Wednesday, 31 July 2013

Wordless Wednesday..

Assalammualaikum..


Nak tengok cerita ni masih tak berjaya lagi..
Hari tu dah berapa kali download..
Masa baru-baru keluar tapi quality video tersangat la teruk..

Jumpa CD cerita ni dekat rumah..
Tapi tak bole play jugak..huhu..
CD problem kot sebab tengok cerita lain bole je..

Berminat nak tengok sebab dah tengok Hangover 1 & 2..
Next time la nampaknya..
Sekarang tengah marathon series Kisah Cinta lakonan Fazura & Shaheizy Sam..
Yang penting marathon lepas siap semua keje ye..

Tuesday, 30 July 2013

Orang Berbudi Kita Berbahasa.

Assalammualaikum..

Hari ni aku buka puasa dekat luar..
Buka puasa dengan budak-budak kelas aku..
Bukan pegi dengan semua pun..
Patutnya aku ajak empat orang je..
Tapi tak jadi..
Ada sorang lagi join secara tak sengaja..

Memang dah lama bercadang nak belanja dieorang makan..
Macam ada sorang ni..
Dari masa buat lines plan sem lepas lagi..
Tapi die tolak..
Aku pulak sebab dah berniat rasa tak sedap hati pulak selagi tak tunaikan..

Sorang lagi ni pun sama jugak..
Hari tu die ada hantar kan aku ke Balok..
Lepas tu cakap nak belanja die buka puasa..
Hari tu ada kawan aku bukan sekali ajak die..
Tapi die segan pulak nak datang..

Dengan dua-dua ni aku selalu jugak la mintak tolong..
Terutamanya kalau nak kemana-mana..
Sebab aku tak bawak kenderaan dekat sini..
Nak bawak moto pun sampai sekarang tak jadi..
Tak pelah biar en.bf je la pakai motor aku tu kadang-kadang pegi keje..
Die pun jaga lagi elok dari aku jaga..

Pertolongan dieorang tersangat la aku hargai..
Sepanjang aku duduk sini..
Jarang sangat la mengecewakan aku..
Kalau en.bf datang sini pun duduk dekat rumah dieorang..

 Ada sorang ni pun sangat nice..
Die tak de kenderaan pun..
Tapi kalau dalam kelas selalu duduk sebelah aku..
Usaha die nak belajar pun aku suka..
Kadang-kadang aku tegur suruh belajar lebih dan sedar kepentingan apa yang die belajar tu pun die mendengar kata..
Tapi aku je macam lambat sedar sikit..
Kalau keje berkumpulan die selalu nak satu group dengan aku..
Aku je tak pernah satu group dengan die..
Padahal die sangat la memberi komitmen dan rajin..
Kalau nak mintak tolong pun senang jugak..

Jadi aku aku ajak sekali untuk buka puasa..
Lagi pun mungkin ni Ramadhan last aku dekat sini..

Aku bagi tau plan dekat Adzim semalam..
Die ni senang sikit nak kawtim..
Tolong mintak die arrange dengan budak-budak ni..
Dan kalau bole tanpa pengatahuan yang lain..
Sebab satu rumah dengan dieorang ni budak kelas aku je..
Karang kalau yang lain tahu dieorang yang aku ajak ni pegi tapi aku tak ajak yang lain takut ada yang kecik hati pulak..
Dah la duduk serumah 13 orang..

So hari ni la baru jadi nya..
Mula-mula ingat nak pegi petang tadi..
Tapi banyak tempat dah full untuk buka puasa..
Sudahnya aku decide pegi lepas buka..
Dah siap solat semua senang..

Macam mana hal dekat rumah pandai-pandai la ye..hehe..
 Jadi ni la rezeki kami untuk hari ni..

 
 Jadi dapat la makan-makan sambil sembang-sembang..
Dieorang pun dah balik kampung Khamis ni..
Awal masing-masing balik kan..
Aku ni je balik lambat..
 
Aku ni pun sebenarnya tolong panjangkan perkongsian rezeki en.bf..
Aku selalu berdoa agar kami dimurahkan rezeki agar dapat berkongsi dengan orang lain..
Tapi budjet agak limit..
Tak mampu nak tampung kos untuk semua..
Kalau dah belanja satu rumah dieorang..
Budak kelas aku yang duduk rumah lain pun kene belanja jugak..
Jadi buat yang termampu je la dulu..
Insyaallah kalau ada rezeki lebih kemudian hari bole belanja yang lain pulak..
Semoga rezeki en.bf bertambah murah..
Lagi beramal di Bulan Ramadhan ni..
AMIN..

Monday, 29 July 2013

Sila Hubungi Saya..

Assalammualaikum..

Nampaknya ramai yang sangat berminat dengan post entri mengenai kewangan bagi tujuan melanjutkan pengajian..
Diharap sangat entri aku tu dapat membantu kepada sesiapa yang menghadapi masalah kewangan dalam melanjutkan pengajian..
Aku sendiri pernah berdepan dengan masalah tu..
Jadi aku sangat memahami macam mana perasaan die..huhu..

Kalau tak banyak pun sedikit entri aku tu dapat membantu anda semua..
Tak kira la sama anda pembaca sendiri yang ingin melanjutkan pengajian atau ahli keluarga dan kenalan korang semua..
Memang itu pun tujuan aku berkongsi dengan korang semua..

Jadi kepada sesiapa yang nak kan info lebih mengenai perkara tersebut..
Kalau ada yang kurang jelas dengan apa yang aku tulis ke..
Atau ada sebarang pertanyaan..
Ada tambahan maklumat terkini ke berhubung perkara tersebut yang nak di kongsikan bersama yang lain..
 Boleh la hubungi aku di..

kasehkamila@gmail.com..

Mana tau ada yang malas nak komen ke..
Tapi bole email kan dekat aku terus..

Kalau ada yang nak contoh surat macam mana nak mohon sumbangan yang aku pernah gunakan dulu masa mohon sumbangan ke..
Atau ada masalah lain..

Aku akan cuba semampu yang boleh..
 Bukan semua orang bernasib baik kan..

Kalau ada yang nak berkongsi maklumat mengenai engineering pun boleh..
Tak de masalah..
Mana tau ada assignment ke tapi nak cari info..
Tak pun cari info tapi tak jumpa ke..

Aku pun tak de lah pandai sangat..
Tapi kita sama-sama usaha..

Memang tujuan aku buat blog ni..
Disamping sebagai catatan sebahagian kehidupan aku..
Tapi jugak untuk aku kongsikan maklumat yang mungkin berguna dengan orang yang membaca..

Semoga usaha ni terus berkembang..AMIN..:))

Makan Besar Sikit..

Assalammualaikum..

Hari ni aku buka membeli banyak sikit..
Selain membeli banyak sikit..
Portion untuk makanan tu pun agak banyak..

Petang tadi hujan lebat dekat sini..
Aku pun malas nak turun..
Jadi macam biasa..
Aku buka puasa dulu dekat bilik..
Buka dengan air rebina dan dua biji kurma terakhir..
Lepas ni tak de kurma lagi da..huhu..
Nak keluar beli malas la pulak..

Lepas mandi baru aku turun bawah..
Masa buka sms dengan en.bf kata teringin nak makan puyuh..
Hari tu pegi puyuh dah habis..huhu..
Saje cuba makan benda lain..
Asyik makan benda yang sama je bosan jugak..
Lepas tu sampai dah tak tau makan apa pun kadang-kadang ye jugak..
En.bf dekat office lagi..
Buka minum air je dulu dekat ofis..

Turun bawah aku pun tanya puyuh ada ke tak hari ni..
Budak tu kata ada..
Aku pun order la puyuh masak halia, nasi putih dan telur dadar..

Sementara tunggu makanan aku siap aku pegi ada kedai kek kejap..
Hari tu masa hantar baju aku nampak kedai tu tutup je..
Mula-mula ingatkan tak buka masa raya..
Saja pegi sebab kalau nak raya ni mesti ada jual kueh raya kan..

Memang ada jual kueh raya..
Tapi satu bekas tu rm 2+..
Siap ternampak ada tart nenas lagi..
Oh kueh favourite ku..huhu..
Tengok ada jual kek lapis la..
Favourite jugak tu..
Harga dalam rm 2+ ke rm 3+..

Harga bole tahan..
Tunggu balik rumah je la makan..huhu..
Telan air liur je la..
Kalau nak beli kek lapis tu pun kene ada peti sejuk..
Tak mampu pulak nak makan sekaligus sampai habis..

Sudahnya aku beli ni je..


Yang besar tu Coffea Bun tak silap nama die..
Ala-ala macam pappa roti tu kot..
 Tak makan pun lagi..
Lepas tu beli Blueberry Muffin..
Aku suka jugak la beli Blueberry Muffin dekat sini..
Total harga rm 3..
Coffea Bun tu rm2 dan Blueberry Muffin rm1..

Lepas tu bila nak amik makanan..
Boleh pulak puyuh dah habis..
Huaaaaaaaa..
Sekali lagi puyuh dah habis..huhu..
Aku pun order tom yam campur je la..

Mula-mula sebelum turun aku plan nak order Tom Yam sayur, nasi dan telur dadar..
Lepas tu nak beli ayam goreng dekat mamak..
Tapi bila budak tu kata puyuh ada masa mula-mula terus tak jadi..
Terus lupa paln yang pertama..
Bila puyuh tak de dah tersebut Tom Yam Campur..
Jadi makan ni lah menu aku untuk hari ni..



Nasi putih, telur dadar, ayam goreng..
Nasi tu separuh je aku makan dulu..
Penuh satu polisterin dieorang letak..


Tom Yam campur..
Isi dia banyak..
Sedap Tom Yam die..
Masa 1st time makan tak berapa sedap..
Walaupun housemate aku kata sedap..
 Beli kali kedua bukan main sedap..
So bole la repeat lagi..
 Rupenya ada dua tukang masak housemate aku kata..
 Jadi beli tadi aku mintak nak budak yang sedap tu buat kan..
Orang Thai..


Tetiba gatal nak order sirap jugak..
Kadang-kadang beli makanan je..
Minum air kosong je dekat bilik..
Nak kurangkan minum manis dan galakkan minum air kosong tak payah order air..


Ni jumlah aku beli makanan dekat bawah..
Rm 6.30 sahaja..

Sejak makan dekat bawah ni murah..
Memang aku sangat berkira-kira nak pegi makan dekat tempat lain..

Ayam goreng dekat mamak pulak rm3..
Masa pegi tu memang tinggal seketul tu je..
Dah la ramai tengah pilih lauk..
Cepat-cepat aku amik..
Memang dah rezeki aku kot..

Jadi total aku belanja hari ni untuk makan ialah rm 3 + rm 6.30 + rm 3 = rm 12.30
Jumlah ni agak besar sebenarnya dekat aku..
Selalu makan bayar banyak ni je..



Sangat jarang la sekarang belanja banyak untuk makan..
Lepas tu aku pun sangat jarang keluar sekarang..
Ada keluar pun dekat-dekat rumah ni je..
Pegi dobi, pegi mamak, pegi kedai kek, pegi bank..
Tak pun pegi borong sakan atau kedai dekat bawah ni je..
Beli air freshener pun rm2 je..
Beli bulu ayam pun rm3 je..

Harap lepas ni aku bole maintain berbelanja makan macam ni..
Dapat jugak jaga badan..hehe..
Dah semoga aku lebih bijak berbelanja lepas ni..
Pape pun aku sangat bersyukur dengan rezeki yang Tuhan peruntukkan untuk aku..
Semoga rezeki kita lebih murah dan diberkati..:))

Highland Tower..

Assalammualaikum..

Hari ni ada satu kelas je..
Tu pun kelas sejam je..
Kelas Oceanography..
1st time dalam kelas belajar tapi tak berapa faham..huhu..

Belajar mengenai tide..
Pasang surut air laut..
Kene study sendiri la nampaknya..
Up to this point..
Aku lagi suka dengan lecturer lama yang subject ni..
Sekarang ni lecturer baru yang ajar..
Baru ada dua kelas dengan die..
Harap die boleh improve cara die mengajar lepas ni..:)

Balik dari kelas tak de buat apa-apa..
Jadi macam biasa aku menonton..
Bukak you tube..
Biasa kan ada suggestion video untuk kita tengok dekat main page die..
Ternampak video KES-Perogol bersiri..
Tengok la sampai habis video tu..
Menarik jugak..
Dan aku ada tengok mengenai Mona Fendy..
Banyak mengenai jenayah dulu-dulu la..
Masa kecik-kecik dulu cerita ni sangat famous..
Saje nak tau info mengenai kes-kes ni..
Dulu masa kecik-kecik bukan amik tau sangat pun kan..

Biasa kalau tengok video ada suggestion video dekat tepi kan..
Ni jugak kisah lama yang menarik perhatian aku..
Terjadi masa aku kecik dulu jugak..
Masa tu pun tak tau apa-apa sangat kan..
Kisah mengenai Highland Tower..
Kalau masa aku duduk dekat AU3 dulu..
Dari tingkap bilik aku straight dengan Highland Tower ni..
Nampak je la dari jauh..
Mula-mula tak tau pun tu Highland Tower..

Sesiapa yang berminat nak tengok video ni dan nak mengetahui kisah ni bole lah tengok..
Kalau dulu masa kes ni terjadi berita memang mengenai usaha mencari dan menyelamat mangsa je..
Enjoy the show..:)
Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban..






Terima kasih pada yang upload dan share video ni..
Sangat berinformasi kepada rakyat Malaysia..:)

Sunday, 28 July 2013

Perut Semakin Mengecil..

Assalammualaikum..

Tengah tido balik kelas tengah hari tadi..
Masa tu dah bangun dah sebenarnya..
Tapi sebab tak de apa nak buat..
Baring-baring la sambil online..

Tetiba dapat call..
Idris batch mate aku budak marine call..
Die tanya nak kirim apa-apa ke tidak..
Die dekat bazar..

Kadang-kadang tu memang terasa nak makan pape dekat bazar..
Tu hari tu masa dekat skype ada borak-borak dengan die..
Die kata kalau die pegi bazar nanti die call..
Ingat kan die main-main..

Walaupun selalu terasa nak makan macam-macam..
Masa die call tadi teringat nak makan murtabak..
Lepas tu ingat kan nak pesan kueh buah melaka atau dekat rumah panggil kueh kelepong je..
Tapi die tak kenal la pulak..
 Jadi pesan murtabak je la..

Memang lepas tu aku terus bangun..
Elok pun bangun..
Tak lama lepas tu die dah sampai dekat bawah..hoho..

Jadi nak buka tadi aku ada murtabak..
Tapi tak makan pun murtabak tu..
Plan nak makan lambat sikit..

Buka tadi aku makan dua biji kurma dengan secawan air mangga je..
Sekali tengok dekat murtabak yang die beli ada kueh puding apa entah nama die..
Warna coklat atas die ada santan tu..
Aku makan tu je la sikit..
Lepas buka aku mandi..
Lepas tu turun bawah beli mee goreng..
Malas nak makan nasi sebab dah ada murtabak..
Makan makanan ringan-ringan je la..

 Tapi sampai sekarang aku rasa kenyang sangat lagi..
Nak makan murtabak tu pun tak berapa nak larat..
Elok la pesa tu je tadi..
Ada kah betul perut aku dah makin mengecil?..

Ada satu hari tu makan maggi goreng..
Lepas tu malam tu makan mee sup..
Bukan main kenyang giler la..

Sekarang ni aku beli makanan dekat bawah ni je..
Sebab murah je..
Jarang sangat beli dekat tempat lain..
Bila teringin nak makan roti canai atau maggi goreng baru beli dekat tempat lain..
Yelah dekat bawah ni kalau makan mee goreng je baru rm2.90..
Rasa pun bole tahan..
Selagi boleh jimat kita berjimat..
Banyak lagi benda lain yang perlukan guna duit yang banyak..

Makin tua ni elok makan makin sikit kan..:)
 Dekat FB aku tengok makin ramai yang sibuk bershopping untuk raya..
Selamat bershopping..:)

Tadi pun dah amik statement yuran untuk sem ni..
Insyaallah lepas raya ni bole bayar..
Makin lama makin banyak pendedahan untuk tempat praktikal nanti..
Tak sabar nak keje balik..
Mulakan hidup baru..
Semoga semuanya dipermudahkan..AMIN..:)




Saturday, 27 July 2013

Air Freshener..

Assalammualaikum..

Pindah duduk bilik sekarang kan aku ada beli almari..
Lepas tu lantai bilik ni dah la karpet..
Bilik ni pun ada tingkap dan tirai macam dekat ofis tu..

Jadi kalau malam-malam selalunya aku tutup la tingkap..
Walaupun bila masuk bilik rasa macam hangat giler..
Mula-mula masuk bilik memang hangat sangat la..
Tapi bila dah lama dah rasa angin kipas rasa ok je..
Sekarang ni kalau malam aku tutup sebelah je tingkap..
Sebelah lagi aku bukak bagi angin masuk..

Tu cerita kalau waktu malam..
Kalau waktu siang memang aku bukak la dua-dua tingkap..
Tapi walaupun dah lama beli almari ni..
Bau kayu die tak hilang-hilang lagi..huhu..
Sampaikan baju-baju dalam almari ni pun bau die semacam..
Dah elok-elok hantar dobi bau wangi..
Lepas tu campur pulak dengan bau almari ni..
Memang spoil betul..

Lagi masa sem lepas masa en.bf datang..
Die naik bilik aku kejap tolong angkat barang..
Die pun ada tegur kata bau berkuap..
Bau dari almari ni la..
Dah pakai lama jugak almari ni..
Tapi ada je lagi bau die..
Yelah bilik ni pun tak berapa besar kan..
En.bf pun cadangkan la peli pewangi untuk letak dalam almari..

Kalau aku sorang je duduk tak delah kisah sangat kan..
Tapi bila Sen ke datang hari tu takut die pun tak selesa sangat gak..huhu..

Aku pun semalam masa nak beli makanan singgah la dekat kedai Borong Sakan nak beli topup..
Tanya dekat budak jaga kaunter tu die kata tak de jual..
Malam semalam masa pegi kedai nak beli makanan ringan teringat jugak nak cari..
Sekali ada..
Aku pun beli la..


Brand apa entah..
Sebab kedai ni macam kedai rm2 je..
Ada ni je..
Rm 2 je ada 3 bekas..
Murah giler kan..
Aku bau pun boleh tahan jugak la bau die..
Ada bau lemon, strawberry dengan apa lagi entah..
Bau ni yang macam lembut sikit..
Aku pilih yang ni la..


Sambil jalan fikir almari aku ni ada empat compartment..
Tempat buku tak payah la letak..
Punya la excited balik-balik terus bukak semua terus letak semuanya dalam almari..

Tapi bilik aku ni kan kecik je..
Sekali bau die punya la kuat..
Sampai kan aku yang dalam bilik ni pun macam nak pening dah dengan bau die..haha..


Sudahnya aku lapik dengan tisu..
Tak larat pulak aku nak bauk bukan main kuat lagi..
Kalau dalam bilik ni pun bau dah bukan main kuat..
Bila masuk bilik dari luar lagi la..
Takut pening je..
Macam kalau masuk kereta lepas park..
Lagi waktu panas..
Kalau tak betul-betul..
Pewangi yang tak berapa sesuai..
Memang aku boleh pening kepala..

Dah letak tisu ni kurang la sikit bau die..
Kalau dalam bilik ni tak bau sangat da..
Kalau dari luar masuk bilik ni bau macam rose petal light-light je..
Ok la dari tak de..
Harap masalah bau almari aku ni berjaya diselesaikan..hehe..

Selamat Berbuka Puasa..:))

Friday, 26 July 2013

Lontong..

Assalammualaikum..

Sem ni sem pendek..
Jadi jadual pun tak padat sangat..
Subjek pun sikit je kan..

Lagi awal sem ni..
Tak de lah sibuk sangat..
Disebab kan aku ni duduk sorang je..
Lagi masa weeekend..
Aku duduk bilik tengok movie je la..
Memang sokmo online je..
Maklumlah wi-fi free..
Laju pun bole tahan..

In between tu ada jugak la buat assignment..
Selain baca blog, tulis blog dll..

Hari tu aku beria tengok cerita Pucuk Muda Kerabu Taugeh(PMKT) dekat you tube..
Tapi ada episod 1-7 dan 9 je..
Semua ada 13 episod..
Try cari-cari pun xde..huhu..
Jadi tak habis la tengok cerita tu..
Aku suka jugak la tengok drama melayu..
Lagi kalau yang happy2 tu..
Aku tak suka sangat tengok drama berat..

Kalau cerita Inggeris pun sama jugak la..
Lepas kecewa tak dapat tengok cerita PMKT tu sampai habis tengok la cerita Cikgu Timah Pindah Sekolah (CTPS)..
Biasa la bila tengok movie online..
Lepas tu guna wi-fi..
Kadang-kadang tengah best tengok tetiba disconnected..huhu..
Tetiba limited access..
Dah tak dapat tengok..
Hold dulu tengok cerita tu..

Tak dapat tengok online kita tengok pulak stok cerita yang ada dalam laptop ni..haha..
Jadi ada satu cerita..
Horrible Bosses tajuk dia..
Dah lama download cerita ni..
Dah la tajuk tak pernah dengar..
Awal-awal tengok pun macam bosan je..
Tapi rupanya best jugak cerita ni..
Memang aku suka tengok cerita comedy atau romantic comedy..

Dah habis internet dah ok..
Habiskan tengok cerita CTPS..
Dah habis sambung pulak tengok cerita Pengantin Popular..
Cerita lama yang Ogy dan rma Fatima belakon..
Cantik-cantik dieorang ni..
Mekap pun tak tebal sangat macam drama sekarang..

Sekali dekat suggestion link dekat sebelah tu ada pulak cerita Lontong..
Rasanya kalau umur kita lebih kurang mesti tau dengan cerita ni..
Aku pun dah tak berapa ingat cerita ni..
Bila nampak rasa nak tengok balik je..
Masa raya kecik-kecik dulu la cerita ni..
Cerita yang Ogy dan Salleh Yaacob berlakon..

Kalau ada sesiapa yang nak tengok jom layan sekali..hehe..

* Orang yang bekerja dekat Selangor cuti ye hari ni..Tapi en.bf tetap keje..huhu..Sebab banyak sangat keje sekarang..Project die mungkin settle bulan September..Dah hujung-hujung ni lagi la banyak keje..Lagi Project Manager die dah resign..Memang kene handle sorang-sorang la..Tapi tak pe la..Keje masa cuti dapat wang..:))

Tiket Balik Kampung..

Assalammualaikum..

Finally hari ni dah dapat tiket bas..
Dah bole senang hati..:)
Kolej akan mula cuti 7hb..
Awal-awal rilek je..
Cuma inform dekat en.bf je bila cuti..
Boleh plan nak balik kampung sekali..
Turun KL lepas tu dapat buka puasa sama-sama ke..
Tapi dua hari lepas tak silap borak-borak dengan budak duduk sekali dengan aku ni..
Dia kata tiket banyak dah habis..
Tiket nak balik raya kan..
Harus la orang beli awal-awal..
 Die bagi tau ada tiket bas dari 1-6 hb dah habis..huhu..
Aku bila dengar terus la cuak..haha..
Mau tak balik nya aku kalau tak de tiket..
Kalau tak kene balik awal la..
Yang aku malas beli awal-awal sebab untuk minggu tu cuma ada dua kelas je..
Hari Isnin dan Selasa je..
Budak-budak ni pulak beria pujuk lecturer untuk buat kelas ganti supaya minggu tu tak de kelas lansung..

Karang kalau aku beli tiket awal sekali tak de kelas..
Kan ke duduk sini sorang-sorang melangok je..
Bek balik rumah awal dapat jugak puasa dekat rumah kan..

Tapi lepas borak dengan roomate aku semalam masa dekat kelas aku tanya budak-budak yang arah selatan..
Kebetulan ada sorang ni nak balik malam tadi sebab ada MC..
Siang semalam die pegi tengok kan tiket untuk aku..
Ada lagi tiket 6hb tu..huhu..

Nak beli terus semalam tak de duit lagi..
Jadi plan nak beli hari ni..
Dah bagi tau nak pinjam motor hari ni..
Tapi tadi pun bangun lambat..
Lepas tu die ketuk pintu kata nak guna motor..
Nak pegi bazar..
Kebetulan die nak pegi bazar yang dekat dengan Stesyen bas tu aku pun kirim je la beli dekat die..
Alhamdulillah dah dapat tiket bas..hehe..

Sudahnya beli tiket bas tengah hari 6hb..
Malas dah nak fikir kelas ke apa..
Sampai KL petang..
Insyaallah dapat buka puasa kot..hehe..
Terpaksa jugak la ponteng kelas hari Selasa tu..
Sebab hari Selasa kelas sampai pukul 5..

Awal-awal hari tu ada jugak check tiket flight..
Tapi kalau untuk 6hb malam tiket bukan main mahal..
Tiga ratus lebih tak silap..
Yelah da nak raya kan masa tu..
Tiket pukul 7 lebih..
Kalau naik flight tu sempat la pegi semua kelas siang tu..

Tapi kene fikir banyak la pulak..
Satu tiket mahal..
Kalau siang mura lagi..
Flight pagi dengan tengah hari..
Tapi siang 6hb tu en.bf kan keje lagi..
Naik flight 45 minit je..
Kalau sampai awal aku nak buat apa sementara tunggu die habis keje..
Lagi pun takut budak kelas aku balik awal..
Tak de sape nak hantarkan pegi air port nanti..huhu..

Jadi naik bas la pilihan yang paling baik..
Kali ni aku beli tiket Mutiara pulak..
Saje nak try..
Malas da nak beli transnasional..
Tiket die pun lagi murah banding yang aku naik sebelum balik sini hari tu..
Kadang-kadang aku balik KL naik flight tu sebab malas nak drama kalau naik bas..
Cukup la dua kali drama sebelum ni..huhu..


Thursday, 25 July 2013

How Much I Love Food..

Assalammualaikum..

Rasanya tak de siapa yang tak suka dengan makanan yang sedap kan..
Lagi-lagi jenis macam aku yang sangat suka makan..
Ada beberapa faktor kenapa aku tersangat la suka makan ni..

Satu bila tau masakan tu sangat sedap..
Of course la dari air tangan yang aku dah tau kualiti masakan dieorang..
Macam masakan mak, masakan M.Long atau K.Mie..
 Bila aku dah tau masakan tu sedap memang aku akan makan berulang-ulang kali..
Kalau masakan ringan je ok la kan..
Ni kalau lauk macam mana..

Makan tu pulak tak boleh makan lauk tu semata-mata..
Haruslah makan dengan nasi sekali..
Bayangkan kalau makan nasi je sehari dah 3 kali..
Tak termasuk lagi makanan ringan..

Lepas tu aku pun ada perangai yang nak rasa selagi yang boleh..
Contoh nya ada 4 makanan..
Haruslah nak rasa ke empat-empat tu..
Bila sedap makan tak sedar diri pulak..
Jarang la ak tolak makanan sebab dah kenyang ke apa..
Harus rasa ok..haha..

Lagi aku ni jenis yang bila makan tu selalunya memang akan habiskan..
Lagi kalau makan dekat luar atau beli..
Kalau dekat rumah bole jugak la makan lepas tu simpan kejap nanti makan lagi ke..
Kalau pegi makan dekat kedai memang aku akan habiskan la..
 Kalau dah kenyang pun aku akan makan slow-slow sambil sembang-sembang..

Ni memang cara aku la..
Lagi dah rasa macam mana susah nya cari duit..
Bila makanan tak habis lepas tu buang rasanya sama la macam kita buang duit..
Cuba kalau duit dalam poket tu buang macam tu je..
Rasa macam hape je kan..
Tapi bila buang makanan rasa tak bersalah je pulak kan..

Dekat rumah pun ada macam-macam jenis makanan kan..
Memang susah nak kawal berat badan kalau dekat rumah..

Wedges yang sedap..
Beli yang lambak goreng sendiri je..
Lepas tu makan dengan sos sambil tengok TV..
Syok sangat..
Mula-mula goreng sikit je..
Lepas tu bila dah habis dan rasa sedap goreng lagi..hoho..


Ayah sangat suka beli ais krim..
Satu kotak ni hari tu aku je banyak makan..
Setiap kali lepas makan cedok ais krim makan ais krim pulak..huhu..
Bila dah habis tengok ada stok ais krim baru..
Oh tidak..
Tak mampu aku tolak..haha..
Tapi aku tak suka sangat ais krim coklat..

 Goreng tepung kosong..
Antara feveret bila balik rumah..
Mesti buat..hehe..
Sama jugak akan makan sambil tengok TV di larut malam..haha..

Nampak tak..
Kalau ada makanan ringan ready made akan makan..
Kalau tak de, ada tepung dengan garam pun jadi je..haha..

Nasib baik la aku jarang sikit ada dekat rumah..
Bila dekat rumah pun bila sebut makanan tu tak de ke..
Mak bila dengar bila kuar akan beli kan..huhu..

Macam bulan puasa ni..
Aku rasa berat aku agak turun..
Lagi bulan puasa ni..
Jalan tengah panas..
Lepas tu sejak pindah dekat bangunan baru ni tak de library ke lagi..
Tak de tempak nak lepak ke..
Jadi setiap kali ada gap pun akan balik even gap sejam..
Kalau hari tu ada 3 kelas tiga kali jugak la akan ulak alik pegi kelas..

Dapat pulak macam tadi..
Bali kejap gap sejap..
Balik online lepas tu tetiba tengok jam dah pukul 12.58..
Kelas pukul 1..huhu..
Bukan main laju lagi jalan..
Pakai baju kurung pun naik tangga ke tingkat dua langah selang satu anak tangga..
Terbakar lemak..haha..

Lagi pun bulan puasa ni cara permakanan aku tersangat la sederhana..
Kalau buka puasa sorang-sorang dekat bilik..
Biasanya aku akan buka air dulu secawan dengan kurma..
Lepas mandi aku baru turun beli makanan..
Kadang-kadang pukul 10 lebih baru turun beli makanan..
Makan berat sekali tu je lah..
Kalau sahur pun minum nestum dengan makan kurma je..

Kalau habit ni bole diteruskan sampai lepas raya nanti pun sangat elok..
Aku pun rasa tak bole makan banyak-banyak sangat da..
Hari tu buka dengan Za..
Pagi bazar beli popia rm1 dengan roti jala rm2 je..
Buka makan nasi goreng daging merah..
Rasa kenyang sangat..
Dah tengah malam baru makan kueh-kueh tu..
Memang hari tu rasa tersangat la kenyang..

Tak tau la beza dengan kalau dekat rumah ke..
Tapi makan memang tak banyak sangat..
Umur dah makin meningkat ni memang elok makan tak banyak sangat kan..
Metabolisme dah makin rendah..
Kalau nak makan banyak pun kene makan banyak kali..
Tak bole makan sekali gus..

Ada jugak kadang-kadang tengah malam macam lapar..
Tapi bila fikir ada orang yang buka makan air dengan kurma je..
Yang makan pun serba kekurangan..
Aku tak layan sangat la..
Banyak kan minum air je bulan puasa ni..

Hari ni dah berapa Ramadhan..
Tiket balik raya pun tak beli lagi..
Esok la beli..

Rasanya 6hb baru balik kot..
Rasanya tahun ni pun tak kan beli apa-apa untuk perisapan raya..
Tak de baju baru, kasut baru atau apa-apa yang baru rasanya..
Aku pun tak de rasa apa dan tak kisah dah..

Sekarang banyak lagi perkara yang lebih penting untuk aku fikir..
Salah satunya internship..
Ada satu company ni yang agak ok aku apply untuk practical nanti..
Salah satu company yang bagi respond yang agak baik..
Kalau ada rezeki aku harap dapat dekat company tu je..
Tak payah nak pening kepala lagi..
Walaupun habis belajar nya Februari tahun depan..

All The Best untuk diri sendiri dan orang sepatutnya..Amin..

Wednesday, 24 July 2013

Wordless Wednesday..

Assalammualaikum..

Feveret..
Suka beli Vitagen dan Crunchie ni kalau pegi jalan mana-mana..
Macam nak travel naik bas atau train..
Lagi-lagi kalau masa perut koosng..
Yummy..:))

Monday, 22 July 2013

Jalan-Jalan Cari Makan Kuantan..

Assalammualaikum..

Ni sambungan entry weekend aku dekat Balok hari tu..
Dah lepak-lepak sekali harus lah jalan-jalan cari makan kan..

Malam 1st aku sampai tak de pegi mana pun..
Tunggu Sen balik pun dah 12 lebih..
Die pegi makan seafood malam tu dekat Tanjung Lumpur..
Dekat Tanjung Lumpur ni antara tempat feveret aku makan ikan bakar jugak..

Kalau ikut kan aku memang susah nak cari tempat makan ikan bakar yang best..
Ada beberapa tempat je yang best..
Kalau ikut kan aku memang aku suka makan ikan bakar dekat tempat yang aku suka je..
Sebab kalau makan dekat kedai biasa selalu sangat la mengecewakan..
Harga bukan main mahal lepas tu rasa kurang..huhu..

Aku selalu pegi makan Ikan bakar dekat Ana Ikan Bakar Petai dekat Tanjung Lumpur..
Selalu pegi dengan Hendry la..
Belum berkesempatan nak bawak en.bf pegi makan dekat sana lagi..

Ok ni tempat feveret aku untuk makan ikan bakar setakat ni..
Setakat ni pegi tempat-tempat ni jarang la mengecewakan aku..
  • Umbai
  • Bagan Lalang
  • Tanjung Lumpur
Yang paling penting pada aku kalau pegi makan ikan bakar ialah ikan bakar tu sendiri dan sotong goreng tepung nya..
Dua-dua ni wajib ye..
Yang lain tu optional je..
Kalau macam sayur campur ke, nak tambah tom yam ke. sotong atau ketam ke tu optional..
Tapi yang dua tadi tu wajib sedap..
Kalau tak memang potong la..huhu..
Keterujaan aku nak makan boleh merudum tiba-tiba kalau dua tu dah fail.

Untuk tiga tempat dekat atas tu ada la kedai yang kitaorang biasa pegi..
Tapi aku tak ingat la nama die..
Sebab dah set tempat die dalam kepala dekat mana lokasinya je..

Kalau dulu masa en.bf belajar dekat Melaka aku selalu pegi dekat Umbai la..
Lepas tu bila kitaorang keje duduk dekat KL mengidam nak makan ikan bakar dah tak tau nak pegi mana..
Tanya sepupu aku yang selalu Jalan-jalan Cari Makan die recommend kan Bagan Lalang dan Kuala Selangor..
Jadi kitaorang selalu pegi Bagan Lalang la..
Kadang-kadang otw nak balik n9 pegi la makan dekat Bagan Lalang dulu..
Duduk Terengganu ni pulak selalu pegi Tanjung Lumpur..
Hendry pun suka pegi sini..

Tapi disebabkan masa malam 1st tu Sen dah pegi Tanjung Lumpur esok malam tu die nak belanja makan ikan bakar lagi..
Tapi nak makan dekat-dekat je dengan chalet..
Die pun bawak pegi satu kedai ni..
Die kata ada budak keje dengan die kata tempat tu ok la antara kedai yang ada dekat-dekat tu..
Nama Kedai ni Sara Thai Kitchen..

Main Entrance
Lepas pintu masuk

Suasana dekat sekitar kedai makan ni..

Sedang menunggu makanan..

 Sekitar kedai lagi..

Sila abaikan gambar Sen tu ye..hehe..
Masa sampai tengok sekitar kedai die memang best la..
Cantik je landskap kedai ni..
Macam wah best nye..
Lagi bila Sen kata kawan die kata makan dekat sini sedap..
 Teruja je..

Kitaorang datang lambat sebab lepas aku dah buka dah solat baru keluar..
 Jadi orang pun dah tak ramai sangat..
Tapi masih ramai je lagi orang kedai ni..
Masing-masing baru lepas buka..
Dekat kedai ni ada surau jugak..
Tapi disebabkan kawasan sekitar kedai ni agak luas budak-budak kecik ni suka main lari-lari..
Adeh rimas aku..huhu..
Mak bapak pulak sibuk bersembang..

 Fresh orange tak de ais untuk aku dan sirap limau untuk Sen..

Makanan untuk kami berdua..
Serius banyak sangat makanan ni..
Tambah kami perempuan dua orang..
Memang sendat perut lepas habis..
Tu pun sotong goreng tepung siap bungkus bawak balik..

Mula-mula sampai kangkung goreng belacan..
Biasa-biasa je rasa die..
Aku sorang je makan sebab Sen tak makan sayur..

Lepas tu sampai Tom Yam campur..
Sen order sebab nak kuah..
Pada aku memang fail..
Rasa masam je..huhu..
Walaupun order siap pesan nak pedas lagi..
Aku tengok die makan tak habis pun..

Lepas tu sampai ikan..
Ikan bakar petai die biasa-biasa je..
Sen kata dekat Tanjung Lumpur lagi sedap..
Aku pun rasa macam tu..

Bila sotong goreng tepung die sampai memang aku kecewa habis..huhu..
Sotong goreng tepung tu yang hujung sekali..
Sotong goreng tepung die banyak sangat tepung nya..huhu..
Besar giler satu tu..
Buat sotong goreng tepung macam goreng cekodok..huhu..
Aku makan sikit je..
Kalau tak beria makan sotong goreng tepung..

Total makan ni rm 6+.++
Harga standard la kot..
Tapi disebabkan makanan die la aku kurang berpuas hati..huhu..
 Tak puas hati pun tetap habis kan ikan dan kangkung aku tu..

Balik malam tu Sen ajak jalan-jalan dekat pool..
Aku nak mandi tapi die tak nak pulak..
Malas aku nak mandi sorang-sorang..
Lagi die bising banyak keje nak buat..

Malam ketiga pulak kira macam last aku dekat sana..
Sen balik keje terus ajak aku pegi bazar Ramadhan..
Suruh aku beli makanan buat alas perut dulu..
Pegi pun dah pukul 7..
Apa sangat la yang tinggal..
Sudahnya aku beli Tau fu fa dengan popia rm1 je..

Malam tu dalam 10 lebih kitaorang kuar untuk makan..
Lagi pun die memang saje ajak jalan-jalan malam tu dekat Teluk Cempedak..
Die nak ajak makan dekat Restoran Hutan Bandar rupenye..

Yang hujung tu untuk Sen..
Tak ingat apa entah nama nya..
Aku punya chicken chop ni..
Satu plate ni rm5 je..
Lepas tu air rm 2 seorang tak silap..
Tapi kedai ni layan diri..

Pegi order makanan dan bayar..
Tunggu makanan siap lepas tu ambil air dekat kaunter air pulak..
Tak pasti ada tax ke tak..
Tapi harga makanan die murah la kan..
Portion pun banyak..
Memang kenyang sangat..
Aku pulak cepat kenyang sekarang..
Kene la makan slow-slow nak bag habis..

Lepas makan Sen ajak lepak dekat tepi pantai..
Dah pukul 12 macam tu tapi ramai je orang..
Maklumlah malam minggu..
Dia ajak duduk tepi pantai..
Lepas tu jalan-jalan dekat air sikit..hehe..

 Gambar pandangan dari tepi pantai..
Cantik je kan..

Lepas tu aku saje ajak die jalan-jalan pegi Cherating..
Die nak tengok pantai Cherating..
Tak de apa pun..huhu..
Dah la gelap..
Sanggup ajak aku pegi Teluk Cempedak balik..haha..

Beli air dan keropok duduk atas pasir tepi pantai sambil sembang-sembang..
Dah pukul  berapa entah masa ni..
Tapi masih ramai lagi dekat sini..

Sen ajak lepak sampai pukul 4..
Aku layan kan je la..
Dah pukul empat aku ajak die pegi McD..
Teringin nak makan Mc Flurry Cornetto Chocolate..

Masa datang tu lagi nak beli ais krim..
Nak makan sambil duduk-duduk..
Tapi sebab kan kaunter ais krim die tak bukak..
Dekat dalam pulak queue bukan main panjang lagi..
So beli air dengan keropok je..

Tapi dah pukul 4..
Dah nak balik..
Lagi pun dah nak sahur..
Karang tak sedar dah habis waktu sahur pulak..
Jadi sebelum balik pegi la beli ais krim..

 Bekas kecik je..

Sedap nya..
Kalau tengok gambar ni masa siang-siang mesti telan air liur je..hehe..
Sen pulak beli Sundae dengan kentang..
Die tak puasa pun sebenar..
Nasib baik la masa pegi site tak bole puasa..
Kalau tak mencabar jugak kan..

Esok nya aku dah balik..
Sempat ajak die pegi jalan-jalan dekat Pantai Chendor..
Lepas tu bawak die  pegi Kuala Kemaman..
Die ada beli souvenir dan nak beli keropok lekor nak bawak balik KL dan bawak balik kampung..

Jadi weekend ni dipenuhi dengan berehat-rehat, makan-makan dan santai-santai je..hehe..
Sampai ada keje tak siap..huhu..

Bila la Hendry nak turun dari kapal bulan puasa ni..
Nak buka puasa sama-sama..

Sunday, 21 July 2013

Hujung minggu di Balok..

Assalammualaikum..

Weekend ni aku menghabiskan masa dekat Balok..
Kalau ada yang baca post aku berbuka dengan Sen..
Beria kata nak balik last week..
Sekali rabu depan ni baru balik KL..
Macam mana pun die akan balik minggu ni jugak kot..
Sebab Khamis die dah last day dekat company sekarang..
Cuti sepanjang bulan Ogos..
Bulan September nanti akan mula dekat company baru..

Jadi aku pun amik keputusan nak lepak dengan die je la sebab duduk bilik pun sorang-sorang je..
Lagi aku memang tak de kelas hari Ahad..

Khamis malam lepas buka aku gerak pegi sana tumpang budak kelas aku otw pegi KL..
Malam tu pulak Sen keje sampai pukul 10 malam..
Budak kelas aku beria kata nak gerak lepas buka..
Sudahnya dalam pukul 9 lebih baru gerak..
Sen pulak boleh pulak lepas keje pegi Teluk Cempedak dengan budak keje sekali dengan die..huhu..
Dah la aku tunggu dalam gelap..
Banyak nyamuk pulak tu..huhu..
Nasib baik depan Resort die ada kedai makan..
Sempat la aku pegi beli makanan..
Dah dekat nak habis makan baru la die sampai..
Masa tu dah pukul 12 lebih..

Sementara tunggu die sempat la aku amik gambar tempat tu..
Die duduk dekat Balok Sea View Resort..
3 minggu lebih die duduk sini..



View waktu malam..

View waktu siang dari chalet kita orang..
Cantik jugak la tempat ni..
Tapi waktu siang aku takde jalan-jalan pun dekat sini..
Sebab bila Sen pegi keje aku selalu tidur je dekat bilik..
Tak pun duduk dekat bilik baca novel atau tengok TV je..

Ni masa malam kedua..
Lepas balik dari berbuka puasa sempat la jalan-jalan dekat sekitar chalet ni..
Tak besar pun kawasan die..
Aku nak mandi tapi Sen pulak tak nak..
Bising banyak keje la..
Segan dekat chalet ni ramai lelaki la..huh..



Ni pulak view dalam chalet kitaorang..
Agak selesa jugak la chalet die..
Ada water heater, peti sejuk semua..
Cuma satu je la yang agak fail dengan chalet ni..
Aku rasa dinding pemisah antara chalet tak berapa tebal ke apa.
 Sebab tak bole bising-bising sangat..
Kalau nak berbual pun kene slow-slow..
Kalau tak nanti orang sebelah dengar..huhu..

Kalau siang-siang housekeeping dekat bilik sebelah pun memang boleh dengar sangat bunyi nya..
Jadi sangat la tak privasi..
Tu la satu yang tak best nye..huhu..

Harga pulak aku tak tau berapa..
Sebab macam Sen pun company die yang bayar..
Company die pun bukan amik satu bilik je dekat sini..
Ada beberapa bilik..
Dieorang menginap pun agak lama..
Sebab chalet ni dekat dengan Gebeng..
Site dieorang dekat Gebeng..
 Jadi harga tu mungkin lain la berbanding pengunjung biasa..

Dekat resort ni pun ada free wifi..
Tapi ada password..
Tak pasti pulak kualiti wifi die macam mana..
Sebab aku pernah nak mintak password dekat reception tapi dah tutup la pulak..
Dah petang masa tu..
Dekat chalet ni ramai jugak la pengunjung..
Tapi biasanya orang yang keje sekitar kawasan ni la..

4 hari 3 malam aku duduk sini..
Sekarang dah balik la..
Boleh sambung buat keje esok nak hantar..hehe..
Esok pun nak tanya bayaran yuran..
Nak bayar cepat-cepat..:)


Tuesday, 16 July 2013

Wordless Wednesday..

Assalammualaikum..

Kueh raya feveret..
Sedap kueh yang mak beli dekat Tesco ni..
Beria makan sampai tinggal dua je untuk aku..huhu..
Jadi lah dapat rasa dua..

Bila pegi Tesco lagi mak beli yang ni pulak..
Kurang sedap..huhu..
Inti die pun tak berapa sedap..
Lepas tu bole pulak mak cakap nampak lebih kurang je dengan beli yang sebelum ni..

Mak bekas die pun dah lain..
Lagi pun yang atas ada lapik kertas tu..huhu..
Sabar je la..

Harap raya tahun ni mak buat kueh ni..
Kalau mak buat confirm sedap..
Cuti raya 7/8-13/8..
Tak berkesempatan la nak buka puasa dengan sape-sape..
Cuti pun sehari sebelum raya..huhu..
Kita jumpa raya nanti je la..

Beria tajuk WW..
Tapi membebel banyak gak..haha..

Bio Oil..

Assalammualaikum..

Siapa yang biasa guna Bio Oil?..
Aku rasa ramai yang guna dan biasa dengan Bio Oil ni..
Sebab masa sepupu aku register dekat UM hari tu pun aku tengok die ada stok Bio Oil ni..
Sepupu aku tu lelaki ye..
Mungkin umi die la yang belikan..
So Bio Oil ni memang agak ramai la orang yang guna aku rasa..

Dan sejak bila pulak aku guna Bio Oil ni..
Kalau sebelum ni aku ada guna dermatix kan..
Aku pernah share sebelum ni..
Tapi lepas dah habis aku tak beli lagi pun..
Aku kan malas nak keluar pegi mana-mana..
Kadang-kadang je aku rajin nak keluar..
Tu pasal la suka beli stok banyak-banyak..

Ok aku start guna Bio Oil ni sejak balik cuti sem baru ni..
Sebab aku tengok adik aku yang Wafi tu pakai agak berkesan..
Muka die pun banyak jugak jerawat..
Die pulak jenis yang agak rajin jaga muka..
Buat keje panas sikit pun sibuk pakai topi la..
Lepas tu rajin cuba macam-macam petua..
Aku pun tak rajin macam die..
Kadang-kadang kalau balik je rajin menumpang..

Tapi sekarang ni aku tengok muka die macam dah ok sikit..
Jerawat pun dah kurang..
Parut dekat muka die pun makin kurang..

Tak tau la sebab makin dah besar hormon dah makin stabil ke jerawat die makin kurang..
Sebab aku jumpa die pun masa cuti je kan..
Jadi jarang-jarang jugak la..
Balik ni memang muka die makin ok aku tengok..

Bila tengok macam tu aku pun agak berminat la nak guna Bio Oil die..
Suka menyibuk kan..haha..
Aku pakai sebelum tidur..
Aku rasa agak ok jugak la pakai die..
Macam parut jerawat aku pun makin kurang..
Satu lagi yang aku suka bila pakai pun walaupun die jenis minyak tapi tak de la buat jerawat aku makin naik ke apa..
Sebab kulit muka aku ni kan memang jenis yang sensitif..
Lagi-lagi dengan benda berminyak..
Takut jerawat makin naik..
Tapi setakat ni aku pakai Alhamdulillah la..

Kalau ada jerawat yang baru kering..
Yang parut die hitam lagi pun cepat elok jugak..
So aku pun macam berminat jugak la nak guna..

Masa mak beli barang aku suruh la beli kan Bio Oil ni sekali..
Jadi sekarang aku guna la setiap malam..
Sepatutnya guna dua kali sehari..
Tapi kalau siang aku macam malas sikit nak guna..
Aku guna moisturizer siap ada SPF tu je..
Aku pegi kelas dah la jalan kaki..
Cuaca tak menentu..
Kadang-kadang panas terik sangat..
Memang perlukan sun block sikit tu ye..

Beli botol kecik je..
Mak kata SA tu kata kalau untuk parut jerawat ada krim lain..
Mungkin dermatix, mederma atau krim lain la..
Tapi aku saje nak cuba yang ni je dulu..
Mak aku pun bagi alasan anak die suruh beli..
SA tu tak bole cakap apa la kot..hehe..

Ni antara kegunaan Bio Oil..

Satu petua yang aku tau..
Yang aku pernah terbaca dekat mana entah dulu..
Kalau pregnant..
Sila la sapu apa-apa bahan yang boleh melembutkan kulit dekat perut..
Tujuan nya supaya bila kulit meregang akibat perubahan bentuk badan tak de lah kulit tu pecah atau merekah..
Tapi bila aku baca cara nak guna Bio Oil dalam kertas yang ada dalam kotak die bukan je perlu sapu dekat perut..
Tapi bukan sahaja perlu sapu dekat perut..
Sapu jugak la dekat pinggul, payudara, pinggang dan peha dua kali sekali..

Kepada yang dah pregnant mungkin lebih arif..
Tapi petua ni memang aku ingat..
Supaya kalau ada rezeki pregnant satu hari nanti bole apply petua ni..hehe..
Kalau dulu aku baca, lotion pun bole jugak di gunakan..
Lotion pun bole melembutkan kulit kan..
Atau bole guna Bio Oil je..

Kalau nak lebih info pasal Bio Oil ni dan kegunaan die kalau beli..
Sila la baca dekat kertas yang ada dalam kotak tu..
 Biasanya Bio Oil ni disyorkan untuk 

  • Membantu memperbaiki kesan parut, 
  • Membantu memperbaiki regangan kulit dan 
  •  Membantu memperbaiki warna kulit tak
  • Penuaan kulit
  • Kulit kering
Ada jugak info menarik dekat perenggan last ni..
Aku pun baru perasan..hehe..
Walaupun nama die Bio-Oil..
Bio-Oil adalah mudah diserap dan tidak berminyak. Ian adalah hipoalergenik dan sesuai untuk kulit sensitif. 
Patut la sesuai je dengan kulit aku yang berminyak dan sensitif ni..hehe..
 
Harga untuk 60ml ni rm 3+.++ tak silap..
Sebab bukan aku yang beli sendiri kan..

Satu lagi yang aku nak share..
Mungkin ada yang pernah baca post aku pasal Origins ni..

Aku beli pencuci muka ni Februari hari tu..
Sebab beli je laju je tulis post tu untuk share..
Kalau tak pun sehari dua je lepas beli..

 Sekarang ni dah bulan Julai..
Dah dekat 5 bulan la jugak guna..
Tapi kuantiti die masih banyak lagi..
Bole guna untuk beberapa bulan lagi..

Ni salah satu yang aku suka pasal pencuci muka ni..
Lagi pun memang agak sesuai dengan kulit aku..
Walaupun tak banyak sangat tempat yang jual..
Tapi bila sekali beli agak lama bole guna..
 
Mungkin pencuci muka korang jimat jugak bila guna kot..huhu..
Saje ak nak share..:)
Makin tua ni makin banyak pulak benda yang kene bagi perhatian kan..hehe.
Kalau ada yang berminat dengan dua produk dekat atas ni..
Selamat Mencuba..:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...