Friday, 6 December 2013

Cerita Interview..

Assalammualaikum..

Antara sebab kenapa aku nak balik sangat sebelum terputus hubungan ialah sebab fikir pasal interview aku..
Dekat sana persiapan memang terbantut la..
Lepas tu dengan tak de coverage nya..
Nak contact pun tak bole..huhu..
Nak study ke apa pun memang tak bole la..

Semalam masa aku balik pun air dekat Sungai Temerloh agak tinggi dan dah melimpah ke jalan..
Ada jugak jalan yang dah tutup..
Dan kereta tak berani nak jalan..
Nasib baik la ayah bawak Triton semalam..
Boleh la jalan lagi..

Sampai rumah terus check email..
Memang orang tu email aku semalam inform info untuk interview dan suruh aku confirm kan..
Aku semalam pun tak berapa nak ada mood..
Sampai je pun terus mandi sebab dah tak mandi sehari..
Hujan panas tak mandi-mandi..
Tukar baju je..
Lepas tu terus tidur..
Alhamdulillah batuk makin ok walaupun ada sikit-sikit lagi..

Balik ni dapat jugak la makan buah semua..
Dapat la menenangkan diri sebelum nak buat persiapan untuk interview..
Tadi pun dah reply email tu confirmkan tarikh..

Dah la baju casual aku semua tak bawak..
Seluar jeans t-shirt semua tak bawak..
Ada baju aku pakai semalam tu je la..
Pinjam baju Zack je la..
Sambil tu berdoa air tak naik sampai rumah aku..huhu..
 Kalau tak habis la barang-barang aku..huhu..

Tadi Haziq ada call..
Ajak aku duduk dekat rumah adik die je nak interview nanti..
Dan die nak hantar aku pegi interview nanti..
Sweet sangat kan..hehe..
Aku interview hari Selasa..
Mungkin akan pegi sana hari Ahad..
Nak pegi tengok jalan dan prepare sikit-sikit..
Ahad tu die memang cuti..
Dan die nak amik cuti Isnin tu jugak..
Nak habis kan cuti tahun ni sebab ada balance lagi 7 hari..

Jadi lagi mudah la kan..
Dah balik ni memang nak fokus untuk persiapan nak interview nanti..
Nak study seboleh yang mungkin..
Insyaallah ada rezeki ada lah..

Sambil tu teringat-ingat lagi dekat sana..
Dekat berita tengok bantuan makin ok kot..
Ada bantuan nak hantar makanan ke Kemaman melalui udara..
Harap semua cukup makan..
Aku hari ni pun cirit-birit dari malam tadi..
Mungkin salah makan atau kebersihan agak rendah..
Nak basuh tangah pun air limited je..
Harap sangat semua baik-baik je dekat sana..
Harap keadaan makin baik..
AMIN..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...