Sunday, 2 February 2014

Good News For Zack..:)

Assalammualaikum..

Hari ni masih dekat kampung lagi..
Malasnye la nak balik..
Malas jugak nak study..huhu..
Beria ada bawak nota-nota untuk study tapi tak berusik lansung pun..huhu..

Tambah sekarang ni ada pakej selsema, batuk dan badan macam panas je..
Sebenarnya lebih tak selesa sebab selsema dengan batuk ni..
Berulang alik la ke toilet buang hingus dan kahak..
Biar cepat elok sikit..
Ada jugak makan ubat Hurix's tapi macam biasa..
Macam tak de efek pun..huhu..
Die nak jugak ubat yang kuat yang makan sebiji dua je dah elok tu..
Tambah lagi kalau ubat tu mengantuk..
Bole tidur lena sambil selsema dengan batuk ni cepat recover..:)

Cadang nya esok nak balik Terengganu dah..
Lagi lama duduk dekat rumah lagi la aku tak buat keje dan study..
Leka buat benda entah apa-apa je..
Lepas tu makan dengan banyak nye..
Walaupun kurang sihat ni tapi selera makan macam tak tergugat lansung je..
Makan, makan dan makan..huhu..
Memang berat semakin bertambah..hukhukhuk..
Memang kene lakukan sesuatu untuk kurangkan berat badan ni..
Kalau tak memang makin gemuk la.
Payah betul la nak kawal selera makan..
Nak beraktiviti pun malas..
Lagi la bertambah teruk..

Kejap lagi nak keluar pegi klinik carik ubat..
Kalau duduk rumah ni ok je tak payah makan ubat..
Tunggu elok sendiri je..
Tapi bila kenangkan esok dah nak balik sana..
Bila dah sendiri nanti mula la mengada tak larat, nak pegi klinik la..
Itu ini la..
Baik la cari ubat awal-awal..
Kalau bole balik sana nanti dah ok..

Ok berbalik kepada tajuk asal..
Jauh pulak melalut..
Hari ni Zack dah tau jawapan untuk application die..
Sebelum ni die dah pegi interview dua kali untuk course ni dekat UTHM..
1st untuk test tak silap..
Then ada interview ke apa lebih kurang macam discussion la..
Die akan daftar 11hb ni..
Which mean minggu depan..
Course 4 tahun..
Aku doakan yang baik-baik je la untuk die..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...