Friday, 31 May 2013

Prestasi Menurun - Things to Do This Weekend..

Assalammualaikum..

Tajuk sampai ada dua kan..hehe..
Sebenarnya prestasi hujung-hujung ni agak menurun..huhu..
Memang agak sedih dan mengecewakan..huhu..
Lepas tu leka je..
Macam tak de kesedaran..
Padahal final dah dekat..huhu..
Tapi masih rilek je lagi..
Sebab rasa akan catch up untuk final nanti..
No no no..

Dan disebabkan perkara ni lah membawa kepada to do list aku untuk weekend ni..
Benda kalau dah siap kan senang..
Ni tidak..
Rasa bole buat kejap je..
Dah sah sah kalau benda buat last minit kadang-kadang hasil die tak berapa elok kan..

Rasanya pindah ni memang satu keputusan yang betul dah..
Sebab bila aku duduk sorang tak de sape pun akan kacau aku..
Nak tidur pun lena je..
Kalau tak dulu tidur lambat..
Bila plan nak rehat lama sikit tapi roomate dah bangun nak pegi kelas tidur aku dah terganggu..
Masalah transport kalau nak pegi kelas lagi kalau dulu..

Cuma bila duduk sendiri banyak tidur dan menonton pulak..
Lagi sem ni banyak masa dihabiskan buat Lines Plan..
Dan kalau pegi bengkel dah penat lepas tu tidur..
Banyak sangat rehat nya..huhu..

Nasib baik jugak la bila dah pindah ni aku memang jarang sangat keluar..
Yelah sebab kalau nak pegi makan, draw duit, beli barang semua sendiri je..
Kalau tak dulu pegi dengan orang..
Balik kelas pegi minum, pegi makan, lepas tu pagi jalan-jalan la..
Duduk sini memang pengaruh orang kurang dan jimat duit..
Kene pandai manage masa sendiri je la..

Lagi pun kalau sebelum ni..
Bila masa free pegi library..
Akan buat revision benda yang dah belajar..
So keep on update benda yang kita dah belaja..
Tak de lah gelabah masa test baru nak study ke apa..
Lagi-lagi subject yang baru belajar..

Aku memang bukan jenis yang tak belajar pun ingat dan tau je..
Masa dalam kelas memang tau buat dan faham..
Lepas tu bila tak review memang akan lupa atau konfius..

Dan aku macam tak fokus sekarang..
Memang silap aku..
Memang kene study..
Dan memang bukan rezeki..
Kalau selalu dapat A pun tapi kalau ada masa Tuhan tu tak izinkan tak dapat jugak..
Sebab tu jangan cepat alpa..
Macam Test 3 DOS hari tu..
Aku siap dapat 0 lagi..
Dan masih bole rasa rilek lagi..
Oh tidak..huhu..

Ada dua soalan..
Bukan tak tau buat..
Soalan 1 aku awal-awal dah salah masukkan nilai..
Padahal sendiri tulis d = 90ft..
Dalam equation tulis d = 10ft..
Untuk soalan ke dua pulak Mass, m = 2500N dalam soalan terang-terang..
Tapi macam mana boleh tulis m = 2000N dekat semua jawapan..
What wrong with you?..huhuhu..
Jalan kira betul tapi semua jawapan salah..
Pun tak de makna nya..

Semalam aku Test SFD pulak..
Untuk soalan satu aku memang dah konfius..
Tapi jawab je..
Sebab aku tau condition yang berbeza ada cara yang berbeza sikit je..
Dekat unit weight je..
Tapi sebab tak study aku jawap je..
Dengan harapan apa aku jawap tu betul..
Tapi bila balik dan check nota..
Rasanya apa aku jawap tu salah..
Dan terus rasa menyesal giler..

Jadi sementara ada masa..
Walaupun dah dekat dengan final..
Aku boleh perbaiki lagi..
Jangan bila keputusan dah keluar baru nak menyesal..
Banyak je keje nak buat..
Tapi malas je..
Dan aku tak nak kecewakan orang yang letak kepercayaan dan harapan dekat aku..
Rasa macam masa mula-mula semangat bukan main..
Tapi bila bole buat lepas tu selesa je..
Mula lupa diri..
Bila keadaan makin teruk cepat je give up..
Please wake up!!!

Jadi ni la To do List aku untuk weekend ni..


Lines Plan pun tak siap-siap lagi..
Padahal 6hb dah kene register..
Report pun tak buat lagi..
Baru cari bahan je..

Walaupun dalam kelas drawing aku yang paling cepat..
Budak lain memang jauh tinggal..
Tapi tak kan la nak ikut macam dieorang kan..

Bila report dieorang tak siap lagi..
Dan kata copy report senior je..
Tak kan la nak ikut jugak..
Padahal bole je buat sendiri dan mungkin lebih baik..

Kalau ada gap kelas aku pegi je library..
Tapi pegi buat lines plan..
Tak de pun buat revision untuk subject lain macam dulu..huhu..
Memang jarang buat revision sekarang..

Nilah dinamakan ada peluang tapi tak guna kan dengan sebaik-baik nya..huhu..
Dan terikut-ikut dengan orang..
Padahal matlamat aku dengan dieorang tak sama..
Situasi aku dengan dieorang pun tak sama..
Kene la sedar diri dan betulkan..huhu..
 Tu la orang kata orang sekeliling pun akan mempengaruhi kita sedikit sebanyak..

Memang salah sendiri..
Semalam pun tak buat apa-apa..
Menonton dan online je..
Hari ni bangun lambat..
Jadi harap sangat aku mampu selesaikan semua ni hujung minggu ni..
Dan dapat keputusan yang cemerlang lagi sem ni..
Insyaallah..Amin..:)
 


Monday, 27 May 2013

Macam-macam manusia - 9 Gambar yang Mencerminkan Keperibadian Anda..

Assalammualaikum..

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan..
Dan ada peristiwa yang membawa aku untuk menulis post ni..

Kisah die macam ni..
Ada sorang school mate aku ni baru tunang weekend ni..
Aku pun bila tengok gambar die tunang agak terkejut dengan pasangan die tu..
Die bertunang dengan school mate aku jugak..
Biasa nya aku jarang komen dekat FB..
Aku lagi suka message je..
Sebab personal sikit..
So kalau salah cakap ke antara aku dengan orang tu je..
Tak de lah melibatkan orang lain..
 
Kita orang memang tak rapat sangat pun..
Dekat sekolah dulu pun kenal muka je..
Tak de sangat berbual kot..
Jadi aku pun message wish congratulation on her engagement..
Dia pun ada blog..
Aku ada jugak la baca blog die..

Lepas dah wish congrate..
Aku pun bagi tau..
Konfius sikit dengan tunang dia..
Sebab selama ni ak tau die dengan orang lain..

Lepas beberapa hari..
Tadi die reply message aku..
 "Jangan sibuk hal orang.Jodoh tu rahsia Allah"

Aku macam pelik la..
Aku salah cakap ke..
Kalau die cakap jodoh tu rahsia Allah je aku ok je lagi..
Aku pun masa tanya gelak-gelak je..
Tapi bila cakap Jangan sibuk hal orang segala..
Bukan aku kisah pun die nak kawen dengan siapa pun..
Tak tau la kalau die emosi lagi ke apa dengan percintaan lepas..
Meroyan lagi ke apa kan..
Kalau tak nak orang tau kisah hidup kita tak payah kongsi dekat laman sosial..
Tak payah nak upload gambar, tulis kisah macam-macam..
Lepas tu salah kan orang amik tau hal dia..
Bila menulis sama macam ko yang pegi bercerita dekat semua orang lepas tu marah orang bila tahu.
Tak faham betul..
 
Aku pun memang tak berminat pun dengan kehidupan dia..
Just wish as ex school mate je..
Bila aku reply aku salah cakap ke die tak balas lagi..
Dan aku cuma suprise die dengan ex school mate aku balik je..
Just gembira untuk mereka..
Tak pelah mungkin aku yang salah tanya ke apa..
Asalkan aku bahagia dengan hidup aku ok la..
 
Aku agak terkesan jugak la dengan apa yang die cakap..
Then masa tu aku ada google benda dekat internet..
Panjang sangat mukadimah..
Padahal nak cerita pasal benda ni..haha..
 
Agak menarik jugak..
Kesahihan dia aku tak tau la..
Sekadar bahan bacaan..
Tapi apa yang aku pilih almost dengan diri aku..

9 Gambar yang Mencerminkan Keperibadian Anda..
Aku ambil dari sini..

Seorang psikolog mengembangkan bentuk-bentuk ini, yang telah diuji secara luas di dunia selama beberapa tahun. Warna warnanya telah mengalami perbaikan dan diuji lagi sampai didapatkan satu set bentuk yang terbaik. Bentuk-bentuk ini mewakili sembilan tipe kepribadian dasar. Pilih sebuah bentuk di bawah ini yang paling anda senangi lalu baca kepribadian anda di bawahnya.

Ingat, pilihan anda harus jujur dan tidak boleh dimanipulasi karena hasil test tipe kepribadian ini hanya anda yang tahu.

9 Gambar Yang Mencerminkan Kepribadian Anda [bonus Gratis Cek Kepribadian] [ www.BlogApaAja.com ]

Jawaban yang Anda pilih:

Gambar Nomor 1. Introspektif, Sensitif, Reflective

Anda lebih sering dan fokus terhadap diri dan lingkungan sendiri daripada berinteraksi dengan orang lain. Anda membenci kedangkalan, lebih senang menyendiri daripada terluka karena bisikan orang. Tapi hubungan anda dengan teman-teman anda sangat intensif, yang memberikan anda ketenangan dan keserasian yang anda butuhkan untuk merasa baik. Bagaimanapun itu bukan masalah bagi anda untuk menyendiri untuk beberapa waktu tanpa menjadi bosan.

Gambar Nomor 2. Mandiri, Tidak biasa (tidak konvensional), Tak tertekang

Anda menginginkan kebebasan dan ketidakterikatan hidup yang membiarkan anda menentukan jalan anda sendiri. Anda memiliki bakat artistik dalam kerjaan anda dan aktifitas luang. Desakan untuk bebas kadang menyebabkan anda melakukan perbuatan yang sangat berlawanan dengan apa yang anda inginkan. Gaya hidup anda sangat individual. Anda tidak akan meniru secara buta apa yang sedang "in", di sisi lain anda mencari kehidupan yang sesuai dengan cita-cita dan dan pendirianmu, bahkan bila harus berenang melawan pasang.

Gambar Nomor 3. Dinamis, Aktif, Mementingkan hal-hal lahir


Anda sungguh berkeinginan untuk menerima beberapa resiko dan berkomitmen kuat dalam menukar ketertarikan dan pekerjaan yang bervariasi. Rutin, berlawanan, cenderung berefek melumpuhkan anda. Apa yang paling anda sukai adalah bisa memainkan peran dalam banyak bidang. Dalam melakukannya, inisiatif anda lebih kuat.

Gambar Nomor 4. Bersahaja, Sangat teguh pendirian, harmonis

Anda menghargai gaya dan cinta alami yang tidak rumit. Orang mengagumi anda karena anda memiliki kemampuan kuat dan mereka bergantung pada anda. Anda memberikannya pada orang yang dekat perlindungan dan jarak. Anda merasa hangat dan manusiawi. Anda menolak segala sesuatu yang mencolok dan usang. Anda cenderung ragu pada tingkah/perubahan trend mode. Bagi anda, pakaian harus praktis dan bagus yang tidak menonjol.

Gambar Nomor 5. Professional, Pragmatis, Percaya diri

Anda bertanggung jawab pada hidup anda, meletakkan lebih kecil keberuntungan anda dan lebih kepada perbuatan sendiri. Anda memecahkan masalah dengan tindakan yang praktis dan tidak rumit. Anda memandang secara realistis sesuatu dalam hidup anda dan menanganinya dengan baik. Anda diberi tanggung jawab yang besar dalam pekerjaan, karena orang tahu bahwa anda dapat diandalkan. Kekuatan tegas terhadap kemauan akan memproyeksikan keyakinan anda terhadap orang lain. Anda tidak akan pernah benar-benar merasa puas sampai semua cita-cita anda tercapai.

Gambar Nomor 6. Tenang/Damai, Bijaksana, Tidak Agresif

Anda menanggapi hidup mudah karena bijaksana. Anda mendapatkan teman tanpa kesukaran karena menikmati keprifasian anda dan kemandirian. Anda sering menjauh darinya dan menyendiri dari waktu ke waktu untuk merenungi arti kehidupan dan menikmati sendiri. Anda membutuhkan tempat untuk persembunyian yang indah, tapi anda tidak seorang penyendiri. Anda tenang terhadap diri sendiri dan dunia, dan menghargai hidup dan apa yang dunia tawarkan.

Gambar Nomor 7. Riang, Suka bermain/melucu, menyenangkan


Anda menyukai kehidupan yang bebas dan spontan. Dan anda berusaha menikmatinya secara penuh karena memegang moto "Anda hanya hidup sekali." Keingintahuan anda besar dan terbuka terhadap segala sesuatu yang baru, anda berkembang dengan perubahan. Anda menganggap lingkungan anda serbaguna dan selalau memberikan kejutan.

Gambar Nomor 8. Romantis, Pemimpi, Emosional

Anda sangat sensitif. Anda menolak melihat sesuatu dari sudut pandang kesederhanaan dan rasionalitas. Apa yang perasaan anda katakan sangat penting untuk anda. Kenyataanya, Anda merasa penting untuk memiliki mimpi-mimpi dalam hidup. Anda menolak orang yang mencemoohkan romantisme dan hanya dikendalikan oleh rasionalitas. Anda menolak untuk membiarkan sesuatu membatasi keragaman kekayaan mood dan emosi anda.

Gambar Nomor 9. Analitis, Terpercaya, Percaya diri

Senstifitas sebentar anda mewakili kualitas

dan ketahanan yang tinggi. Konsekuensinya, anda suka menyelimuti diri anda dengan "mutiara kecil" yang anda temukan di mana pun orang lain mengabaikannya. Lalu, Budaya sangat mempengaruhi kehidupan anda. Anda telah temukan kehidupan anda sendiri, yaitu elegan/luwes dan eksklusif, bebas dari pengaruh mode. Ideal anda, anda mendasarkan kehidupan anda, adalah dibudayakan kesenangan. Anda menilai tingkatan budaya seseorang pada siapa anda berbicara.
 
Apa pilihan aku?..hehe..
Dan apa pilihan anda pulak..
Almost jugak ke macam aku?..hehe..
Nanti nak test en.bf jugak la..hehe..
Selamat mencuba..:)

Weekend of Wesak Day..

Assalammualaikum..

Hari Jumaat lepas public holiday kan..
Cuti sempena hari Wesak..
24 May 2013..

Aku banyak jugak dapat jemputan majlis kawan-kawan..
Cuma masa jemputan tu tak perasan pulak cuti hari Wesak..
Yelah sebab bukan kenduri aku..
Tak de majlis apa-apa pun..
Memang tak alert la kan..
Lagi pun sekarang dah mula cuti sekolah..
Aku tau la Hakim balik..
Ada dekat rumah cuti ni..
Tapi memang tak terfikir la kan..

Macam biasa dekat sini memang cuti hari Jumaat..
Lagi la aku rasa biasa je..
Tapi masa bukak FB weekend ni..
Dari hari Jumaat hari sampai la ke hari Ahad wall penuh dengan gambar kawen kawan-kawan..
Kalau tak gambar kawen gambar tunang..
Kalau bukan kawan aku pun kawan-kawan dekat FB upload gambar dieorang pegi kenduri..

Tahniah kepada semua kawan-kawan yang dah berkahwin dan bertunang..
Memang aku jarang sangat dapat pegi..
Sebab aku pun jarang balik rumah..
Kalau balik dan kebetulan ada kenduri bole la aku pegi..
Biasanya akan pegi dengan en.bf and the gang la..hehe..

Seronok pegi kenduri ni sebenarnya..
Yang paling seronoknya bila jumpa kawan-kawan lama..
Kawan-kawan masa sekolah dulu..
Dari kurus ramai yang dah gemuk..hehe..
Kebanyakkan nye ye..hehe..
Dari single datang berdua dengan pasangan masing-masing..
Ada tu yang dah bertiga..
Dan ada tu yang dah berempat dan nak masuk berempat..haha..

Aku tetap single lagi..haha..
Insyaallah masa nya akan tiba jugak nanti..:)
 Dia lebih tau apa yang terbaik..
Aku rasa memang ada beberapa sebab kenapa aku belum bole kawen lagi..

Selain dari tu aku banyak jugak belajar pasal perhubungan weekend ni..
Kuasa jodoh tu memang dekat tangan Allah kan..
Sebab kalau dulu aku tau dieorang ni couple dengan orang lain..
Sekali bila upload gambar tunang..
Eh dengan orang lain..
Dengan budak sekolah aku balik masa satu sekolah dulu..
Sampai aku tengok FB tunang dieorang yang lelaki nak dapatkan kepastian..hehe..
Tu lah kuasa jodoh..
Bercinta dengan orang lain tengok kawen dengan orang lain..

Masing-masing memang ada cerita yang tersendiri kalau pasal jodoh ni..
Aku pulak cuma mampu berdoa dan berharap..
Kalau betul yang aku ada sekarang yang terbaik untuk aku..
Semoga Tuhan permudahkan..
Kalau tak mungkin ada yang lebih baik untuk aku..

Lagi satu pada aku perkahwinan ni pun perkara yang agak complicated jugak..
Melibatkan banyak pihak dan hati..
Bila aku dengan en.bf hanya melibatkan dua orang je..
Tapi bila dah bab berkahwen dah melibatkan family dan sebagainya..
Ni pendapat peribadi aku je sebab ku tak melalui fasa tu lagi..
Mungkin benda die mudah je..

Maaf malas nak upload gambar kawan-kawan kawen..
Sekali lagi..
Kepada yang baru berkahwen..
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Cepat-cepat la dapat baby ye..:)

Tuesday, 21 May 2013

Welding dan Lines Plan lagi..

Assalammualaikum..

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.54 pagi..
Ni ikut jam dekat henfon aku la..
Sekarang ni memang tak de masa betul nak berpoya-poya..huhu..
Semalam ada ajak budak-budak ni keluar..
Nasib baik tak jadi..

Sekarang banyak masa aku memang dihabiskan dengan buat dua aktiviti ni..
Aktiviti welding dan buat lines plan..

Semalam ada test untuk subejk welding yang ke dua..
Lepas habis test En. Lan ada ajak aku pegi bengkel kalau nak belajar pasal fiber..
Fiber untuk buat boat..
Yelah bukan senang nak dapat peluang ni kan..
Aku pun ok je nak datang..
Macam minggu lepas tiap hari budak-budak ni pegi bengkel..
Penat memang penat tapi bila fikir ni la peluang nak belajar..
Gagahkan diri je kan..

Tapi semalam aku tak pegi pn..
Lepas test pegi check drawing kejap..
Sekali drawing aku ada salah..huhu..
Walaupun lecturer tu kata bole abaikan..
Tapi aku tak senang hati..
Usaha jugak untuk buat yang betul..huhu..

Disebabkan drawing tu dah salah..
Aku pun dah tak de mood nak pegi bengkel..
Balik semalam pun aku tak usik lansung pun drawing tu..
Punya la kecewa dan stress..
Sebab dah buat banyak dan kene betulkan banyak jugak..hohoho..
Lepas mandi suma aku tidur jap..
Bangun buat assignment DOS..
Malam sikit baru tengok drawing..
Tapi tak de semangat jugak nak buat..
Sudahnya tengok movie dekat you tube..

Malam semalam pun tidur awal..
Dengan harapan nak bangan awal hari ni nak buat drawing yang salah tu..
Tu pun pagi tadi liat sangat bangun..
Banyak kali dah terjaga tidur balik..
Lepas tu fikir..
Dari tak buat apa-apa baik betulkan secepat yang mungkin..

Buat-buat semua sebelum pegi kelas petang tadi dah siap yang aku patut betulkan tu..
Cuma tinggal nak proceed ke step seterusnya je..
Macam mana pun minggu ni memang kene siapkan jugak..
Dah la report tak buat lagi..huhu..
Nasib baik dah ada bahan sikit-sikit..

Petang tadi pegi bengkel..
Alhamdulillah projek tu dah hampis siap..
Memang datang untuk touch up dan tambah-tambah bagi menarik je..

Balik aku pun sambung buat drawing..
Esok pagi pukul 8 aku ada presentation Subjek Welding..
Nampak tak.
Welding lagi..haha..
Tajuk aku pasal Underwater Welding..
Pukul 11 lebih tadi baru dapat agihan tugas..
Lepas pukul 12 baru cari info..
Dah aku menaip entri ni lepas siap buat slide..
Harap semuanya berjalan dengan lancar esok..:)

Memang agak sibuk sekarang..
Tapi tak pelah..
At least masa di isi dengan perkara berfaedah..
Kalau weekend pun duduk bilik buat keje..
Kalau bosan tengok move dan tido..

Esok pun ada kelas Lines Plan lagi..
Tu yang beria jugak buat malam ni..
Harap ada gap esok aku bole buat supaya boleh catch up sebelum kelas..
Cuba buat sebanyak mungkin..
At least masa kelas bole check dan kalau ada salah lagi ada masa untuk betulkan..

Petang esok pun pegi bengkel welding lagi agaknya..
Datang petang tadi aku tengok budak main fiber..
Hujung-hujung tu aku ada jugak join sekali buat..hehe..
Semua ni pengalaman..

Semoga hari esok berjalan dengan lancar dan banyak lagi ilmu yang bole diperolehi..Amin..
Selamat Malam semua..:))

Friday, 17 May 2013

Beg ke Kelas..

Assalammualaikum..

Selalunya aku cerita mengenai kasut je kan..
Kasut untuk ke kelas..
Tak pernah pun cerita pasal beg ke kelas..hehe..

Cerita pasal kasut dan beg ke kelas?..
Macam apa je kan..
Macam tak de benda lain je nak cerita..
Orang nak tulis blog ko pun nak tulis blog..
Tapi cerita entah apa-apa..hoho..

Tak kisah la apa orang nak cakap..
Ni blog aku..
Blog ni pun aku start tulis bila aku nak sambung belajar balik..
Blog ni jugak antara tempat yang menyimpan suka duka dan jatuh bangun aku..
Kalau orang tak suka tak payah baca..
Kalau ada pengajaran dan pengalaman yang kita bole kongsi bersama tu lagi baik..
Blog ni jugak akan simpan kenangan aku..
Supaya aku tak cepat lupa diri..
Ingat susah senang aku..

Kalau sebelum ni aku suka baca blog orang je..
Tapi kalau tulisan aku ni boleh di jadikan pengajaran dan panduan pada orang lain lagi baik..
Mungkin bole jadi pembakar semangat pada orang lain..
Bukan senang nak senang..
Hidup ni penih dengan risiko..
Dan tak semua orang berani ambil risiko..
Rasanya ramai yang play safe je..
Dan mungkin jugak ni rezeki aku yang Tuhan bagi..

Memang kene usaha lebih untuk dapat kan sesuatu yang baik..
Alhamdulillah jugak aku mampu sampai ke tahap ni..
Mungkin pada orang lain apa aku buat ni nampak sia-sia ke apa..
Tak make sense ke apa..
Tak pelah..
Sekurang-kurang nya aku mencuba..

Alhamdulillah jugak sebab aku dah sampai ke Sem 3..
Bulan depan aku akan final exam..
Bulan Julai aku akan masuk sem baru..
Insyaallah kalau ada rezeki dan aku akan usahakan untuk habis dengan 5 sem je dengan keputusan yang baik..Amin..
Walaupun sekarang aku buat Diploma je..
Tapi memang sangat belajar yang aku belajar sama ada mengenai ilmu kejuruteraan yang baru dan kehidupan..
Aku pun harap dapat tempat praktikal yang baik..
Ada beberapa company yang aku dah list kan untuk apply..

Weekend ni aku cuba untuk siapkan lines plan..
Kalau aku rajin aku akan share kan apa itu lines plan..
Kalau tak dapat siapkan drawing pun aku akan tengah cuba kumpul bahan untuk buat report..
Mungkin akan start study untuk Seabed Foundation dan Design Offshore Structure..

Ok berbalik pada tajuk..hehe..
Cuma nak kongsikan beg aku pegi kelas..
Dari kelas pertama yang aku attend sampai la ke hari ni..
Memang aku guna beg ni je lah..


Tak pernah tukar-tukar lagi pun..
Sampai la aku tengok beg ni pun dah agak lusuh sekarang..huhu..
Yelah dalam beg ni lah aku bawak note, buku catitan untuk setiap subjek, pencil case, wallet, hp, spare pad dan payung..
Maklumlah sekarang ni pegi kelas jalan kaki je kan..
Memang standby je payung kalau hujan..
Kalau hari panas pun aku pakai payung jugak..
Pagi-pagi aku tak de lah pakai payung..

Bayang kan kalau aku ada empat kelas hari tu..
Berapa banyak barang yang aku bawak..
Beg ni pulak tak de lah tahan sangat kan..
Ni pun nasib baik sem ni aku ada sewa loker dekat kolej..
Jadi aku tinggalkan kamus, spare pad, air mineral dekat dalam loker..
Kalau aku bawak laptop pun aku tinggalkan dekat loker je..

Tali pemegang beg ni pun dah uzur sangat..
Terlebih guna kot..huhu..

 
Beg ni pun kan beg free je..
Aku dapat beg ni masa en.bf ada bagi baju die dekat aku..
Tak bercadang pun nak beli beg baru..
Cuma nak tukar beg lain je..
Sebab aku tengok macam dah uzur sangat je..huhu..
Beg baru nanti pun lebih kurang beg ni jugak..
Beg free jugak..
Malas la aku nak beli beg..
Baek pakai beg macam ni je..

Tapi kalau ikutkan pun dari aku matrik dulu memang aku pakai beg free ni je..
Tak pernah beli beg pun untuk bawa pegi kelas..huhu..
Masa dekat Penang dulu pulak aku bawak fail je pegi kelas..
Lagi la tak bawak bag..
Cuma guna beg untuk balik kampung dan beg laptop je..
Tu pun amik beg dekat rumah je..
Memang tak pernah beli lagi..huhu..

Tapi boleh pulak en.bf dah rosakkan beg laptop aku..huhu..
Ganas sangat guna..
Sekarang plan nak beli bag laptop sekali dengan beg balik kampung..
Dah ada paln nak beli beg apa..
Cuma tak pegi kedai survey lagi je..
Ada survey dekat internet je..
Insyaallah kalau ada rezeki boleh la beli nanti..Amin..

Patah dah benda ni..

Tapi aku pakai beg ni pun dah lama jugak..
Lebuh setahun..
Aku kalau beli benda suka beli yang ok sikit..
Bole guna lama..
Tapi selalunya memang aku guna semaksimum yang mungkin..
Dah rosak baru beli baru..
Aku ada teringin nak beli jam tangan..
Insyaallah tahun depan bila dah habis belajar ke..
Satu lagi aku suka reward diri sendiri atas sesuatu pencapaian..

Reward tu maksud aku benda yang biasa-biasa je..
Dan hanya aku seorang je lah yang tahu..
Contohnya kalau aku dapat result test yang elok..
Atau siapkan sesuatu keje yang aku target..
Aku akan pegi makan sedap..
Beli chocolate makan sendiri ke..
 Biasanya aku akan beli apa-apa sebagai reward untuk diri sendiri..
Benda simple je..

Selain dapat kawal perbelanjaan dapat jugak tingkatkan usaha untuk capai sesuatu..
Contohnya aku nak makan sedap..
Minggu depan nya ada test..
Aku akan letak target dan usaha sebaik mungkin..
Kalau dapat keputusan mengikut target aku, baru aku pegi makan yang aku idamkan mula-mula tu..
Kalau tak dapat makan biasa je..
Senang kata motivasi untuk diri sendiri..:))

Tuesday, 14 May 2013

Sibuknya Dia..

Assalammualaikum..


Agak lama tak update blog dah..
Lepas cuti ni memang agak sibuk sikit..
Tapi Alhamdulillah keadaan macam agak terkawal sikit sekarang..

Memang aku agak paksa diri untuk buat keje..
Siap kan cepat-cepat supaya nanti dah hujung-hujung tak serabut sangat lagi..
Sekarang pun ada jugak keje yang tercicir sikit-sikit..huhu..
Ada yang terlepas pandang..

Alhamdulillah lines plan dah agak ok..
Cuba untuk siapkan minggu ni sampai habis..
Sejak lepas cuti memang aku agak fokus untuk buat lines plan..
Sekarang dah sampai half-breadth..
Tinggal nak buat sheer plan je lagi..
Lepas tu bole la touch up drawing sikit-sikit..
Dah fokus untuk study theory dan buat report..

Aku agak seronok jugak buat lines plan ni..
Memang benda baru dekat aku..
Buat guna AutoCAD..
Boleh jugak polish skill AutoCAD aku..
Sepatutnya buat 2 orang..
Tapi sebab aku malas nak tunggu partner aku tu aku buat je sendiri..
Malas nak tunggu orang ni..
Lagi pun bole belajar sebab buat semuanya sendiri..

Tadi jumpa dengan Supervisor aku Alhamdulillah dia berpuas hati dengan hasil kerja aku..
Siap kata bagus lagi..hehe..
Petang ni ada kelas lines plan..
Aku nak belajar macam mana nak buat sheer plan dan touch up drawing sampai siap..
Insyaallah cuba siapkan sebelum esok dan kalau siap aku nak bawak pegi bengkel tunjuk dekat supervisor aku tu..
Dan lepas tu boleh la study untuk buat report..
Sebebnarnya aku berminat nak buat sampai General Arrangement..
Insyaallah kalau ada peluang kan..
Lepas tu kene print dan present 9hb Jun nanti..

Aku sebenarnya target 2 minggu untk siap..
Maksudnya sampai minggu depan..
Jadi ada seminggu lagi untuk study dan tulis report sebelum present..
Tapi tak pelah..
Sekarang dah berubah..
Aku target minggu ni siap..hehe..
Kalau weekend ni report dah siap bole mintak supervisor aku check minggu depan..
Jadi kalau ada perkara yang perlukan pembetulan atau improvement ada masa lagi..
Dah siap pun senang..
Boleh buat benda lain pulak..
Dan da bole start study untuk final..
Ada beberepa subjek yang perlukan tumpuan..
Sebab aku tak pernah belajar lagi sebelum ni macam Design Offshore Structure dan Seabed Foundation..
Jadi perlu study lebih sebab nak tau lebih..hehe..

Sambil tu sibuk jugak dengan bengkel welding..
Ada kene buat projek untuk Engineering Day..
Disebabkan aku amik subject welding sem ni dengan dieorang kene la join seklai..
Ok la banyak jugak yang aku belajar..
Walaupun aku tak delah buat sangat..
Nak tunggu aku buat memang lambat sikit la..
Nak grinding pun lambat..
Nak welding pun takut-takut jugak lagi..
Nak drilling la..
Tak pelah at least dengan tengok dapat jugak la aku belajar..
Minggu ni boleh kata setiap hari pegi bengkel kecuali hari Ahad hari tu..
Pegi pulak bukan main lama lagi..huhu..

Hari ni ada group nak main fiber..
Penat je rasa nak pegi..
Tapi kalau tak pegi rasa macam rugi pulak..
Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan..
Pagi tadi dah ambil fiber mat, resin dan catalyst..

 Hari ni pulak untuk batch aku baru dapat assigment untuk buat untuk Engineering Day tu..
Bila dengan kene buat lemah je rasa ..
Kene buat model structure dari kotak dan report jugak..
Aku rasa design dan model biar la budak ni buat..
Aku mungkin akan fokus dekat report je..
 
Padahal budak yang buat welding dah siap da..
Tinggal touch up buat fnishing je lagi..
Dan buat report..
Tapi dieorang ni memang semangat dekat bengkel..
Walaupun kadang malas datang kelas..
Ada repeat subject, test dapat 20/100 la..
Tapi dekat bengkel bukan main perform lagi..
Dan enjoy keje dengan dieorang..

Selain tu memang ada assignment, quiz dan test macam biasa..
Aku ada satu assignment yang aku terlepas pandang..huhu..
Tak sempat nak siap..
Patut kene hantar petang ni..
Harap lecturer tu ok la..
Boleh bagi pertimbangan masa lagi..
Memang die dah bagi lama..
Bahan dah cari dan dah ada..
Cuma tinggal nak edit je lagi..

 Minggu ni macam fokus sangat dekat lines plan dan bengkel..
Tapi sempat jugak la siap kan assigment lain..
Walaupun agak sibuk tapi aku rasa puas hati je..
Lines plan aku buat sendiri semunya dan hampir siap..
Bengkel banyak belajar benda baru..
Bila tak datang rasa rugi je pulak..
Tu yang gagahkan je diri untuk datang..huhu..

Hari ni pun baru settle bayar Yuran Pengajian..
Mula-mula ingat sebelum 16 Jun..
Rupanya sebelum 16 Mei..hohoho..
Nak pegi draw dekat ATM tadi limit pengeluaran aku RM 1K je..huhu..
Ada baki RM 2K lebih lagi..
Nasib baik bole transfer guna Maybank2u..

Harap semua berjalan dengan lancar dan sem ni dapat keputusan yang sangat cemerlang untuk semua subjek..
Banyak yang aku nak belajar belajar dan belajar lagi..
Dah keje nanti pun banyak lagi yang aku kene belajar..
Semoga semuanya dipermudahkan dan apa yang aku impikan tercapai..Amin..

Thursday, 9 May 2013

Lines Plan & Bengkel Welding..

Assalammualaikum..

Hari ni hari Khamis..
Hari ni terakhir dalam minggu ini..
Walaupun Hari Isnin hari tu baru balik sini..
3 hari je pegi kelas tapi penat sangat..huhu..
Serabut sebab banyak keje tak siap..
Bulan depan dah final exam..huhu..

Awal sem hari tu banyak sangat main aku rasa..
Mungkin jugak makin lama makin malas..
Sebab belajar banyak masa free..
Lepas cuti sem ni memang agak tension..
Terutamanya dengan keje lines plan..huhu..
Tu la rilek sangat..
Baru buat body plan..
Banyak lagi nak kene buat..
Dah la present 9hb June..
Lepas tu dah nak final..

Awal-awal tan nak dengar nasihat orang..
Sekarang dah gelabah..
Plan aku weekend ni nak siapkan body plan..
Lepas tu nak jumpa supervisor Ahad ni..
Macam mana pun weekend ni kene siapkan jugak..
Then terus continue..
Supaya nanti ada masa nak buat report dan study untuk present..
Memang lepas ni kene serious dan tak main-main lagi..

Memang syukur sangat pindah duduk sini..
Nak ulang alik ke kelas senang..
Kalau ada hal perlu balik rumah ambil barang ke senang..
Lagi memang banyak excercise..
Jalan kaki je pegi kolej kan..
Sebelum balik hari tu timbang berat badan dah naik balik..
Duduk rumah makan tidur je..

Lagi bengkel welding seminggu dua kali..
Sebelum ni pun serabut je dengan masalah transport..huhu..
Motor tak hantar-hantar lagi..
Walaupun aku sangat enjoy pegi kelas jalan kaki..
Tapi kadang-kadang perlu kenderaan jugak..
Terutamanya nak pegi bengkel..
Sebelum ni pinjam kereta Teoh la, pinjam motor Emy, mintak tolong Alet hantar dan ambil, tumpang Andrew la..
Nampak..banyak sangat mintak tolong kan..
Walaupun dieorang tak kisah..
Ni en.bf kata paling lambat nak hantar minggu depan..
Selain perlu kenderaan ke bengkel..
Perlu jugak untuk kalau nak jumpa supervisor..
Atau nak pegi pejabat pos ke..

Tadi serabut-serabut pasal kenderaan nak pegi bengkel petang ni mintak tolong housemate hantarkan ke bengkel petang ni..
Tapi die suruh aku bawak sendri je..
Die kata kalau nak pakai motor die guna je..
Memang die nak suruh aku pakai pun..
Alhamdulillah ada jugak orang yang baik..
Jadi sementara motor sampai bole la guna dulu..huhu..
Aku bukan apa risau guna barang orang kalau jadi apa-apa je..huhu..

Pape pun kene siapkan body plan weekend ni..
Chaiyok chaiyok..
Rugi kalau tak guna peluang yang ada ni dengan sebaik-baik nya..
Dan ini pun untuk masa depan aku jugak..
Pilihan sentiasa di tangan kita..
Kalau kita tak ubah diri kita sendiri tak da siapa mampu ubah..
Orang lain cuma bole bagi nasihat dan tunjukkan jalan je..
Selebihnya diri kita sendiri je..

Kalau sebelum ni ada masalah laptop sebenarnya..
Laptop aku guna ni dah lama..
4 5 tahun dah rasanya..
Bateri dah makin problem, cepat panas, selalu hang, wayar dekat adaptor dah nak putus..
Nak jumpa supervisor pun payah..
Balik cuti haritu kebetulan Wafi, adik aku baru habis matrik..
Pinjam laptop dia la sampai bulan depan..
Sementara die belum masuk U..
Tadi baru dapat install AutoCAD 2007 dekat laptop dia..
Dekat laptop aku ada AutoCAD 2010..
Semoga usaha berjaya..Amin..
Kalau bole memang naik siapkan  2 minggu ni..
Insyaallah..
Usaha dan doa..
Dengan izinNya tak de benda yang mustahil..
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan..

Monday, 6 May 2013

Fisrt Timer - PRU 13 2013..

Assalammualaikum..

Hari ni dah balik..
1st time naik Ekspress Kesatuan..
Mula-mula dah beli tiket Transnasional..
Tapi disebabkan bas malam P.Long belikan tiket lain..
Risau kalau sampai pagi-pagi..
Dah la perempuan kan..

Disebabkan semalam tidur lambat..
Pukul 4 pagi baru tidur..
Lepas tu pukul 6 pagi dah kene kejut..huhu..
Mula-mula M.Long cakap P.Long nak pegi keje lambat sikit..
Tapi pukul 6.45 pagi dah gerak..
 Macam biasa kalau sampai pejabat awal memang kene naik ke pejabat die dulu..
Lepas tu pegi sarapan pagi dekat Medan Selera Penghulu Cantik..
Masing-masing makan nasi lemak..
Aku makan nasi lemak ayam dieorag makan nasi lemak telur..
 Sebab fikir kalau sarapan makan berat tak pe..
Banyak masa untuk bakar balik makanan tu kan..

Dekat KL kene tukar bas pulak..
Masa dekat KL aku beli lah sebotol air oren Tropicana Twister dan buah tembikai susu..
Sepanjang perjalanan dari Seremban ke KL..
Dan dari KL-Terengganu memang aku tidur je lah..huhu..
Bas berenti makan ke apa memang aku tidur je..

Ni semua penangan nak tengok keputusan Pilihan Raya Umum 13 2013..
5 Mei 2013 tarikh keramat..
First time mengundi..

 Bukti pegi mengundi..hehe..

Kesan dakwat ni masih ada lagi pada tepi-tepi kuku aku..
Walaupun dah mandi dan pegi tandas berapa kali entah..
Sebab aku tak de pulak la gelabah taik balik tu nak basuh beria-ia lepas tu post dekat facebook dakwat tak kekal ke apa entah..
Dari sibukkan hal-hal remah macam ni lagi baik sibukkan benda lagi penting..

Nak cerita perasaan pertama kali mengundi..
Mungkin orang lain yang dah pernah mengundi rilek je..
Atau yang 1st time macam aku jugak..
Tapi rilek je..hehe..

Honestly aku memang rasa bersemangat sangat nak mengundi..
Nak tunaikan kewajipan aku sebagai warganegara Malaysia..
Lebih lagi dengan keadaan politik di Malaysia yang semakin kritikal..
Aku sendiri takut dengan gelombang politik keliling aku..

Walaupun aku pegi mengundi lambat..
Pagi tu aku tengok bukan main ramai lagi dah post gambar jari mereka sebab dah mengundi..
Tapi rasanya aku nak pegi mengundi petang la..
Sebab aku rasa tak ramai akan pegi petang..
Masing-masing dah semangat nak pegi mengundi pagi-pagi tu kan..
Mungkin waktu petang kemeriahan die kurang berbanding pagi tapi ok la..

Sebelum keluar memang aku sempat chat dengan Haziq..
Die mengundi dekat Bukit Antarabangsa..
Dan die bagi tau die dah decide untuk undi apa..hehe..

Tapi aku rasa PRU ni menaikkan semangat melebihi Hari Merdeka pulak..
Rasa Patriotik tu membuak-buak..
Dan buatkan aku sedar aku punya tanggungjawab yang besar juga..
Tanggungjawab yang bukan individu..
Apa keputusan aku terhadap pilihan aku membawa bersama impak nya kepada agama, bangsa dan negara aku..
Jadi memang kene fikir dan pertimbangkan baik-baik..
Untuk 5 tahun akan datang..
Jadi tak bole la terlalu terikut-ikut dengan emosi dan sebagai nya..

Dan atas kesedaran ini lah aku rasa aku patut bangkit..
Bangkit untuk berjuang demi agama,bangsa dan negara aku..
Aku patut memperbaiki diri aku dan lebih memajukan diri aku..
Dengan memajukan dan menaikkan taraf diri lah aku boleh membantu agama,bangsa dan negara aku..

Terlalu banyak perkara yang bole diulas sepanjang Pilihan Raya ini..
Tapi tak pelah..
Biarlah aku simpan sendiri dan di jadikan pembakar semangat untuk aku teruskan hidup..
Rasa hidup makin bermatlamat..

Apa pun tahniah kepada parti Barisan Nasional kerana memengangi pilihan raya ke-13 ni..
Rakyat telah memberi mandat kepada anda..
Tunaikan lah juga aku janji anda dengan sebaik-baiknya..
Perbaiki kelemahan dan terus tingkatkan prestasi anda..
Gunakan lah 5 tahun lagi kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dengan sebaik-baiknya..

Terima kasih juga kepada pembangkang..
Supaya kerajaan yang memerintah tak mudah alpa dan sentiasa la beri teguran..

Jadilah pemerintah yang baik..
Dan buktikan anda memang layak..

Satu yang aku suka dengar dan ingat sampai sekarang ayat Najib ialah..
Siapa pun kita..
Walaupun kita orang biasa kita pun boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kita..
Tak semestinya kita kene jadi Wakil Rakyat untuk beri sumbangan dekat orang..
Dan istilah dan pengertian sumbangan itu pun cukup meluas..
Sama juga lah dengan pengertian perjuangan menegakkan Islam..
Cukup luas..

Lagi satu yang aku belajar..
Individualistik tu memang tersangat la tidak bagus..
Walau macam mana kita berjaya sekalipun..
Tapi kalau orang keliling kita sengsara tak guna juga..
Hebat sangat ke kita kalau berjaya seorang diri tapi tak de sumbangan dekat orang lain pun..
Kita hidup saling bantu membantu..
Rezeki yang Tuhan bagi dekat kita bukan semua milik kita..
Ada bahagian orang lain jugak dekat apa yang Tuhan bagi kita..
Banyak-banyak la bersyukur kalau kita berjaya..
Kalau orang nak aniaya kita tak pelah..
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..
Die sebaik-baik perancang..
Semua yang berlaku atas izin Nya..

Dengan dunia yang tanpa sempadan dan had sekarang..
Lets Rock the World..







Saturday, 4 May 2013

PRU 13 2013..

Assalammualaikum..

Hari ni hari yang sangat penting kepada negara ku..
Malaysia Tanah Air ku..
Tanah tumpah darah ku..

5 Mei 2013..
Pilihan Raya Umum yang ke-13..

Semoga satu undi aku ni sangat menyumbang kepada negara ku..
Satu undi yang ter paling sekali bernilai..
(Nampak tak sangat bernilai nya walaupun satu undi)..
Harapan aku pun terlalu tinggi..

Semoga Allah permudahkan semua urusan dan berikan yang terbaik kepada negara aku..
Satu undi yang sangat bernilai dan membawa tanggungjwab yang besar..
Bukan sahaja kepada aku..
Tapi aku memikul tanggungjawab keluarga, masyaratak setempat, negeri dan seluruh negara..

Kepada semua pengundi semoga dapat mempertimbangkan pilihan anda dengan sangat baik..
Dan membuat keputusan yang sangat baik..
Aku mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk Malaysia Tanah Air ku..
Insyaallah..

I wish..i wish..i wish..
Semoga satu hari nanti aku dapat berbakti dan memberikan sumbangan walaupun sekecil-kecil nya kepada agama, bangsa dan negara ku..
Sesungguhnya semua yang berlaku adalah atas izin mu..
Amin..

Kasut Baru - Bata..

Assalammualaikum..

Kasut..kasut..kasut..
Rasanya ni kasut yang ketiga aku beli untuk pakai ke kelas..
Kasut Primavera yang aku beli sebelum ni untuk pakai ke kelas dah agak uzur..
Bahagian belakang dekat bahagian tumit dah macam nak berlubang..huhu..
Lebih-lebih lagi sekarang ni pegi kelas jalan kaki..
Lagi lah cepat rosak kasut tu..
Yelah digunakan semaksimum yang mungkin..
Tu je lah satu-satunya kasut formal yang aku ada..huhu..
Kadang-kadang aku pakai je sandal I-Panema aku tu kalau kene pakai formal ke kelas..
Biar la orang nak cakap apa..
Ada benda lagi penting yang aku kene dahulukan kadang-kadang..
Kalau setakat cakap orang yang tak memahami situasi orang ni aku malas nak amik tau..

Dah lah tak nak cuba memahami situasi orang..
Lepas tu banyak komplen pulak tu..
Memang aku malas nak layan..

Disebabkan kasut aku dah agak uzur..
Lepas tu sekarang pegi kelas jalan kaki..
Jadi aku memang bercadang nak beli kasut baru..

Sebelum ni aku tengok ada sepasang pump shoes dalam bilik aku ni..
Kasut Zack..
Aku tengok agak selesa..
Ketahanan tu aku kurang pasti..
Tapi design die memang simple..
Sesuai untuk di pakai pegi ke kelas..
 Aku tanya Zack die cakap mura je..
Beli dekat Bata..

Jadi sebelum balik ni..
Selain beli scrub muka alang-alang dekat Giant Senawang tu ada Kedai Kasut Bata aku pegi la beli..

Kasut ni warna biru sebenarnya..
Tapi nampak macam warna hitam sikit kan..
Ke mata aku je yang nampak macam tu..hehe..

Saiz 7..

Masa mintak saiz aku sebut la saiz 8..
Sebab biasa memang pakai saiz rare macam tu..
Yang tak de dekat dispaly..
Setiap kali nak try kasut memang kene mintak dekat SA..
Kalau betul-betul memang nak beli kasut je biasa aku tanya saiz ni..
Kalau saje-saje nak try memang tak la..

Bahagian bawah tapak kasut..

Fully getah dan banyak jalur-jalur..
Menambahkan friction (geseran) dengan permukaan lantai..
Sangat penting bila jalan basah supaya tak licin..
Harap-harap memang tak licin..

Pandangan sisi..

Nipis je kan..
Tak silap aku material dia adalah getah jugak..
Bukan kain..
Tapi ada lapis dengan baldu sikit..

Berbanding dengan kasut sebelum ni..
Dah la flat lepas tu bila masa hujan atau pegi tandas cepat sangat basah..
Yelah tapak die nipis je kan..
Aku rasa ni lagi better la kalau in term of basah ke tak tu..
Cuma tepi die cuma di gam kan je..
Jadi agak risau kalau cepat terkopak je..

Jujurnya kalau kasut terbaik nak pakai kalau belajar atau banyak berjalan ialah kasut Converse..
Kalau aku pakai dulu memang sangat tahan..
Pakai bertahun-tahun pegi kelas setiap hari (kalau aku tak pakai seliper pegi kelas..hehe)..
Tapak memang ok je..
Cuma kain die je warna die akan kusam..
Tapi memang pilihan aku dan en.bf la masa belajar dulu..
Bayangkan kalau nak pegi presentation formal pakai baju kurung pun pakai kasut Converse je..haha..
Tapi tu zaman muda-muda dulu la..haha..
Sekarang dah tua..
Lagi pun dulu bole pakai jeans pegi kelas..
Sekarang tak bole..huhu..

Ok berbalik pada cerita kasut ni..
Harga die ialah RM 24.99 sahaja..
Murah je kan..
Kalau cepat rosak pun tak de la ralat sangat hati kan..hehe..
Ada warna BIRU, HITAM, KELABU, dan MERAH tak silap..
Ni warna yang aku perasan la..
Sebab nak cepat je tadi..
Jumpa, mintak saiz, ngam, terus bayar..
 Kalau ada yang berminat bole lah dapatkan di Bata..:)

Apricot Scrub by St.Ives..

Assalammualaikum..

Semalam aku ke Seremban..
Tidur dekat rumah P.Long..
Die memang sibuk sangat tanya bila nak tidur dekat rumah..
Setiap kali cuti memang akan datang tidur dekat rumah dia..
Lagi die dah nak pindah ke Sarawak pertengahan bulan ni..

Jadi hari ni aku tumpang en.bf balik kampung..
Die nak balik kampung sebab esok nak mengundi..

Mula-mula tadi aku ikut family P.Long pegi kenduri..
Lepas tu singgah Giant Senawang untuk beli beberapa barang keperluan sebelum balik nanti..
Dah last-last minit ni jugak la baru nak beli barang kan..huhu..

Salah satu barang yang memang aku dah lama nak beli ialah scrub muka..
Scrub muka aku dah lama habis..
 Biasanya aku guna scrub Body Shop..
Scrub dari range product seaweed die aku suka..
Ni pun atas faktor kesesuaian kulit masing-masing..
 Macam kulit aku ni memang jenis yang ter sangat berminya..huhu..

Tapi kali ni aku beli Apricot Scrub dari jenama St.Ives..

Bahagian depan..

Ada beberapa jenis Scrub dari product St.Ives..
Tapi aku pilih yang ini..
Blemish Control..
Fungsi utama nya ialah untuk mencegah bintik hitam dan membersihkan pori muka..
Sebab kulit muka aku sangat berminyak..
 Kulit yang terlalu berminyak selalunya mempunyai banyak blackhead mahupun whitehead..
Lebih-lebih lagi di kawasan T-zone..
Jadi aku rasa scrub ni sangat sesuai..

Sebenarnya aku pernah cuba scrub ni sebelum ni..
Roomate aku ada guna scrub ni..
Dan aku berpuas hati..

Kalau masa aku sekolah dulu aku cuma tau scrub apricot St.Ives ni untuk badan..
Dan biji-biji scrub die memang besar dan kasar..
Kalau gosok atas kulit memang puas hati la..
Rasa semua daki tanggal..
Tapi aku tak perasan sangat jenama ni ada scrub untuk muka ke tak..

Kalau scrub muka dari jenama lain pulak selalunya agak mengecewakan aku..
Sebab selalunya biji-biji die agak halus..
Kalau kulit yang memang halus tak de masalah mungkin la ok..
Kalau tak rasa bila guna tu muka tak berapa bersih je..
Kurang kepuasan la senang cerita..hehe..

 Bahagian belakan..
Ada maklumat sikit sebagai panduan..

Jadi kalau kulit yang sangat berminyak macam aku..a
Aku memang recommend kan la untuk guna scrub dari St.Ives ni..
Harga bagi satu tiub scrub ni adalah RM 16.88 bagi 170gm..
Memang jauh lebih murah dari scrub lama aku..
Tapi kepuasan penggunaan adalah sama..
 Kepada yang berminat bolehlah dapatkan produk ni di farmasi berdekatan..
Biasanya kalau dekat Guardian atau Watson memang ada..:))




Thursday, 2 May 2013

Novel Fixi - MANGSA - LICIK - MENTAL ..

Assalammualaikum..

Balik bercuti ni jugak aku ada pegi kedai buku..
Nak guna baucer buku yang aku dapat..
RM 50 aku dah guna nak beli alat tulis..
Selebihnya ni aku tukar dengan ayah..
Ayah memang suka membaca dan sangat banyak koleksi buku..
Even buku masa die belajar dulu pun masih tersimpan lagi..

Cuma masa pindah rumah dulu ada kisah sedih sikit..
Ada orang yang tak tau sensitiviti orang dan hormat orang pada aku pegi bakar buku ayah dekat rumah lama..
Sementara ayah nak pindahkan buku ke rumah sekarang..
Nasib baik la mak cepat-cepat selamatkan buku ayah..
Yang dah terbakar sikit pun mak ambil..
Sebab mak tau macam mana tinggi nya nilai buku-buku tu dekat ayah..

Kalau ke Popular memang dieorang lebihkan beli buku..
Aku nak beli alat tulis RM50 pun die tak bagi..
Last sekali ayah beli dekat MPH..
Ayah banyak beli buku biografi..
Yang aku perasan die beli buku Mydin (Pengasas Pasaraya Mydin tu) sampai 3..
Ada yang dia nak bagi sekolah die cakap..

Masa tunggu ayah pilih buku aku jalan-jalan dekat bahagian novel..
Aku memang jarang beli novel..
Tak pernah beli kot..huhu..
Biasanya baca pinjam orang punya je..hehe..
 Mak suruh tengok kan ada novel Zack adik perempuan aku suka baca..
Mak kata novel bersiri..
Tapi duduk dekat bilik ni tak pulak aku nampak..

Bila amik Zack malam tu aku pun tanya..
Dia cakap novel Fixi..
Memang aku tak pernah baca lagi..
Balik kampung aku tengok ada 3 buah novel dalam bilik..
Aku pun agak suka membaca..
Lagi-lagi bila nak tidur..
 Jadi aku pun baca la novel-novel ni..

Bila baca sinopsis dekat belakang novel ni memang lain sikit dari novel biasa..
Biasanya novel banyak bertemakan cinta kan..
 Tapi ni tidak..
 Kalau tengok dekat price tag pun novel ni di kalsifikasikan sebagai mister/thriller..

Untuk yang nak tau lebih lanjut mengenai Buku Fixi ni boleh layari laman web die..

Serba sedikit mengenai Buku Fixi..

Buku Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran kami ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.

Nak Menulis?

Jika anda berminat untuk menulis novel Fixi, inilah syarat-syaratnya:
• Sekitar 60,000 perkataan.
• Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dan sebagainya.
• Fikir ‘pulp
• Judul harus satu perkataan saja.
Sila hantar sinopsis dan dua bab awal ke info@fixi.com.my (Amir Muhammad) untuk tindakan seterusnya
:-)

 3 Novel terbitan Fixi yang Zack ada..

Aku dah habis baca kesemuanya..
So far pada aku ok la..
Cerita yang lain dari dari kebiasaan..
Idea yang segar sebab sesiapa pun bole hantar nukilan mereka..
Gaya penulisan pun santai je..

Kalau novel thriller ni biasanya aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid..
Sen antara peminat novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid dan banyak koleksi sejak kami belajar dulu lagi..
Selalu pinjam dekat dia la..
Sampaikan untuk Hadiah Birthday pun Adah hadiahkan novel Ramlee Awang Murshid dekat die..hehe..

Kalau nak dapatkan novel ni:

Pembelian di Kedai Fixi boleh dibuat dengan kad credit (Online Payment). Ia juga boleh dibuat dengan Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Online, PBeBank, HL Online dan sebagainya (Manual Payment) dengan cara ini: Setelah alamat dan butiran anda diisi, sila deposit jumlah yang diperlukan ke dalam akaun Public Bank kami (nombor akaun akan diberi melalui emel) dan hubungi sales@fixi.com.my dengan bukti pembayaran.

Selain itu, novel-novel terbitan Fixi turut dijual di kedai-kedai utama di Malaysia seperti MPH, Popular dan Kinokuniya.

 Dekat laman web dia aku tengok banyak lagi novel terbitan dieorang..
Harga bagi setiap novel pun berbeza..

Pada aku usaha ni bagus bagi merancakkan lagi industri penulisan tempatan..
Semakin ramai bakat baru dapat diketengahkan untuk pelbagai genre..
Kalau berminat bole la dapatkan, baca dan nilai sendiri..
Kalau nak hantarkan karya pun boleh..:))

Wednesday, 1 May 2013

Hi Tea on Labour Day..

Assalammualaikum..

Habis dah cerita trip ke Melaka..
Semua entri pasal ke Melaka pun aku dah post..
Semalam masa online Haziq bagi tau die balik kampung malam semalam..
Hari ni kan ramai yang cuti..

Selamat Hari Pekerja kepada mereka yang bekerja..
Ramai ambil kesempatan hari bercuti ni untuk balik kampung dan jalan-jalan..

Jadi petang ni aku keluar sekejap dengan Haziq..
Macam biasa keluar lepak-lepak..hehe..

Mula-mula Haziq tanya ada coconut shake ke dekat sini..
Ada pun jauh..

Mula-mula ke Juasseh tapi tak de apa-apa pun..
Ke Batu Kikir pun tak de apa-apa..
Ada kedai roti canai pun tutup..
Die pulak teringin sangat nak minum ice blended..

Bila aku bagi tau Secret Recipe dah ada bukak dekat Bahau die pun laju je nak pegi..
Bole makan kek dia cakap..hehe..
Patut la makin sihat je Ziq..kehkehkeh..

Aku pun 1st time datang Secret Recipe dekat sini..
Dia ambil sampai 3 lot kedai..
Dua lot untuk kawasan yang ad air cond dan satu lagi untuk tempat terbuka..
 Kita orang pilih untuk duduk dekat tempat terbuka..

 Secret Recipe dekat Mahsan dan menu kami..

Masing-masing dah lunch..
Haziq pilih iced blended green tea dan aku pilih hot honey lemon..
Bila nampak je Hi Fiber cake laju je dia nak..
Tak banyak tempat ada jual die cakap..
Aku pulak order brownies with ice cream..

Total semua RM 35.50..

Iced blended green tea tu tak de lah sedap sangat pun aku rasa..
Ada rasa mint sikit..
Tapi Haziq cakap sedap..haha..

Hi Fiber cake tengah die memang heavy dan agak manis..
Nasib baik atas dan bawah die agak tawar..

Brownies with ice cream aku pulak biasa-biasa je..
Brownies die manis dan melekit macam gam..

So far ok la..
Aku pun dah lama tak pegi makan kek dekat Secret Recipe..
Kadang-kadang ok la..
Kalau pegi dulu pun biasanya satu slice tu share dengan en.bf..
Sebab kek die agak heavy kan..
Aku lagi prefer kek yang light sikit..
Kadang-kadang aku lagi suka blueberry cheese cake dekat king's banding dekat Secret Recipe..

Lepas makan terus balik sebab Haziq dah nak balik KL..
Sebelum balik sempat singgah dekat rumah Haziq..
Lagi pun dah lama tak jumpa mak die..:))

Semoga lagi murah rezeki Haziq..
See you next time..:))

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...