Friday, 25 January 2013

Exam Mode..

Assalammualaikum..

Hari ni dah 25hb..
Tinggal beberapa hari je lagi nak final..huhu..
Tapi tak start study lagi pun..huhu..
Even carry mark untuk 1 paper pun aku tak tau lagi..ish ish ish..

Sekarang ni aku memang tengah cari mood nak study..
Tinggal dekat rumah seorang diri je sekarang..
Yang lain semua balik kampung..
Best jugak tinggal sorang ni..
 Sebab tak la semak sangat..
So far Alhamdulillah tak de masalah..
Dah dua malam aku tinggal sorang..
 Rasanya ni lah 1st time aku tinggal sorang-sorang dekat rumah..
Kalau waktu malam pun aku ok je..

Macam malam 1st tu aku tidur lambat jugak..
Malam tadi keluar dengan budak-budak ni lepak-lepak..
Balik rumah online sambil baring-baring tetiba aku terlelap..
Tersedar dah pukul 8 lebih dah terang pun..
Dengan laptop tak tutup..lampu bilik pun tak tutup..
 Penat sangat ke..haha..

Minggu depan pun dieorang ada plan nak pegi picnic ke camping satu hari..
Tengok la plan tu berjaya ke tak..hehe..
Masing-masing kalau plan beria tapi kadang-kadang ke laut je..haha..
 Tapi hari tu dieorang ada memang hamper besar..
Plan nak bawak pegi sekali nanti sebagai bekal..hehe..

Dua hari ni aku memang pnline dengan tidur je..
Ni pun dah tak baring atas katil..
Tapi masih online, sambil tengok movie..
Padahal movie ni dah berapa kali aku tengok..huhu..
Nampak sangat malas betul nak study kan..huhu..

Aku ada 8 paper untuk final ni..
Harap nya carry mark setiap paper ok..
Dan aku boleh jawap semua paper dengan baik..
Dapat result yang sangat cemerlang untuk Sem ni..
 Semangat lebih sila lah berusaha ye..
Kejayaan tak datang bergolek tanpa usaha dan doa..

Memang plan tak nak balik tu sebab kalau balik rumah nanti tak study..
Mesti tidur, tengok tv, makan, kalau en.bf atau yang lain ada confirm pegi jalan-jalan nya..
Bila dah balik sini pun amik masa yang lama untuk dapat mood nak study..
Lagi pun segala keperluan nak study aku ada dekat sini..
Kalau balik nanti tengah study tetiba tak cukup bahan dengan nota mula la malas nak study..
Tumpuan terganggu la..
Sabar je lah sikit..
Tinggal seminggu nak study week lepas tu seminggu exam..
Lepas tu bole cuti dua minggu dengan gembiranya..hehe..
Dah ada macam-macam plan jugak nak buat masa cuti nanti..:))
Setakat ni pun aku ok je duduk sorang..
Alhamdulillah makan pun cukup je..
Walaupun berat aku makin berkurangan..
Sekarang ni tak tau la berapa berat..
Last timbang hari tu turun 2-3kg..
Kalau boleh nak turun kan lagi..:))

Wednesday, 23 January 2013

Kawan-kawan..

Assalammualaikum..

Sekarang ni dah jarang-jarang menulis..sekarang ni baru nak rilek-rilek sikit..boleh la nak menulis..

Ada beberapa benda aku nak share tapi tak berpeluang nak menulis sampai dah lupa apa benda nak cerita..haha..

Salah satu nya pasal permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah aku dekat bank rakyat..permohonan aku gagal..huhu..tak pelah..masa tau aku tak dapat tu aku tak delah sedih sangat..aku redha je..aku dah usaha lepas tu aku serah kan sepenuhnya kepada yang Maha Berkuasa..Dia lebih tau apa yang baik untuk aku..kalau bukan rezeki aku ada lah yang lebih baik yang Dia nak bagi dekat aku..

Aku ada jugak apply scholar lain..tapi masa orang tu call aku tengah test..memang tengah jawab test..aku memang tak dapat cakap..dia kata nak call balik tapi tak call..aku call pun tak berangkat..tak pelah..ada rezeki aku adalah..kalau tak de memang bukan rezeki aku..ada lah yang lagi baik untuk aku..

Lepas beberapa hari aku dapat dua berita gembira pulak..satu berkaitan dengan financial untuk aku belajar ni dan satu lagi pasal short course aku..elok jugak aku tak daftar awal-awal dulu..semua nya ada hikmah nya kan..Dia memang sebaik-baik perancang..

---------------------------------------------------------------------------

Satu lagi aku nak cerita pasal kawan..Sebenarnya aku memang suka berkawan dengan orang yang aku selesa..senang kata dengan orang yang satu kepala dengan aku..sebab kalau yang tak berapa ngam ni biasa nya aku memang malas nak amik port..

Aku memang tak kisah nak kawan dengan ramai orang..tapi kawan biasa je la..untuk kawan rapat memang ada beberapa orang je..dari dulu sampai sekarang..Alhamdulillah persahabatan kita orang baik sampai sekarang dan harapnya kekal sampai bila-bila..

Sejak aku duduk sini memang aku cuba untuk berkawan dengan ramai orang..aku masih dalam usaha mencari kawan yang sesuai..sama ada berjaya atau tak je..macam aku kata Tuhan tu tau apa yang baik untuk aku..tapi dalam usaha aku ni aku memang tengok dan tau bermacam ragam manusia..aku cuba untuk tengok setiap perkara tu secara positif..

Memang bermacam ragam yang aku jumpa..kalau rasa tak sesuai aku abaikan je..aku memang malas nak fikir banyak..aku datang nak belajar..nak cari ilmu..semoga dia permudahkan semuanya untuk aku..setiap cabaran dan dugaan aku cuba untuk hadapi sebaik mungkin..Dengan izinnya kita akan jadi lebih kuat dan tabah lepas menghadapi setiap dugaan dan cabaran tu..

Kalau dekat matrik dulu aku memang berkawan baik dengan Haziq dan Ikin..Masa dekat USM dulu pulak aku ada roomate yang sangat professional..aku ada Sen dan Hadi..dekat sini pulak environment yang berbeza..keliling aku ni lelaki je..tapi aku lebih kenal perangai lelaki dengan suasana yang macam ni..

Aku harap aku makin tabah dan kuat untuk hadapi setiap cabaran yang Tuhan berikan pada aku..Semoga usaha aku dipermudahkan dan beroleh kejayaan..Amin..

Harus diingat » kegagalan adalah batu loncatan paling hebat untuk mencapai kejayaan ;)

Friday, 18 January 2013

I Love My Best Fren..

Assalammualaikum..

Aku baru balik dari hantar BFF aku ke Kuantan tadi..Pagi tadi aku ada test pukul 0830 sampai 1000..malam tadi aku tidur agak lambat sebab malam tu aku tidur dah lepas tu plan nak bangun study sebab rasa macam penat sangat je..kalau penat sangat pun study tak masuk jugak kan..aku tidur kejap lepas tu bangun malam tu dan tidur balik dalam pukul 2..sebelum tidur tu aku dah siap kunci jam rasanya..tapi pagi tadi tengah sedap tidur tambah lagi hujan tiba-tiba fon bunyi classmate aku call nak jemput aku pegi test sekali dan akan datang 15 minit lagi..WTF..aku pun tengok jam dekat henfon..dah pukul 0740..kenapa alarm aku tak bunyi..huhu..mintak setengah jam untuk siap..

Alhamdulillah dapat la jugak jawap test tadi..harap dapat markah yang sangat baik la..:))..lepas test tu ada satu test lagi tapi aku tak amik paper tu..jadi aku sembang-sembang la dengan lecturer sementara tunggu dieorang habis paper..

Lepas tu kita orang pun pegi makan sambil lepak-lepak..masing-masing nak release tension lepas test kot..hehe..

Tetiba aku dapat SMS dari best fren tanya aku dekat mana..terus kol die..teruja dapat SMS dari dia sebab die memang suka buat suprise..aku pun call suruh dia turun darat..ajak pegi jalan-jalan..sekali dia da sign off da..haha..see..dia memang suka buat suprise..dia minta aku hantar dia pegi Kuantan nak balik kampung..aku pun ok je..

Pukul 2 aku pegi amik dia dan gerak ke Kuantan pukul 3 lebih tak silap..aku pun sampai hostel dia 2 lebih..lepas tu dia lepak-lepak dengan kawan-kawan dia dulu sembang-sembang..

Sampai Kuantan pukul 3 lebih..hujan je..cuaca tak berapa ok sekarang..Sampai sana kita terus pegi stesyen bas beli tiket bas dia..malas nak naik dekat Kemaman sebab bas nya lambat..Dapat tiket pukul 8 malam..Sementara nak tunggu bas tu kitaorang pegi East Coat Mall..

Aku pun ada nak beli barang..nak beli sabun basuh..sabun basuh dan nak habis..da la tu room mate aku yang beli..share guna..karang takut room mate aku nak guna nak basuh baju tak da pulak sabun..lepas tu nak beli buah-buahan..dah lama stok buah habis..tadi beli buah limau dengan kiwi kuning..hehe..nak Chinese New Year ni memang banyak jual buah limau kan..kiwi kuning ni BFF la beria duk promote..dari sebelum ni lagi..dia kata kiwi kuning manis..tak macam kiwi hijau..dulu masa dia pegi New Zealand la makan..dia la yang beria amik dan pilihkan tuk aku..hehe..sweet sangat kan..

Lepas tu kita orang pegi kedai makan..sebenar cari tempat nak lepak-lepak je..last last pegi Pizza Hut..ingat kan nak order Hut Platter atau apa-apa side order je..tapi bila tengok dia order pasta aku pulak terpengaruh order spaghetti..huhu..menyesal gak order sebab cepat muak makan die..huhu..sambil tu kita orang sembang-sembang pasal motor..masa lalu kedai majalah dah siap-siap beli majalah motor..dia nak tukar motor..plan ni dah lama..tengok la berjaya ke tak..hihi..

Dia memang sangat baik..biasa kalau sign on dan sign off memang kita orang akan jumpa dulu..kalau dia turun darat pun sama..pasal duit memang sangat tak berkira..mungkin sebab tu jugak la rezeki dia murah je..mak dan ayah die pun baik je..kalau datang rumah dia memang selesa je..ye lah kami pun berkawan dari kacik kan..banyak je kenangan..dan banyak sangat bagi moral support dekat aku..mereka ni la antara tulang belakang, tempat aku mengadu sejak aku sambung belajar ni..malas nak libat kan family lagi..boleh kata penjaga aku..sampai kan untuk pape urusan dieorang suruh letak nama diaorang sebagai penjaga..

Jasa dan budi dieorang memang tak ternilai..aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk dieorang..kawan yang baik adalah kawan yang ada di waktu kita susah..senang dan susah dikongsi bersama..dan aku sayang sangat sangat kawan-kawan aku..aku pun baik dengan family dieorang..bila ada dengan dieorang pun rasa selesa dan gembira je..nak berkongsi masalah pun senang sebab dieorang lagi memahami situasi aku..tak semua orang faham..bila aku susah memang dieorang tak tinggal kan aku lansung..terlampau banyak jasa dieorang sampai aku pun tak mampu nak tulis..aku, diaorang dan Tuhan je lah yang tau apa yang jadi..

Hari tu pun sempat Video Call dengan Haziq..one of aku punya BFF..bila video call aku die tak dengar apa aku cakap..aku tak jumpa pulak mic laptop aku..ke memang tak de..huhu..lepas tu dia mintak alamat nak post gift dia ada beli kan untuk aku..kadang-kadang kalau keluar dengan die ada pulak die bawak gift segala..paling latest set Christmas Body Shop hari tu..tak tau la apa pulak gift die nak bagi kali ni..lepas tu siap nak post kan head fon dia skali..senang nak video call dengan aku..Sweet sangat kan..

Kawan baik aku memang tak ramai..tapi aku tak kisah pun..tak ramai pun tak pe..yang ada sorang dua ni pun aku dah syukur sangat..Ingat tak aku pernah cerita pasal rezeki..kawan yang baik tu pun rezeki yang Allah bagi..Alhamdulillah aku syukur sangat..sebab tu la kalau ada masalah dengan orang lain pun aku tak kisah..aku redha je..dia baik tak mungkin tak sesuai dengan aku..perangai masing-masing tu tak boleh bersama-sama agak nya..

Aku harap persahabatan ni kekal sampai bila-bila..walaupun kami dah kahwen, dah ada keluarga masing-masing ke..Amin..



Wednesday, 16 January 2013

Awal 2013 yang sangat sibuk..

Assalammualaikum..

Bulan ni rasanya aku sangat sibuk..huhu..terkejar-kejar nak buat macam-macam benda..lebih-lebih lagi awal bulan depan bermula dari 1hb dah start final paper untuk semester ke dua ni..sekejap je dah nak habis semester dua..Jadi makna nya aku dah nak habis dua semester dan tinggal semester je lagi untuk aku habis belajar..sangat tak sabar nak untuk habis belajar dengan keputusan yang sangat cemerlang untuk setiap subjek..keputusan tu juga mestilah selari dengan ilmu yang aku dapat juga..kalau keputusan je cemerlang tapi aku tak faham apa yang aku belajar tak guna juga kan..huhu..Ilmu nilah yang aku guna bila nak keje nanti dan sepanjang hidup aku..

Cuti ni pun aku tak pegi kemana-mana pun..masa di habiskan dengan mengulang kaji pelajaran dan baca bahan-bahan yang ada..selain nota-nota yang slide yang lecturer bekalkan, aku pun suka ada baca bahan bacaan lain yang aku mintak dari lecturer..contohnya sumber asal dia buat nota..Antara bahan bacaan lain yang aku dapat dari lecturer ialah tecnical bulletin pasal corrosion, ada bahan bacaan dari NACE ( yang mana Standard Recommended Practice - Corrosion Control of Steel Fixed Offshore Platforms Associated with Petroleum Production dan lain-lain..

Selain daripada tu ada beberepa benda lain yang aku kene uruskan berkaitan dengan pengajian aku..bila compress tempoh pengajian aku, secara automatik nya aku pun ter 'compress' sama..tak pe lah..aku redha je setiap ketentuan yang Tuhan dah tetapkan..yang penting aku dah cuba usaha yang terbaik..Kalau aku dah usaha yang terbaik kalau memang rezeki aku dan baik untuk aku Tuhan izinkan lah..kalau tak sama ada benda tu tidak baik untuk aku atau belum masa nya untuk aku dapat..

Ada beberapa perkara yang aku nak kongsikan..tapi dah jarang sikit menulis sekarang..huhu..Aku sentiasa harapkan Tuhan beri yang terbaik untuk aku..Amin..

Wednesday, 9 January 2013

Hulurkan Tangan Ringankan Beban..

Assalammualaikum..

Aku copy dan paste ni dari facebook..bila tengok gambar ni rasa sayu sangat hati..Alhamdulillah ayah aku masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T. tetapi ada insan di luar sana yang kurang bernasib baik..Tuhan duga dia dengan cara begini..

Aku memang rasa terpanggil untuk membantu dan nak berkongsi kalau ada yang membaca blog aku ni turut sama nak membantu..tak rugi pun kita nak hulur kan bantuan dekat orang..ajaib nya sedekah lebih banyak kita memberi lebih banyak kita dapat..lagi pun mungkin hari ni individu ni memerlukan bantuan..esok lusa mungkin kita pulak..banyak atau sikit itu bukan lah isu utama..
Kenalkah anda dengan lelaki ini?biar saya memperkenalkan untuk anda.nama lelaki kesayangan saya ini HISHAMMUDDIN BIN HUSSIN berumur 45 tahun.Berasal dari felda bersia gerik perak.Satu satunya lelaki yg menjaga keluarga saya dari saya kecil sehingga saya berjaya.Sekarang beliau sedang menerima rawatan di hospital speacilist KPJ ipoh perak kerana mengidap kanser hati tahap 4.Saya selaku anak pertama keluarga dengan rasa hina dan rendah diri memohon kepada pengguna facebook tidak kira bangsa dan agama untuk sama2 mendoakan ayah saya supaya segera pulih kerana saya dan keluarga serta adik beradik amat merindui snyuman,tawa,jenaka abah. Jika ada sesiapa yg ingin menyalurkan sumbangan amatlah dihargai kerna kos rawatan yang cukup tinggi dan hanya tuhan saja yang dpt membalas jasa dan budi tuan dan puan. KAMI SYG ABH

.Iklas dari anakmu.


Terima kasih semua..saya x kuat x hadapi ini,,,harapkan kawan2 sekolah dtg krumah untuk tolong hepykan ayah...bnyk lagi hjat ayah yang x sampai...btw sesiapa yang sudi salurkan bantuan 154101190394 maybank.
 Aku tak kenal pun individu ni.tapi harap dapat membantu dia..Semoga ayah dia cepat sembuh dan dengan sumbangan dari kita dapat ringankan beban mereka..Amin..

Wordless Wednesday..

Assalammualaikum..

Setiap hari dari pagi ke petang dan bawa ke malam sangat sibuk dengan komitment..Kadang-kadang sangat memenatkan..Semoga Tuhan permudahkan semua urusan dan berjaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat..Semoga Tuhan sentiasa beri petunjuk dalam membuat setiap keputusan yang agar hasil nya adalah terbaik dalam setiap perkara..Amin..
    






Thursday, 3 January 2013

Selamat Tinggal 2012..Selamat Datang 2013..

Assalammualaikum..

Dah 4 hari masuk Tahun Baru baru la nak tulis pasal kenangan dan sorotan tahun lepas dan mengenai perancangan tahun ni..Yelah baru semalam berpeluang update blog ni balik..

Tahun 2012 aku tinggalkan dengan seribu satu kenangan..setakat ni aku rasa sangat berpuas hati dengan apa yang aku perolehi sepanjang 2012..Terlalu banyak perkara yang terjadi tahun lepas..Tapi aku bersyukur sangat setiap apa yang terjadi tu memberikan pengajaran yang sangat baik dekat aku..Aku rasa bukan dekat aku je..tapi dekat pasangan aku jugak..Kadang-kadang benda yang pahit ni elok juga..yelah yang pahit tu selalunya ubat dan yang manis tu memang tak elok sangat..

Awal tahun lepas paling banyak drama aku rasa..bole di kata kan awal tahun lepas adalah kejatuhan teruk aku..memang aku betul-betul di uji mental dan fizikal..bukan aku je yang diuji..pasangan aku pun sama..semua nya berkaitan dengan masa depan..

Tapi Alhamdulillah hujung tahun lepas awan mendung, hujan, ribut petir semua ada tu berarak pergi da..semakin hujung tahun banyak perkara-perkara baik yang berlaku..

Berdasarkan pengalaman tahun lepas menjadikan kami makin kuat dan semakin berhati-hati dalam menempuhi hidup ni..Untuk tahun baru ni kami berazam untuk berusaha lebih kuat lagi..Beberapa matlamat telah ditetapkan sejak tahun lepas lagi..cuma tinggal untuk dilaksana kan je tahun ni..

Untuk suku pertama ni pun beberapa target dah ditetapkan..Insyaallah dengan izin Allah semua tu akan kami perolehi..Selain berusaha gigih untuk dapat apa yang kita nak..satu yang memang kita perlu tau kita kene lah redha dengan ketentuan yang Allah dah tetapkan..Redha ni jugak akan jadikan kita lebih tenang sebab kalau tak kita akan kecewa sangat bila kita dah usaha macam-macam tapi tak dapat..tengok orang lain pulak yang dapat walaupun tak usaha mcam kita..

Semoga tahun 2013 ni dipermudahkan semua urusan oleh Allah s.w.t dan lebih di murahkan rezeki..Semoga apa yang kami usahakan dan inginkan juga tercapai..Amin..

Drama hujung dan awal tahun..

Assalammualaikum..

Hari ni dah tiga hari tahun baru 2013..perkiraan dalam tahun Masihi..masuk tahun baru makna nya umur pun makin bertambah..tahun ni dah 26..:))..bila la nak kahwen ni ni kan..Insyaallah dan harap sangat Tuhan permudahkan ke arah tu..jalan yang dulu nya gelap dan samar-samar semakin cerah nampak nya..hehe..

Khamis lepas P.Long sekeluarga datang sini..Datang tidur satu malam je..Jumaat tu dah balik..masa P.Long datang aku dapat info yang ada cuti darurat sebab banjir dekat Pantai Timur..aku pun laju je lah pegi beli tiket sebab dengar tambah cuti dalam seminggu lagi..sekali malam tu rupanya cuti tambahan satu hari je..aku malas nak fikir sangat balik je la..sebab dah beli tiket..lagi pun feeling nak balik tu dah terasa..duduk dekat sini pun bosan je sebab hujan je setiap hari..huhu..nak pegi mana-mana pun tak dapat..

Masa cari kan hotel untuk p.cik dekat Suria Cherating tu pun hotel dah hampir penuh..tinggal suite je..tu lah aku terus book cepat-cepat..penuh oleh mangsa banjir..takut tak de lagi pulak untuk P.Long esok..kesian datang jauh-jauh tak de tempat yang selesa nak duduk..Pengalaman pertama berada dalam suasana persekitaran banjir..tapi aku tak delah terasa sangat sebab tempat aku ok je..

Balik rumah aku naik bas yang berbeza dengan P.Long..die naik bas ke Seremban tapi aku naik bas ke Kuala Lumpur sebab beli tiket last minit..bas ke Seremban dah habis..tak tak kisah lah..aku ok je..turun KL malam tu dan balik esok nya dengan en.bf..dapat jugak jumpa Senah..masing-masing dua orang tu sibuk betul dengan kerja masing-masing sekarang..tak pe lah bersusah-susah dahulu demi kesenangan di masa depan..:))

Aku plan nak balik sini 1hb..sebab ingatkan ada cuti Tahun Baru..tapi rupanya tak de..huhu..tak pelah..tiket dah beli siap-siap sebelum balik..tapi sudahnya sehari sebelum balik tu boleh pulak aku sakit perut memulas-mulas, perut berangin sangat, pening kepala sampai kadang-kadang loya..Malam tu memang ke tandas je la aku cirit-birit..nasib baik tak muntah-muntah..

Aku memang tido je sepanjang hari sampai badan rasa lesu sangat..kepala pun rasa berat je..badan pun macam panas je..serba tak kene la senang citer..huhu..Sampai la pagi hari aku nak balik tu aku rasa tak mampu nak balik..pagi-pagi tu aku siap-siap nak pegi cari ubat dan MC..pegi klinik kerajaan tutup..yelah Tahun Baru kan..pegi klinik je la..dapat dua hari MC..3 hari aku cirit-birit tu berat badan aku agak turun sebab asyik membuang je..aku pun mampu makan buah dan bubur je..tak mampu nak makan macam-macam sebab akan rasa mual bila makan..

Alhamdulillah hari balik sini ok je..Pagi tu aku cuma makan nestum, sebiji rambutan dan beberapa hiris buah kuini tak silap..wan buat kan bubur pun tak makan..sebab takut sakit perut dalam bas nanti..tapi sebelum keluar rumah tu ada jugak la membuang..malam tu pegi makan 1st time aku makan nasi tak habis..huhu..makanan tak berapa sedap pun ye jugak..perut aku tak berapa boleh terima makanan yang banyak pun ye jugak..huhu..Pagi tadi makan nasi separuh pun rasa perut sendat sangat..huhu..

Kalau tengok dari sudut yang positif sakit ni menghapus dosa kan..perut aku pun dicuci dengan bersih..sebab semua yang aku makan je keluar..lagi satu berat badan pun turun tanpa perlu bersusah payah..Semoga lepas ni tak selalu sakit-sakit lagi dah..awal bulan depan dah nak final exam..nak study betul-betul..target 4.0 lagi untuk Sem ni..Semoga semua dipermudahkan dan berhasil..Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...