Tuesday, 21 January 2014

Yuran Pengajian Terakhir..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah petang tadi dah selesai bayar yuran untuk sem ni..
Dan seterusnya untuk semua yuran pengajian aku..
Syukur sangat..

Sebenarnya awal sem haritu lagi aku dah bayar yuran..
Dan sepatutnya dah selesai pun semuanya..
Tapi sebab sem ni aku kene pindah rumah dan sem ni pun sampai kene pindah dua kali..
Jadi aku dahulukan duit yuran tu sikit untuk hal rumah..
Jadi hari ni la aku selesaikan semuanya..

Sepatutnya awal bulan ni dah kene bayar semua..
Tapi tadi siap dah keluar notis kene bayar sebelum 23hb ni..hehe..
Tu pun dekat seribu nama yang tak bayar lagi..
Aku pun memang plan nak bayar dalam minggu ni..
Tapi bila dah ada duit dan dah ada notis tu aku pun pegi la bayar cepat-cepat..
Karang takut terguna duit tak pun aku memang malas nak bertangguh takut terlupa je..
Lepas tu kelam kabut last minit..

Sebenarnya ada lagi yuran kene bayar untuk praktikal..
Tapi aku tanya tadi dieorang kata tu bole bayar sebelum present untuk praktikal..
Kalau nak bayar pun tak boleh lagi sebab tak de lagi dalam system..
Tak pe lah tu nak present nanti baru bayar..

Dah la final yang sepatutnya habis awal tapi sebab ada subjek yang clash dalam jadual exam aku kene la balik lambat..huhu..
 Tak silap present ODA aku punya present pun lepas final..
Jadi final yang sepatutnya habis 12hb dan boleh balik awal tu tinggal harapan je la..
Nasib baik la dan sem last..
Lagi pun boleh la fikir positif menghabiskan masa dengan dieorang ni sebelum berpisah nanti..hehe..
Harap sangat lepas ni bole jumpa nak bole lepak-lepak..
Jadi gunakan la masa yang ada dengan sebaik-baik nya..:)

Cuma masalah nak cari rumah sewa la untuk praktikal nanti..
Ingat kan kalau balik awal boleh la usha-usha rumah dan beli barang sikit..
Boleh jugak rehat-rehat dekat rumah sebelum praktikal nanti..
Boleh tenangkan diri dan mengumpul kekuatan..haha..
Serious sangat nervous nak pegi keje balik..

Ada jugak la en.bf dan kawan aku tolong-tolong cari rumah..
Tapi sdi sebabkan aku yang nak duduk dan tak tengok sendiri..
Agak susah nak decide dan menjadi kerisauan je selagi tak settle..haha..
So kalau sape ada rumah/bilik yang nak disewakan boleh la bagi tau..
Kriteria utama mestila dekat dengan LRT..
Area mana aku tak kisah sangat..
Senang nak pegi keje nanti..

Aku buat post ni sebagai kenangan..
Masa nak belajar dulu memang keputusan drastik dan banyak benda tanpa kepastian..
Tapi aku cuba jugak sedaya upaya..
Alhamdulillah sangat Tuhan permudahkan semuanya..
Dulu aku sendiri risau mana nak dapatkan duit nak bayar yuran..
Macam mana nak tampung hidup dekat sini..
Tapi semua tu memang pengajaran berguna sangat..
Ajar aku hidup susah dan sederhana..
Ajar aku kenal orang keliling aku..
Susah senang dengan dieorang dekat sini..
Hidup dengan dieorang dekat sini..
Memang pengajaran sangat besar dalam hidup aku dalam masa yang agak singkat ni..

En.bf pun masa aku amik keputusan nak buat course ni memang sangat tak bersetuju..
Ingat aku tak mampu hidup dalam suasana dengan dieorang ni..
Tapi die pun kata aku nampak ok je..
Happy je duduk sini dengan dieorang ni..:)

Dieorang menjaga aku dengan sangat baik..
Buat aku sangat selesa berada dalam kalangan dieorang..
Buat aku rasa rindu bila dieorang tak de..
Sangat banyak kenangan yang di cipta bersama..hehe..

Masa pegi bayar yuran tadi rasa terharu sangat..
Alhamdulillah semua nya baik-baik je..
Dan sangat banyak lagi yang aku nak usahakan..
Dan sangat berharap semua berakhir dengan sangat baik..
Grad dengan keputusan yang sangat cemerlang..
Pegi praktikal dengan jayanya dan dan dapat keje yang baik dengan bayaran yang baik..:)

Ni nak upload gambar hari tu..
Tak de kene mengena pun dengan post ni..



Dekat sini la kedai mee bawah pokok dekat Jalan Bukit Ubi dekat Kuantan tu..
Tempat duduk limited..
Aku masa pegi memang tunggu orang habis makan..
En.bf siap tegur kenapa tunggu dekat sangat..
Takut orang tak selesa..
Tapi dah memang macam tu..
Kalau terlepas tempat lagi haru nak tunggu lagi..huhu..


Mee goreng mamak sedap..:)

Alang-alang gambar dah ada aku upload je walaupun takde kene mengena dengan cerita dekat atas..haha..
Layan kan je la..

Petang tadi pun Zack ada call inform yang die berjaya dapat 2nd interview untuk course education in media taksilap..
Hari tu die ada pegi 1st interview dan berjaya ke next stage..
Happy for her dan harap die berjaya..
Wan aku pun mesti suka sangat..
Die memang suka anak cucu nak jadi cikgu..
Setakat ni tak de lagi..
Kalau yang ni berjaya memang dapat la memenuhi cita-cita wan aku tu..hihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...