Thursday, 5 December 2013

Banjir di Kemaman..Part 2..

Assalammualaikum..

Hari ni masing-masing bangun awal..
Dengan tak mandi nya..
Terus pegi beli makanan dekat rumah sebelah..
Ada jual makanan mak.cik sebelah ni..
Orang memang berduyun-duyun beli..
Masa aku sampai memang paling last..
Dapat jugak la beli nasi minyak campur dengan nasi lemak tambah seketul ayam masak merah..
Ada ni pun bersyukur sangat..

Masing-masing pun duk mengenang nasib je..hehe..
Tanya pasal perkembangan paras air..
Fikir macam mana dengan makanan, air dan lain-lain..
Battery phone masa ni tinggal satu bar je..
Mak dah la nak datang hari ni kalau dapat..
Jadi sebelum bateri habis baik la aku pegi charge dulu..

Kemas-kemas bawak wallet, charger, beberapa pad (malam sebelum tu aku period - lagi la bertambah teruk sebab tak de air kan), botol air..
Start motor dan pegi ke hostel die dekat Bukit Kuang..
Masa ni memang dah ada lencongan dekat jambatan Kemaman..
Sebelah jambatan memang dah tutup..
Masa turun jambatan memang air dekat jalan sebelah dah penuh..
Nasib baik ada divider..
Tu pun air dah melimpah melepasi divider jalan..
Harung la air tu dengan motor..
Sampai dekat depan TNB..
Sebelah jambatan Sungai Limbong dah runtuh..
 Nasib baik naik motor..
Cross divider ikut sebelah lagi..
Masa ni dah ada tape kuning tutup jalan..
Tapi die bagi jugak la motor lalu (Pasrah je bagi motor lalu..huhu)..
Nak halang sangat pun tak boleh..
Masa ni pun hujan..
Redah je la jalan sampai ke hostel..

Sampai dekat hostel Hendry pun tido lagi..
Sementara tu lepak je la dengan die sementara nak tunggu charge battery..
Nak pegi makan tak de kedai makanan yang bukak dah..
 Tapi ada kedai runcit..
Aku beli la dua botol air mineral besar..
Dekat rumah pun dah tak de air kan..

Sempat jugak la orang dekat situ pinjam motor nak pegi amik dapur dan gas untuk masak..
Kebetulan belakang ada kedai..
Pegi la beli air dan maggi..
Lepas tu aku dengan Hendry pegi Petronas Bukit Kuang sebab die nak keluarkan duit..
Nasib baik la dekat Petronas ni ada air..
Dapat la basuh muka, buang air dan apa yang patut..
Isi botol air aku bawak tadi dengan air paip..
Masa ni dekat Petronas Bukit Kuang memang motor bersusun-susun..
Siap ada yang datang pakai towel lagi..huhu..
Tapi Hendry nak draw duit pun tak boleh dah..huhu..
Guna phone Hendry call P.Long sebab call ayah tak dapat..
P.Long kata mak dah oh the way nak amik aku gerak dari rumah tengah hari..
Balik hostel die naik atas masakkan meggi dan makan..
Brother yang pinjam motor tadi ajak jugak makan..
Tapi masa ni fikir nak balik rumah cepat-cepat sebab risau kalau jambatan sebelah lagi runtuh terus tak boleh lansung..
Mau aku terkandas pulak tak boleh nak ke arah Kuantan..huhu..

 Masa aku sampai dekat jambatan memang sangat ramai orang..
Sultan Terengganu dan Menteri Besar datang melawat..
Tapi tak pedulik dah walaupun dekat giler..
Dalam kepala ni nak cross jambatan je..
Lepas je dieorang pegi die sekat/tak bagi dari arah aku jalan..
Bagi dari arah bertentangan je jalan..
Lepas dah settle baru la bagi dari arah aku jalan..
Tu pun bagi sikit-sikit jalan..
Dan kene jalan laju-laju sikit atas tu..
Ye lah kalau bagi ramai-ramai lepas..
Jem pulak atas jambatan..
Load tinggi tak bawah sebelah lagi jambatan roboh dengan orang atas tu..
Tak pasal je kan..
Dah la air sungai dekat bawah tu kuat giler..
Alhamdulillah berjaya harung jambatan tu..
Masa lalu dekat jambatan Sungai Kuang air yang melimpah ke jalan sebelah nampak kurang sikit berbanding masa aku datang..
Terus pegi dekat Taman Perwaja tengok keadaan banjir..
Masa ni air lagi teruk dari semalam..
Air dah sampai ke trafik light..
Air dari Pintu Gerbang dan Paya Berenjut dan bercantum..huhu..
Siap ada bot bomba lagi dekat situ..

Sampai rumah aku pun call mak tapi tak dapat..
Coverage pun tak berapa elok..
Takut mak terkandas dekat tempat banjir tak bole nak datang dekat aku je..huhu..
Call en.bf mintak topup..
Masa ni dekat rumah even dekat porch kereta pun susah sangat nak dapat line..
Kene pegi tepi jalan baru dapat line..huhu..
Hari ni cuaca panas gak tapi kadang-kadang hujan renyai..huhu..

Masa ni budak rumah nak pegi mandi dekat sekolah pun aku dah malas nak ikut..
Ada yang beli biskut..
Mak cik sebelah ada jugak jual makanan..
Ada pegi beli air dan amik air..
Masa ni pun nampak ramai orang naik motor bawak tong-tong air..
Keadaan makin teruk rasanya..huhu..

Dengan tak mandi nya aku tukar baju dan seluar lepas tu baring-baring kejap..
Macam mana la nak hidup dengan keadaan macam ni..
Dekat pusat permindahan aku tak pasti la sebab tak pegi..
Tapi kami perlukan bekalan makanan dan air bersih di samping air untuk keperluan..
Masa duduk dekat tepi jalan cari line ada jumpa dengan budak kelas..
Rumah dieorang memang tenggelam habis..
Sempat selamatkan document dan kereta..
Duduk dekat masjid geliga..
Aku tanya ada makanan ke tak tapi tak de..
Cuma ada air teh o je dieorang cakap..huhu..
Dengan coverage yang sangat teruk..
Ada coverage pun tapi betery phone dah out tak bole nak berhubung jugak kan..huhu..
Sempat jugak aku tanya perjalanan dekat adik..
Call dan SMS die..

Masuk dalam rumah tak tau nak buat apa aku baca la sikit-sikit note yang sempat aku print untuk interview..
Lepas tu ada budak rumah datang nak pinjam motor..
Motor masing-masing da tak de minyak..
Syukur jugak la minyak motor aku banyak jugak lagi..
Motor tak kuat makan minyak..
Hari sebelum tu ada beli ikan..
Jadi dieorang nak pegi sekolah yang dieorang pegi mandi untuk bersihkan ikan dan nak terus masak sebelum ikan tu busuk..

Dieorang dah balik aku pun start motor tengok jalan nak keluar..
Pegi dekat Taman Perwaja tengok air masih tinggi..
Pegi hujung taman tu pun tinggi nye air..
Ayah memang tak bole masuk dekat sini la..huhu..
Kereta memang nampak bumbung je la dekat sini..
Lepas tu tengok rumah Zila ada orang singgah borak-borak kejap..
Keluar je dari rumah ayah call dan banyak SMS masuk..
Ayah dah sampai tapi tak bole masuk ke dalam..
Die dah sampai Shell tapi patah balik sebab tak de coverage..
Tak dapat nak contact dengan aku..

Masa ni ayah dah dekat lagi la meronta nak balik..
Sebelum keadaan bertambah teruk dan terputus hubungan..
Kalau patut tumpang lori, naik bot atau redah air pun aku sanggup je..huhu..

Aku pun nak balik rumah kemas barang..
Sebelum tu teringat ada budak aku kenal..
Orang N9 jugak..
Die baru nak keluar nak pegi tolong bawak anak jiran die pegi mandi..
Die pun jadi sukarelawan bagi bantuan..
Aku mintak tolong die hantar aku dekat tempat terdekat dengan ayah dan simpankan motor aku..

Balik rumah kemas barang..
Nasib baik sebelum tu aku dah kemas sikit-sikit..
Aku pakai track dengan tshirt je..
Bawak sijil-sijil dan document nak interview nanti, baju nak interview dan 2 laptop aku..huhu..
Satu beg galas dan satu beg baju..
Kamera aku pun terlupa nak bawak balik..huhu..
Even seluar jeans atau baju pakai jalan pun aku tak bawak..huhu..
Satu sebab takut nak bawak barang banyak-banyak tak tak keadaan banjir..
Buatnay tinggi nak kene nak bawak barang banyak-banyak macam mana kan..
Lepas tu terus cari jalan nak keluar..
Jalan belakang mana entah..
Tu pun ikut orang dan tanya orang..
Sampai ada kawasan tak bole bawak motor dah..
Tinggalkan dekat rumah orang..
Orang tu pun suruh aku pegi cepat sebab air surut sikit dah..
Takut air naik balik..huhu..

Aku pun harung je la banjir dengan ada orang tempatan dengan air separas lutut atau peha tak silap..
Dan budak yang hantar aku pun baik hati nak temankan aku dan tolong bawak beg aku..huhu..
 Ikut jalan belakang nak ke kedai keropok tepi jalan nak ke jalan besar..
Sebab dekat pintu gerbang air sangat tinggi dah..
Tu la usaha ikut jalan belakang dekat kampung-kampung dan rumah orang..

Alhamdulillah berjaya jugak ke jalan besar harung air..
Nasib baik la ada orang tempatan yang tau jalan..
Jadi die tau dekat mana longkang atau parit..
Air dah separas je..
Buatnya aku salah jalan termasuk dekat longkang atau parit memang tak pasal je kan..
Dah la tak pandai berenang..huhu..
 Bila kenderaan 4WD ni lalu memang berombak la air sampai paras punggung atau pinggang..
Pasraj je la hp dalam poket dan beg galas dengan dua laptop..huhu..

Dah sampai jalan besar follow je la jalan raya tu..
Kejap kene harung air..
Bila ada jambatan ada kawasan tinggi sikit la..
Masa harung air tu adalah separas lutut dan air pun agak laju..
Memang rasa nak tumbang pun ada..huhu..
Sampai rasa lenguh jugak la..
Lagi air datang dari belah kanan dan laju nak ke pantai kebelah kiri aku..
Kalau aku terjatuh mau kene bawak dekat air laju tu kot..huhu..

Dan bila lori lalu..
Atau ada 4WD ni lalu memang berombak agak tinggi la..huhu..
Berdoa sangat agak dipermudahkan masa ni..
Dalam 1-2 km jugak kot aku berjalan harung air nak sampai dekat ayah..huhu..
Bole jugak nak tumpang 4WD yang ada..
Tapi kene tunggu urusan dieorang la..
Budak yang teman aku tu bagi semangat untuk jalan je..
Tak jauh sangat lagi..
Ada sampai aku kene pegang die bila arus air tu agak kuat..

Alhamdulillah berjaya jugak sampai..
Syukur sangat..
Terima kasih sangat dekat budak tu sebab teman aku sampai dekat ayah dengan mak..
Baik dan mulia sangat hati..
Jadi sukarelawan tolong orang lain lagi..
Aku berharap die selamat sampai rumah sebab lepas tu dah terputus hubungan..
Die cakap bateri hp semalam lagi dah habis tapi sempat inform dekat family..
Memang doa sangat keselamatan die lepas tolong aku tu nak balik..

Aku masa ni memang baru terfikir macam-macam..
Nak ajak budak lain balik pun tak bole nak contact..
Ada mintak ayah bawak makanan tapi tak sempat nak beli..
Masa dekat shell pun ada 4 buah lori roti Gardenia datang untuk bagi bantuan makanan..
Tapi tak bole masuk..
Masing-masing kene redah air la nak amik..
Tak pun mungkin bomba kene datang amik pakai bot..

Kami sangat perlukan bekalan makanan dan air bersih..
Tu paling penting..
Kepada pihak berkuasa semoga bole bagi sehabis baik khidmat..
Orang ramai pun kene bersatu padu..
Sangat banyak yang aku belajar dari peristiwa ni..
Semoga peristiwa ni jadikan aku insan yang lebih baik..
Kepada yang mempunyai kesedaran dan membantu tu mak ayah korang memang bertuah ada anak macam korang..
Aku pun tak sekuat tu..

Sebelum balik semalam budak tu pun ada inform yang malam tadi nak lepas kan air empangan lagi pukul 10 malam tu..
Nak buat solat hajat..
Yelah air tak surut kan..
Nak hantar bantuan pun tak boleh..
Boleh melalui udara je la bila terputus jaringan darat..
Dah paras air tinggi, jambatan roboh..
Masa aku redah air tu dekat jalan besar pun aku rasa struktur jalan dah makin teruk..
Ada jalan tar dan jalan yang bila aku pijak lemik je..
Macam mendap ke dalam..
Kalau la jalan tu runtuh dah jambatan aku lalu tu pun roboh..
Memang tak dapat keluar la..

Kepada semua yang baca..
Doakan la yang baik-baik untuk banjir ini..
Doakan air makin surut agar bantuan dapat di salurkan..
Doakan mereka makin kuat..
Kepada pihak berkuasa salurkan la bantuan se baik yang mungkin..
Mereka sangat perlukan bantuan makanan dan air bersih untuk terus survive..

Ya Allah Permudahlan la urusan kami dan terutamnya mangsa di sana lebih lagi untuk melalui semua ini..
AMIN..

Pagi tadi contact Hendry die dah tumpang kapal kawan die..
Semalam die pegi Mesra Mall pun tak de air dah..
Tak bole keluarkan duit..
Elok la die naik kapal ada air, air bersih, dan makanan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...