Friday, 3 January 2014

Selamat Datang 2014..

Assalammualaikum..

Dah masuk tahun 2014..
Ingat hari tu macam rajin je nak buat post utk recap tahun 2013..
Tapi tak berapa rajin rupenya..haha..

Lagi pun macam-macam yang jadi sejak balik sini..
Mula-mula sekali balik sini aku pindah rumah..
Lagi pun macam aku bagi tau sebelum ni..
Balik sini macam-macam keje berlambak..
Tapi sebab belambak sangat keje sampai malas giler nak buat..

Ni dah bulan Januari kan..
Bulan depan awal Februari aku dah habis belajar..
Tu pun salah satu sebab malas nak belajar jugak..
Sebab fikir nak habis je..hahaha..

Rumah baru ni lebih selesa dan agak happening..
Aku duduk balik dengan budak yang duduk satu hostel dengan aku dulu..
Masa aku nak keluar dari hostel dulu dieorang baru masuk..
Tak sempat nak duduk sama-sama lama..haha..
So sekarang nak sesuaikan diri dengan perubahan persekitaran pun ye jugak..haha..

Rumah baru ni dekat dengan kolej..
Tu la sebab utama aku pindah..
Walaupun dah tak banjir dekat sini tapi agak selalu jugak hujan..
Hujan kejap-kejap..
Bila nak pegi kelas je lepas tu hujan memang stress aku..
Dah la selalu ponteng..
Keje melambak pulak..
Lagi la ak stress..haha..
 So pindah duduk dekat kolej aku bole la pegi kelas jalan kaki..
Yeay rutin lama feveret aku kembali..haha..
Cara nak kuruskan badan dan sihat kan..hahaha..

Sambutan tahun baru?..
Aku lepak dengan budak-budak course aku je..
Happening jugak la..
Lagi pun dah lama lagi nak duduk..
Agak sedih jugak la hujung-hujung ni..

Hari tu masa aku kelas Public Speaking ada topic kene present..
Apa-apa topic la..
Aku cerita pasal tempat aku pernah duduk..
Aku pernah duduk Johor, Penang dan dekat sini kan..
Masa lecturer aku tanya dekat mana tempat paling memorable..
 Dengan pantas aku fikir dan jawab dekat sini..
Paling memori dengan banyak alasan..huhu..

Tapi untuk tahun baru ni..
Antara perkara yang paling buat aku terharu ialah permulaan untuk tahun ni boleh dikatakan agak baik..
Kan aku pernah share aku pegi interview sebelum ni..
Alhamdulillah syukur sangat aku berjaya dapat dekat company tu..:)
Memang banyak la kene plan lepas ni..
Antara yang paling utama ialah nak cari tempat tinggal yang paling sesuai dengan tempat keje tu..
Lepas tu macam biasa la banyak plan yang perlu di fikirkan untuk jangka masa panjang..

Aku pun syukur sangat sebab company 1st yang aku call..
Yang bagi response yang baik bila aku call walaupun aku rasa company tu agak besar..
Company yang panggil aku interview..
Masa aku pegi interview pun masing-masing sangat nice..:)
Tak perlu la aku usaha cari/ interview company banyak-banyak..
Lagi pun masa pegi interview manager tu ada inform yang biasanya dieorang akan amik budak yang internship dengan dieorang sebab dah train 6 bulan..
Jadi aku perlu work for that..

Lepas dapat memang aku call en.bf, Hendry, Haziq, Sen..
Share moment indah tu dengan dieorang..
Pada aku ni semua hasil kitaorang bersama..
Call adik aku bergossip dengan die..
Mak aku dengan Wan aku pegi rumah m.cik aku..
Tak dapat la aku call..

Perasaan tu memang la sangat gembira..
Tapi aku lagi lebih rasa terharu..
Tak tau nak cakap macam mana..
Sekurang nya aku dah buktikan dekat ayah aku dan orang lain hasil tindakan atau keputusan aku yang ramai orang cakap tak berapa bijak tu..huhu..
Banyak sangat kenangan suka duka aku dekat sini..
Tapi nampaknya Tuhan permudahkan..

Jadi misi tahun ni adalah untuk perform dengan sebaik nya masa internship dan dapat permanent dekat company tu..
Kira 2014 ni memang sangat banyak yang aku perlu usaha dan buat untuk kerjaya aku..
 Dan aku memang sangat harap keluarga dan kawan baik aku semua ni tak berhenti sokong aku..
Memang dieorang la tulang belakang aku selama ni..
Banyak kisah ni aku share dekat sini..

Pape pun all the best untuk semua untuk tahun 2014 ni..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...