Thursday, 27 February 2014

Membakar Lemak..

Assalammualaikum..

Cerita pasal berat badan ni memang tak habis..
Lagi kalau perempuan kan..
Tapi aku memang agak kisah la..
Sebelum terlambat memang kene amik tindakan segera..
Ni pun dah terlambat jugak rasanya..huhu..

Lagi duduk rumah ni memang aku agak malas la..
Nak keluar pun malas..
Hari tu aku ada pegi KL nak settle kan pasal rumah sewa..
Pegi tengok rumah dengan Hakam dengan Haziq..
Setakat ni ok la aku rasa dengan bilik dan rumah tu..
Housemate, kemudahan nak beli pape dan makanan, dekat dengan LRT, dekat dengan Haziq dan en.bf jugak kot..
So kalau pape senang la..
Terus bayar deposit untuk confirm kan booking haritu..
Weekend ni baru pegi Terengganu untuk amik barang..
Tu pun plan berubah-ubah je..

Sepanjang dekat KL aku selalu kuar dengan Haziq je la..
Kalau die tak teman aku, aku yang teman die..hehe..
Teman die pegi service kereta, pegi ofis..
Lepas tu die teman aku pegi shopping..
Nak shopping sikit untuk beli pakaian nak praktikal anti..
Nak beli baju-baju formal..
Baju formal aku memang tak banyak sangat..
Ada pun untuk pakai pegi interview je..
Ni keje ofis kene pakai pakaian formal la rasanya..

Maka untuk tujuan tu aku dengan Haziq pegi Sunway Pyramid..
Punya la dah lama tak pegi pasaraya beli barang atau window shopping baru jalan 2 level je masing-masing dah penat giler..huhu..
Dulu selalu jalan-jalan..
Asal weekend je selalu pegi mall..
Dalam tak sedar tu entah berapa ribu langkah dah kan..
Jadi tu salah satu aktiviti fizikal untuk bakar lemak..
Ni dah lama tak buat macam tu memang terasa penat nya..
Jalan pun tak de hasil sangat pun..
Fikir banyak kali kalau nak beli pape..
Fikir berbaloi ke tak beli benda tu dengan harga die..
Dan macam biasa nasihat dari Haziq sangat la membantu..
So nanti baru pegi balik untuk beli..
Haritu kira nya pegi survey-survey je la dulu..hehe..
En.bf pun tak de..
Lepas ni kene pegi sekali baru la lengkap..hehe..

Dan macam biasa makan tetap la banyak..
Aku ni jenis yang kalau pegi makan dekat luar asal bole nak habis kan apa yang aku order tu..
Tak nak membazir..
Rasa rugi sangat nanti..
Penat cari duit, benda makan nak buang-buang je pulak..
Tak nak la aku..
Walaupun macam Haziq kata makan 2 kali sekali je..
Tapi aku rasa agak banyak benda yang kitaorang makan..
Dan elok jugak la sebab antara waktu makan tu aku tak makan sangat..
Kalau dekat rumah sendiri antara waktu makan tu banyak je aku makan..
Makan nasi je berapa kali..

Tapi sekarang ni aku control la sikit..
Lepas tu sebelum mandi buat aktiviti bagi keluar peluh sikit..
Banyak kan makan buah bila rasa terigin nak makan..

Hari tu masa aku cari pasal nak kurangkan berat aku ada jumpa resipi ni..



Anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan. Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

Haritu ada ajak Haziq buat..
Tapi die tak nak..
Die cakap mesti rasa benda ni tak sedap..haha..

Balik rumah ni aku cuba la buat..
Soh adik aku beli barang dekat pasar malam tadi..
Rasa die memang la tak berapa sedap..
Tapi aku ok je..
Fresh je rasa die..
Dengan 2 biji lobak, timun dan limau ni tak dapat dua cawan pun..
1st tu aku minum memang tak campur air..
Bila baki die tak cukup 1 cawan aku campur la air..
Keberkesanan die aku pun tak pasti lagi..
Baru sekali je minum..
Sesapa nak cuba bole la..
Mana tau lemak-lemak degil tu dapat disingkirkan dengan lagi senang..:)

Result sem lepas dah keluar..
We will see what happen untuk sem yang sangat banyak enjoy..huhuhu..

2 comments:

  1. nory tgh cuba nak maintainkan badan mcm sebelum bersalin...harap2 boleh lahh...tapi nafsu makan susahnya nak kawall..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus-bagus..bagus utk kesihatan jugak kan..tp tengok gambar nory bwk rizqy jln-jln mcm dah kurus je..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...