Saturday, 1 February 2014

Oh Balik Kampung..

Assalammualaikum..

Sekarang ni aku ada dekat kampung..
Balik kampung ni memang tak di rancang..
Masa awal-awal tu ada jugak la fikir nak balik ke tak..
En.bf pun macam tak menggalakkan aku balik je..
Banyak keje, fikir cost lepas tu tak lama lagi dah nak balik kan..
Tu yang hati tu macam berkira-kira je nak balik ke tak..

Tapi dah last-last bila tengok ramai yang balik minggu ni aku pun rasa nak balik je..huhu..
Nanti bosan tinggal sorang-sorang takde geng..hehe..
Terus la hati tu rasa meronta-ronta sangat nak balik..
Petang tu nasib baik la sempat racun Jie dengan Paan supaya follow aku balik..
Dieorang ni dah plan lama nak balik..
Masing-masing pun dah siap beli tiket balik..
Tapi aku ajak dieorang teman aku aku balik dan dieorang ok je..

Malam tu bila tau nak balik aku pun siapkan la pape assignment yang patut..
Buat assignment ODA yang progress entah apa-apa..huhu..
Sedey betul la..
Sem ni memang banyak main-main betul..
Fokus tu memang macam dah hilang je..
Dah keje nanti harapnye fokus maksimum balik la..huhu..

Ingat nak jumpa lecturer untuk tunjukkan progress aku esok tu..
Sekali hantar assignment..
Jie pun nak gerak pukul 2..
Nak sampai KL sebelum maghrib..

Pukul 12 tengah hari tu aku ajak Jie temankan aku pegi basuh kereta, nak pegi draw duit, nak pegi makan lagi..
Kereta dah comot sangat..huhu..
Tapi tak pegi pun jumpa lecturer update progress ODA..huhuhu..
Salah satu sebab aku malas nak pegi sebab dah siap-siap pakai baju nak balik..
Macam tak elok pulak nak pegi kolej pakai macam tu..huhu..
Aku kirim hantar assignment dekat housemate aku yang ada kelas petang tu je..huhu..

Konon nak gerak awal nya tu..
Sudahnya pukul 4 dekat Kemaman lagi kot..haha..
Dah pegi draw duit, basuh kereta, isi minyak kereta, makan, sempat lagi singgah beli keropok lekor..hahak..
Pegi tayar la..
Tapi dah masuk highway tu Alhamdulillah semua lancar je..
Pukul 7 tu kitaorang dah masuk KL..:)
Cuaca baik, jalan lancar, dan jalan waktu siang redup je..
 So best je la rasa perjalanan kitaorang..
Jie la yang drive dari Terengganu ke KL..
Ni pun ada jugak la singgah dekat RnR pegi toilet dan dieorang berenti hisap rokok..

Dah sampai KL 1st destinasi hantar Paan dekat Cheras dulu..
Nasib baik la Jie ada dan die yang drive..
Lepas tu hantar Jie balik Wangsa Maju..
Then seterusnya destinasi aku ke Mont Kiara..

Janji jumpa en.bf dekat Mont Kiara je..
Tingalkan kereta lepas tu pegi makan dengan satu kereta je..
Haziq pun hari ni kebetulan pegi Perlis ada hal kerja..
Masa aku dekat Terengganu die pun dekat Perlis lagi..
Die bajet sampai KL dalam pukul 10 11 masa aku contact die dekat dekat Terengganu..
Jadi plan nak pegi makan dengan en.bf dulu la..
Sekali baru gerak dari jalan rumah bole pulak die dah sampai..haha..
Pecut betul die..haha..

Jumpa dekat KFC then lepak-lepak kejap..
Lepas tu pegi McD pulak Haziq nak makan McD..:)

Spontan betul semuanya..
Memang best dengan kawan-kawan yang kita close..
Seterusnya ialah masa dan agenda bersama keluarga pulak..
How much i love my family and my friend..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...