Saturday, 31 August 2013

Aku dan PTPTN..

Assalammualaikum..

Mula-mula sekali aku nak bagi tau..
Apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat aku..
Kalau rasa kurang setuju dengan apa yang korang baca aku mintak maaf sangat..
Situasi setiap individu berbeza..

PTPTN ni jadi satu isu yang agak besar jugak..
Sampaikan dalam pilihan raya pun jadi isu yang diperdebatkan oleh parti-parti politik..
Dan isu mengenai pinjaman PTPTN ni selalu je diutarakan..
Isu mengenai black list dengan Imigresen kalau nak keluar negara la dan yang terbaru ni isu dengan CCRIS pulak..
Pada aku ni semua usaha kerajaan untuk buatkan peminjam bayar balik pinjaman yang mereka dah buat..

Aku pun guna PTPTN masa belajar dulu..
Cuma aku pinjam tak la sebanyak yang lain..
Sebab untuk PTPTN masa aku dulu ada 3 kategori tak silap..
Pinjaman penuh, pinjaman separuh dan pinjaman untuk yuran sahaja..
Aku cuma peminjam untuk yuran sahaja..
Kategori ni PTPTN yang tentukan berdasarkan pendapatan penjaga..
Yuran setiap U pulak tak sama..
Dan aku rasa yuran U aku dulu agak murah berbanding U lain..
Tapi kalau UiTM lagi murah aku rasa..

Amaun pinjaman aku tak sampai 10k..
Dan masa aku keje dulu duit untuk bayar PTPTN memang dalam senarai benda aku wajib bayar..
PTPTN ni tersenarai sama dengan duit untuk bayar sewa rumah, utilities, bagi parents..
Aku memang nak cepat habiskan bayar PTPTN ni..
Bila satu hal da selesai tak payah pening-pening kepala lagi nak fikir..
Sebelum aku buat lagi banyak hutang..
Nanti dah pening kepala nak bayar tiap bulan..

Aku rasa aku ni agak kurang komitmen..
Masa belajar dulu aku pakai motor je..
Minyak, maintenance, roadtax pun tak mahal sangat..
Dulu pernah je nak beli kereta masa dah keje..
Tapi aku rasa aku tak bersedia lagi..

Satu nasib baik la tempat keje aku punya pengangkutan awam ok je..
Masa tempat keje 1st dulu aku pegi keje naik motor je..
Kalau hujan aku naik bas, naik teksi atau kadang-kadang tumpang budak satu tempat keje dengan aku..
Sebab bila tunggu bas ada pulak yang baik hati tumpangkan aku..
Bila balik keje malam pagi-pagi tu aku jalan kaki je..
Aku memang tak kisah guna pengagkutan awam..
Balik kampung atau jalan-jalan ke..

Ada je mak cik aku pernah tanya aku..
Kenapa tak beli kereta lagi..
Yang penting kita tau kedudukan diri kita..

Dan aku kadang-kadang tak faham nya bila orang asyik mengeluh pasal PTPTN dan tarat hidup makin meningkat..
Ye barang memang makin mahal sekarang..
Tapi apa prioriti kita?..

Ada segelintir tu yang apa yang die keluh kan tak selari dengan apa yang die buat..
Complain macam-macam tapi pakai handphone mahal..
Handphone beribu ringgit..
Beli kereta bayar bulan-bulan mahal..
Tapi nak bayar PTPTN tak bole pulak..
Aku memang tak faham sungguh dengan orang macam ni..
 Ada tu yang dah kawan aku yang dah kawen ada anak dua..
Anak-anak kecik pakai ipad/tablet sorang satu..

Tak kira nak hidup bergaya..
Nak ikut trend..
Tapi ukur la kemampuan kita..
Tak pun kalau kita sanggup hidup bergaya walaupun ada benda yang lagi penting..
Jangan merungut pulak..
Memang aku menyampah sangat baca status atau dengar apa die cakap tu..

Mungkin sebab dengan kurangnya komitmen ni aku boleh je belajar sekarang ni..
Walaupun awal-awal memang agak susah..

Aku pun pernah berbincang dengan kawan aku yang sama pinjaman PTPTN dengan aku..
Nak tanya pun kene la sesuai..
Kalau tak karang orang mara pulakkan..
Die pun setuju dengan apa aku cakap..
Dan aku rasa die pun bayak besederhana..
Sekarang pun die buat tengah buat Master..

Kereta mungkin la keperluan untuk pegi keje..
Atau untuk yang dah ada family..
Tapi pakai la ikut kemampuan..
Dahulukan la apa yang penting..

Ada je orang yang aku jumpa..
Hidup sederhana..
Tapi masa rezeki die murah..
Die gunakan duit die untuk yang lebih penting..
Die bayar PTPTN die cash..
Sekarang tak payah pening kepala..

Nak beli rumah, kereta ke..
Tak de lah bayar bulan-bulan banyak kan..

Dan Alhamdulillah adik beradik aku tak de masalah sangat dengan PTPTN ni..
Macam adik aku yang perempuan pun ayah aku yang tanggung keseluruhan die belajar temasuk yuran dan perbelajaan..
Adik aku yang akan ke Perlis mungkin akan guna PTPTN jugak kalau tak de pilihan lain..

Kepada yang dah guna PTPTN masa belajar..
Uruskan la duit dengan sebaik nya..
Sila la bayar bila dah pinjam..
Lagi hutang ni bukan bole buat main..
Hutang menuntut ilmu pulak tu..

Kepada adik-adik yang baru nak belajar..
  PTPTN ada tawarkan biasiswa tak silap kalau 1st class..
Jadi gunakan la peluang ni dengan sebaik-baik nya..
Belajar rajin-rajin dapatkan keputusan yang cemerlang supaya dapat biasiswa..
Kalau 1st sem ni tak dapat pun sebab tak layak memohon sebab result matrik/SPM/STPM kurang baik..
1st sem nanti belajar betul-betul..
Insyaallah bole mintak lepas tu..

Tak silap ada junior aku dulu..
Sebab result die baik school die siap carikan biasiswa untuk die..
Jadi masih ada peluang lagi..

Bole juga cuba biasiswa dari korporat..
Cuma mungkin akan bonded kene keje dengan dieorang dah habis belajar nanti macam Sime Darby, Telekom..
Bole jugak apply JPA, Petronas dan lain-lain..
Sebab kawan-kawan aku yang guna biasiswa tak payah pun pening kepala kene bayar ke apa.
Dapat pun agak banyak..
Cuma kene keje dengan dieorang la..
Macam aku tak suka terikat ni..

Mungkin jugak bole apply Yayasan Negeri masing-masing..
Aku pernah tengok ada orang post dekat Facebook..
" Tak payah la apply PTPTN..apply la yang lain macam Yayasan Negeri ke.."
Tapi macam adik aku yang nak ke Perlis die tak layak apply Yayasan Negeri sebab melebihi syarat minimum gaji untuk apply..
Buat masa ni memang die apply PTPTN dulu..

Memang aku tekankan situasi orang tak sama..
 Setiap individu pun ada masalah/situasi sendiri..
Tapi tak kan nak cerita dengan semua orang kan..

Kalau pada aku pulak..
Kalau rasa PTPTN tu tak bagus..
Untuk masa depan..
Aku rasa buat la tabungan untuk anak nak belajar..
Kerja sungguh-sungguh sekarang supaya anak tak susah pening masalah duit nak belajar nanti..
 Atau..
Suruh anak belajar sungguh-sungguh supaya dapat biasiswa..

Tapi rezeki setiap individu tak sama kan..
Kita cuba je la usaha yang terbaik..
Selebihnya kita bertawakal..
Banyak benda berpunca dari kita sendiri..
Tapi kita suka letakkan kesalahan tu dekat orang lain..

Pape pun semoga berjaya adik-adik yang bakal sambung pengajian nanti..:)
Kalau ada salah silap dalam post ni aku mintak maaf..

Selamat Hari Merdeka yang ke 56..

Assalammualaikum..

Selamat Hari Merdeka yang ke-56 kepada seluruh rakyat Malaysia..

Definisi merdeka ni tersangat la meluas..
Dan juga berbeza pada setiap invidividu..
Maklumlah pemikiran dan keperluan setiap individu tu pun berbeza..

Semoga Malaysia tanah air aku ni terus maju dengan penuh maruah..
Kemajuan dan agama terus seiring..
Terus aman harmoni..
 Semoga kehidupan rakyat nya terus selesa dari pelbagai sudut keperluan kehidupan..
AMIN..

Dalam kita asyik mengejar kemajuan..
Selalu memandang ke depan..
Sekali sekala toleh la ke belakang..
Belajar dari pengalaman lalu..

Ada dua cara untuk kita belajar..
Satu dari pengalaman yang kita lalui sendiri..
Satu lagi dari pengalaman orang lain..

Rasanya ramai yang habiskan masa hujung minggu ni keluar berjalan-jalan..
Pergi tengok perarakan, bunga api, pegi shopping atau sekadar jalan-jalan..
Selamat berhujung minggu..

Thursday, 29 August 2013

Rezeki Puasa..

Assalammualaikum.. 

Post ni penuh dengan gambar makanan je la ye..
Tak de benda sangat nak cerita pun..
 Minggu ni aku puasa dua hari..
Jadi ni la rezeki aku makan masa puasa..

1st day puasa..

Sayur campur..

 Telur bungkus..

2nd day puasa..

Kailan ikan masin..
1st time rasa kailan ikan masin dekat tempat ni..
Selalu order cendawan goreng dengan sayur campur je..
Kalau boleh memang nak nak selalu makan sayur..
Tapi kalau order makanan goreng-goreng banyak mana je la sayur nye kan..

Ayam masak halia..
Aku suke jugak order masak halia..
Sambil masa ayam dengan kobis bunga boleh makan halia sekali..
Sedap gak..
Lagi pun elok jugak makan halia kan..

Mula-mula aku order dua jenis lauk ni je..
Sekali masa dapat makanan budak tu bagi tau ada tom yam sekali..
Die kata die suruh tukang masak tu masak kan tom yam sekali untuk aku..
Kira tom yam tu free la..huhu..

 Tom yam yang sedap..

Kalau puasa biasanya aku makan nasi..
Dan prefer makan nasi dan lauk macam ni masa puasa..
Semua lauk ni aku makan dengan nasi putih..
Bayang kan la aku makan nasi putih dengan tiga lauk..
Nasi pulak penuh satu polisterin..
Aku bahagikan dua lauk dengan nasi..
Nanti sambung makan balik..
Memang tak larat nak habiskan semua sekali gus..
Tapi syukur je la rezeki..
Dah la bayar harga separuh je..

Makan dekat bawah ni kalau budak-budak ni datang buat keje sampai kitaorang makan 3 4 orang pun dieorang tetap bagi diskaun..
Walaupun dieorang dah order dulu baru aku datang pun dieorang tetap kira satu bil dan dapat diskaun..
Kadang-kadang tu dapat makanan free macam dekat atas ni..
Kadang-kadang dapat diskaun 50%..
Kadang-kadang dapat diskaun 60%..
Kadang tu bagi aku air coklat free la..
Syukur sangat rezeki..
Dan dapat share advantage ni dengan orang lain..

Weekend ni ramai yang balik..
Sebab Ahad 31 Ogos..
Konon nya ramai yang nak balik celebrate merdeka la..
Tapi aku malas nak balik..
Duduk sini je la..

Tak perasan pun 31 Ogos tu hari Ahad ni..
Semalam pegi kelas budak ni tanya aku balik tak weekend ni..
Aku pun blur-blur je tanya kenapa pulak..
Rupenya sebab nak celebrate merdeka..
Aku perasan je dah nak 31 Ogos..
Sebab macam-macam promosi dekat internet..
Tapi untuk benda-benda macam ni tak de lah aku heran da..huhu..

Weekend ni pun banyak keje nak kene buat..
Final pun dah tak lama lagi..
Dan masalah kelas CAD aku dah settle..
Syukur sangat..
Minggu depan dan bole start kelas..
Ingatkan nak start Ahad ni..
Buat kelas ganti..
Tapi cuti Merdeka rupenye..huhu..

Kene buat to do list la nampaknya..
Kalau buat list tu senang sikit nak alert keje yang kita patut buat..
Kalau tak happy je rasa macam tak de keje je..

Tadi pun ada presentation untuk subject Offshore Fabrication and Repairation pasal riser..
Alhamdulillah lecturer aku pun nampak nya macam puas hati je..:))
Semalam baru nak bahagi tajuk..
Balik bilik tu la bari aku carik maklumat segalam..
Nampaknya usaha tu tak sia-sia..:)

Lagi tadi dapat notifocation email..
Insyaallah kalau ada rezeki dapat la second achievement untuk en.bf dalam tahun ni..
Semoga Tuhan permudahkan usaha kami..

Di harap semua yang kami rancang dan usaha membuahkan hasil seperti yang diharapkan..
Macam tu jugak untuk korang semua..
Selamat berhujung minggu..

 

Wednesday, 28 August 2013

Bajet 2014..

Assalammualaikum..

Aku nak share mengenai Bajet 2014..
Kerajaan ada mewar-warkan saluran untuk rakyat Malaysia memberi pandangan dan idea menjelang Bajet 2014 yang akan dibentang kan tidak lama lagi..
Dekat twitter Dato Najib pun ada war-war kan mengenai perkara ni..
Tak silap bermula 26 September hari tu..
Tapi ak terlupa pulak hari tu..
Dah petang baru teringat..
Rupanya ada lagi sampai 8hb September tak silap..

Jadi gunakan lah saluran ni dengan sebaik-baik nya..
Kalau ada idea yang bernas, pandangan, pendapat dan teguran bole la sampaikan..
Pada aku pendekatan ni sangat baik..
Bila kita dapatkan feedback dari orang ramai dan baru la kita bole buat keputusan dengan mengambil kira banyak pihak..
Lebih-lebih lagi golongan muda..
Peranan kita sangat penting demi masa depan..
Terdapat banyak kategori yang die dah pecahkan..
Lebih sistematik..
Kalau macam aku lebih utamakan beberapa kategori macam..
  • Perumahan dan Kehidupan di bandar
  • Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan
  • Pengangkutan dan Insfrastruktur
  • Pelajaran
  • Keselamatan Awam dan Rasuah
 Ni pada aku la..
Harga rumah sekarang tak masuk akal pun ada..
Melampau-lampau..
Pengangkutan dan Insfratruktur pun penting..
Kalau kemudahan awam bagus tak payah sibuk sangat nak beli kereta..
Kesihatan dan pelajaran pun penting..
Lebih-lebih lagi untuk generasi akan datang..
Keselamatan Awam dan Rasuah pun sama..
Kene bendung sebaik-baiknya demi kestabilan ekonomi dan keamanan negara..

Ni pada aku la..
Mungkin pada orang lain sektor lain pulak yang penting..
Tapi aku rasa semua kategori tu penting untuk negara kita..

Sekurang-kurang nya ni inisiatif kerajaan untuk mendekati dan mendengan pendapat dan permasalahan rakyat..
Mungkin sebelum ni kita tak de saluran yang betul untuk berikteraksi..
Kalau dieorang tak nak dengar pendapat rakyat dan bertindak tu memang salah dieorang la..
Sekurang-kurang nya kita dah tunaikan tanggungjawab kita..

Aku sendiri pernah je tweet Dato' Najib pasal masalah rumah..
Fedup bila nak beli rumah harga rumah melampau-lampau..huhu..
Yang mampu pulak beli rumah macam shopping apa je..
Kalau yang dah dah stabil umu da ats >30 income sangat stabil dah ada beberapa biji rumah..
Kesian la sikit dekat orang muda yang baru nak hidup ni..huhuhu..

Ok sape-sape yang nak bagi idea..
Bole pegi dekat link ni..

http://www.1malaysia.com.my/bajet2014/home.php?lang=bm

Bila kita dah cakap..
Lepas tu tak amik peduli..
Memang patut kita marah..haha..
Ni setakat cakap pung pang pung pang je dekat belakang..
Orang itu salah ini salah..
Tak guna..

Selamat berkongsi idea untuk kesejahteraan negara kita..:)

Tuesday, 27 August 2013

Utara Magnetik dan Utara Sebenar..

Assalammualaikum..

Semalam aku ada kelas Oceanography (OCG)..
Belajar mengenai Topographic Maps..
Dan ada sub topik mengenai Utara..

Topik mengenai Utara ni dijadikan assignment..
Esok ada kelas OCG..
Jadi pencarian aku mengenai tajuk ni pun bermula la malam ni..hehe..

Aku memang tak tau sangat pasal benda ni..
Macam yang aku pernah bagi tau..
Subjek ni adalah pengetahuan mengenai geografi + matematik dan fizik..
Memang banyak belajar perkara yang berkaitan dengan geografi..
Aku pulak dah lama sangat tinggalkan benda ni..
Yelah belaja geografi ni masa lower form dulu kan..
Masa pmr pun umur 15 tahun..
Dan lebih sepuluh tahun aku tinggalkan..

Tapi Subjek ni agak menarik jugak la..
Jadi meh aku kongsikan mengenai Utara..

Terdapat dua jenis utara..
  1. Utara Magnet
  2. Utara Geografi atau Utara Sebenar
1. Utara Magnet
  • Bayangkan bumi sebagai satu magnet yang besar dan mempunyai kutub utara dan selatan.
  •  Kutub utara magnet ini tidak sama dengan paksi bumi berputar.
  • Utara magnet sentiasa berubah.
 2. Utara Geografi atau Utara sebenar.
  • Utara geografi atau utara sebenar merupakan tempat dimana semua garisan longitude bertemu atau tempat dimana paksi bumi berputar..
Ni la penerangan yang ringkas dan sangat mudah untuk difahami..
Kalau nak lagi faham bole tengok gambar ni..

Atau boleh tengok gambar ni jugak..


Jadi jarum kompas menunjukkan arah utara magnet. bukannya utara sebenar. Perbezaan sudut antara utara sebenar dengan utara magnet dipanggil "Magnetic Declination"..
Disebabkan jarum magnet tidak menunjukkan ke arah utara peta, maka pembetulan kene la dibuat, samada dengan menambanh atau menolak nilai megnetic declination..

Untuk info tambahan macam mana nak kira dan macam mana nak tukat utara magnet ke utara sebenar bole tengok video ni..
Bagus betul dengan teknologi sekarang ni..
Kalau rasa tak faham belajar dekat kelas bila ulang kaji dekat rumah banyak maklumat dekat internet..
Kalau dekat youtube pun banyak bahan ilmiah yang orang share..
Kalau ada video dekat atas orang tunjuk contoh secara praktikal lagi la senang nak faham..
Dengan lambakkan tanpa sempadan macam ni memang terpulang dekat diri kita la untuk pilih sama ada yang baik atau pun tidak..
Banyak masalah memang berpunca dari kita sendiri..
Teringat masa en.bf nak pegi interview dulu pun die belajar mengenai barang dan teknologi yang company die guna dekat internet..
Kalau baca je kadang-kadang susah nak imagine..
Bila tengok video lagi senang nak faham..
Tapi paling baik experience buat sendiri la..

Semalam masa kelas Welding Inspection pun ada belajar pasal magnet..
Sebab belajar mengenai Non Destructive Test (NDT)..
Yang ada kene mengena mengenai magnet ialah Magnetic Particle Testing..
Dapat la aku review mengenai magnet dan lebih mudah nak faham dengan asas yang aku ada..
Pasal utara ni pun ada kaitan dengan magnet jugak kan..

Diharap info ni dapat membantu kalau ada yang nak belajar mengenai utara ni..
Dan kepada sesiapa yang tak tau bila baca dapat la pengetahuan baru..
Mungkin dulu tau tapi dah lupe dapat jugak la recall balik kan..

Info ni aku banyak ambil dari slide..
Sebab penerangan die ringkas dan mudah di fahami..
Tapi kalau nak info lebih bole la baca link yang aku share amik gambar tu..
Ada lebih penerangan..
Tak pun google je..
Ada sangat banyak maklumat..

Sumber maklumat:

Monday, 26 August 2013

Mari Membaca Al-Quran..

Assalammualaikum..

Hari ni nak share sikit ilmu berkaitan aktiviti membaca Al-Quran..
Membaca al-Quran ni sangat la di galakkan..
Malah dalam rukun Iman pun terdapat Beriman kepada Kitab..

Kelebihan kepada membaca Al-Quran dan beramal dengan Al-Quran pun tersangat la banyak..
Bole la cari sendiri..
Sebab dengan pengetahuan aku pun aku tak berapa berilmu dan mahir untuk mengulas mengenai perkara ni..

Mungkin ada yang aku tau..
Tapi untuk aku sampai kan dan ulas lebih panjang takut tersalah pulak nanti..
Kene tanya yang arif..
Ni dari apa yang aku tau..

Kalau salah boleh tegur dan kalau ada nak tambah ke sangat di alu-alu kan..
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah..
- membantu kita untuk lebih fokus - kepada adik-adik yang belajar tu memerlukan fokus yang tinggi kan..rajin-rajin la membaca al-Quran..
- Elok untuk kesihatan mata - mungkin bole rehatkan mata..jauhkan dari rabun..
- Elok untuk kecerdasan otak - membantu daya ingatan kita..elakkan dari cepat lupa..tak silap ada kawan aku masa sekolah dulu bagi tau kalau selalu baca al-Quran juga bole elakkan penyakit Alzhemiar (nyanyuk) waktu dah tua nanti..

Ni aku kongsikan sedikit..
Diulang kalau ada salah harap tegur..

Dan apa yang aku kongsikan ni tersangat la sedikit..
Terlalu banyak faedah/hikmah/kebaikan atau kata yang seerti dengan nya melibatkan al-Quran..
Kerana Al-Quran merupakan mukjizat..

Isi nya pun pernuh dengan ilmu..
Ilmu melibatkan perbagai cabang kehidupan..
Dari sains dan teknologi kepada perubatan, kehidupan dan sebagainya..



Aku belajar membaca al-Quran bermula dari rumah..
Ayah la yang mengajar membaca al-Quran..
Kisahnya mak aku ni belajar pun tak tinggi..

Mak aku belajar setakat tingkatan tiga je..
Dulu tak lulus exam tingkatan tiga tak bole sambung tingkatan empat kan..
Sebabkan tak lulus lepas tu kawen umur 16 tahun..
Dan jadi surirumah sepenuh masa..

Walaupun macam tu..
Tapi pendidikan awal kitaorang bermula dari mak la..
Disebabkan mak aku surirumah sepenuh masa..
Jadi mak la yang akan ajar kitaorang adik beradik kenal huruf abc, kenal nombor dan membaca..
Sebelum masing-masing pegi pra sekolah atau tadika..

Cuma kalau bab mengaji ayah yang akan ajar..
Sebab mak aku tak berapa pandai..


Tak silap aku masa mak aku kecik dulu mak aku ni tak pandai pun baca muqaddam dan Al-Quran..
Sebab tu la ayah yang ajar kitaorang..
Bila dah start sekolah pun kitaorang dah pegi kelas KAFA dan sebagainya..
Alhamdulillah boleh la baca..
Tapi tak de lah bagus mana..
Banyak yang perlu diperbaiki..

Tapi bila kitaorang makin besar..
Bila dah pindah rumah..
Adik-adik aku ada pegi belajar mengaji dekat rumah wan dekat rumah kitaorang..
Mak pun ikut pegi belajar sekali..
Mak pegi belajar mengaji dengan adik-adik aku sekali..
Kadang-kadang mak mintak wan ajarkan dekat rumah..
Alhamdulillah mak dah bole la baca ayat dan mengaji dengan baik sekarang..

Aku pun masa dekat sekolah dulu ada jugak belajar mengaji dari kawan aku yang dari sekolah agama..
Bila aku baca mintak dieorang dengar dan tengokkan betul ke tak..
Dan aku rasa paling baik baca la al-Quran yang siap dengan terjemahan dia..
Sambil baca bole jugak baca terjemahan die..

Dan ni lah sedikit ilmu atau pengetahuan yang aku nak share diawal tadi..
Aku ambil gambar di dekat sini..
Kalau nak info lebih lagi bole la bukak dan baca..
Banyak ilmu yang bermanfaat..

Jom sama-sama amalkan membaca al-Quran sekerap yang bole..

 Harap maaf sangat kalau ada yang terkurang dalam post ni..
Kalau ada yang terkurang dah tersalah tu tegur la..
Kalau ada nak share pun lagi bagus..
Sama-sama kongsi info..


Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku..http://hadisrasullulah.blogspot.com/

Sunday, 25 August 2013

Keli Sambal a.k.a Sembilang Sambal..

Assalammualaikum..

Hari ni macam bangun lambat jugak lagi..huhu..
Nasib baik la semalam dah siapkan keje..
Aku pulak kene buat cover page..
Pagi tadi budak ni sms aku hantar no matric aku tak reply pun..
Bila die kata nak datang baru la aku reply..hehe..

Siap mandi, alas perut semua aku pun turun bawah..
Budak tu nak amik cover page dan ada nak salin benda..
Sekali la terus makan tengah hari dekat bawah..

Lepas dah hantar barang semua naik atas aku turun balik..
Turun nak pegi amik baju dekat dobi..
Pegi amik baju tu sekali pegi kedai kek..
Nasib baik bukak..

Malan nak makan ni aku pun tengah berkira-kira sama ada nak puasa ke tak esok..
Fikir kalau tak puasa esok nak makan apa..
Nak makan dekat mana..
Teringin pulak nak makan nasi campur..

 Bila teringat nak makan nasi campur..
Teringat la nak makan keli sambal..
Atau kalau orang Negeri Sembilan panggil Ikan sembilang sambal..

Sejak aku duduk sini memang susah betul nak jumpa orang masak keli sambal..
Kalau dekat cafe kolej aku tu nak jumpa orang masak ikan pun payah..
Selalu jual lauk berasaskan ayam je..
Biasanya kalau orang jual lauk ni selalu jual ikan keli..
Sebab ikan keli ni murah kan..
 Tapi memang payah giler nak jumpa ikan keli dekat sini..
Kalau ada jual ikan pun jual ikan goreng je..

Kakan yang bukak gerai dekat kolej tu pun agak ok..
Selalu jugak la borak-borak kalau aku nak bayar tu..
Aku pun sampai suruh la die buat keli sambal..
Yang bagus nya dia amik serious pandangan aku dan siap tanya resipi lagi..hehe..
Jadi die pun jual la keli sambal..
Sambutan agak menggalakkan jugak..
Kadang-kadang pegi tu tinggal seekor dua je lagi ikan..

Sem ni pulak dah pindah bangunan..
Jadi jarang la aku pegi makan dekat kafe tu..
Aku selalu pegi ada restoran jual nasi campur kalau tengah hari..
Tapi menu die pun banyak ayam jugak..
Susahnye lah nak jumpa ikan..
 Aku ni dah la orang nogori..
Suka makan benda pedas-pedas sikit.huhu..
Dah dua kali aku pegi beli paru sambal..
Yang ok nya harga makanan die agak murah..
Aku amik nasi, paru sambal dan sayur kene rm3 je..
Mak cik kedai tu pun agak peramah..
Tanya aku orang mana..
Sebab bila nampak sangat orang luarnya kot..haha..
Bila bercakap lagi la kan..
Pernah sekali tu je..
Aku pegi bayar yuran dekat bangunan lama..
Aku singgah la dekat kafe..
Pegi gerai akak tu tengok ada keli sambal..
Haruslah pilih yang tu..
Bila balik makan mmmmmmmmm punya la sedap..
Tapi serius memang sedap..
Pedas sedap..
Lagi pun nak buat keli sambal tu pun tak de la susah sangat kan..

Tu yang teringin nak makan keli sambal tu..
Kene pegi kafe dekat bangunan lama..
Tak pun ada jugak aku suruh mak cik dekat restoran dekat rumah aku ni buat menu keli sambal lagi jugak..haha..

Disebabkan teringin..
Tapi gambar keli sambal tak de pulak..
Letak gambar roti keju dinner malam ni je lah..

 Sangat gebu dan lembut..
Sedap..
Rm3.50 sahaja..

Kalau kedai dekat bandar dulu pun besar dah sedap jugak..
Dekat kedai ni kalau yang besar ni ok la..
Kalau yang cheese stick macam tak berbaloi je nak beli..
Agak mahal aku rasa..
Kadang-kadang agak keras..
Tapi yang besar ni ok..

Selamat menjamu selera..
Aku suka cerita pasal makanan kan..
Sebab aku ni memang suka makan..hehe..
 Hari tu dah teringat nak makan nasi ayam penyet..
Kalau balik nanti kene ajak en.bf pegi nasi ayam penyet pulak la..hehe..
Nasi Ayam Penyet AP dengan air bandung cincau die yang menyiurkan..
Tak pun Nasi Ayam Penyet Wong Solo dengan jus jeruk dan soto goreng tepung..hoho..
Meleleh air liur taip post ni..hahah..



Selamat Hari Lahir Ahmad Wafi..

Assalammualaikum..

Hari ni 25hb August 2013..
Hari ulang tahun adik aku yang nombor enam..
Hari ni genap 19 tahun umur die..

Aku cuma hantar sms je wish birthday..
Dekat rumah ada atok dengan Zack..
Mungkin ada buat makan-makan sikit la agaknya..
15hb hari tu birthday aku yang last tu..
Selang 10 hari beza birthday dieorang..

Insyaallah adik aku ni akan daftar dekat Perlis minggu depan..
Belajar betul-betul lepas ni..
Semoga dapat keputusan yang cemerlang..
Senang nak dapat keje dan tak payah pening kepala nak bayar hutang nanti..
 Semoga dipermudahkan segala urusan..
Sentiasa dilindungi dari perkara tak baik..
Dan lebih murah rezeki..

 

Saturday, 24 August 2013

Dinner on Weekend..

Assalammualaikum..

Semalam di sebabkan aku makan lambat..
Pukul 6 baru turun beli makanan..
Bangun tidur tu aku dah makan nestum, roti jagung dengan muffin chocolate..
Jadi untuk makan malam simple je..
Teringat ada dapat free Nestum 3 in 1 yang baru..
Dapat free sample..
Jadi aku makan tu je malam tu..

Pack free sample..
Aku dapat banyak jugak..
Sebab beli nestum sekali banyak hari tu..

Ada dua perisa baru..
American Ginseng dan Dang Gui..
Nestu collaborate dengan Eu Yan Sang untuk dua perisa baru ni..
Eu Yan Sang ni memang jual ginseng kan..

Aku pilih untuk cuba Dang Gui..

Rasa die biasa je..
Macam rasa nestum yang ada ginseng..
Mungkin ada khasiat ginseng dalam nestum ni..
Tapi aku lagi suka minum yang original je..
Kalau perisa madu dan coklat pun aku tak berapa suka sangat..
Kalau yang berperisa bagai ni aku nak minum sekali sekala bole lah..
Tapi kalau nak minum hari-hari aku lagi prefer yang original je..

Untuk malam ni pulak..
Tadi pun aku makan lambat..
Tapi tak la selambat semalam..

Bangun je tadi ada classmate aku ajak buat assignment dekat bawah..
Dah alang-alang turun..
Perut pun memang dah lapar..
Nak makan nestum pun tak sempat..
Tu pun die dah tunggu aku setengah jam..
Hantar mesej je terus datang..
Aku ni pulak baru nak mandi..
Nak kemas barang lagi..
Memang lambat sikit la turun..

Jadi terus makan dengan die dekat bawah tadi..
Aku makan  tom yam campur, nasi putih dan telur dadar..
Walaupun nasi die tak berapa banyak..
Tapi kenyang sampai la siap buat keje..

Aku naik atas dah enam lebih dekat pukul 7..
Sambung buat keje dekat bilik..
Tak lama tu turun balik cari makanan untuk malam pulak..
Walaupun rasa kenyang lagi tapi nanti malam kalau lapar payah pulak..

Turun nak pegi kedai kek beli makanan tapi tutup pulak..
Tak pe..
Banyak lagi kedai makan dekat sini..
Ni la rezeki untuk malam ni..

 Capati dan kuah kambing..
Mintak kuah kambing je..
Kalau mintak lauk karang..
Harga untuk kambing tu je dah rm5..
Sekali sekala bole la..
Walaupun sedap..huhu..
Lagi pun tadi dah makan berat..

Ada milo panas jugak..

Bole berjimat dan menjaga badan..
Walaupun badan tak de la kurus mana..haha..
Tapi masa raya hari tu baju kurung saiz S dan XS..
Kira kurus jugak la tu kan..haha..

Aku ada rasa nak tulis pasal pinjaman pendidikan untuk sesiapa yang bakal melanjutkan pelajaran dalam masa terdekat ni dan PTPTN..
Insyallah kalau rajin..
Nak tulis benda macam ni kene amik masa sikit..
Kalau tulis masa benda hari-hari ni senang je..

 
 

Friday, 23 August 2013

Hari Yang Sangat Hambar..

Assalammualaikum..

Hari ni sangat hambar pada aku..
Sebab apa hambar?..
Sebab dari malam tadi internet problem..
Jadi kebosanan melanda aku dengan sangat teruknye..haha..

Dari malam semalam sampai la malam ni tak bole access internet..
Tak tau la apa masalahnye..

Aku ni pulak dah la duduk sorang..
Jadi bila tak de internet memang mati kutu giler la aku..
Nak buat apa lagi dekat bilik kan kalau dah sorang-sorang..
Ada jugak terfikir nak ajak budak-budak ni keluar pegi jalan-jalan ke..
Tapi malas pulak aku..
Bila fikir nak ajak keluar je banyak benda yang aku fikir..
Satu pasal duit..
Kalau dah keluar mesti la banyak guna duit..
Paling tidak pun mesti akan spend dekat makan..
Boleh je nak pegi..
Tapi bila fikir balik..
Tak pelah..

Sejak sambung belajar ni memang banyak yang aku belajar macam mana nak urus duit..
Kalau bukan aku yang urus duit pun biasanya en.bf la yang banyak ajar aku..
Sekarang ni kitaorang memang banyak nak guna duit..
Tapi Alhamdulillah keadaan masih terkawal lagi..
Kalau dulu memang berbelanja je la keje aku kalau ada duit..

Lagi pun kalau keluar kadang-kadang tu banyak sangat aktiviti kitaorang ni..
Selalu jenis bila dah keluar tak reti nak balik selagi tak berembun tu..haha..
Tapi yang paling aku fikir untuk malas keluar ialah pasal duit..

Semalam tengah best online..
Tengah tengok Cupcake Wars dekat youtube tetibe limited access..
Limited access tu maksud nya tak de access la..
Ingat kan kejap je..
Tapi sampai pagi tak de internet..

Disebabkan tak internet masalah..
Tak dapat la nak skype dengan en.bf semalam..
Die pun sibuk betul sekarang..
Setiap hari pegi fabricator..
Balik memang malam je la..
Lagi pun dah dua minggu berturut die keje Sabtu Ahad..
Client die datang..
Dan Isnin ni akan buat FAT untuk skid die..
1 projek ni ada 3 skid yang sekali jalan..
Insyaallah dah nak siap dah projek ni..
Kalau FAT ok dan punchlist dah clear bole la hantar barang ni..
Dan prepare untuk commissioning dekat sana nanti..

Bila die keje teruk-teruk kesian juga la..
Tu yang lagi aku malas nak pakai duit banyak-banyak tu..hehe..
Harap die pegi la commissioning nanti..
Dan kalau dapat award untuk projek ni lagi baik..
Tak silap award projek berbentuk duit..
Semoga murah rezeki en.bf..hehe..

Dah siap projek ni nanti ada satu projek memang menunggu..
Tak start fabricate pun lagi..
Dan masa balik raya hari tu pun die kata mungkin die kene handle satu projek local..

Cerita pasal projek local ni..
En.bf cerita yang bos die tanya kalau die ada kasut formal ke tak..
Sebab kalau projek local kene pegi meeting better pakai kasut formal sikit..
Maksudnya kasut leather..
Sekarang ni en.bf pagi keje pakai kasut converse yang aku belikan dulu je..
Dah 2 3 tahun tak silap kasut tu..
Warna tak payah cakap la lusuh die..
Tapi nasib baik la tapak dan kain die elok lagi..

Nak beli kasut ni dulu pun ada drama die jugak..hehe..
Masa tu kitaorang dah sama-sama keje dekat KL..
Tapi masa tu en.bf keje company biasa je..
Gaji pun seribu lebih je..
Dah tu selalu potong gaji pulak..
Pegi sembahyang pun gaji kene potong..huhu..

Aku pulak masa tu ada rezeki lebih sikit..
Masa pegi kedai saje suruh die cube-cube kasut..
Bila tengok muat dan ok je die pakai..
Aku terus kata nak kasut tu dan bayar..
Punya la die mara tak nak aku belikan..
Aku buat tak tau je..hahaha..

Sama la dengan cerita die nak beli seliper..
Bayangkan nak beli seliper pun en.bf fikir banyak kali..
Ada sekali aku pegi Port Dickson hantar adik aku balik dekat Poli PD tak silap..
Adik aku yang Luqman tu singgah dekat Al-Ikhsan..
Aku tengok ada jual seliper..
Harga pun macam ok..
Aku try nampak macam ok je..
Kaki en.bf dengan aku tak beza sangat pun..
Aku pun terus beli untuk die..
Sampai sekarang die guna..
Tapi masa ayah en.bf accident hari tu..
Kaki die bengkak..
Ayak en.bf nak pakai seliper tu pulak..
Lembut sedap pakai die cakap..
Tak pelah..
Tu yang beli seliper IPANEMA baru tu..
Tapi Alhamdulillah la rezeki en.bf makin ok sekarang..
Nak beli kasut pun die fikir banyak kali..
Raya hari tu ada jugak ajak die pegi beli kasut tapi die kata nanti la dulu..
Projek tu pun belum nak start lagi..
Ada masa lagi..

Tu pasal la bila department aku sibuk suruh pakai baju kemeja putih, kasut kulit, seluar hitam pegi kelas hari Isnin..
Memang aku bengang je..
Aku pakai baju kurung pun dieorang bole mara lagi..
Kadang-kadang dieorang tak memahami dah buat rules entah pape..
Tak de keperluan pulak tu..
Suka-suka hati je..

Jauh dah melalut cerita pasal en.bf..haha..
Sambung cerita pasal tak de internet tadi..
Hikmah tak de internet tu pun ada..

Bila semalam tak de internet..
Aku pun print nota..
Kemas kini nota-nota aku..
Kalau sebelum ni setiap kali sem baru..
Nota yang lama aku simpan dalam kotak..
Semalam aku kuarkan balik..
Aku susun nota tu balik sekali dengan subjek yang berkaitan sekarang..
Maklumlah kita ni senang lupa kan..
Jadi bila letak sekali senang la nak review kalau terlupe tu..
Kalau nak study pun senang..
Bila lupe bole rujuk dekat nota lama..

Contohnya macam subjek Manufacturing Process & Material (MPM), Welding Technology(WTE) dan Welding Inspection(WIN) adalah subjek yang berkaitan..
 Sebelum ni aku dah masukkan dalam kotak nota MPM dan WTE..
Tapi semalam aku keluarkan balik..
Dan susun ketiga-tiga subjek tu sekali..
Jadi nak baca dan ulang kaji lepas ni senang la..

Ada beberapa subjek lagi yang aku kemas kini jugak..
Lepas dah settle semua aku buat assignment Offshore Fabrication & Repairation(OFR) pulak..
Buat mana yang aku tau dulu..
Ada macam tak pasti nanti tanya dulu baru buat..hehe..

Lepas tu sebab tak de keje..
Mata pulak tak ngantuk lagi..
Aku pegi la scan nota dan print..
Ada nota yang dieorang fotostat tapi tak cukup..
Aku pinjam la nota budak ni dulu nak fotostat..
Tapi sebabkan printer aku ad scanner dan tak de keje..
Aku pun scan dan print la..hehe..

Lagi tak de keje..
Tetibe teringat ada gambar..
Gambar en.bf bagi masa kitaorang baru couple dulu..
Masa tu kitaorang dekat matrik lagi tak silap..
Gambar masa en.bf sekolah..
Aku pun cari la gambar tu..
Gambar tu tepi-tepi die macam dah rosak sikit..
Ye lah dah lama kan..
Tak simpan dalam album pulak tu..
Sebelum rosak teruk dan ada scanner dan tak de keje..hihi..
Aku pun scan la gambar tu..hehe..

Selain gambar tu..
Ada jugak gambar ayah beberapa keping..
Gambar ayah masa keje masa pegi kursus tak silap..
Gambar ni aku jumpa dalam bag laptop..
Tak silap masa aku dekat matrik dulu..
Gambar ni memang aku bawak pegi mana-mana..
Sepanjang aku belajar dan masa aku dah keje pun..
Aku scan dan masukkan dalam folder gambar family aku..
Lagi pun dalam folder family aku tu memang tak de gambar ayah pun..
Lepas tu la baru aku tidur..

Siang tadi pun bangun lambat..
Kalau bangun pun tidur balik..
Sebab kalau bangun pun tak de nak buat apa..
Bila dah puas tidur sampai tak bole tidur lagi baru bangun..haha..
Bangun lepas tu pegi basuh telekung..
Pegi hantar baju dekat dobi..
Pegi beli makanan dekat bawah..
Sempat suruh budak dekat bawah ni reset modem..hehe..
Lepas makan basuh sarung bantal dan sarung bantal peluk..
Sempat borak dengan mak..
Mak bagi tau atok ada dekat rumah..
Mak cerita pasal nak hantar Wafi masuk U minggu depan..
Atok nak ikut hantar Wafi masuk U..
Tapi dah die datang rumah aku awal..
Kalau nak tunggu Wafi daftar lambat lagi..
Atok kalau pasal belajar ni memang supportive sangat..
Tu yang sanggup datang melawat aku dekat sini balik hari je..

Hikmah tak de internet..
Banyak keje lain yang aku dapat buat kan..
Kalau tak leka je online..hehe..

Malam ni dah ada internet tapi en.bf pulak ada masalah dengan internet..
Tak dapat jugak lagi nak skype..
Lain kali la bila ada rezeki..:)

Selamat berhujung minggu..
Kepada yang bekerja jugak hujung minggu ni selamat bekerja..
No Pain No Gain..hehe..

Wednesday, 21 August 2013

Puasa Adilfitri 2013..

Assalammualaikum..

Hari ni hari 1st aku puasa selepas bulan Ramadhan..
Lagi masa raya hari tu makan punya lah banyak..
Ni la masa untuk merehatkan perut..
Dan salah satu cara nak kurangkan berat badan balik..

Masa sekolah dulu ustazah pernah bagi tau..
Masa tu aku form 5 tak silap..
Die bagi tau kalau nak maintain kan badan sekarang (maksudnya macam umur 17 tahun waktu tu) puasa la 3 hari dalam sebulan..
Dan kalau search maklumat pun banyak yang inform pasal benda ni..
Salah satu nya aku ambil dari sini..

Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

Daripada Qatadah bin Miljan r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kami puasa pada hari-hari cerah (bulan purnama) iaitu 13, 14 dan 15 haribulan.
 
Walaupun masih dalam bulan Syawal..
Dan masih bole puasa enam..
Tapi aku pilih untuk buat puasa ganti dulu..
Pendapat mengenai puasa enam dan ganti ni bercampur-campur..
Tapi tak pelah..
Kalau aku memang aku buat yang wajib dulu..
Insyaallah ada rezeki bole la buat yang sunat..
 
Puasa yang aku kene ganti pun tak delah banyak sangat..
Lepas puasa ganti nanti bole la puasa sunat hari Isnin dan Khamis pulak..
 Aku memang suke puasa..
Sebab sekarang ni pun dah jarang bersenam..
Kalau dulu selalu jugak skipping ke kan..
Tu pasal la aku memang suka pegi kelas jalan kaki..
 
Hari ni pun cuaca ok je..
Duduk dalam bilik pun tak rasa panas sangat walaupun cuaca dekat luar panas terik..
Semalam bukan main panas lagi rasa..
 
Dan untuk buka pulak macam biasa..
Aku akan turun beli makanan lepas buka dekat bilik dulu..
Buka dengan nestum dulu..
Lepas tu baru turun beli makanan dekat bawah..
 Dapat makanan panas-panas..
 
Jadi ni la menu berbuka aku untuk hari ni..
 
  Nasi putih..
Bukan main banyak lagi dieorang letak..
Penuh satu polisterin..
 
 Telur dadar..
 
Aku bahagi nasi dan telur dadar tu dua bahagian sebab banyak sangat..
Makan separuh-separuh..
Kalau rasa tak larat nak makan boleh simpan dulu makan balik malam sikit nanti..

Ni la menu special untuk hari ni..
Puyuh masak halia..
Nampak sedap kan..
Memang sedap pun..
 
Bulan puasa hari tu dua kali order nak makan puyuh masak halia..
Tapi gagal sebab puyuh manjang habis..
Ni la baru rezeki aku nak makan puyuh masak halia..
 
Padahal mula-mula nak order sayur campur dengan telur dadar je..
Tapi bila nampak puyuh dekat menu..
Bila tanya ada pulak..
Memang terus order puyuh la..hehe..

Cuma sebab puyuh ni lagi kecik dari ayam..
Jadi leceh la sikit nak makan die..
Daging pun pun sikit je..
Rasa pun tak de la beza sangat dengan ayam..
Tapi sebab kecik tu rasa sedap jugak..
Kalau ayam macam tebal sikit daging die..
Cepat muak sikit makan die..

Ni pendapat aku la..
Tapi kalau tak cakap dan bukan sebab saiz aku pun tak dapat bezakan sangat kalau puyuh, ayam atau itik ke..
Lagi pun dari kumpulan yang sama je kan..hehe..
Kalau korang nak tau dulu masa dekat rumah lama..
Masa aku kecik-kecik dulu pernah family aku bele puyuh..
Ada bela merpati..
Dulu selalu la kutip telur puyuh yang comel bercorak-corak tu..
Tapi sekarang dah jarang la makan ke..

Bela kambing pun pernah dulu..
Ayah siap beli kan kambing seekor ke sepasang entah untuk kitaorang..
Dah lama dah..
Tak berapa ingat dah..
Tapi ingat jugak la dulu ada kambing sendiri..
Lepas tu petang-petang pegi bagi kambing makan biskut la..hehe..


Total aku makan pun tak de lah mahal sangat..
Macam biasa la sebab makan ada diskaun kan..:)
Abaikan puyuh goreng kunyit tu..
Sebab harga sama kadang-kadang memang dieorang main letak je..

Sementara tunggu makanan aku siap tadi..
Sempat la pegi kedai beli benda ni..

Saja beli maggi sebab dah lama teringin nak makan..
Dari bulan puasa hari tu lagi..
Nanti la makan..

Aku memang jarang simpan stok maggi sebab nak elakkan makan maggi..
Ni pun beli sebab teringin..
Kalau bulan puasa dulu kedai tu bukak siang je sampai pukul 6..
Kalau aku beli macam nampak sangat je tak puasa..haha..
Walaupun kedai tu yang jaga kaunter die perempuan..

Keropok durian tu pulak saje beli..
Bosan-bosan sambil buat keje bole makan..
RM 1 je sebungkus tu..

Bila dah puasa ni aku memang excited lagi nak puasa esok nya tu..
Biasa macam tu la..
Payah nak mula tapi bila dah start rasa rajin je nak puasa..
Lagi pun aku bukan nya ada nak pegi mana-mana pun..
Kalau ada nak kuar ke memang tak bole nak puasa jugak..
Macam tadi..
Budak-budak ni ajak pegI jamuan raya..
Disebabkan aku puasa dan memang tak rajin pun nak pegi..

Kalau rajin esok nak puasa lagi..
Lagi pun esok hari Khamis kan..:)

 

Tuesday, 20 August 2013

Wordless Wednesday - Wind Rose Diagram..

Assalammualaikum..

Ini adalah Wind Rose Diagram..
Apa itu Wind Rose?..
Apakah kegunaan die?..

Masalah tidur..

Assalammualaikum..

Semalam aku ada citer sikit pasal masalah tidur aku ni kan..
Alhamdulillah semalam ada kemajuan sikit..
Walaupun tak de lah kemajuan mana pun..
Tapi ok la..hihi..

Semalam masa draw duit dekat sempat la aku beli dua buku roti coklat..
Malam tu aku dinner dua buku roti coklat dan secawan air susu je..
Sekarang ni memang nak kurang kan sikit makan..
Nak bagi perut ni berehat sikit lepas makan dengan banyak nya masa balik rumah hari tu..
Dah berapa hari jugak plan nak puasa tapi masih tak berjaya lagi..

Lagi pun aku rasa berat badan aku confirm naik nya lepas raya hari tu..
Lagi-lagi bahagian perut ni..
Jadi ni lah masanya untuk kurang kan berat balik..
Nasib baik jugak aku banyak berjalan awal-awal ni..
Ulang alik dari kelas..
Dua hari ni pegi HQ bayar yuran..
Jadi jauh sikit la aku berjalan..

Semalam dengan mencabar nya balik dalam hujan lebat..
Walaupun pakai payung tapi memang basah lencun aku..
Dah la pakai baju kurung..
Malas pulak aku nak tunggu hujan reda..
Sebab nak balik bilik je pun..
Basah pun tak pelah..

Lepas makan semalan dalam pukul 8 lebih pukul 9 mata punya lah mengantuk..
Tapi aku tahan je..
Kalau aku layan tidur memang lepas tu malam memang tak tidur lah jawabnye aku..
Semalam beria la layan menonton Cupcake Wars dekat Youtube..
Punya la syok tengok lepas satu-satu episod pukul 2 lebih jugak aku tidur..
Kira awal la tu berbanding sebelum-sebelum ni..huhu..
Sekarang ni memang berazam nak tidur awal dan bangun awal..

Bangun awal untuk pegi kelas tu aku rasa memang tak de masalah..
Macam mana lambat pun aku tidur aku tetap akan bangun untuk pegi kelas..
Memang sengal la kalau tidur lambat sampai tak pegi kelas kan..
 Tu memang melampau..
Harap hari ni akan ada lebih improvement..

Sepatutnya hari ni pun aku ada tiga kelas..
Sampai pukul 5 sepatutnya..
Tapi kelas petang ni masalahnya tak selesai lagi..
Fed up betul aku..
Tu yang macam memang mintak kene maki je..

Disebabkan tak de kelas petang..
Balik je tadi aku hantar bag naik atas dan turun balik pegi bank..
Semalam kan masa draw duit aku perasan notis suruh tukar kad ATM kalau expired tahun 2014..
 Sementara ada masa aku malas nak tangguh-tangguh..
Pegi je la buat..
Orang pun tak ramai sangat..
Buat nye pun tak delah lama..
Kad baru ni pulak expired tahun 2020 tak silap aku..
Tapi masih kad gambar ceri tu..
Ingat kan dapat kad gambar baru yang lagi menarik ke kan..hehe..

Masa tukar no pin dekat ATM..
Aku tukar jugak la jumlah had pengeluaran..
Senang sikit nak bayar yuran..
 Masa tengah process kad ATM aku yang baru tu aku ada tanya pegawai tu macam mana nak tukar dan die bagi tau la macam mana stepstep die..
Yang lagi bagusnya masa dekat mesin ATM tu ada die tampal cara-cara nak tukar had pengeluaran tu..
Jadi kalau lupe step pun bole lah refer dekat situ..

Kepada sesiapa yang baca ni bole la check bila kad ATM korang expired..
Kalau expired tahun depan jugak macam aku bole la pegi tukar kepada kad yang baru bila free..:))

Minggu Test..

Assalammualaikum..

Minggu ni agak sibuk..
Tapi aku tak de lah sibuk mana pun..
Keadaan masih terkawal lagi..hihi..

Minggu ni sangat memang minggu test..
Naik je dari cuti raya ni ada tiga test..
Nasib baik la satu subject dah buat test sebelum cuti..
Semalam ada satu test dan quiz..
Tapi aku ni bole pulak tak tau pape dan tak prepare pape pun..
Walaupun macam dah agak akan ada test..
 Hasil nya kita tengok je la nanti..
Esok pulak akan ada satu test lagi..
Tapi aku tak de nota slide..
Dari sebelum cuti fotostat tapi aku tak dapat-dapat lagi nota tu..
Tak pelah..
Study je la dekat nota yang aku ada dan cari la bahan dekat internet..
Lecturer ni pun lecturer baru..
Tak pernah lagi jawab soalan die..
Jadi aku pun tak bole nak agak soalan die macam mana..
Tadi pun ada satu quiz lagi..
Tapi buat dekat rumah dan hantar minggu depan..
Dan kelas pagi tadi lecturer aku pulangkan assignment dan test sebelum cuti..
Ingat lagi tak yang aku pernah citer pasal masalah unit conversion aku dulu tu..
Kalau tak ingat bole baca balik dekat sini..
Hari dapat balik test tu..
Dan yang menariknya apa aku buat betul..hoho..
Tapi soalan definition memang dapat jawab satu je dari empat..
Soalan calculation betul semua..
Tu yang kene shoot berkali-kali sebelum cuti..
Fokus dekat calculation je..
Definition tak bole jawab la..haha..
Dapat la 15.5/17..
 Syukur sangat..
Next class pulak ada quiz..
So be prepare..

Aku pun memang agak berminat dengan subjek ni..
Sekarang pun aku agak berminat dengan floating structure..
Kalau la dapat peluang praktikal atau keje berkenaan bidang ni memang aku happy sangat..
Tak pe lah..
Tuhan tu tau apa yang terbaik untuk aku..
Insyaallah aku akan dapat apa yang baik untuk aku..
Kuat mana pun usaha kalau Dia tak izinkan tak dapat jugakkan..
Kalau memang rezeki aku Insyaallah akan dapat..
Aku rasa memang payah sikit kalau benda menghafal..
Memang kene baca dan study baru bole jawab..
Tapi kalau soalan calculation perlukan kefahaman dan skill untuk buat je..
Tu yang lama sikit lekat dalam kepala..
Benda-benda dah lama pun ingat lagi..
Tak pun bila start buat macam trigger balik memory aku pasal benda tu dan bole buat..
Kelebihan dan kekurangan masing-masing kan..
Nak buat macam mana..
Cuma sekarang ni ada masalah dengan assignment grouping je..
Bila entah nak start buat nya..
Nak tunggu semua ada..
Ada tu siap dah lupe ada assignment group..
Tak pe lah buat je lah sendiri..
 Tu lagi baik dari tunggu orang buat..
Dapat jugak belajar..

All the best untuk semua quiz dan test..
Semoga dapat result cemerlang..
AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...