Thursday, 12 December 2013

Kitar Semula..

Assalammualaikum..

Kalau cuti-cuti ni banyak jugak la buat aktiviti dekat rumah..
Lagi sekarang adik yang last tu pun ada dekat rumah cuti sekolah..
Zack pun ada dekat rumah..

Selain dengan banyak aktiviti memasak dan makan..
Yang jadi sumber lemak masing-masing..
Rasa nya berat aku pun makin bertambah..huhu..
Semalam rajin sikit la nak kemas rumah..
Jadi operasi kumpul kertas-kertas untuk dihantar kitar semula..




Hasil operasi mengemas..
Padahal banyak giler lagi..
Tapi sebab bukan rumah sendiri..
Kertas ni pun ramai owner..



Penuh belakang kereta..

Siap-siap tutup nak bawak pegi tempat kitar semula..
Paling banyak ialah kertas..
Lepas tu ada tin sikit-sikit..
Kertas harga die tak mahal sangat berbanding besi..



Tempat jual barang untuk di kitar semula..
Sangat la teruk suasana dekat sini..huhu..



Lagi gambar suasana tempat jual barang untuk di kitar semula ni..
Masa mula-mula nak jumpa orang ni aku sorang je yang pegi..
Lecak tak payah cakap la..
Sebab yang masuk banyak lori..

Total kertas yang kitaorang bawak 140kg..
Lepas tu ada tin sikit tak sampai 10kg pun..

Ni kali kedua datang sini..
Ada jugak kadang-kadang orang datang dekat rumah cari barang untuk jual..
Ada jugak la jual sikit-sikit..
Kalau banyak pegi hantar sendiri je..

Dulu dapat duit tu kitaorang pegi beli Pizza..
Beli bawak balik makan ramai-ramai..
Tapi kali ni beli ni pulak..


Beli 4 longgok durian..
Beli durian kampung je..
Dapat la 16 biji..
Kalau ada tak ok bole tukar balik..
Setakat bukak tadi ada 3 biji yang tak ok..
Esok la kalau ada kuar bole la hantar..

Balik tadi beli roti jugak..
Durian ni makan macam tu je, buat santar durian, adik makan dengan pulut dan nak buat tempoyak..

Kalau ada kertas atau barang yang bole di kitar semula tu bole la kumpul dan jual..
Dapat la duit sikit sambil support kitar semula kan..

Tadi Zack ada kemas tudung-tudung die..
Plan kalau rajin nak pegi hantar ke Pusat Kebajikan Masyarakat esok..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...