rapat..
Tapi sangat banyak kenangan dan happy ending..
Harap sangat lepas ni keep in touch lagi..
Bole lepak sama-sama lagi..
Rasa macam ni sebab kita dah tak sama-sama lagi..
Masing-masing dah berpisah dan ada hala tuju masing-masing..
Kalau setakat balik cuti kejap je tu kita tau lepas ni kita akan jumpa lagi..
Tapi ni entah bila la akan jumpa lagi..
Kenagan lepak sama-sama, makan sama-sama, selalu tolong temankan aku kalau ada apa-apa, buat keje sama-sama, online dan tengok movie sama-sama, pegi shopping barang basah, ikan lepas tu masak makan sama-sama..
Banyak sangat kenangan sampai tak tertulis..
Semua tu sangat berharga..
Semua tu aku akan simpan kemas..
Masing-masing ni nakal je tapi kawan yang sangat baik..



Semoga semua praktikal elok-elok dan keje elok-elok lepas ni..
Berjaya dalam career dan hidup..
Semoga kita bertiga jumpa lagi lepas ni..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...