Wednesday, 27 November 2013

Complete CBL..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah CBL dah complete..:)
Jadi hari ni dah selesai satu perkara..
Of course la sangat gembira..:)

Pagi tadi bangun pukul 6 lebih..
Sebab punya lah kuat kan semangat nak siapkan CBL dalam minggu ni jugak..
Nak dapat kan supporting document dari kolej dan submit dekat company tu dalam minggu ni jugak..
Janji dengan budak ni nak pegi pukul 7..

Dah start motor pagi tadi budak kelas aku call kata tak payah pegi sebab dah ramai..
Sabar je lah dengar..
Luntur sikit semangat..huhu..
Tapi aku kata tak pelah..
Pegi jelah..
Mana tau ada rezeki aku pulak..
Tak cuba tak tau kan..
Sekurang nya dah cuba tapi tak dapat tu memang bukan rezeki aku la kan..
Walaupun semangat tu macam lemah je dah..

Sampai kolej sebelum pukul 0730 lagi..
Lab tu bukak pukul 0800..
0830 baru start..
Masa ni aku tengok dalam 5 6 orang dah tunggu..
Siap bersila atas lantai lagi..
Punya la semangat masing-masing kan..

Makin lama makin ramai..huhu..
Dah la ramai lelaki..
Macam mana la nak berebut nak masuk dan daftar ni..
Aku nervous sangat masa ni..huhu..
Dah la hari ni last day..
Ada dua lagi nak kene buat..
 Kalau dapa buat pun tapi tak dapat siapkan..
Kene hadapi competition yang macam ni hari-hari..
Risau sangat ye..
Aku pun tak pernah berjaya buat 2 module dalam satu hari lagi..

Lepas tu bole pulak orang yang jaga CBL tu MC hari ni..huhu..
Jadi librarian yang ganti..
Dari 4 sessi satu hari, hari ni cuma ada dua sessi sahaja..
Satu sessi 12 orang je bole buat..
Jadi hari ni 24 orang je bole buat..huhu..
Persaingan makin sengit..huhu..

Librarian tu nak bukak pintu pun masing-masing beasak-asak dekat pintu..
Semua nak buat kan..
Macam ni sekali orang berebut nak buat..
Dah la aku pegi beberapa kali kecewa tak dapat buat sebab dah penuh..

Tapi bole pulak aku orang pertama yang dapat register..
Alhamdulillah rezeki sangat..
Tapi berdebar lagi sebab nak buat dua satu hari ni..
First time nak buat dua dan lulus kedua-duanya..

Aku pernah je buat lebih dari 1..
Tapi ada fail la..
Ada tu sempat siap satu je..
Satu lagi nak baca pun tak sempat habis..

Alhamdulillah dua-dua lulus dalam masa satu jam setengah tu..
Sempat la buat dua-dua cukup-cukup je masa..
Tu pun sekali jawab terus lulus..

Ni la 5 module yang aku buat..
Ada je rasa nak buat lagi..
Tapi kesian dekat orang lain yang perlu buat pulak..
Aku pernah rasa macam mana susah nya nak dapat peluan nak buat..
Tengok budak sem bawah buat pun rasa nak marah je..
Bagi la peluang dekat akak dah nak pegi praktikal ni dik..hahaha..
Lagi kalau yang dah siap 5 tapi nak jugak buat tu..

Sebab aku rasa banyak je belajar benda baru bila buat benda ni..
Benda yang aku tak belajar dekat kelas..
Nampak tak pernah buat Personal Safety tapi score tak cukup nak lulus..
Score untuk lulus ialah 75%..
Lepas dah siap Personal Safety hari tu nak buat Mooring tak cukup masa pulak..

Mooring ni pun benda technical..
Masa baca nota kene fokus lebih sikit la..
Tu lama sikit..
Tadi mula-mula aku buat Assessor Training dulu..
Lepas tu baru buat Mooring..
Kalau buat Mooring banyak makan masa..
Tapi Alhamdulillah dapat 100..
Dua-dua sekali buat je dah lulus..

Rigging and Slinging tu aku buat lama dah..
Tapi fail..
Lepas tu macam susah je..
Beria cari note dekat internet tapi baca sikit je dah bosan..hahaha..
 Cuba la buat Mooring..
Score pun ok..
Macam ada jodoh je dengan company Mooring ni kan..hehehe..
Aku pun pernah je buat Stability 1..
Tapi fail jugak..

Ni dah complete Alhamdulillah la..
Lepas dah siap aku pun pegi library nak send resume..
Aku ada tinggalkan dekat draft hari tu..
Tapi bole pulak tak attach resume aku..

Tak pelah..
Pegi je la tunjuk CBL aku yang dah siap..
Balik rumah send resume..
Lepas tu petang ni pukul 5 aku bole la aku collect supporting document untuk company tu..

Sekarang ni cuaca dah tak menentu balik..
Tadi hujan lebat betul..
Nampak reda sikit cepat-cepat balik rumah walaupun hujan renyai-renyai lagi..

Harap semua document dah selesai hari ni..
Bole la submit dekat company tu..
Kalau ada rezeki aku dekat company tu Insyaallah dapat la..
Sekurang-kurang nya aku dah usaha..
Lepas tu aku doa dan tawakal je lah..
Berbanding kalau aku dah give up awal-awal..

Macam pagi tadi..
Kalau awal-awal dah give up..
Sambung tido..
Bila entah siapnya..
Memang selalu kene kuatkan hati..huhu..
Sama la macam naik motor..
Walaupun musim hujan ni..

Sepanjang aku ada dekat sini memang banyak yang aku belajar..
Bekajar pasal hidup ni..
Pasal orang sekeliling aku..

Kalau tak dapat dekat company ni pun sekurang-kurang nya aku ada dalam 3 bulan lagi nak usaha untuk cari tempat lain..
Semoga semua dipermudahkan..
Dia lagi tau apa yang terbaik untuk aku..
Amin..:)

Update..

Pukul 4 lebih tadi laju-laju pegi kolej..
Collect document..
Makan siap-siap dengan budak-budak ni dekat cafe..
Lepas tu balik scan semua document..
Dan semua document dah di submit..
Alhamdulillah..
Tunggu la status application tu..
Semoga semua dipermudahkan..AMIN..:))

Tuesday, 26 November 2013

Hari-Hari yang Serabut..

Assalammualaikum..

Hari ni nampak semua macam serba tak kene je..huhu..
Tak fokus agak nya..
Kejap fikir ni kejap fikir tu..
Lepas tu banyak la kejadian yang tak di ingini terjadi..huhu..
Lepas tu sebab stress pun ye jugak kot..

Kelmarin(Isnin) aku ada call company yang aku apply untuk praktikal..
Dari minggu lepas aku call tak dapat..
Tak tau la die sibuk ke cuti ke..
Jadi hari Isnin la baru call balik..

Call dapat cakap dengan orang tu dan die kata HOD tak bagi response lagi..
Die mintak tempoh seminggu untuk dapat kan jawapan..
Lepas letak phone aku pun email die..
Tapi semalam orang tu reply email aku mintak beberapa document untuk process application aku..

1.       Full Resume
2.       Application letter  and latest CGPA
3.       Supporting document from the University/Academy on the internship
4.       Date of internship period
5.       Insurance coverage during the internship from the University/Academy

Jadi aku kene dapatkan item no 3 dan 5..
Aku pun print la email ni dan pegi kolej..
Untuk dapatkan document tu aku kene bagi resume aku dekat kolej dan complete kan resume..huhu..

Ok nak pegi amik template resume ada problem dengan PC ke apa entah..
Librarian tu email kan je dekat aku..
Just fill in je la..
Senang je..

Lepas tu pegi la amik buku aku dekat tempat CBL..
Hari tu ada drama sikit kan..
Nasib baik la orang tu ok je..
Die sign je..
Aku ada dua lagi module kene buat..huhu..

Selagi aku tak hantar resume dan complete kan CBL kolej tak kan buatkan surat untuk aku..huhuhu..
Padan muka..
Sapa suruh tak nak siapkan awal-awal..
Sekarang kan dah stress..hahaha..

Sebelum balik tu pun nak pegi check status aku untuk short course..
Bole pulak PC problem..
Kene pegi hari ni pulak..
Sabar je la..

Ok tu cerita pasal semalam..
Jadi bertekad la nak pegi siapkan CBL cepat-cepat supaya aku bole dapat document dari kolej tu cepat-cepat dan bole bagi dekat company tu cepat-cepat..
Kalau dah settle senang kan..
Tu pun belum tentu dapat lagi..
Kalau tak dapat nak kene cari tempat lain lagi pulak..huhuhu..

Cerita hari ni pulak..
Banyak jugak drama nya..
Sebab tak fokus agak nya..
Serabut je memikir macam-macam agaknya..huhu..

 Malam tadi pun tido lambat..
Tido pulak macam tak berapa lena je..
Kejap terjaga batuk..
Tekak aku ni gatal je..
Dah dekat seminggu kot..
Cuaca pun tak berapa menentu sekarang kan..

Pagi ni bangun-bangun je dapat SMS dari en.bf..
Aku berita kurang best katanya..
Aku terus call.
Aku dah dapat agak da apa benda nya..
Die mungkin tak dapat datang sini weekend ni kene pegi site..
Short notice kene outstation..
Kene pegi esok agaknya dalam seminggu lebih..
 Sentap jugak la mula-mula..
Lepas tu aku terus pegi mandi..
Tak pe lah pegi je lah..
Fikir positif..
Kalau pegi site dapat income lebih sikit..
Lagi sekarang banyak nak guna duit..
 Pasrah dan redha je la kan..hahaha..

Lepas tu semalam kakak yang jaga CBL tu suruh datang pukul 11pagi..
Aku sampai pukul 11.05 dah full untuk satu hari ni..huhuhu..
Baru ingat nak settle kan semuanya hari ni..
Settle kan semua document dengan kolej hari ni..
Dapat la submit document dekat company tu dalam minggu ni jugak..
Hampa..huhuhu..
Ok salah diri sendiri..
Sem lepas tak buat lansung pun..
Cakap je beria nak pegi..
Tapi tak pegi pun..

Lepas tu aku pegi library je lah nak siap kan assignment kene hantar Ahad ni sementara tunggu kelas pukul 12..
Buat pun kira asyik salah je..
Yelah kepala serabut je..hahaha..
Kalau pegi CBL esok pun penuh lagi macam mana..

Kelas pukul 12 habis awal..
Kelas setengah jam je..
Nak balik tu hujan renyai-renyai pulak..
Sebelum balik pegi kafe nak bungkus makanan..
Masa nak bayar sekali tengok wallet aku tak de..
Mampos tinggal atas kerusi dalam kelas..huhuhuhu..
Nampak tak berapa tak fokus nya aku..

Laju-laju la jalan pegi amik balik..
Sambil berdoa tak de la sape amik wallet aku tu..huhuhu..
Masa aku pegi kelas tu balik ada 3 orang budak lelaki dalam tu..
Tapi wallet aku elok je ada atas kerusi tu..
Cepat-cepat amik lepas keluar kelas aku check duit..
Alhamdulillah duit dengan card ada je..
Pegi la kafe balik bayar makanan..
 
Masa ni hujan renyai-renyai je..
Dah tu hujan panas..
On the way balik ada kawasan yang hujan ada tak..
Ni la keadaan yang senang menjejas kan kesihatan..

Masuk bilik nak refill air dalam botol..
Bole pulak melimpah habis laptop basah..hahahaha..
Lap dengan tisu lepas tu pasang la kipas kuat-kuat..
Kot ada air yang masuk dekat dalam..
Biar kering..

Apalah masalah aku hari ni..
 Sabar je dengan diri sendiri..huhu..
  
Harap sangat CBL siap esok..
Bole submit resume dengan CBL esok..
Kolej prepare kan document aku cepat-cepat..
Bole submit dekat company cepat-cepat..

Harap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar..
Aku berharap jugak dapat dekat company ni..
Aku suka company ni..hehe..
Plus ni antara dua company yang respond agak baik dalam banyak-banyak yang aku hantar..
Cuma macam susah je nak dapat dekat company ni..
Ada rezeki ada lah kan.. 

Monday, 25 November 2013

Assalammualaikum..

Sekarang ni aku rasa jarang sikit update blog..
Salah satu sebab nya sibuk sikit kot..haha..
Yelah dah sem last ni sibuk jugak la..
Sibuk dengan kelas, dengan uruskan praktikal, nak siap kan CBL, cari tempat praktikal..
Lepas tu dah pindah rumah ni pun kadang-kadang lepak dengan housemate sembang-sembang..

Kalau aku duduk sorang je dulu..
Tak de buat apa dekat bilik banyak jugak la masa nak bercerita dekat sini..
Tapi sekarang ni kalau ada masa tu aku sembang-sembang jugakla dengan budak rumah..
Walaupun aku ni tak de lah peramah sangat..
Tapi cuba jugaklah..haha..
Supaya orang tak kata aku sombong, tak reti bercampur dengan orang ke..
Kalau ikutkan aku memang suka buat hal aku je..
Sebab tu aku ok je kalau duduk sorang..

Bila sorang aku buat la assignment..
Print nota ke..
Aku malas nak bertangguh kalau buat keje..
Kalau bertangguh lepas tu bertimbun nanti aku lagi semak..
Lepas pegi PTW hari tu pun aku ada dua short course lagi kene attend..
Tengah tunggu nama naik..

Dan aku lagi suka buat keje sorang-sorang sebab cepat sikit siapnya..
Kalau buat ramai-ramai aku suka study dulu..
Buat part aku..
Lepas tu baru discuss..
Kalau dah ramai-ramai tu memang bukan buat keje sangat pun..
Banyak sangat gangguan nya..
Nak fokus pun susah..
Jadi hasil nya aku rasa kurang best la..
Kalau buat sendiri menghadap je depan laptop lagi cepat siap..
 Berjoli tu adalah selepas keje siap ye..
Jadi sila uruskan masa dengan baik..
Memang tak de hal la nak berjoli ke apa..
Janji pandai manage..

Macam aku cerita sebelum ni..
Hendry nak datang sini untuk training..
Training nya hari Ahad..
So die datang sini hari Sabtu..
Sampai sini Sabtu malam..

Hari Jumaat tu kan aku buat ODA dengan budak-budak ni..
Yang siap ada sessi masak memasak tu.hehe..
Keje nye buat sikit je pun..
Ye lah kejap berbual, kejap bergaduh, menonton Maharaja Lawak Mega la..
Nak fokus, nak fikir pun payah..huhu..
Jadi hari Sabtu tu aku memang malas nak pegi mana-mana..
Lepas bangun tu aku memang buat keje la dari pagi sampai ke malam..huhu..
Nasib baik sempat siap sebelum Hendry sampai..
Esok tu nak tunjuk progress kan..

 Hendry sampai dalam pukul 10..
Sempat jugak la aku pegi amik motor dekat rumah dieorag..
Sebab malam sebelum tu dieorang hantar aku balik..
Die sampai terus pegi makan..
Teringin nak makan nasi kukus lak die..
Siap ajak pegi makan durian lagi..

Mula-mula pegi kedai nasi kukus yang aku biasa pegi tu nasi die dah habis..
Yelah dah lewat masa tu..
10 lebih dekat pukul 11 dah..
Lepas tu die ajak pegi ada kedai yang kawan die pernah bawak..
Aku pun tak pernah pegi kedai tu..
Tapi on the way nak pegi lalu tempat orang durian dulu pulak..
Die ajak la makan durian dulu..
Masing-masing dengan perut kosong nya makan durian..hehe..
Makan la dua biji durian..
Satu tu durian Musang King..
RM 28 sekilo..
Amboi harga kemain.. 
Lepas tu amik durian kawen tak silap..
Sebab makan dekat situ..
Dapat la dua botol air mineral dan orang tu bagi makan buah rambutan dan langsat ke duku tak silap..
Lepas makan balik ler..
Masing-masing kene bangun pagi..
Aku ada kelas pagi dan die pun training pukul 8 pagi..

Nasib baik la progress untuk layout aku agak ok..
Tapi memang ada kene alter lagi..
Banyak jugak la nak repair..
Kene reserve kan space dekat keliling untuk laluan orang jalan dan untuk jacket leg..
Insyaallah akan cuba buat dalam masa terdekat..
Assignment TEM pun ada tak siap lagi..
Ada quiz yang pending sebab aku pegi briefing untuk praktikal..
Dan minggu depan ada test..huhu..

Kene buat to do list la nampak nya..
Supaya time management tu lebih baik..
Dan tak de benda yang tercicir..huhu..

Untuk praktikal pulak..
Sepatutnya semalam kene bagi keputusan untuk cari sendiri atau kolej yang cari kan..
Tapi minggu lepas aku call ada company tu nak tanya status permohonan aku tapi tak dapat..
Person In Charge tu cuti agak nya..
Hari ni dapat call die bagi tau yang HOD tak response lagi..
Mintak tempoh seminggu untuk bagi keputusan..
So minggu depan la Insyaallah baru tau..
Tapi aku harapan macam tipis je nak dapat dekat company tu..huhuhu..

Pegi dekat unit yang uruskan praktikal tadi..
Mintak tempoh seminggu tak bole pulak..
Sudahnya aku isi je borang untuk cari sendiri je..
Pasrah je la..huhu..

Petang tadi pun pegi tukar tayar motor..
Tukar tayar depan dan belakang..
Hari tu carburetor overflow..
Isi minyak cepat je kering..
Lepas tu nampak atas lantai ada bekas minyak..
Pagi bengkel dengan dieorang..
Macam-macam jugak la orang kedai tu buat..
Kene rm 44..

Die dah suruh tukar tayar sekali haritu sebab tayar dah crack..
Tapi kedai dah nak tutup..
Nak pegi kelas tadi aku tengok memang tayar depan dan belakang dah crack giler..
Lepas habis kelas pegi draw duit lepas tu pegi la tukar tayar depan belakang..
Tukar tayar depan, tayar belakang, dua tiub dan getah untuk dekat rim total rm 120..
Termasuk upah pasang..
Ni pun amik tayar murah je..
Tayar Viva..
Tau ni pun masa pegi dengan budak ni hari tu..
Aku dah sah-sah la memang tak reti..
Tu la pegi dengan dieorang..
Borak dengan cina tu die kata takut pecah je..
Ye aku pun fikir macam tu jugak..huhu..
Lagi musim hujan ni..
Bahaya..huhu..

Lagi weekend ni en.bf nak datang sini..
Harus la weekend aku automatic full..hahaha..
Lepas tu Hendry pun mungkin akan sign on dalam hujung minggu ni..
Die cuba mintak dekat ofis minggu depan..
Tapi kalau dah kene naik nak buat macam mana kan..

Jadi semua keje haruslah dibereskan sebelum weekend ni.. :)

Friday, 22 November 2013

Weekend - Ayam Masak Kicap & Kobis Goreng..

Assalammualaikum..

Kisah nya aktiviti ni tak dirancang pun..
Ahad ni kene jumpa lecturer untuk update progress ODA..
Jadi weekend ni la masa nak buat..

Semalam aku tanya dieorang untuk buat benda ni sama-sama..
Yelah benda ni grouping kan..
Lagi kalau ikut plan nya mak aku mungkin nak datang esok..
Jadi hari ni je lah masa yang aku ada untuk buat dengan dieorang..
Kalau mak datang esok tak tau lagi berapa lama kan..
Jadi aku reserved kan esok untuk hal aku je la..
Tapi masing-masing ada hal pulak hari ni..
Ada seorang je yang available..
Jadi aku plan nak buat dulu je la dengan budak yang available tu..

Plan nak buat memang lepas tengah hari..
Weekend kan..
Mesti la nak bangun tido lambat sikit..hehe..
Nak bermalas-malasan banyak sikit..
Dah bangun pun sambung tido balik..hehe..

Jadi lepas Zohor la pegi..
Tu pun budak tu sampai awal..
Nak pegi kedai motor betulkan ada masalah sebab jatuh semalam pun tak sempat..
Lagi pun hari ni kedai banyak tutup..
Nak carik-carik kedai malas pulak aku..
 Lagi pun dah lambat..

Discussion tu buat dekat KFC..
Sebab nak guna internet..
Tapi wifi dekat KFC tu tak de lah pulak..
Yang masing-masing konon ada keje tu pun hal tu cancel..
Nak pegi buat dekat tempat lain pun tak de..
Kedai banyak tutup hari Jumaat..

Jadi buat keje dekat rumah dieorang je la..
Hari ni je yang ada..
Disebabkan masing-masing pun tak makan lagi..
Dieorang pun mintak la aku masakkan untuk hari ni..
Macam la aku pandai masak sangat kan..haha..

Jadi sebelum pegi rumah dieorang ke pasar raya la kita..
Pagi beli ayam, tomato dan kobis..
Bahan-bahan asas lain memang dah ada dekat rumah..
Cadang nya nak masak ayam masak kicap dan kobis goreng campur telur..
Pegi shopping nak masak dengan budak-budak ni..
Kenangan sungguh..
Macam ni la bila hidup dengan dieorang..:)

Sampai tu aku memang terus la pegi dapur masak memasak..
Tapi ada la sorang tolong aku siang ayam, bersihkan ayam..
Aku tinggal lumurkan dengan kunyit dan goreng je..
 Lepas-lepas tu aku la yang buat..
Pandai gak die bela ayam tu..hehe..
Dah siap masak makan la ramai-ramai..:)

Tak dirancang betul..
Hari tu aku ada buat samosa aku buat dekat rumah lepas tu suruh dieorang amik je..
Dah siap makan buat la keje..
Sambil buat keje sambil layan Maharaja Lawak Mega..
Syok gak Maharaja Lawak Mega kan..
Walaupun tanpa Jozan..
Tapi kalau ada lagi syok kot..hehe..

Masa aku tengah masak tadi tetiba Hendry call..
Esok die nak datang sini..
Amboi tak kan la lepas briefing terus nak sign on..hehe..
Rupanya die nak datang esok sebab ada kene pegi training..
Training sehari je pun sebab nak naik untuk Exxon..
Biasanya die naik untuk Petronas..
Ahad dah nak balik.. 
Jadi datang esok die nak bawak coverall, safety shoes dengan ada barang-barang lain sikit tinggalkan dekat aku..
Datang untuk sign on nanti die tak payah la bawak barang banyak-banyak..
Sign on pun dalam minggu depan je..

Sebenarnya hari tu Zack ada bagi tau yang ayah aku pun tak pasti lagi datang ke tak minggu ni sebab ada keje..
Tadi masa buat keje pun mak call yang tak jadi datang..
Ayah aku pun tak berapa sihat..
Yelah cuaca tak menentu sekarang kan..
Lagi die pun sibuk sikit keje sekarang..
Mak kata tak berapa sihat pun die buat jugak la keje..
Semoga ayah cepat sembuh..:)

Jadi pagi esok bole la aku buat sikit keje..
Banyak lagi yang tak siap..huhu..
Dah la benda nak kene buat nya banyak..
Lepas tu boleh la jumpa Hendry malam esok..

Thursday, 21 November 2013

Oh My Laptop..

Assalammualaikum..

Dah tak tau nak letak tajuk apa dah kalau nak bercerita pasal laptop..
Tapi tetap nak cerita..haha..
Macam aku cerita sebelum ni..
Laptop aku tu dah uzur..

Balik sini hari tu bawak la dua laptop..
Sebab sem ni aku ada ODA kan..
Laptop aku yang dah uzur tu..
Dan satu laptop lagi untuk buat keje..
Ayah belikan Wafi laptop baru..
Jadi aku guna la laptop Wafi yang lama..

Ada ni pun dah ok sangat..
Ayah siap nak belikan yang baru..
Tapi aku kata tak pelah..huhu..

Walaupun uzur..
Tapi tetap sayang sangat..
Macam ni la kalau aku pakai barang..
Memang pakai je la selagi yang boleh..
Bukan senang nak tukar ganti yang baru..
Walaupun yang baru tu lagi baik..
Tapi jasa dan memori yang lama tetap terbaik..hehe..
Sama jugak la dengan kawan..
Makin lama berkawan i makin sayang ok..haha..

Tulis post ni pun dengan laptop baru ni..
Baru malam ni online pakai laptop baru ni tu yang nak menulis..
Laptop lama tu sejak guna Windows XP macam stabil sikit la..
Tak de la selalu hang lagi..
Tapi yelah benda dah lama kan..
Banyak dah yang rosak nya..

Sebelum ni aku ada bagi tau yang speaker laptop tu dah tak ok kan..
Cina yang format tu pun kata yang speaker laptop tu dah pecah..
Kalau pasang movie atau lagu memang pecah pun..
Tak bole la dengar kuat-kuat..
Kene bukak slow-slow je..
Nampak tak gigih nya nak jugak laptop tu walaupun keadaan die dah macam tu..
Tapi sejak sehari dua ni...
Kalau pasang lagu, video ke..
Memang tak bunyi apa dah..huhu..
Senyap sepi je..
Tak tau la apa masalah nya..
Tak dapat i nak dengar lagu-lagu dalam laptop tu..
Banyak lagu-lagu yang tinggi sentimental value nya..hahaha..

Ni sebab dah teringin sangat nak dengar lagu la yang guna laptop ni..
Lagi pun esok ada nak buat keje ODA..
Kalau masa buat Lines Plan dulu memang guna laptop ni untuk buat keje je..
Untuk entertaiment memang guna laptop lama..
Dekat situ la banyak lagu-lagu dan gambar-gambar kenangan ye..hahaha..
Jadi bila bosan-bosan akan bukak lagu dan tengok-tengok gambar dekat sana..
Tu pasal sayang sangat..
Sangat banyak barang peribadi sebenarnya dalam tu..
Folder pasal rumah la..
Pasal study la..

Dah keje nanti nak beli laptop baru la..
Ni bila guna bukan hak sendiri malas nak letak macam-macam..

Ok settle cerita pasal laptop..
Sekarang ni pun bila last sem serabut hal macam-macam..
Hal belajar tu memang dah sah sah la kan..
Assignment, quiz, test la..
Lebih lagi bila ada subjek macam ODA ni..
Lagi la serabut..
Grouping pulak tu..
Nasib baik ahli agak ok..
Kene buat CBL..
Pegi buat CBL tadi aku dah emo..
Bole pulak buat hal merapu dengan aku..
Nak settle kan tempat praktikal..

Ingat lagi tak sejarah masa Lines Plan dulu?..
Serabut je kan..
Dengan ada bengkel Welding nya lagi masa tu..
Kadang-kadang bila dah lepas..
Rasa macam tak percaya je macam mana mampu buat semua tu dulu..huhu..

Harap sangat semua berjalan dengan baik..:)

Tadi lepas Maghrib sempat pegi jumpa Emy..
Housemate en.bf masa dekat Melaka dulu..
Die duduk KK sekarang..
Datang sini ada Training dekat KSB..
Bagus jugak la sembang-sembang dengan die tadi..
Macam bukak minda aku dan bagi kesedaran tentang ada perkara dalam hidup ni..
Tu la orang kata elok jugak bersembang ni..
Banyak jugak benda yang kita bole belajar..
Lagi kalau orang yang fikiran die ni agak matang..
Sampai aku bole rasa perbezaan dia..

Tadi pun mesej dengan Hendry dekat FB..
Tadi dah pegi briefing..
Die dah OTW nak naik kapal..
Dalam minggu depan agak nya..
En.bf pun mungkin nak datang minggu depan..
So aku inform la die..
Kalau pape bole datang dengan en.bf je sekali..

Sekarang ni dah start monsoon..
Tiap hari hujan je..
Bagus la tu..
Layan monsoon la masing-masing..hahaha..
Pape pun aku doakan yang elok-elok untuk masing-masing..:)

Tak sabar nak tunggu dieorang datang..
Bersemangat nak siapkan semua keje..:)

Monday, 18 November 2013

Demam la Pulak..

Assalammualaikum..

Rasanya sekarang ni macam jarang sikit update kan..
Tapi aku selalu je online..
Sekarang ni rajin baca blog orang pasal deko rumah..
Maklumlah sebelum ni mana ada amik kisah pasal deko-deko ni kan..
Banyak benda kene belajar pasal deko rumah ni..
Masanya pun lambat lagi..
Jadi gunakan la masa yang ada ni sebaik-baik nya untuk belajar pasal benda ni..
Banyak benda kene belajar supaya tak silap buat keputusan nanti..
Cerita pasal rumah hari tu pun tak habis lagi sebenarnya..haha..
Tu kene citer slow-slow la..

Lepas tu aku ada jugak tanya kawan-kawan..
Dan kalau ada masa nanti bole la usha-usha dekat kedai..
Lepas usha kene tanya orang lagi..haha..
 Orang kalau duit tak banyak memang macam ni..
Kalau banyak wang selamba je kan..

Lagi satu aku kan baru pindah..
Setakat ni duduk rumah ni ok je..
Rumah ok..
Housemate pun ok jugak..
Cuma satu je yang tak ok nye..
Jauh dari kolej..
Nak pegi kelas la ada masalah sikit..
Lagi sekarang dekat Pantai Timur ni musim hujan..huhu..
 Sabar je lah kan..

Aku ni dah la pegi kelas naik motor sekarang..
 Karang kalau redah je tak pasal basah..
Lagi satu bukan setakat aku je yang basah..
Kalau dengan buku-buku sekali basah macam mano..huhu..
Musim hujan ni pun bahaya jugak naik motor..
Jalan licin..

Insyaallah dah ada solution untuk masalah ni..
Cuma kene bersabar sikit sekarang ni..
Tapi sangat rugi rasanya bila tak dapat pegi kelas..huhuhu..

Setakat ni pun pernah masa balik petang semalam aku kene hujan..
Tu pun dah nak sampai rumah masa tu.
Kene rintik-rintik sikit je..

Pagi ni pulak hujan lebat..
Sampai tempias..
Terjaga aku dari tidur..

Tengah hari ni nak pegi kelas..
Masa nak siap-siap tu tengok makin gelap je..
Nak keluar sekali hujan dah turun..
Lebat pulak tu..huhu..
Masa musim tengkujuh ni tahun lepas pun mencabar ok..huhu..
Harap tahun ni dapat mengharungi masa-masa ni dengan jaya nya..hehe..
Kalau bole tak nak skip kelas..huhu..

Walaupun tak kene hujan sangat..
Tapi dah dua tiga hari ni macam nak start demam dah..huhu..
Semalam tekak gatal je..
Tapi tidur malam semalam beberapa kali jugak la terjaga..
Tekak punya la gatal dan rasa panas je pagi tadi..

Teringat tahun lepas demam jugak masa musim hujan ni..
Siap demam panas lagi..
Tapi gagah jugak pegi jalan-jalan..huhu..

Bila tak sihat ni memang susah nak tido la kan..
Masa tu la paling terasa sangat sakitnya..
Kalau waktu biasa ni rilek jugak la..
Tu ada yang pegi klinik mintak ubat selsema dan batuk paling kuat..
Supaya boleh tidur dengan aman..huhu..

Tak pe la doa yang baik-baik je lah..
Semoga Tuhan permudahkan semua urusan..

Friday, 15 November 2013

Weekend Rumah Baru..

Assalammualaikum..

Esok dah seminggu aku duduk dekat rumah sewa baru ni..
Setakat ni ok je la..
Alhamdulillah..
Harap tak de la masalah lepas ni..
Sekarang ni pakai motor je pegi kelas..
Harap kalau musim hujan nanti pun tak de masalah la..

Sekarang ni pun ada masalah jugak..
Hidup mana yang tak pernah ada masalah kan..
Cuma macam mana kita hadapi masalah tu la kan..

Ada satu subjek ni aku tak setle kan lagi sebab clash..
Harap sangat settle cepat..
Lepas tu runsing jugak dengan tempat praktikal..
Selagi tak dapat offer atau official offer dari mana-mana company memang aku tak senang hati lagi..
Lepas tu ada la masalah sikit-sikit lagi bila aku join kelas lain..
Harap semua berjalan dengan lancar la..
Memang tak sabar sangat nak habis dengan cemerlang..:)
Tak sabar nak keje balik..
Sambil tu nikmati lah masa-masa nak habis ni..

Balik dekat tajuk balik..
Jauh melalut da..
Biasa la kalau ada benda yang terbuku dekat hati..
Nak luah dekat orang pun bukan senang..
Banyak hati kene jaga kan..
Jadi paling baik usaha sendiri je la..
Tulis dekat sini pun untuk kenangan suka duka aku dekat sini..
Banyak kejayaan atau kesenangan memang bukan mudah jalan nya..

Sejak duduk rumah baru ni pun rutin pun berubah la sikit..
Aku pun belum close sangat lagi dengan budak rumah..
Dan kalau boleh tu memang lagi suka berdikari la..
 
Salah satu benda yang penting pada aku ialah kesihatan..
Dan antara benda yang aku titik beratkan ialah berat badan..
Lagi bila umur dah makin menigkat metabolism badan pun makin menurun kan..
Jadi untuk maintain tu susah jugak la..

Cuma kalau aku duduk sendiri aku rasa memang lagi senang nak maintain..
Aku ni pemakan jugak orang nya..
Lagi kalau benda sedap dan aku suka..
Memang banyak makan..
Contohnya masa beli nasi lemak K.Mie..
Selamba je aku makan dua bungkus..
Makan yang bungkus ke dua tu tengah malam pulak tu..
Memang susah nak kawal diri..

Bila duduk sindiri  memang senang sangat badan nak turun..
Kalau dulu duduk rumah lama pegi kelas jalan kaki..
Jadi tu dah exercise..
Kalau ada tiga kelas hari tu tiga kali la ulang alik jalan kaki..
Dan kalau duduk sendiri pun aku lebih rajin untuk puasa..
Kadang tu kalau makan lebih sikit malam sebelum tu memang aku puasa esok tu..
Lagi satu kalau duduk sendiri ni nak makan kene usaha sikit kan..
Duduk rumah memang macam-macam makanan ada..
Mak pun masak macam-macam..
Memang susah nak kawal la..

Kali ni aku duduk dekat dengan Pantai..
Jadi disebabkan aku dah tak berjalan kaki lagi..
Salah satu cara nak beraktiviti ialah dengan berjogging di pantai..
Macam best je kan..
Plan nak jog weekend..
Kenapa weeekend?
Sebab weekend bole pegi jog pagi-pagi..
Eh kalau kelas petang pun bole jugak pegi jog pagi-pagi kan..hehe..
Udara pun segar lagi..
Dan pagi-pagi memang ramai orang exercise..
Kalau petang ramai orang berdating dengan melepak je..

Dah berapa hari dah plan macam tu..
Aku sejak duduk rumah baru ni pun rajin gak tido awal bangun awal..
Tapi disebabkan semalam lepas pegi PTW beria tido..
Malam susah nak tido..
Jadi semalam tido lambat da bangun lambat ler..huhuhu..

Tapi tetap jugak nak beraktiviti mengeluarkan peluh..
Jangan risau..
Tak jadi pegi jog hari ni..
Kita kemas bilik dengan rumah..
Membakar tenaga dan mengluarkan peluh juga ye..
Kalau pegi jog dapat udara segar dan tengok permandangan..
Tapi kalau kemas bilik dengan rumah reward nya ialah rumah bertambah bersih dan selesa..

Bangun tadi aku angkat semua barang balik letak dekat luar..
Lepas tu sapu satu bilik lepas tu mop..
Rasa rajin sikit dan nak lebih beraktiviti mop dan sapu satu rumah..hehe..
Mop je 1 tempat dah 3 kali..
Kene perah mop dan angkat air dalam baldi..
Angkat-angkat barang lagi..
Jadi banyak jugak la pakai tenaga dan keluar peluh..

Ni la salah satu cara untuk beraktiviti dekat rumah..
Kalau yang rumah besar, atau 2 tingkat tu lagi la banyak guna tenaga..
Lagi kalau dah ada anak tu..
Lagi la beraktiviti kan..
Jadi banyak cara untuk beraktiviti sihat ni..
Tak semestinya kene pegi gym, pegi betul-betul bersukan..
Lagi satu jaga makan..

Tu je nak share..
Tak de benda penting pun..hehe..

Selamat Mengamalkan Cara Hidup Sihat..:)

Thursday, 14 November 2013

PTW - Permit to Work..

Assalammualaikum..

Semalam dan hari ni aku pegi short course Permit to Work (PTW)..
Aku daftar untuk course ni dari sem 3 lagi..
Hari tu kebetulan perasan nama naik..
Ada dua lagi short course yang aku daftar..
Tak pasti la nama dah naik ke belum..huhu..
Kalau nama dah naik dan aku dah terlepas agak rugi jugak la..huhu..

Jadi sem ni aku akan sibuk dengan kelas, aktiviti, short course, CBL la..
Walaupun credit hour nampak sikit..
Tapi tambah dengan sampingan-sampingan ni padat jugak la..

Pegi short course ni pun aku terpaksa skip kelas dua hari ni..huhu..
Aku pun pernah tanya lecturer aku die pun galakkan aku pegi..
Dan nasib baik jugak la dua hari ni kelas tak banyak sangat..
Lagi pun skip kelas yang aku rasa tak de la penting sangat macam keusahawanan(ETR) dan Public Speaking..
Lagi lecturer aku suka cancel kelas ETR yang dua jam..
Apahal entah..
Kalau kelas sejam hari tu bukan main express die nak habis kan satu chapter jugak..
Sabar je la..
Kelas ni pun ada text book..
Nanti aku study la buku tu sendiri..

Nak pegi PTW ni pun ada drama nya jugak sikit..hehe..
Mula-mula pasal transport..
Dah ada motor ok sikit la..
Settle satu masalah..
Lepas tu pasal pakaian pulak..
Perempuan kene pakai baju t lengan panjang..

Aku ada baju t lengan panjang tapi tak berkolar..
Dan aku rasa kene pakai baju t berkolar sebab formal kan..
Aku sampai call tanya dua tiga orang la nak pinjam baju..
Yelah karang kalau pegi tak ikut peraturan tak pasal kene halau..
Tak pasal malu dengan tak dapat hadiri course tu..huhu..
Tapi tak de..
Kalau ada pun lengan panjang tapi tak de kolar..
Semalam aku pakai je la baju berkolar lengan pendek..
Nasib baik tak kene tegur..
Sambil tu prepare la cardigan lengan panjang..
Hari ni pulak pakai baju aku selalu pakai pegi kelas je..
Pun pakai cardigan jugak..

Apa itu PTW?..

PTW ialah satu dokumentasi secara formal/rasmi tentang cara kerja, sebagai check point bahawa semua langkah-langkah keselamatan telah di ambil dan telah diberitahu kepada semua yang terlibat..

Ada beberapa jenis PTW..
Yang di beritahu masa course ni ada 12..
Aku share 5 je lah ye..

  1. Cold Work Permit
  2. Hot Work Permit
  3. Flammable release Work Permit
  4. Welding/burning Work Permit
  5. Vessel Entry (confine space) Work Permit
Jadi PTW ni perlu la di apply sebelum buat keje yang memerlukan dia..
Contohnya nak welding sesuatu..
Kene apply PTW ni dulu..
Dah dapat approve baru la bole buat keje..
Masa buat keje kene tag la tempat tu beserta no reference PTW kita..
Keje dah siap kene pulangkan balik..

Besa la keje-keje berisiko tinggi ni banyak prosedur nya kan..
Keselamatan dan Kesihatan perkerja tu penting untuk elakkan kejadian yang tak di ingini berlaku..
Risiko tinggi lepas tu kalau jadi pape impak die pun tinggi kan..
Sebab tu la benda-benda macam ni di aplikasi..


Ni contoh PTW..

Keseluruhannya course ni bagi banyak bagi info baru dekat aku..
Aku rasa budak-budak safety yang lebih familiar dengan benda-benda ni..
Aku memang tak tau sangat..
Bila cerita pasal bahaya je memang rasa takut je nak ada dekat tempat tu..
Takut je nak buat keje..
Tapi kene la kuatkan hati..
Last aku pegi ceramah safety ni masa keje dekat TI dulu..
Pegi NIOSH dekat Bangi untuk Contractor Safety Passport..

Lepas ceramah ni ada la jugak tayang video kemalangan-kemalangan yang jadi dekat site..
Memang aku tak tengok la..
Aku main henfon masa tu..
Tak sanggup aku nak tengok video-video kemalangan ngeri..
Ngilu aku..huhu..
Biasa kalau lepas ceramah-ceramah ni memang ada kan tunjuk video 
Supaya orang  lebih utamakan keselamatan..

Dan akhir sekali ada short test..
Dekat NIOSH dulu pun sama..
Kalau dah lulus baru la dapat safety passport tu..
Baru la authorized untuk masuk plant dan buat keje yang sepatutnya..

Harap aku tak terlepas lagi short course yang lain..
So bole la attend course dan tambah ilmu..

Tuesday, 12 November 2013

Rumah dan Dia..

Assalammualaikum..

Ni cerita pasal rumah lagi..
Aku pernah bagi tau sebelum ni yang aku nak en.bf kalau boleh beli rumah sebelum kawen kan..
Tu pun kalau boleh..
Kita merancang tapi perancangan Tuhan tu lagi baik kan..
Dan ni pun pendapat dan cara masing-masing..
Aku cuma share kan je..
Dan aku pun syukur sangat banyak yang aku rancang tu Alhamdulillah terlaksana..
Kalau apa yang aku plan tu tak jadi..
Biasa nya kitaorang akan plan balik bersesuaian dengan keadaan semasa..

Contohnya macam bila aku sambung belajar balik..
Ada banyak jugak yang kita re plan balik..
Insyaallah bila aku dah habis belajar nanti akan ada plan balik..
Maksudnya target tu dah ada..
Tapi macam mana kita nak rancang untuk capai target kita tu..
Bersesuaian dengan kedudukan kewangan, kerjaya dan lain-lain waktu tu..
Dan secara jujurnya..
Banyak benda yang kitaorang rancang ni bukan ambil masa yang sekejap..
Tapi ambil masa yang lama..

Lagi satu jenis aku..
Dan en.bf jugak mungkin..
Kitaorang ni jenis yang lebih percaya kan apa yang kitaorang rancang berbanding dengar cakap-cakap orang..
Pada aku, kitaorang lebih tau keadaan kitaorang berbanding orang lain..
Jadi biar la apa orang nak cakap..
Tu semua tak de hal la..hehe..

Dan bukan la kitaorang tak dengar cakap orang lansung..
Macam aku kata..
Aku selalu je survey dekat internet dan tanya orang..
Terutamanya yang rapat dengan aku..
Dan syukur sangat sebab tu semua sangat membantu..

Ok berbalik semua kepada kisah rumah dengan en.bf ni..
Sebenarnya ni aku belajar dari pengalaman sepupu aku jugak..
 Dan kalau bersesuain dengan situasi kitaorang..
Mungkin kitaorang bole apply benda ni..

Sepupu aku ni keje dan pendapatan die agak ok jugak la..
Die lelaki dan awal 30-an..
Sebelum kawen die ada beli sebuah rumah..
Tapi jenis apartment/kondominium dekat Shah Alam..
Bila dah kawen..
Die ada beli sebuah rumah lagi..
Rumah landed 3 tingkat tak silap dekat Shah Alam jugak..
Sekarang pun kalau aku survey orang jual rumah tu lebih dari 1 juta..

Tapi rupanya perkahwinan die bermasalah..
Dari awal perkahwinan lagi..
Tapi die rilek je..
Sampai la tak bole tahan lagi dalam 2 tahun tak silap..
Dieorang pun bercerai..

Dan disebabkan rumah tu beli lepas kawen..
Dan letak dua nama kalau tak silap aku..
Ex-wife die pun menuntut la rumah tu..
Lagi harga rumah tu dah mahal..
Walaupun ex-wife die tak keluarkan satu sen pun untuk bayar down payment dan bayar installment bulan-bulan..
Die tetap la nak tuntut jugak..
Sape tak nak duit kan..
Easy money kan..haha..
 Kalau jual rm950k pun..
Ni ikut harga yang sepupu aku advertise sebelum ni..
Bila bahagi dia pun dapat dekat setengah juta kan..
Tak payah keluar modal apa-apa tapi bole dapat duit macam tu..

Kalau tak sebab dua nama pun..
Beli rumah tu lepas kawen..
Jadi dah kira sebagai harta sepencarian kan..
Jadi ex-wife die bole la tuntut kan..
Kalau tak nak jual rumah tu sepupu aku ni kene bayar la jumlah yang sepatutnya dekat ex-wife die tu..

Bila tau pasal ni aku agak kesian jugak la dekat sepupu aku..
Tak silap sampai sekarang hal tu tak settle lagi..

Dan aku pun belajar dari sini la..
Kene dekat sepupu aku pun aku dah rasa kesian..
Aku memang pernah cerita la pasal ni dekat en.bf..
Dan aku pernah bagi tau die..
Kalau boleh dan memang ada rezeki die..
Beli la rumah dulu..
Dan aku cakap..
Kalau die kawen dengan aku atau pun dengan orang lain..
Rumah tu memang hak die..
Sebab beli sebelum kawen..

Lagi pun aku rasa dan cakap dekat die..
Tu reward untuk die untuk segala usaha die selama ni..
Bayar down payment sendiri..
Bayar installment sendiri..
Jadi biar lah die nikmati usaha die tu..
Hasil titik peluh dan usaha die..

Selagi aku tak kawen dengan die memang aku tak nak terlampau yakin..
Aku memang cakap dengan en.bf..
Aku pun pernah je cakap dengan M.Cik aku..
Dan kawan aku..
Bila cerita pasal relationship..
Bila dieorang cerita masalah dengan pasangan..
Ada yang beria bercinta sampai plan nak kawen..
Tapi family tak restu la..
Pada aku tu semua jodoh..
Selagi aku tak kawen dengan dia..
Kita tak tau apa yang jadi kan..
Tapi kalau bole memang la kita nak kawen dengan pasangan kita kan..haha..

Dan aku pun happy jugak la dengan kawan-kawan aku yang lelaki yang dah beli rumah..
Agak secure la untuk dieorang..
Karang buatnya kawen dengan perempuan tamak, mata duitan..
Jadi macam-macam tak pasal je..haha..
Ye lah dah bercinta, kawen harus la semuanya boleh untuk pasangan..haha..
Semoga korang dapat pasangan yang baik-baik..hehe..

Lagi satu aku tak nak ada masalah lain..
Ye lah bila dah berdua..
Ada dua kepala kan..
Masa baik semuanya indah berlaka..
Karang dah tak ok..
Macam-macam masalah..haha..

Ada seorang kawan aku ni..
Lelaki jugak la..
Plan nak kawen tahun ni..
Siap dah merisik bagai..
Cuma dieorang tak bertunang..
Kawan aku tu memang dah buat preparation kawen..
Dan tempah dewan, kad, katering segala..
Rugi dekat 10k jugak la..
Tapi tak jadi kawen..

Dan sebelum tu kawan aku ni ada la beli rumah dekat Nilai..
Submit loan dua nama..
Walaupun tak kawen lagi bole je buat macam ni kan..
Tapi rumah tu satu nama je..
Dah settle semua..
Tinggal tunggu rumah siap..

Bila tak jadi kawen perempuan tu tak nak sign loan die tu kan..
Ye lah buat apa nak sign aku rasa..
Walaupun kawan aku tu kata die yang bayar semua..
Tu semua risiko..
Kalau aku pun jadi macam tu aku tak nak sign da..haha..
Buat nya kawan aku tak bayar ke kan ke naya..
Lagi pun die dah kawen mesti la die nak buat loan dengan husband die kan..

Jadi kawan aku ni terpaksa la jual superbike die untuk reduce kan komitmen die..
Kene submit balik loan aku rasa..
Kan ke dah susah..

Jadi sebab ni la aku lagi prefer en.bf beli rumah sebelum kawen..
Masa banker tu tanya nak dua nama ke apa..
Aku dengan yakin nya jawap satu nama je..hahaha..
Insyaallah kalau ada rezeki nanti aku beli la sendiri..:)

Berbalik apa aku cakap..
Ni cara masing-masing kan..

Monday, 11 November 2013

Lagi Shiseido Black Mask..

Assalammualaikum..

Hari tu aku baru lepas cerita pasal Shiseido Black Mask kan..
Ingatkan lambat lagi la nak dapat..
Kan aku cerita orang tu dah tukar keje dekat Kerteh..

Tadi tetiba masa kelas die call aku..
Die dari Kuantan on the way balik Kerteh..
Teringat aku ada order die dah bagi la terus..
Aku pulak masa tu dalam kelas..
Kelas ada dalam 20 minit lagi..
Die pulak dah dekat..
Tak plan pun kan..

Tengok kelas pun dah nak habis masa..
Aku suruh je la die hantar..
Kalau tak kene amik dekat Kerteh pulak..
Bila nak amik nya tu entah la..
Dah alang-alang die dekat area sini..
Aku pun bagi tau jumpa dekat area kelas aku je la..
Senang..

Lecturer pulak bole pulak habis kelas lambat hari ni..
Die pulak dah sampai kene la menunggu aku habis kelas kejap..
Kalau aku turun kejap tinggalkan beg tetiba kelas habis macam mana pulak dengan beg aku kan..
Dah la kelas dah lambat..
Buatnya kunci ke apa tak pasal je..
Mintak la die tunggu kejap..


Aku amik 50 keping je tadi..
Ingatkan nak amik 100 keping..
Banyak sikit..
Bole simpan buat stok lama sikit..



Die suruh aku kira tadi aku kira dua kali 48 keping..
Jumpa dekat parking kalut-kalut je tadi..
Masing-masing pun nak cepat..
Die pun tambah la lagi 2 keping..
Balik tadi aku kira rupanya dalam kotak tu memang cukup da 50 keping..
Maknanya die terlebih bagi..
Aku SMS die bagi tau..
Die kata tak pe lah..
Hadiahkan dekat aku..
Aku pun memang ada nak bagi gift dekat Liya..
Jadi memang rezeki betul la..:)

Ada kene pos dekat Ikin..
Nak pos dekat Liya..
Semoga rajin la nak keluar pegi pos cepat-cepat ye..
Kalau tak lambat lagi la korang dapat ye..hehe..
Bergantung pada tahap kerajinan la ye..

Kalau semalam balik kelas ada perkara menggembirakan aku pasal hubungan..
Hari ni pun sama jugak..
Happy with that relationship..:)
Balik kelas tadi pun lapang je dada..
Hati pun gembira je..

 Hari ni pun puasa..
Saje puasa hari Isnin..
Buka dengan 2 biji kurma dan nestum je tadi..
Tak tau la nak makan apa lagi malam ni..

Semoga hari-hari yang dilalui menggembirakan..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...