Monday, 20 January 2014

Aktiviti Pagi dan Petang..

Assalammualaikum..

Payah betul nak online sekarang..
Ada jugak la online pinjam broadband kawan ke..
Tapi online kejap-kejap je la..
Biasanya aku check benda yang penting-penting je la..
Macam email, fesbuk, blog, twitter..
Paling penting email la..
Nasib baik sangat hal nak pegi praktikal dah settle..
Kalau tak lagi kacau..
Biasa nya memang communicate dengan orang tu guna email je..
Lepas tu biasanya communicate dengan kawan pun guna fesbuk atau twitter je sekarang..
Maklumlah pakai telefon murah je..
Tak de smart phone..hehe..

Sekarang ni kan aku dah pindah rumah..
Alhamdulillah happy je duduk rumah ni..
So far housemate best je..
Lagi pun aku kenal dieorang ni dah lama..
Kadang-kadang tu aku jarang pulak duduk dekat rumah..
Keluar dengan budak course aku..
Lagi pun roomate aku pun ok je..
Ada jugak la housemate yang macam tak berapa ok..
Suke buat semak..
Tapi hal sikit-sikit tu abaikan je la..

Macam biasa aku ni memang agak suka aktiviti fizikal rasanya..
Motif utama haruslah untuk tujuan kesihatan dan membakar lemak..hehe..
Walaupun ada kereta dan motor tapi aku tetap la suka jalan kaki pegi kelas dan tempat-tempat lain..:)
Macam hari ni kelas pukul 2..
Ada test lepas tu balik awal dalam pukul 3..
Pukul 4 aku ada kelas lagi..
Lepas test balik la kejap sebab rumah dekat je..
10 minit nak pukul 4 aku keluar balik..
Dah nak sampai kolej jumpa kelas mate aku bole pulak kelas cancel..
Balik rumah balik..
Pukul 5 aku keluar balik pegi kelas satu lagi..
Tak pe lah bila fikir berjalan ni bagus..
Makan pun banyak jadi elok la banyak berjalan..
Boleh la membakar lemak..

Lepas tu dekat rumah kitaorang ni ada bukit..
Jadi aku pun ajak la budak-budak ni naik bukit nak bakar lemak-lemak aku ni dan budak ni..hehe..

 
Map atas bukit tu..
Ada banyak tempat menarik..
Tapi masa 1st day pegi 1 tempat je..
Tu pun nasib baik ada kawan housemate aku yang lelaki ikut..
So dieorang la guide kitaorang..

Nak naik ni awal-awal tangga..
Tapi dah sampai atas tu hutan..
Ada denai untuk ke beberapa tempat..
Jalan pun boleh tahan gak mencabar..
Lepas tu takut sesat je..
Nasib baik la ada lelaki..
 


View lepas half way..
Best je tengok benda segar macam ni..
Badan segar keluar peluh, udara segar, mata pun segar..


Tangga-tangga ke atas..
Ada dalam 4++ anak tangga..
Masa pegi kali kedua kitaorang pegi pagi..
Pegi perempuan je..
Jadi naik tangga sampai atas turun balik dua round..
Banyak jugak la berpeluh..
Kalau pegi perempuan je memang kitaorang naik tangga je lah..
Tak berani nak masuk dekat dalam..
Naik tangga pun dah ok sangat da..
Nak balik tu kitaorang pegi breakfast dulu..
Pegi makan karipap tempat aku suka dlu tu..hehe..

Masa pegi tu kedai tu baru nak bukak..
Aku tanya apa yang ada..
Boleh pulak budak tu kata kalau nak karipap die bole je masakkan kejap..Tak lama pun..huhu..
Amboi kenal betul walaupun aku dah lama tak datang..
Terus belanja housemate karipap sedap..
Housemate aku pun suka..:)

Total dah 3 kali kitaorang panjat bukit ni..
Memang best sangat aktiviti macam ni..
Merapatkan hubungan silaturrahim di samping menyihatkan badan..hehe..
Nasib baik la bukit ni dekat je..
 Pegi jalan kaki je..
 Ramai jugak la warga emas yang naik bukit ni pagi atau petang..
Tapi biasanya cina la..
Masa kitaorang pegi waktu pagi tu siap ada tai chi lagi warga emas cina dekat situ..
Harap bole membakar lemak sebanyak yang bole..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...