Wednesday, 25 December 2013

Mengapa Yahudi Berprestasi..

Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share pasal satu buku ni..
Cuti ni tak de lah rajin sangat membaca..

Majalah pun banyak jugak la..
Tapi macam dah malas sikit nak baca..
Contohnya macam Majalah Wanita ke..
Rasa isi die macam dah kurang umph je..huhu..
Benda lebih kurang sama je..
Mungkin patut ada pembaharuan..
Dulu rajin jugak baca majalah Remaja..
Dulu yang sangat dulu..
Tapi lama-lama pun rasa macam ni jugak..
Baca sehari pun dah habis..

Lagi pun awal-awal cuti hari sibuk study untuk pegi interview..
Ada baca satu buku ni je..
Koleksi FIXI adik aku..



Tajuk novel ni aialah Katarsis..
Tak silap novel ni adaptasi dari Novel Indonesia..
Biasa la kalau novel FIXI ni..
Cerita memang thriller..
Kisah bunuh-bunuh la kebanyakkan nya..
Kadang-kadang stress gak baca..haha..
Sampai hari tu aku sembang dengan adik aku..
Kadang-kadang kagum dengan penulis-penulis dieorang ni..
Imaginasi tinggi betul..
Entah-entah dieorang ni pun psycho..hahaha..

Lepas habis ni banyak study je..
Paksa diri untuk study tau..haha..
Kalau tak memang meleka je la..
Tapi bila fikir kalau tak study lepas tu tak dapat..
Haa memang silap sendiri la kan..
Tapi aku pun memang tak letak kan harapan tinggi sangat..
Tau company tu memang susah nak dapat..huhu..

Aku masih tak dapat response dari dieorang lagi..
Dan aku pun tak tanya status pun jugak..
Minggu ni Krismas dan next week dah New Year..
Kadang-kadang company ramai foreigner ni dah cuti..
Macam company en bf last day untuk tahun ni dieorang ialah last week..
So minggu ni memang dah cuti sampai la New Year..

Yang uruskan interview aku tu malay..
Tapi dua orang HOD yang interview aku tu sorang dari New Zeland dan sorang lagi dari Netherland tak silap..
 Tak pelah bagi la dieorang happy-happy cuti..hehe..
Kalau ada rezeki adalah..
Kalau tak rezeki aku dekat tempat lain la..


Masa tengah sibuk-sibuk nak interview tu aku terjumpa buku ni..
Sangat memnbantu jugak la..
Selain study more on technical..
Untuk soft skill ni pun penting jugak kan..
Sebagai motivasi untuk menguatkan semangat..

Baca ayat dekat bawah tu pun masa tu dah buat aku tertarik dan membakar semangat aku untuk study..

" TIDAK MUDAH PUTUS ASA, TIDAK CEPAT PUAS HATI"

Lepas baca terus makin bersemangat..haha..
Terus study, study dan study..hihi..
Aku try nak snap content buku ni tapi gambar tak clear pulak..


Dekat Chapter 6 berkisar tentang Pembinaan Keperibadian (Illa bis Sultan)..
Aku banyak jugak la amik isi die sebagai preparation aku untuk interview hari tu..
Semua positive attitude ni aku try kaitkan dengan diri aku..
At least ada guide dan kembang kan isi die..
Mudah sikit keje..:)

Aku share jugak la kata-kata dekat belakang buku ni..

Kaum Yahudi bukan daripada jenis yang berputus asa atau melarikan diri (quitter) dalam keupayaan pendakian. Mereka juga tidak cepat berpuas hati ketika sudah mencapai dataran pendakian. Malah tidak puas dengan hanya mendirikan khemah dan meratakannya dengan pesta yang mengkhayalkan. Mereka adalah tipikal climber (pendaki). Mereka mengganggap bahawa hidup adalah sebuah perjalanan yang tiada tandingan dan ukurannya hanya satu, iaitu terus dan terus berusaha untuk mencapai puncak pendakian. Menurut kepercayaan mereka iaitu sebagai manusia pilihan Tuhan, mereka akan berasa malu apabila tidak menghasilkan mahakarya (masterpiece).
Apabila kita telusi daripada huraian tentang para cendiakawan Andalusia, apakah mungkin semangat jihad menjadi pencetus kejayaan orang Yahudi? Semangat jihad adalah universal. Sesiapa pun yang memiliknya akan meraih cita-citanya. Perbezaannya hanya pada motif atau niatnya. Umat Islam seharusnya berjihad di jalan Allah, sebagaimana orang Yahudi berjihad di jalan Messiah dan orang Kristian berjihad atas nama Jesus. Orang Jepun berbushido, ertinya juga berjihad. Bahkan mereka mempelopori semangat kamikaze (berani mati). Ini semua merupakan bentuk kesungguhan dalam meraih cita-cita yang menggunung. Kita harus mampu menemukan kembali watak jihad melebihi kaum apapun di muka bumi ini. Ini adalah kerana umat Islam berteraskan dari "iman" dan bukan dipicu oleh semangat "motologi" semata-mata.

Harga buku ni RM 23 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 25 untuk Sabah dan Sarawak..
Sangat banyak yang kita bole belajar dan applikasikan dalam hidup ni kan..
Tak terlambat pun lagi kalau nak berubah atau memulakan sesuatu yang baik..:)

Satu ni aku baca novel ni cuti ni..


 Tambah lagi sekaran ni cerita ni tengah tayang kan..
Tapi aku tak follow sangat pun cerita ni dekat TV..
Kadang-kadang je ada tengok..
Mak dengan adik aku pun kata yang baca novel lagi best..
Aku pun rasa macam tu jugak kot..hehe..

Tapi dah berapa lama baca novel ni tapi tak habis-habis pun lagi..haha..
Tak silap adik aku ada bawak satu novel lagi balik..
Tu nanti la baca..hehe..

Aku memang sentiasa suka membaca..
Dan berharap terus suka membaca..:)

2 comments:

  1. Mmg bagus klu suka membaca. Yana pun mcm ni dulu, hihi! Sekarang dah kurang skit sebab sibuk uruskan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni rajin lagi la membaca..Lagi pun student kan..hehe..Nanti-nanti dah kawen and ada anak macam Yana tak tau la..hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...