Saturday, 28 December 2013

This is Pantai Timur..

Assalammualaikum..

Petang tadi dah sampai Terengganu..
Alhamdulillah keadaan dekat sini ok je..
Tak sabar nak rock the world habis kan sem ni..
Kita tengok apa yang jadi esok..:)

Friday, 27 December 2013

Cuti Dah Habis..

Assalammualaikum..

Cuti dah habis..
Esok dah nak balik..huhu..
3 minggu cuti memang best duduk rumah..
Lagi Hakim dengan Zack ada..
Luqman pun kadang-kadang balik..

Study memang dah lost giler..
ODA memang sangkut giler..
Tak berusik lansung cuti ni..
Harap balik ni dapat la catch up balik dengan pantas nya..huhu..

Minggu depan dah bulan satu..
Minggu lagi satu tu pulak ada Hari Usahawan..
Ada buat jualan 3 hari..
Minggu ni baru budak ni inform suruh cari sponsor seorang rm200..
Kalau dapat lebih lagi ok..
Sape-sape nak bagi sumbangan atau sponsor sangat la di alu-alukan..hehe..
 
Lepas tu dah menghitung hari je la..
Bulan Februari aku dah habis belajar..
Memang kene pulun habis-habisan sem ni..
Dapat kan sebaik-baik result..
Setahun lebih ni memang penuh suka dan duka..
Tapi sangat banyak yang aku belajar..
Cepat betul masa berlalu..
Walaupun ada yang memang puji kesungguhan aku..
Tetap aku la yang lagi tau apa yang aku lalui dan pelajari selama ni..
Perjalanan pun masih terlalu jauh lagi..
Banyak lagi yang aku kene belajar, explore dan lakukan..
 
Insyaallah aku pun ada plan beberapa perkara lepas habis belajar ni selain nak keje lebih bersungguh..
Nak buat benda yang aku nak buat lagi sebelum ni..
Tapi dengan perancangan yang lebih teratur lepas ni..
 
Pape pun matlamat terdekat ialah nak habis kan sem ni dengan sebaik-baiknya..
Tu matlamat jangka pendek..
Tadi PIC yang urusakan application untuk internship aku ada inform yang die away from office starting from 23rd Dec until 27th Dec..
He will be in office on 30th Dec and will reply my email..hehe..
Seperti yang di jangka..:)

Kalau tak de rezeki memang aku kene try tempat lain la..
Masa pun dah makin suntuk..
Bila fikir balik memang betul la timing aku apply dekat company ni dulu..
Kalau status tu tau next month just nice je la..
Bulak Feb aku habis study lepas tu lepas March dan start dekat company tu..
Nasib baik la aku cari company dari sem lepas lagi..
Punya banyak-banyak hantar yang bagi positive feedback ada 2 company je..huhu..
 
Nervous betul nak habis ni..
Tapi setiap sem pun macam ni kot..
Sangat berhati-hati rasanya..huhu..
 
Semalam pun sampai 3 kali Hendry call..
Kesian die turun darat tapi aku tak de dekat sana..
Sorang-sorang je la die keluar carik barang..
Lepas ni pun kalau tak duduk Terenggau lagi tak de sape la nak jemput hantar die lagi..haha..
Tak silap aku masa aku start study dulu memang die pun baru keje dekat Terengganu..
Tapi die pegi naik van company masa tu..
Lepas tu biasanya memang aku la yang selalu jemput dan hantar die kalau die naik atau turun kapal..
 Selain kalau die turun kapal untuk jalan-jalan..hehe..
 
 
Menu untuk hari ni..
Masak lemak perut campur rebung..
Dekat Terengganu tak dapat la nak makan macam ni da..
Selain menu ikan siakap masak sweet sour..

Kalau makan benda-benda macam ni memang teringat la en.bf..
Die tak makan organ dalam macam perut, paru, pedal ayam ke..
Tapi menu macam ni la feveret aku..
Nasib la kan..haha..

Tido awal la malam ni sebelum balik esok..:)
Tak sabar nak habis kan tugas-tugas yang ada dengan gigih nya..:)
 

Thursday, 26 December 2013

Cuci Tub Washing Machine, Cheese Cake, Pucuk Ubi dan Sambal Belacan..

Assalammualaikum..

Petang tadi aku keluar dengan mak, Hakim dan Zack..
Ni short notice dieorang bagi tau..
Lepas Zohor tadi mak bagi tau nak keluar petang ni pegi amik ubat dekat hospital..
Memang aku la yang kene hantar..
Macam biasa kalau keluar dua orang adik aku tu biasanya akan ikut sekali..

Zack ada nak beli barang untuk buat cheese cake die..
Semalam mak dah beli barang..
Tapi tak cukup la pulak..
Patut beli dua creame cheese tapi mak beli satu je..
Kalau nak beli satu kene beli yang besar..

Jadi senang keluar sekali je..
Hantar mak dekat hospital..
Lepas tu kitaorang pegi Giant Kuala Pilah..
Tapi tak de pulak cream cheese dekat situ..
Pegi Econsave pun tak de..
Terus la amik emak dekat hospital..
Cuba carik dekat Bahau la..
Dekat sana ada kedai jual barang buat cake..

Mula-mula pegi dekat Kiara..
Aku pun ada nak beli barang dekat Mr.D.I.Y..
Kebetulan pulak dekat area tu ada Cosway..
Semalam ada terbaca dekat blog Meeya die share info pasal Cuci Tub Washing Machine dekat rumah die..
Aku pun tak pernah tau..
Bila baca semalam pun rasa nak try je..
Nampak ada Cosway tadi beli la Wash Drum Cleaner yang die guna..


Sekotak ni RM 13.50..
Orang yang jual tu bukan main lagi promote..
Dekat tepi kotak die ni ada instruction die..


Sekotak ni ada dua paket..
Kalau ikutkan dekat kotak die recommend bersihkan sebulan sekali..
Tapi aku rasa depend dekat penggunaan kita la..
Kalau mesin tu dah lama atau membasuh dengan agak kerap dan banyak..
Kene bersihkan selalu berbanding mesin baru dan penggunaan kurang..


Guna la function ni masa nak bersihkan..
Sebelum ni memang tak perasan pun..
Lepas baca semalam la baru perasan ada rupanya dekat mesin basuh..


Sekali guna habiskan 1 paket..
Guna la function yang betul..
Lepas tu semua die set kan sendiri..
Walaupun dekat instruction tulis guna water level paling tinggi tapi bila set function clean tub die guna mid level aku layan kan je la..
Masa die pun die dah set kan sendiri..
Mesin Auto kan..haha..


Ni keadaan air bila dah nak siap..
Tinggal dalam 6 minit rasanya instead 4+ minit masa mula-mula..
Nampak air die masih berkeladak lagi kan..
Die keluarkan semua kotor-kotor yang ada dalam drum ni..

Masa awal-awal tu ada jugak la aku jenguk kejap-kejap..
Nak tengok hasil die..
Tapi aku pun malas nak tunggu..
Banyak lagi keje nak buat..
Lagi pun mesin ni bila bukak je tutup die tu nanti die pause kan..

Ada satu paket lagi..
Nanti bole la buat lagi..

Sambil tadi pun Zack buat cheese cake..
Aku tolong tengok je..haha..
Nak buat die pun tak de la susah..
Cuma pakai biskut, tak perlu bakar..
Tu la die rajin sikit nak buat..

Ni pun nasib baik la cream cheese ada dekat kedai kek tu..
Masa pegi kedai yang mula-mula tu bole pulak kedai tu dah tutup..hahaha..
Kedai kedua ni betul tinggal satu je..
Rezeki la dapat nak beli kan..

Aku ada snap gambar step nak buat..
Tapi banyak jugak gambar nak upload..
Malas la pulak..haha..
Kalau rajin nanti aku share la resipi tu..
Resipi die memang senang..
Tak guna api pun ye jugak..


Knen buat bancuhan cheese tu je..
Lepas tu susun la layer by layer..
Mula dengan cream cheese lepas tu biskut oreo dan nestum..
Nestum tu sebab tak nak bagi lembab sangat..
So dia akan serap lebihan cecair..
Lepas tu susun biskut Merry yang dah di celup dengan susu segar..

Ikut je la step ni sampai habis..


Ni bila dah siap susun..
Lepas tu letak la dalam peti sejuk untuk keraskan..
Senang bangat kan..haha..
Tapi sangat la lemak berkrim ye..
Dengan cream cheese, oreo, dengan susu nya..
Kalau diet tu sila la fikir banyak kali ye..haha..

Satu lagi menu hari ni pun agak terbaik..
Mula-mula makan sup ayam campur kentang dengan sambal belcan..
Bertambah-tambah makan..haha..
Sambal belacan memang buat selera membuak-buak..haha..
Walaupun nampak Zack ada makan pucuk ubi rebus sebelum tu tapi aku makan ayam je..
Sekali pegi dekat beranda tengok atok, wan dengan Hakim makan..
Saje try makan pucuk ubi tu dengan sambal belacan..


Pergh memang mantap..haha..
Nasib baik dapat tahan diri sebab aku tak bole makan belacan sangat sebab resdung..
Dalam konon dapat tahan diri tu banyak jugak yang aku yang aku makan..haha..

Jadi hari ni cerita cuci tub washing machine, cheese cake, pucuk ubi dan sambal belacan..
Tak habis-habis menggemukkan diri..haha..

Wednesday, 25 December 2013

Mengapa Yahudi Berprestasi..

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share pasal satu buku ni..
Cuti ni tak de lah rajin sangat membaca..

Majalah pun banyak jugak la..
Tapi macam dah malas sikit nak baca..
Contohnya macam Majalah Wanita ke..
Rasa isi die macam dah kurang umph je..huhu..
Benda lebih kurang sama je..
Mungkin patut ada pembaharuan..
Dulu rajin jugak baca majalah Remaja..
Dulu yang sangat dulu..
Tapi lama-lama pun rasa macam ni jugak..
Baca sehari pun dah habis..

Lagi pun awal-awal cuti hari sibuk study untuk pegi interview..
Ada baca satu buku ni je..
Koleksi FIXI adik aku..



Tajuk novel ni aialah Katarsis..
Tak silap novel ni adaptasi dari Novel Indonesia..
Biasa la kalau novel FIXI ni..
Cerita memang thriller..
Kisah bunuh-bunuh la kebanyakkan nya..
Kadang-kadang stress gak baca..haha..
Sampai hari tu aku sembang dengan adik aku..
Kadang-kadang kagum dengan penulis-penulis dieorang ni..
Imaginasi tinggi betul..
Entah-entah dieorang ni pun psycho..hahaha..

Lepas habis ni banyak study je..
Paksa diri untuk study tau..haha..
Kalau tak memang meleka je la..
Tapi bila fikir kalau tak study lepas tu tak dapat..
Haa memang silap sendiri la kan..
Tapi aku pun memang tak letak kan harapan tinggi sangat..
Tau company tu memang susah nak dapat..huhu..

Aku masih tak dapat response dari dieorang lagi..
Dan aku pun tak tanya status pun jugak..
Minggu ni Krismas dan next week dah New Year..
Kadang-kadang company ramai foreigner ni dah cuti..
Macam company en bf last day untuk tahun ni dieorang ialah last week..
So minggu ni memang dah cuti sampai la New Year..

Yang uruskan interview aku tu malay..
Tapi dua orang HOD yang interview aku tu sorang dari New Zeland dan sorang lagi dari Netherland tak silap..
 Tak pelah bagi la dieorang happy-happy cuti..hehe..
Kalau ada rezeki adalah..
Kalau tak rezeki aku dekat tempat lain la..


Masa tengah sibuk-sibuk nak interview tu aku terjumpa buku ni..
Sangat memnbantu jugak la..
Selain study more on technical..
Untuk soft skill ni pun penting jugak kan..
Sebagai motivasi untuk menguatkan semangat..

Baca ayat dekat bawah tu pun masa tu dah buat aku tertarik dan membakar semangat aku untuk study..

" TIDAK MUDAH PUTUS ASA, TIDAK CEPAT PUAS HATI"

Lepas baca terus makin bersemangat..haha..
Terus study, study dan study..hihi..
Aku try nak snap content buku ni tapi gambar tak clear pulak..


Dekat Chapter 6 berkisar tentang Pembinaan Keperibadian (Illa bis Sultan)..
Aku banyak jugak la amik isi die sebagai preparation aku untuk interview hari tu..
Semua positive attitude ni aku try kaitkan dengan diri aku..
At least ada guide dan kembang kan isi die..
Mudah sikit keje..:)

Aku share jugak la kata-kata dekat belakang buku ni..

Kaum Yahudi bukan daripada jenis yang berputus asa atau melarikan diri (quitter) dalam keupayaan pendakian. Mereka juga tidak cepat berpuas hati ketika sudah mencapai dataran pendakian. Malah tidak puas dengan hanya mendirikan khemah dan meratakannya dengan pesta yang mengkhayalkan. Mereka adalah tipikal climber (pendaki). Mereka mengganggap bahawa hidup adalah sebuah perjalanan yang tiada tandingan dan ukurannya hanya satu, iaitu terus dan terus berusaha untuk mencapai puncak pendakian. Menurut kepercayaan mereka iaitu sebagai manusia pilihan Tuhan, mereka akan berasa malu apabila tidak menghasilkan mahakarya (masterpiece).
Apabila kita telusi daripada huraian tentang para cendiakawan Andalusia, apakah mungkin semangat jihad menjadi pencetus kejayaan orang Yahudi? Semangat jihad adalah universal. Sesiapa pun yang memiliknya akan meraih cita-citanya. Perbezaannya hanya pada motif atau niatnya. Umat Islam seharusnya berjihad di jalan Allah, sebagaimana orang Yahudi berjihad di jalan Messiah dan orang Kristian berjihad atas nama Jesus. Orang Jepun berbushido, ertinya juga berjihad. Bahkan mereka mempelopori semangat kamikaze (berani mati). Ini semua merupakan bentuk kesungguhan dalam meraih cita-cita yang menggunung. Kita harus mampu menemukan kembali watak jihad melebihi kaum apapun di muka bumi ini. Ini adalah kerana umat Islam berteraskan dari "iman" dan bukan dipicu oleh semangat "motologi" semata-mata.

Harga buku ni RM 23 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 25 untuk Sabah dan Sarawak..
Sangat banyak yang kita bole belajar dan applikasikan dalam hidup ni kan..
Tak terlambat pun lagi kalau nak berubah atau memulakan sesuatu yang baik..:)

Satu ni aku baca novel ni cuti ni..


 Tambah lagi sekaran ni cerita ni tengah tayang kan..
Tapi aku tak follow sangat pun cerita ni dekat TV..
Kadang-kadang je ada tengok..
Mak dengan adik aku pun kata yang baca novel lagi best..
Aku pun rasa macam tu jugak kot..hehe..

Tapi dah berapa lama baca novel ni tapi tak habis-habis pun lagi..haha..
Tak silap adik aku ada bawak satu novel lagi balik..
Tu nanti la baca..hehe..

Aku memang sentiasa suka membaca..
Dan berharap terus suka membaca..:)

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Natal 2013..

Assalammualaikum..

Hari ni agak sibuk..
Dari pagi tadi sampai la ke malam ni..
Semalam pagi aku balik dari rumah M.Long..
Kalau ikutkan bole je balik kampung hari ni sekali dengan dieorang sebab P.Long nak balik kampung hari ni..
Tapi aku kene balik semalam..
Sebab aku kene amik atok die balik semalam..
Pagi tu aku gerak balik naik bas..
Masa tunggu bas bole pulak ada budak yang aku rasa ada masalah mental sikit dekat stesyen bas..

Sampai dalam tengah hari..
Pukul 2 lebih gerak keluar dengan wan dan Hakim..
Tak de la lama sangat pun tunggu atok..
Rupanya atok balik naik train sampai Gemas lepas tu naik bas pegi Bahau..
Kalau tau baik la amik die dekat Gemas je..

Dalam lepas Zohor tadi P.Long sampai..
Balik sebab cuti Krismas dan jumpa atok..
Weekend ni die kene pegi Sarawak..
Jadi cuti hari ni la dapat jumpa..
Aku dengan Zack dengan wan la yang kene masak semua..

Hari ni pun Hari Lahir ayah..
Tapi mak dengan ayah pulak dekat Seremban la pulak..
 Masing-masing ada hal..
Kalau tak dapat berkumpul makan-makan ramai-ramai..

Dalam pukul 5 lebih tadi P.Long balik..
Mak pulak dengan ayah sampai dalam lepas maghrib tadi tak silap..
Ayah balik bawak makanan untuk makan malam ni..


Menu simple-simple je..
Ada kek, coklat, satay, dan durian..
Kek untuk ayah dengan atok..
Birthday atok awal December hari tu..
Konon sambut sekali la ni..hehe..

Makan sikit-sikit je..
Kek pun ada lagi ni..huhu..
Masing-masing amik sikit-sikit je..
Masa P.Long datang pun die ada bawak lemang suma..
Petang tadi pun ada yang dah makan nasi..
Besa wan dengan atok makan nasi awal..
Dieorang makan malam waktu maghrib..

Tapi yang kurang best nye sebab tak dapat kumpul ramai-ramai..
Kalau siang tadi ayah ada sekali dengan P.Long lagi best rasanya..:)

Sampai balik nanti rasanya nya akan banyak aktiviti..
Lebih lagi weekend ni..hehe..
Ayah macam ada hint-hint je nak ajak atok pegi tengok Wafi dekat Perlis..
Sabtu ni pun Amir ada pertandingan baca sajak dekat DBP..
Kakak aku pulak ada aktiviti dekat Istana Seri Menanti hari Sabtu..
Tak dapat la atok aku pegi DBP sebab nak pegi Istana Seri menanti..haha..
Aku pun nak balik Terengganu Sabtu tu..

Pape pun semoga ayah die beri kesihatan yang baik..
Diepermudahkan semua urusan..
Dan semoga lebih murah rezeki..

Kepada yang sambut hari Natal hari ni..
Selamat Hari Natal..:)

Tuesday, 24 December 2013

Cermin Mata - Oakley Blender 6B..

Assalammualaikum..

Hari Sabtu malam hari tu en.bf ada balik kampung..
Esok nya die ajak keluar..
Ajak pegi amik spek die..
Ingatkan die nak amik hujung bulan..
Tapi aku ok je la..
Hujung minggu ni aku dah nak balik Terengganu..
Dan cuti lama sangat ni risau pulak..huhu..
Pasal belajar memang dah lost giler..
Dah la dah sem last..
Tinggal dua bulan je lagi nak habis..
Kalau jadi pape tak pasal je..
Subjek sem ni pun bole tahan jugak..

Sampai kedai petang tu dalam pukul 6..
Ada sorang je SA dalam tu..
Kalau bole nak deal dengan SA hari tu je..
Tapi die keluar pulak..
SA yang ada tu pun tengah entertain customer..
Lagi setengah jam baru balik..

Sementara tu pegi la kedai lain dulu..
En.bf ada nak beli baju untuk pegi keje..
Kebetulan sekarang ni banyak sale kan..
Ada less 50% untuk baju..
Jadi beli la dua helai baju..
Satu kemeja, satu lagi t-shirt..
Kadang-kadang kalau ada meeting atau masuk pejabat je die pakai la jugak kemeja..
Tapi kemeja kasual pakai dengan jeans je..
Satu lagi die beli t-shirt sebab kalau pegi site memang sesuai pakai baju-baju tahan lasak ni..
Pakai baju elok-elok kalau kene minyak ke apa..
Kan ke sedey..
Kalau seluar pun sama..
Untuk pegi site beli, pakai yang biasa-biasa je..
Koyak, kene minyak, kotor ke tak de hal..
Ni pun banyak jugak seluar die yang dah rosak..
Cepat je rosak..
Sampai aku suruh die pakai coverall je..hahaha..
Tahan lasak sikit kan..

Ok balik cerita spek..
Lepas dah siap pegi la kedai tu balik..
 Tapi SA yang serve kitaorang dulu tu ada customer lain pulak..
Biasa la kalau entertain customer mesti la lama kan..
Try spek je berapa kali..haha..
Sudahnya SA yang masa kitaorang datang mula-mula tadi entertain..
Die pun agak nice..
Sabar je la melayan kerenah customer..hehe..

Masa mula-mula pakai tu ada yang tak kene..
Tak berapa selesa..
4 5 kali orang tu ulang alik ke belakang sampai la en.bf betul-betul selesa pakai..
Tak pun lebih kot..haha..

Semua dah ok..
Yelah dah beli tu memang la nak dapat yang selesa..
Kalau ada masalah berbangkit nanti payah pulak..
Nak kene datang lagi..
Dah la duduk dekat KL..
Beli dekat Seremban..
Kalau ada masalah tak pasal je..
Tapi sebenarnya kalau ada masalah bole je pegi dekat mana-mana cawangan..
Warranty untuk lens dan bingkai setahun..
Jadi sebelum balik pastikan betul-betul ok..

Dah settle payment..
Ada jugak la die bagi gift..
Bagi kelender peRcuma..
Beberapa botol liquid untuk bersihkan lens..
2 helai kain untuk bersihkan lens..
En.bf ada beli solution untuk contact lens 3 botol plus ada free botol kecik rm3+..
Dapat harga mura sikit la untuk solution tu..
Ni yang aku perasan..
Sebab aku tak tengok sangat..
Tak tau la ada lebih lagi ke..


Ni pulak gift untuk aku..
Aku tak mintak pun ye..haha..
Mungkin jugak sebab faktor bunga-bunga dan warna benda nitak sesuai dengan lelaki kot..
Tu pasal la SA tu bagi aku..


Cermin lipat je aku panggil..
Tak tau la ada nama komersial tapi aku je yang tak tau..hehe..
Tak bukak pun lagi plastik cermin ni..
Aku suka jugak la dengan gift ni..
Casing die tu pun tebal je..
Harap-harap tak senang pecah la..
Nampak cantik dan user friendly je..
Sesuai nak bawak kalau travel in term on design dan function..
 Lagi best sebab free..hehe..

Masa ni pun aku ada jugak la tanya cara penjagaan spek..
Supaya bole guna semaksimum yang bole..
Maklumlah belanja nak buat spek atau beli ni mahal jugak..

Antara dua benda penting yang kene tau dalam penjagaan spek ialah..

1. Jangan tinggalkan spek dalam kereta..Tak kisah la spek yang memang guna hari-hari macam en.bf ni atau sunglasses..Ni aku memang tau lama dah..Cuma nak confirm kan je aku tanya dengan SA tu..Orang sangat suka tinggalkan dalam kereta kan..Terutamanya sunglasses..Bila cuaca panas, silau senang nak guna kan..Nanti akan ada problem dengan lens die..Ye lah dalam kereta kan kalau kita parking bila tengah hari terutamanya, cuaca panas kan..Bila pasang aircond nanti sejuk..Jadi perubahan suhu, molecule kembang kuncup..Mungkin akan bagi efek dekat kanta mahupun bingkai..Kalau ikut logik aku la..hehe..Kalau beli yang mura tak kisah tak pe la..Kalau aku beli yang mahal aku sayang la..Tapi kalau banyak duit tak kisah bila rosak beli baru tak pe la..

2. Kalau bole elakkan lens kene liquid..Contohnya macam minyak wangi, deodarant ke..Chemical ni akan rosakkan lens jugak..Nanti dekat lens akan berbintik-bintik dan lens mungkin lagi cepat merosot quality nya..Kalau bole guna la liquid yang dikhaskan untuk bersihkan lens atau guna air je..Dan guna la fabrik yang sepatutnya..Masa tanya pasal benda ni la SA tu terus bagi 2 helai kain untuk bersihkan lens tu..hehe..

Dua ni yang aku ingat la..
Mungkin aku ada tanya yang lain tapi tak berapa ingat pulak..hehe..


Ni model yang en.bf beli..
Oakley Blender 6B..
Harga bingkai ni pun tak mahal sangat banding yang lain..
Ada yang 1k lebih atau lebih untuk bingkai je..
Yang buat harga en.bf beli agak lebih sebab kanta..
Power kanta en.bf agak tinggi..
Amik lens pun agak ok..
Tu pun agak tebal jugak bila tengok dari tepi..
Dekat kedai ni ada dua warna..
Hitam dan Gold..

Selain harga yang agak murah berbanding yang lain..
Design bingkai ni pun sangat simple..
Tu antara yang kitaorang suka..
Jadi tak obvious sangat brand..
Berbanding kalau tulis Oakley besar-besar ke..
Tu kitaorang tak suka sangat..hehe..
Tak kisah la beli barang apa pun...
 Dan tentulah antara yang paling penting ialah keselesaan..
Lagi kalau orang yang keje site kan..
Nak kene tunduk, mendongak dan macam-macam..
Keadaan persekitaran pun tak berapa selesa..
Barang memang kene tahan sikit..
 
Balik tu bawak en.bf makan dekat Nasi Arab Damsyik..
1st time die pegi sana..
Order tak bole agak lagi..
Walaupun sedap en.bf kata..
Tapi die tak habis pun..
Banyak sangat portion makanan die..

Jadi memang teman en.bf shopping la Ahad hari tu..
Die beli baju keje dan spek..
Ada dua lagi benda die nak beli masih pending..
Kasut keje die dan hendphone..
Carry 2014 la nampaknya..hehe..
Kalau ada company yang provide benefit untuk mata dan handphone memang best kan..

Saturday, 21 December 2013

PMR Hakim..

Assalammualaikum..

Dua tiga hari ni agak sibuk jugak la..
19hb hari tu dah umumkan keputusan PMR..
Alhamdulillah ramai yang dapat keputusan yang cemerlang..
Tahniah untuk semua yang berjaya..

Adik aku pulak dapat 4A 2B dan 3 Band 4 dan 1 Bank 3..
Sekolah dan subjek die kan lain sikit..hehe..
Dieorang tak amik subjek Geografi dan Kemahiran Hidup..
Tapi ada empat subjek seni..
Total 10 subjek..
Seni Visual, Seni Tari, Seni Teater dan Seni Muzik..
Jadi result yang guna Band tu ialah subjek seni..
Paling baik ialah Band 4..
Paling kurang baik ialah Band 1..

Walaupun tak dapat straight A..
Tapi kitaorang tetap syukur dengan result die..

Kalau ikut sejarah nya adik aku ni memang bukan pelajar cemerlang sangat pun..
Masa UPSR dulu dapat 1A je..
Die pun dulu sekolah cina..
Jadi masa UPSR cuma ada option Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris je..
Jadi lagi tough la sikit rasanya..
Tapi die memang suka seni dari dulu..
Sekolah die pun sangat supportive dengan bakat die..
Sekolah die jugak la yang recommend kan Sekolah Seni ni..

Bila masuk Sekolah Seni ni rasanya prestasi die makin baik..
Mungkin sebab die buat benda yang die suka kot..
Kitaorang pun tak kisah dan support je minat die..
Ayah aku memang jenis yang tak kisah pun anak die nak pilih apa yang die nak..
Tak pernah tentukan apa-apa pun..
Tak semestinya cemerlang atau berjaya tu bila involve golongan professional..

Die pun more on Seni Visual..
Antara yang kitaorang recommend macam arkitek, interior design, fenyen ke..
Mana tau rezeki die dekat situ..

Biasanya orang lebih akan memandang akdemik..
Subjek seni ni orang tak berapa pandang pun..
Tapi lagi elok bagi orang tu buat apa yang die suka as long as berjaya tu dah ok..
Bidang seni ni pun agak menjamin masa depan rasanya..
 Ni pun bukan restrict kepada bidang seni je..
Kalau orang tu more on kerja landskap, bengkel ke..
Tak pe biarlah die..
Tak payah paksa-paksa die masuk Sains, Matematik ke..
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan..
Tak kan semua orang nak jadi doktor, cikgu ke kan..
Macam aku sendiri kagum je dengan orang yang ada bakat seni semulajadi, tak pun softskill untuk keje bengkel ke..
Pulangan pun silap-silap lagi lebih dari golongan professional..

Adik aku ni tak pegi sekolah pun untuk amik result die..
Maklumlah Johor Bharu tu jauh kot..huhu..
Check guna SMS dan online je..
Lepas tu die call sekolah untuk tau detail for each subject..

Esok malam tu ayah ajak makan dekat luar..
Treat for his result..
 Tapi semua pegi..
Semua pun dapat rasa..hehe..

Die pilih Pizza..

Esok nya P.Long datang bawak lemang dan request buat rendang ayam..
Makan dan melepak la beramai-ramai..hehe..
M.Long siap buat santan durian la..

Weekend depan ni lagi meriah rasanya..
 Kakak aku dengan Atok aku balik..
Plus Birthday ayah on 25hb..
Jadi lagi ramai dan ada macam-macam aktiviti rasanya..:)

Memang banyak la aktiviti makan-makan rasnaya..
Tapi ada jugak hadiahkan die barang..
Pape pun all the best..
Perjalanan tersangat la jauh lagi..:)

Thursday, 19 December 2013

Sepetang dengan Uwan - Gula Anau..

Assalammualaikum..

Tak de cerita menarik sangat pun..
Hari ni memang keluar dengan wan aku..
Atau dekat tempat lain mungkin panggil nenek atau opah ke..
Orang N9 panggil wan..
Dan nak highlight cerita pasal gula anau je..

Tadi aku hantar wan aku pegi amik gula anau..
Ada dekat orang yang wan biasa tempah gula ni..
Wan aku pun sangat expert dan selective pasal gula ni..

 Sebelum tu sempat singgah dekat pasar basah wan jual kelapa..
Keliling rumah ni kan banyak pokok..
Antara yang banyak ialah pokok kelapa..
Biasa la orang n9 suka masak benda bersantan kan..
Masak lomak cili api..hehe..
Kadang mak masak sambal tumis udang atau sotong pun letak santan..
Masak kari ke..

Disebabkan kelapa nya banyak..
Terlebih untuk kegunaan sendiri..
Maka pegi la jual dekat pasar basah..
Tak de la untung mana pun..
Tapi ok la..
Dapat la duit sikit-sikit..
Aku tak pasti orang luar n9 kenal atau biasa tak dengan gula ni..
Pernah dengar atau tak?..
Gula ni lebih kurang macam gula kabung atau gula melaka la..
Tapi gula kabung dari air kelapa tak silap..
Tapi gula anau ni dari pokok anau..
Kene amik air dari pokok tu dan ada resipi dan masak die sampai jadi gula anau la..

Biasa kueh tradisional la banyak guna gula ni..
Macam bila buat dodol, wajik, inti kueh koci dan seangkatan dengan nya..:)
Wan aku ni kan expert buat makanan tradisional macam ni..
Siap jadi ketua chef kalau ada masak dodol ke dekat kampung ni..hehehehe..
Kalau buah kuah kacang hari raya pun tak silap wan letak gula anau jugak..

Part selective tu pulak..
Die suka gula yang ori..
Tak campur dengan gula pasir/putih untuk bagi rasa manis tu..
Orang tua-tua ni kenal la..
Kalau tanya aku, aku pun tak kenal kot..
Biasanya die akan beli dekat supplier tertentu je yang diyakini keaslian nya..hahaha..


Ni la rupanya gula nya gula anau..
Satu ikat tu panggil satu turus..
Ada beberapa keping la dalam tu..
Bentuk die bulat-bulat..
Kalau ada guna nanti aku ingat aku amik gambar share..
Ni aku tak bole la bukak lagi amik gambar sebab belum guna..
Tak pasal kene maki karang bukak semata nak amik gambar je..haha..
Satu turus tu rm12..
4 tu total rm48 la..

Mula-mula wan order 3 je..
Tapi masa dekat sana kebetulan pulak wan ada buat lebih..
Call M.Long die pun nak..
Amik la satu untuk M.Long jugak..

M.Long biasanya memang nak je..
Sebab gula ni bole je simpan dalam peti sejuk..
Kalau ada nak buat kueh ke..

Biasanya nak buat keuh gula melaka, buat pengat ke..
Kitaorang memang akan guna gula ni la..
Tu yang sentiasa beli je..

Biasanya orang tua je yang jual gula ni..
Gula ni pun rare jugak la..hehe..
Wan yang jual gula ni pun dah tua..
Kalau orang-orang tua ni dah tak de nanti tak tau la nak beli dekat mana..

Macam aku ni pun..
Suka je makan makanan tradisional wan aku selalu buat tu..
Tapi nak belajar buat nya malas..huhu..
Kalau tak dah lama-lama tak sempat la nak belajar resipi-resipi tradisional yang sangat berharga ni..
Dieorang ni semua bukan ada buku resipi ke apa..
Buat tu ikut kepakaran sendiri je..
Nasib baik la mak banyak jugak pandai buat makanan tradisional ni..
Nanti bole la belajar dengan mak..hehe..

Lepas balik amik gula ni tadi pegi pejabat pos..
Pegi Econsave wan nak beli bahan untuk masak esok, beli biskut lemak, dan roti..
Mahal betul harga barang basah ye..huhu..

Orang dah kawen mungkin dah biasa..
Tapi aku ni memang tak reti beli benda ni semua..
Biasa mak dengan wan je beli..huhu..
Kalau mak beli pun aku biasanya tukang tolak teori lepas tu carik barang kering je..
Bila mak dah pilih-pilih, lepas timbang baru aku datang..
Jadi tak amik port pun pasal harga..

Tadi disebabkan wan tak berapa larat..
Dia cuma pilih bahan dan masukkan dalam plastik je..
Aku yang kene pegang bakul bawak pegi timbang semua..
Baru tau bukan main mahal lagi..huhu..
Bawal putih sekilo rm29.++..
Udang 3+.++..
Mahal betul..huhu..
Patut la orang suka beli ayam, makan ayam je..
Sebab mahal betul ikan dan lain-lain..huhu..

Elok jugak la duduk Terengganu budak-budak ni selalu ajak masak makan sama-sama..
Kalau tak dekat rumah aku tak rajin sangat pun..
Sebab adik aku yang perempuan tu lagi rajin memasak dan lagi expert..hehe..
Aku ni setakat yang simple-simple tu bole la..
Tapi kalau masak lemak ke tak pasti la..
Teori die tau la..
Perlaksanaan untuk dapat hasil macam mak, wan dengan Zack masak entah la..haha..

Satu lagi semalam budak ni bagi tau yang minggu depan kolej aku akan cuti lagi..
Persediaan banjir gelombang kedua..huhu..
Aku siap suruh en.bf call kolej confirm kan dan memang confirm..huhu..
3 minggu la aku cuti..
Bole la lepak dekat rumah lagi..hehe..
Ni pun tak pegi rumah P.Long lagi cuti ni..
Die dah berapa kali tanya dan ajak datang..huhu..
Cuti bertambah ni boleh la datang..:)

Kenangan Interview - Selasa..

Assalammualaikum..

Sambung pulak cerita hari interview..
Aku set alarm agak awal hari ni..
Yelah takut terlambat bangun ke apa..
Lagi pun kalau bangun awal sempat la nak check doc ke apa..
Kalau ada prob ada la masa sikit nak settle..

Sebenarnya bila set alarm awal kalau ngantuk lagi ada jugak sikit masa nak tido ke apa..hehe..
Maklumlah malam sebelum tu tido lambat..
Tapi lepas tu terjaga off kan alarm terus tak bole tido..huhu..
Sejam pusing sana sini pun tak bole tido..
Sebab stress agaknya sampai tak bole tido..haha..
Macam-macam fikir..

Lepas tu masing-masing terus bangun..
 Haziq nak pegi beli buah dekat Plaza Damas dan nak settle kan urusan Celcom die..
Mula-mula kitaorang pegi Publika nak pegi settle kan Celcom Haziq..
Dan lepas tu pegi Plaza Damas untuk makan dan beli buah..
Masa dekat rumah plan nak gerak pukul 1230..
Tapi pukul 12 tengah makan lagi..haha..
Buah pun tak beli lagi..

Pukul 12 lebih sampai rumah naik atas terus siap-siap..
Sebelum pukul 1 dah turun balik..
 Hilang dah nervous pasal preparation..
Fikir takut lambat sampai je..
Waktu macam tu kan orang lunch..
Takut jam je..huhu..
 Nasib baik la sampai area tmpt aku nak interview tu awal..
Lepas tu nak jalan carik ofis tu lagi..
Kasut pun buat hal masa tu..
Sebelah kiri longgar..
Nak jalan pun
Potong betul la..haha..

Sampai ofis tu sebelum pukul 2 tak silap..
Terus aku pegi dekat reception inform aku dah sampai..
Sebelum pukul 230 lagi orang tu dah pick up aku..
Nasib baik la dekat reception tu ada sofa..
So Haziq tunggu aku dekat situ je la..
Pukul 4 lebih baru settle..huhu..
Parking pun kene sampai rm16..huhu..

Lepas habis interview pun dah 4 lebih 
Memang dah prepare siap-siap kitaorang nak ke Melaka..
Nak keluar cepat-cepat dari KL sebelum orang keluar ofis..
Tak pasal jem pulak karang..huhu..
Haziq nak jumpa kawan die dekat Melaka..
Paling best rumah kawan die tu dekat Pernu 
Dekat dengan Umbai..
 Harus la makan ikan bakar malam tu..hehe..

Sebelum pegi rumah kawan Haziq tu kitaorang pegi makan dulu..
Pegi makan dekat Ikan Bakar Parameswara..
Owner die Pak Cik kawan Haziq ni..
So kawan die la recommend pegi kedai ni..
Biasa kitaorang pegi makan dekat Medan Ikan Bakar Terapung tu je..

Tapi Haziq amik makanan punya la banyak..
Ikan siakap bakar kosong sebelah, bakar sambal sebelah..
Sotong goreng tepung..
Kangkung goreng belacan sepinggan walaupun order makan untuk sorang je..huhu..
Ikan pari sebelah masak asam pedas, sebelah bakar..
Ada buah..
Memang sangat kenyang..huhu..

Ikan siakap habiskan yang bakar kosong, pari asam pedas..
Ikan pari bakara, ikan siakap kosong dan kangkung goreng belacan tu kitaoran bungkus je bagi kawan Haziq..
Total semua termasuk air dan nasi ialah rm8+.++..

Aku rasa ikan die biasa-biasa je..
Tapi sotong goreng tepung die sedap..
Tepung untuk sotong tu sedap..
Lemak je..:)

Lepas makan terus pegi rumah kawan Haziq..
Kawan die ni baru lepas operation sebab appendik die dah pecah..
Siap ada infection dekat darah dah..huhu..
 Singgah tak lama pun..
Sebab Haziq nak hantar aku balik Kuala Pilah lepas tu balik KL lagi esok nak keje..huhu..

Sampai rumah aku pun pukul 11 lebih dekat pukul 12 tengah malam dah masa tu..huhu..
Aku ni pun dah penat dan mengantuk sangat..
Haziq lagi la kesian kan..huhu..

Die baring-baring rehat kan badan dekat depan TV rumah aku..
Lepas tu mak siap buat kan milo panas, cekodok goreng dengan goreng keledek lagi tengah malam tu..
Beria je kan mak aku ni..haha..
 Dalam pukul 12 lebih die gerak balik..
Sampai KL dalam pukul 2..huhu..


Ni gift dari Haziq..
Die bagi tau dah lama..
Tapi pegi rumah adik die baru dapat bagi aku..

Aku memang tak pernah beli perfume sendiri lagi..
Sebab aku tak pandai sangat nilai..
Pada aku semuanya wangi..hehe..
Masa die tanya nak perfume apa..
Laju je cakap nak Annick Goutal..haha..

Tapi die tak berapa recommend..
Die memang expert bab perfume ni..
Even en.bf pun beli perfume through Haziq..

Lepas tu aku mintak Channel No.5..
Bila die explain..
Sudahnya aku terus suruh die pilih sendiri je..Senang..:)

Bau perfume ni sedap sangat..
Bertambah sedap bila tak perlu kuar duit..hahaha..

 Ni pulak dapat masa pegi ofis Haziq..
 Masa beria tengok kereta Ferrari dan Maserati tu..haha..
Pendrive 4G ..
Bagus dan syukur sangat dapat..
Aku memang tak pernah beli pendrive..huhu..
Ada dua aku selalu guna pun satu adik aku Hakim bagi..
Die dapat hadiah pendrive..
Pendrive lama die die bagi aku..
Satu lagi pendrive en.bf bagi gift company die..
Tu pun 1G je..

 Jadi kenangan pegi interview ni tersangat la best..
Bukan interview semata-mata..
Sampingan tu lagi la lebih..haha..
Aku pun tak sangka macam-macam aktiviti dengan dieorang ni..
Tapi selalunya memang macam ni pun..haha..

Terima kasih banyak..
Tuhan je lah yang mampu balas jasa korang semua yang banyak membantu aku..:)

Wednesday, 18 December 2013

Kenangan Interview - Isnin..

Assalammualaikum..

Untuk interview semalam memang sangat banyak kenangan..
Dari dulu sampai la sekarang memang tersangat banyak la kenangan..
Kami sama-sama dalam menjalani hidup ni..
Susah senang, suka duka, jatuh bangun..
Sebab tu la aku rasa nilai persahabatan kitaorang ni tersangat la tinggi pada aku..

Masa aku balik cuti banjir dulu dan dah confirm tarikh untuk interview aku memang inform dekat dieorang..
Hendry memang naik kapal sekarang..
Suruh die doakan banyak-banyak la untuk aku..hehe..
Masa jumpa pun sempat jugak la tanya apa yang aku musykil dan apa yang aku teringat dekat die..
Masa tu dah la tak study lagi..
Tanya yang teringat je la..
Masa study rasa macam banyak je benda yang aku patut tanya..
Terutamanya term term yang berkaitan..
Nota-nota pulak semua tinggal..
Harap apa yang ada dalam laptop dan dekat internet je la..
Dah la kalau dalam laptop nak baca dah semak-semak nye payah..
Nasib baik la ayah tolong printkan..:)
Jadi bila study tu nak conteng-conteng..
Nak take note ke senang la..

Bila inform Haziq die ajak aku duduk dekat rumah adik die je..
Biasanya kalau datang KL aku duduk dekat rumah Sen dekat Kota Damansara..
Sejak die pegi Bintulu memang tak pernah lepak KL..
Awal-awal pun prepare nak duduk dekat hotel area company tu je ke..
Sebab perlukan internet..
Nak berulang dari Seremban pun takut tak ok je..
Buat nya lambat atau jadi pape ke walaupun interview tu petang pukul 230..
Dah la jauh..
 Sebab ex roomate masa duduk dekat Keramat dulu pernah keje dekat hotel dekat area Brickfields..
 Jadi bole dapat best price jugak la..
Tapi bila Haziq ajak duduk dekat rumah adik die je memang ok sangat la..
Dan bertambah best sangat nye bila Haziq nak cuti on Monday and Tuesday..
Lagi pun area rumah adik Haziq dekat Mont Kiara tu public transport nya memang sangat fail la kan..
Tersentuh dan sangat terharu..
Plus die pun nak guna cuti die..
Dah hujung tahun kan..

Bila inform dekat en.bf aku punya tarikh interview, die pun nak cuti on Monday..
Lagi la syok..hehe..

So hari Ahad masing-masing balik n9 sebab masing-masing keje hari Sabtu tu..
Isnin pagi Haziq hantar mak die ke nak ke Bandung..
Lepas tu die pegi ofis kejap walaupun cuti sebab ada hal..
 Aku pulak gerak ke KL lepas Zohor dengan en.bf..
Singgah Alamanda kejap untuk beli kasut dan makan..
Nak jumpa Ikin dekat Putrajaya pun tak sempat..huhu..
Dah petang masa baru teringat adik (Ikin) dekat Putrajaya..
 En.bf pulak tak nak gerak cepat sangat..
Maklumlah pukul 5 6 macam tu orang baru balik keje..
Nak ke Mont Kiara tu ikut LDP harus lah jem..
Nak ikut Federal pun sama..
Sudahnya ikut Federal je..
Ikut Kerinchi Link..
Ada jugak la jalan yang banyak kete tapi ok je la jalan..
Sampai rumah Haziq dalam pukul 7 macam tu..
Lepak-lepas la kejap..

Pukul 830 Haziq ajak pegi Saujana Hotel Kuala Lumpur dekat area Ara Damansara nak collect document dari customer die dekat sana..
Cantik hotel ni..:)
Haziq je turun amik document..
Aku tunggu dekat dalam kereta je dengan en.bf..

Gambar Ihsan google..:)

Dekat sini pun kejap je..
Lepas tu on the way balik singgah dekat ofis Haziq kejap..
Pergh memang pengalaman dan syok giler..
Datang pulak ofis waktu malam tak de orang lansung..
Memang dapat la tengok dan explore Ferrari dan Maserati dengan sangat best..hehe..


Disebabkan kami bertiga je dekat ofis tu..
Memang sangat bebas..
Tengok sana sini..
Beria tengok sport rim kereta tu, tengok cat die, tengok system dalam die la..
Macam-macam la..
Walaupun aku bukan la peminat kereta..
Tapi kagum jugak la..
En. bf lagi la suka kan..
Tengok break disc bagai la..
1st floor ada Ferrari..
Lepas tu naik 2nd floor pulak ada Maserati..
Haziq siap bagi kitaorang masuk dan duduk dekat dalam tu lagi..
Experience die sangat la awesome..
 Kalau datang sendiri je memang tak kene layan da..
Jauh panggang dari api kot..huhu..
Giler mampu pulak nak beli Ferrari dengan Maserati kan..
Ada je gambar kitaorang dekat dalam tu..
 Tapi sebagai simpanan pribadi je la..hehe..
 
Lama jugak la dekat sini..hehe..
Padahal esok nak interivew..
Tapi sebab aktiviti malam ni memang melekakan..
Hilang ketakutan..haha..
 Toilet dan discussion die agak best jugak..
Aku pun usha-usha la interior, sofa dan dining set die..
En.bf pun suka..
Alert pasal benda-benda rumah ni sekarang ni..hehe..

Balik dari sini tak terus balik rumah lagi..
Singgah makan malam dekat Hartamas dulu..
Lepas tu baru la balik rumah..

Balik ni masing-masing memang tolong untuk preparation aku nak interview aku esok..
Gabunga tiga-tiga punya preparation memang sangat membantu..
Haziq soft skill die memang sangat baik..
Die pun biasa handle customer dan training orang..
In term of communication skill, how to interact dengan orang dan lain-lain tips dari die tersangat la membantu..
En.bf pulak more on technical..
Die pun keje dengan multinasional company..
Sangat banyak membantu..

Kalau interview sebelum ni pun tak pernah prepare macam ni sekali..
Ni memang salah satu kelebihan bila aku study dan dieorang dah keje..
Jadi experience dieorang tu tersangat lan membantu aku masa aku study atau dalam situasi macam ni..
 Pukul 1 jugak la en.bf balik..
Die cuti sehari je kan..
Esok tu dah nak keje..

Lepas die dah balik aku sambung la lagi study..
Ada tengok video dekat You Tube la..
Internet dekat rumah slow sikit..
Maklumlah pakai broadband..
Kejap dah habis limit..
Dekat rumah adik Haziq ni pakai Unifi..
Memang selamba je la tengok macam-macam video..
Takut esok tu bangun lambat tak sempat pulak nak study kan..
Dalam pukul 3 jugak aku tido tak silap..

Masa ni dah strat cuak dah..
Malas nak berharap tinggi sangat..
Tapi aku pun bukan bawak harapan aku seorang..
Harapan family aku, kawan-kawan baik aku, dan orang yang tak putus-putus sokong sku selama ni..

Masa baru balik dari makan nak naik atas kebetulan Sen pun call..
Kol dari jauh..
Die siap cakap lagi..
Kalau die ada dekat KL die pun mungkin terjebak sama malam tu..haha..

Tapi ni semua la kenangan kami sama-sama..
Dari dulu lagi sampai la sekarang..
Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila..
AMIN..
Tuhan je lah yang mampu balas jasa korang semua..
Aku sentiasa doakan yang baik-baik untuk dieorang..
Mudah urusan di dunia dan akhirat, murah rezeki, terlindung dari perkara tak baik..
Pendek kata semua yang baik-baik je la..:)

Tuesday, 17 December 2013

Kenangan Interview - Kasut Formal..

Assalammualaikum..

Hari ni aku interview untuk internship..
Bila pegi interview harus lah kene pakai formal kan..
Untuk pakaian aku memang pakai je apa yang ada..
Tapi aku memang tak de kasut formal..
Aku selalu beli sandal je kan..
Nak tak nak kene pakai kasut formal jugak kan..
Maka terpaksa la beli kasut formal..huhu..

Semalam aku singgah dekat Alamanda sebelum ke KL..
Nak pegi beli dekat mana pun aku tak pasti..
Nak beli kasut yang harga nya biasa-biasa je..
Aku ajak pegi Sunway Pyramid ke..
En.bf ada suggest nak pegi beli dekat Mid Valley..
Tapi aku malas nak pegi Mid sebab mall nya agak besar..
Malas nak jalan banyak-banyak..
Lagi pun masa pun agak limited..
Nak study lagi sikit-sikit malam tu..
 Tetibe teringat nak pegi dekat Alamanda dekat Putrajaya..
Aku memang tak pernah pegi sini lagi..

Pegi sini tak lama pun..
Sebab kebetulan masuk je mall tu nampak banyak jugak la kedai kasut..
Tapi aku memang nak beli cepat..
Malas nak jalan-jalan sebab makan masa..
Bila jumpa je terus beli..
Kalau tak jenis aku dengan en.bf ni..
Survey semua kedai yang sepatutnya..haha..

Akhirnya aku pilih kasut ni..


Tumit kasut ni tak tinggi sangat..
Design pun agak ok..
En.bf memang agak minat la..
Sebenarnya ada satu kasut yang en.bf agak suka..
Tapi tinggal last pair je..
Last pair tu pulak aku tak muat..
Tak de rezeki la..

Aku suka kasut ni sebab die sesuai untuk formal dan kasual..
Kalau untuk formal pegi keje pun design die agak stail..
Kalau nak pakai pegi kenduri pun ok jgak..
Jadi sesuai untuk banyak keadaan..
Pakai masa interivew tadi pun selesa je..

Cuma ada satu masalah la dengan kaki aku ni..
Kaki sebelah kiri aku kecik banding dengan belah kanan..
Semalam pulak cuba pakai masa duduk dan berdiri je..
Tak bawak jalan-jalan..
Walaupun aku ada beli pad untuk ketatkan sikit..
Tapi masa pakai tadi masih longgar lagi..huhu..
Even masa tu aku lapik sampai 2 pad untuk bagi ketat.
Sebelah kanan ok je..
Nak tak nak aku kene pakai jugak la..
Tu je kasut yang ada..
Tak kan nak pakai sandal pulak kan..

So far aku puas hati je dengan keselesaan dan design kasut ni..
Cuma mungkin aku salah amik size..
Patut amik size kecik sikit atau kaki aku ni memang payah la..
Pape pun aku tetap suka kasut ni..
Kalau ada majlis bole la pakai..
Kalau tak pakai masa keje nanti la..

Friday, 13 December 2013

Mr. DIY..

Assalammualaikum..

Sape suka pegi beli barang dekat Mr. DIY?..
Ala kedai yang jual macam-macam barang tapi harga murah tu..

Semalam aku pegi jual barang dekat tempat kitar semula lepas tu pegi beli durian kan..
Sebelum pegi beli durian tu sempat la pegi kedai ni..


Pegi beli dua barang ni..
Sebenarnya nak beli sepit tu je..
Sepit tu sangat banyak kegunaan die dekat aku..
Selalu bawak je balik..
Tapi hari tu bole pulak tertinggal..

Mula-mula pegi dekat Watson..
Tapi harga bukan main mahal lagi..
Atas rm5..

Tetiba teringat dekat sini ada Mr DIY..
Maka ke sana la kita..

Ada dua jenis sepit ni semalam..
Sepit ni ada dekat tempat aksesori..
Sebanarnya untuk cabut bulu kening kalau ikut dekat pembungkus die..

Satu tu rm 1.50 je..
Tapi ada dengan pisau cukur untuk kening..
Walaupun murah dan ada dua barang..
Aku nak buat apa pulak dengan pencukur tu kan..
Aku amik la yang ni..
RM1.90 siap ada bekas hijau tu..
Menarik jugak kan..
Siap ada bekas lagi..

Lepas tu saje jalan-jalan carik sepit..
Sepit tu pun sangat banyak dah aku beli..
Tapi selalu pakai tak lama pun..
Tak hilang cicir dekat mana-mana..
Mesti sebab patah..huhu..
 Hari tu ada tengok dekat Jusco pun bukan main mahal lagi..
RM 10 untuk 3..
Tak pun satu tu je rm3.90..
Amboi bukan main mahal kan..
 Paling murah pun aku pernah beli dekat pasar malam..
Satu tu rm2..
Tapi dekat sini semalam rm 1.80 je..
Lepas ni bole la beli dekat sini je..
Quality lebih kurang je pun..
Tak de yang special pun kalau mahal-mahal tu..

Lepas tu beli cekak untuk Zack sekali..
Satu cekak tu rm 0.70 je..
Dari beli mahal-mahal dekat kedai aksesori atau dekat kiosk-kiosk dekat pasaraya tu baik la beli dekat sini je..
Lagi murah dan berbaloi..:)

Thursday, 12 December 2013

Tips untuk Interview..

Assalammualaikum..

Tengah compile bahan untuk study untuk interview tetibe ternampak ni..
Jadi aku pun baca dah share la..
Mana tau ada sape-sape nak pegi interview ke nanti..
Sangat cuak nak pegi interview ni ye..
Sebelum-sebelum ni memang aku tak pernah prepare macam ni pun..huhu..

The one interview question that everyone dreads

“CAN you tell us a little about yourself?” These eight little words can be terrifying if you’re not sure what to say.
Should you talk about your last role? Hobbies? Work style? Preferred management style? All of the above? Relax – here are six tips to help you answer this important question well:

1 What do they really want to know? Keep in mind that the interviewer is using this enquiry for a couple of reasons.
The first is as an ice-breaker, but more importantly, the way you answer gives them a better sense of who you are. If you mumble, fumble or ramble your way through this answer, it does not leave a very good lasting impression.

2 So what should you talk about? The best thing to do is stick to business-related topics.
Give a brief summary of your career to date, education and any highlights along the way. Don’t just run through your resume again – your interviewer already has it.
Use this as an opportunity to highlight your key achievements, particularly those that relate to the position on offer.

3 Breathe! You should be proud of what you have learned and achieved so far and feel confident discussing it with your interviewer.
Be engaging – remember to take your time, speak clearly, maintain good eye contact and smile. If your recruiter likes what they hear and the way you say it at this point, you’ve set the tone for a successful interview.

4 Confidence not arrogance. Your interview is a chance to sell yourself, but remember to do it in a way that doesn’t come across as arrogant or obnoxious.
Confidence and arrogance are very different, so focus on your strengths, but not in a way that makes you appear to have no weaknesses. It’s not a good look.

5 How much detail should you go into? Not much is the short answer – you have the rest of the interview to expand on anything the interviewer would like to hear more about.
Keep your answer brief but friendly – you don’t want to come across as too shy or defensive. Leave your recruiter wanting to hear more, not less!

6 It’s not personal, it’s business. Only comment on personal topics when asked, and keep your reference to them general. This is a job interview after all, so keep your answer focused on what you could bring to this role. If the interviewer wants to know anything more than that, he will ask, and will appreciate your professionalism.
Don’t try and be someone you’re not, and don’t overthink it – just be your professional, wonderful self and you’ll always have great interviews!
This article is courtesy of CPA Australia, one of the world’s largest accounting bodies. It provides career insights for

Semua part aku prepare..
About my self..
Lebih lagi untuk technical la..

Dah la semua bahan study tinggal sebab balik hari tu bawak benda yang penting-penting je..
Jadi cari bahan dekat internet je..
Tak pe lah..
Usaha je la semampu sebaik yang bole..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...